Previous post:-
Ni kugagahi jua update blog setelah hampir sebulan kan. Pergi New Zealand dah nak dekat setahun tak habis-habis entry.
31 Ogos 2015
Milford Sound. One of New Zealand's famous tourist destination.
Milford Sound is a fiord - a long, narrow inlet with steep sides or cliff, created by glacial errosion. Google je ni. Nak translate sangat kang, jenuh pulak aku. Heheh.
Macam mana nak ke sini? Lebih elok bermalam kat bandar Te Anau macam kami ni. Esok paginya gerak la ke Milford Sound dalam 2.5 jam perjalanan. Tak ada petrol station, so sila isi minyak FULL sebelum mulakan perjalanan ke Milford Sound ye.
Kami booked kat website BOOKME. Under Jucy Cruise. Nak tiket murah, kena tunggu. Macam kami ni, dari tiket harga NZD 69, tunggu sampai sale jadi NZD 49 ajo. Selamat duit. Date cruise 31 Ogos 2015. Booked 9 Ogos. Tapi hari-hari kena buka la ye usha harga. Bayar full during booking.
Gerak dalam jam 7 pagi dari Aden Motel. Pagi tu mendung je. Macam nak hujan je. Kalau nak tau, area Milford Sound tu, 1 tahun, lebih kurang 180+ hari hujan. Kira half year jugak la kan. Bernasib baik la korang kalau pergi time tak hujan tu.
Scenery kiri kanan jalan sebelum sampai Milford Sound. Breathtaking.
Sebelum sampai Milford, korang akan jumpa jalan pusing-pusing. Bawa hati-hati ye. Jalan licin kalau snowy. Nanti satu masa, sampai Hommer Tunnel. Gambar bawah sikit ada.
Ni Map dari Te Anau (bawah sekali) sampai Milford.
Note Mirror Lakes on your left!
Pic from Google.
Tapi Alhamdulillah, cuaca BAIK sangat kat Milford tu. Lega rasanya bila sampai sana. Cari port parking kejap dan jalan kaki ikut Milford Walkway untuk sampai ke Milford Terminal.
Ni ha jalannya. Ada few viewpoints kat sini.
10 minit aje jalan sampai Terminal.
Jalan-jalan sampai la Terminal. Masuk situ, terus ke kaunter Jucy Cruise. Tunjuk la booking ticket tu, nanti akan dapat Boarding Pass.
Kaunter Jucy!
Kena ada 20 minit sebelum boat gerak. Kalau musim Winter, first boat jam 9.45 pagi. Peak hour selalu pukul 1 pm.
Morning!
Yang ada lekuk tu la Mitre Peak.
Haa Boarding Pass ni kena bagi kat orang Cruise tu tau.
Ni dalam area tempat duduk. Tempat makan.
Akan dapat teh & kopi free sepanjang 1.5 jam dalam cruise ni.
So kami breakfast dulu. Bawak roti dengan mushroom soup. Haha.
Nanti ada la kapten cruise tu cerita sikit pasal Milford Sound dan kelilingnya.... So base on the map kat bawah ni...
Kapten bagitau la, kat kiri kanan ada sekian-sekian. Cruise akan gerak sampai hujung nak hala Tasman Sea..
Cuaca cerah. Yay!
Kiri kanan ada gunung ganang, air terjun..
Ok ni dah nak sampai Tasman Sea
Dah sampai sini, cruise patah balik..
Dale Point - Northern entrance into Milford Sound.
Tiap kali ada matahari, berlari pergi matahari. Cahaya punya pasal. Baru gambar cantik. Hahaha.
Love love love the view
Love lagi. Matahari belah kiri ni ha. Tu golap jo..
Seal Rock.
Banyak jugak anjing laut sini....
Stirling Falls. 146m height.
Nanti kapten akan gerak rapat kat air terjun tu. Pastu ko feel la basah ramai2. Pastikan berdiri kat deck depan tau. Memang best gilaa.
Kegembiraan masing-masing. Basah weh.
Mana satu Mitre Peak??
Matahari!
Aku rasa ni area Underwater Observatory
Behind the scene..
Cantikkkkk tau wuwu..
Bersama Lucy! :)
Habis pusing-pusing, kami keluar cruise gerak ke belah kanan. Ada satu viewpoint. Breakwater Walkway.
Haa ni nampak Mt Philip (kiri sekali), Sinbad Gully (U-shaped tengah tu) & Mitre Peak (kanan).
Sesi lompatan..
Levitation. Gituh...
Dah puas bergambar, marilah pulang. Ok nak tunjuk Hommer Tunnel.
Akan ada traffic light. Sebab jalan sehala. So kalau traffic light merah, berhenti la. Giveway to other cars from other side. Akan ada countdown sebelum traffic light tukar ke hijau. So boleh la berhenti. Amik gambar.
Belakang... Apsal macam gelap je gambar ni? ZZZZ...
Kakapo Bird. Dah nak pupus...
Dia suka makan getah. Hati2 tayar kereta dan segala getah kat kereta.
Gelap dalam Hommer Tunnel ni.
Gambar ni dah lepas Tunnel.
Memang best lah Milford Sound. Destinasi wajib kalau korang pergi South Island ok! :)
Ok tu je laaa... Bye!
**Semua gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar**
No comments:
Post a Comment