Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

DiGi Kpop Live Party. Weehoo



Hi lovely people!

If u r one of my friends in Facebook, u should have seen all the pictures I had uploaded on K-Pop Party.

It was amazingggg!! Love 4Minute. Love them so much. Ya la sampai beli CD original kat Korea tapi dah hilang ;( Screw you bad bad thief!

5 songs were not enough for us! We want moreeeeee!!! But then, its okay I really enjoyed though. Oh hilang sedih semua segala. Tak boleh hilang fokus langsung tengok 4Minute. Amik video pon tak betol. Nyanyi & jerit sekuat mungkin! Hahahaha.

G.Na
Skill ambil gambar tak power lagi time ni.
Oh ya all pics from normal camera.


4Minute!!!

Beast bebeh!

Look at the crowdddd!

Oh ya, first performance was by G.Na. She is gorgeous and beautiful! Wow. tapi tak tahulah kalau dia buat plastic surgery or whatsoever. She was sicked that day and keep drinking water. And her English is good! *Impress* She was born and bred in Canada. Love Supa Solo & another song I couldnt remember. Hihi. Besides, she sang Rihanna's song, Take A Bow. Unfortunately there were few lyrics that she forgotten. Pity her. She kept saying I'm sorry.. Then all of us said to her, "Kencanayo". Meaning, its okay ;)



And of course, Beast. The energetic, handsome and I-want-to-marry-you group had made the crowd screaming like hell!!!! Oh, I was not into them that much. A friend of mine, Maimi was sooooooo excited to see them! Haha... Could tell that she memorized the lyrics well.



Maimi & I

Aida, Nas, me, Nad



Performance by 4Minute - I, My, Me, Mine. Thanks to Nad. ;)






[++ So Good ++]

Monday, December 6, 2010

Subway

Hai!

Kali ni nak kongsi cerita pasal subway kat Korea. Bukan yang Subway makanan ni la. Keretapi bawah tanah, faham?



Seoul Subway Map:-


Ha ni dalam travel book. Wajib ada yer kalau mahu pergi kepada rakan taulan yang bakal ke Korea nanti =)

Sebelum jalan2, sila kaji dahulu tempat nak pergi, naik subway apa, line apa, turun mana bagai agar tidak sesat.

Ni wujud kat dinding dalam stesen tu.


Ok, gambar dulu dalam subway.

Cuba cari mana orang Malaysia?




Pakcik sebelah kanan aku dok tidoq.
Sebelah kiri pandang tamau kalah yer.



Macam LRT je pun. Jauh sama sekali dengan KTM yer kawan-kawan.

Satu la aku nak kongsi. Dalam subway ni orang Korea jual barang tau. Pelbagai produk! Kat Malaysia ado? Nan ado. Kat Malaysia banyak kat luar stesen KTM/LRT/Star/Monorel jer. Yer tak?? Ke dalam diam-diam ada jugak yang jual barang dalam KTM etc ni???

Kat Korea ni kan, orang Korea akan jual macam-macam produk seperti lah tapak kasut (insole), stokin, barang-barang mencuci macam mop ke apa, barang-barang dapur yang tak boleh tahan tu dan macam-macam lagi lah! Aku tak amik la gambar masa semua ni berlaku sebab aku hypnotized sekejap. @__@.

Selalunya dorang akan jual dari satu gerabak ke gerabak lain. Contoh, masuk dari subway, berdiri kat tengah-tengah antara pintu tu, haaa dorang cakap la bahasa Korea prung prang prung prang. Aku ingat tak da orang nak layan. Ada jugak orang beli uollss! Bagus2 kaut untung dalam subway pakcik2 ni. Hihi. Lepas tu agak-agak macam tak de sapa nak beli dah, dorang pindah ke gerabak lain Guna pintu kat tengah2 tu la. Short cut maa.

Lagi satu. Masa politik kat sana. Boleh pulak dorang promote kat dalam subway. Kat Malaysia nan ado tau. Dorang ni siap pakai topeng mewakilkan muka pihak yang harus di-vote tu.. Haha kelakar. Tapi, bagus la semangat dorang ni. Tak malu pun. =) Oh, maybe sebab pakai topeng kot. Hehe.

Hebat tak?! Harhar


Oh, ni aiskrim gila kau panjang ni. Rasanya biasa je la pun. Cuma tinggi jer. Ramai orang beratur nak beli aiskrim tinggi ni. Huhu.



Oklah tu je kot. Kang ada idea pape aku letak la lagi. Memandangkan takde berapa nak keluar isi patut letak dalam blog. ^^


Oh ya kawan2:-


Do click above link for more info!



[++ So Good ++]

Wednesday, September 1, 2010

Rindu makanan Korea lepas tu kena la pergi makan

Betul tak? heheh.

Plan nak ke Seoul Garden, tapi member cakap, tak rase Korea sangat. Maka, cari punya cari, mari ke Sunway Pyramid, Che Go Korean BBQ Restaurant. Sedap nyummeh betul2 macam Korea.

Food nya, not bad. boleh tahan lah. tapi kebanyakkannya rasa manis2 sos tiram + kicap. Gila rindu makanan Korea. TT__TT.
Kepada peminat makanan Korea macam Nor, Bolat & Maimi. Hendaklah mencubanya. heee~

Kata puasa2 kan, segalanya makanan lah. Nanti raya makanan lagi. Heheh.

Ok. Gambar!



Ini nama restoran. Che Go. Huhu


Interior design dia hebat juger.


Menunggu makanan.


Hahaha. Gila2.


Ni namanya Korean Pizza. Tak la sesedap Korea punya. Cekodok lagi sedap. haha.


Cuba la teka ni apaaaaaaaa???

