Previous post:-
30 Ogos 2015
Entry ni nak buat pendek je sebab masa tak mengizinkan. :)
Sebelum gerak Te Anau, kitorang singgah Countdown Dunedin kejap beli barang dapur. Stock makanan basah dah makin surut. Countdown ni kira macam Giant laa gituh. Aku suka la masuk mart dia, buah sayur semua warna warni. Cantik & fresh! Rasa nak ambik je semuaaaa. Hoh.
Countdown, Dunedin
Ingat tak kisah GoPro aku jatuh gedebuk ke atas tanah masa kat Hooker Valley? Ok so solution is, kita beli salotape dan glue kat Countdown ni. Harga NZD 10! Amboiiii. Sampai RM30 kau! Sedih betul. Dah la kecik je salotape nye. Tapi nak buat macam mana. Pasrah je bayar.
Dalam pukul 6.30 petang macam tu baru la gerak ke Te Anau. Patut dah sampai ni! Haha. Kita redah je la jalan malam-malam pun. Malam tu Azfar la yang drive nye.
Senja di Dunedin...
Masa ni baru lepas hujan..
Route. 3 jam 30 minit.
Jalan dalam gelap malam tu. Dok fikir kalau kereta mati tengah jalan ni, habislaaa...
Ni video kat pekan kecik nama Balclutha
Sampai kat Aden Motel dalam jam 9.30 malam lebih kurang. Jumpa receptionist, cakap dengan dia sebarang dua untuk aktiviti esok. Dia pun tunjuk map apa semua kan. Sangat friendly. Dia kesian kat kami drive dari Omarama ke Dunedin.
Kami booked Deluxe Two-Bedroom Apartment dengan harga NZD 191 semalam. Dalam few weeks before departure, Aden Motel ni inform yang bilik kami nak duduk tu akan ada bunyi bising sebab dekat area situ ada renovation. Dengan baik hatinya, owner tu tukarkan bilik kitorang dari 1 apartment, jadi dua! Dia risau kami tak selesa nanti. Memang terbaik lah servis. Padahal nak tidoq semalam je pon.
Aden Motel, Te Anau.
Picture from google.
Tak sempat amik gambar pun kat sini. Dah malam kann. Ain dapat la snap few pictures inside our apartment. Khal & Azfar kita bagi dia hanimun 1 apartment. Sangat besar ok. Puas hati. Ada Free WiFi jugak..
Bilik! Kitorang belajar dari pengalaman. Ada heater kat tilam. Hehe.
Ada 2 bilik dalam apartment ni..
Tak sempat pun duduk kat kerusi tu semua.
Area dapur yang sangat bersih dan cantik. Siap ada muffin 4 ketul untuk kitorang. Cicah susu.
Toilet pun best.. Walaupun tingkap terbukak.. Haha.
Mandi apa semua malam tu. Masak & makan. Kemas barang sikit. Terus tidur tak sedar diri. Sebab esok perjalanan kena gerak awal pagi jam 7.
Milford Sound!
Bye!
No comments:
Post a Comment