Belut wey belut.
Budak2 ni cakap ikan keli.
Ikan keli harapan la aku nak makan.
Tapi belut ni sedap betul lah.
^^


Ni haku tak tahu ape dia. Telans je.
Mungkin sesuatu kerang. Yekah?


Mungkin ini adalah ayam masak ape ntah. Kami juga order lamb dan beef. Semua sodap bebeh.


Ni shigae. Macam tomyam campur. huhu. Ok la...


Kimchi ni betul2 rasa Korea. Haha. Dapat jugak aku makan.


Tobokggi tak sodapp. =(
Real punya, pedas superb, lagi merah, lagi kawww.
haha


Makan sampai kenyang.

Burppp.. Alhamdulillah.



Balik la apa lagi.

Ohhh.. next entry aku nak cerita masa aku berbuka dengan family pulak. Food again! hehe.




kata pendek: Misi nak buat dessert masa cuti ni. ^^






[++ So Good ++]

Thursday, July 29, 2010

Tiket MTV

Bukak Twitter melalui Echofon, @nightflight958 retweet @WGyubin sudah sampai Malaysia.



Weyh aku jeles tau sapa2 dapat tiket MTV
WorldStage tu. Tak nak bagi aku kee?

Gila susah nak dapatkan lebah dengan le
laki hitam kat website MTV World Stage tuh. Chis. Dari kat Korea aku berusaha. Dah la tak dapat tengok konsert dorang kat Korea ritu. Gila sedih.

Aku bukanlah die-hard-fan Wonder Girls mahupun Katy Perry mahupun Tokio Hotel. Tapi, kalo dapat tiket free sapa tak nak pergi wey!! Nak menyanyi sambil berkaroke sebijik time kat Korea ritu eventhough aku rasa Wonder Girls akan nyanyi versi English. Versi Korea lagi sedap ok. huhu.


Ok la takpe. Aku tonton kat youtube je nanti. Sadisnya.


kata pendek: Kalau FLY FM baca entry ni dorang nak bagi tiket free tak aku? Eheheh. ^^



[++ So Good ++]

Saturday, July 17, 2010

Jeju-do [Hari ke-3]

Okai mari sambung hari seterusnya kat Jeju-do.

Kitorang check out dari motel pagi2 sebab nak berjalan2. Letak la barang dan beg2 kat e-mart (ala2 Giant gitu).
Pastu naik bas terus pergi Mojonggol. Yeke tu nama dia? Ye kot.

Destinasi pertama kami: Maze Park!

Bas berhentikan kami di tengah2 jalan dengan signboard besar Welcome to Mojonggol Cave. Tanpa hala yang kurang betul, kitorg masuk je la simpang satu ni. Tanya orang tepi jalan, kitorang harus berjalan kaki. OK, berjalan kaki ye kawan2. Kilometernya sebanyak 5. Hoi jauh kot tuu. T_T. Dengan begitu kental okai. Dan panas membara2 pada ketika itu, ku harungi jua. Eceh.


Kawan2 dihadapan.


Gila ke amik gambar tengah jalan?


Ni je satu2 nya gambar ada muka aku untuk blog kali ini. Terima kasih. Sigh~


Dah sampai!! Berpeluh2 tau.
Orang kaunter tiket bagi murah kat kitorang half price sebab kami jalan kaki. Bahaha. Hebat kan?
Tengok map Maze Park nya. Mencabar? Mari cuba!


Dalam nya. Cari dan cari jalan keluar. Kena pantas ye sebab kejar masa.
Sesat beberapa kali sebab tour guide salah jalan. Chis.


View dari atas! Cantik wey.

Lagi view

Oh ye, time ni dah sampai. Bpe minit tah dalam ni. Huhu.

Destinasi kedua kami: Monjonggol Cave.
Jalan kaki jugak ni wey. Atas sikit dari Maze Park. Haduyai. Kental kau!

Kekasih hati amik gambar. Ooops. Kontroversi statement tersebut nanti. Haha.


Kawan2


Ni la tempatnya. Jum tengok apa ada dalam!


Turun tangga dulu ye. Sejuk dalam ni. Disebabkan air menitik2 dari dalam gua ni, dorang pakai baju hujan. Ada juga bawa payung ye. Dalam cave bawak payung? Err. Layannns~


Huhu. Mencabar tau jalan nya. Penuh onak duri. Amboi.


Apekah? Tak tahu.


Kajaaaaaaaaaaaa!!! (Lets go!)


Ape tah nama ni err.


Kasut ku pakai masuk dalam gua. Memang gila. Kasut masih cun time ni. Mari tengok kesudahannya nanti.


Mereka lagi.


Turtle rock!
Macam turtle tak? Xpon.


Perhatian: Masuk gua jangan pakai sandal cun2 macam ni ok. Kan dah terputus. Tapi aku dah hantar cobbler betulkan. ^^


Dah setel masuk gua, kena patah balik tau ikot jalan sama. Adei. Panjang lak tu cave nya. Kurus sekejap.

Keluar, hujan renyai2 membasahi bandar Jeju. Nak kejar masa check-in flight balik Busan time ni. Amik taxi sampai lah ke airport Jeju. Penatttttttttt.


Sampai! Amik gambar dulu. ~ ^^


Besar? Taklah sangat.

Aku suka semua airport kat Korea sebab ada internet zone. Leh bermain internet secara seronok di Korea. ^^

Habis sudah ekspedisi ke Jeju-do. Korang honeymoon mai lah sana. Best woo. Tapi ingat, ikot tour lah senang. Hehe.

Esoknya kami ke Seoul pulak. Beli cenderamata la ape lagi. Banyak habis duit. Hutang tak bayar lagi. Huhu.

Ok kawan2. Nak gi kenduri jap lagi ni. Till then lah er. Pasni ada lagi ke tak entry dari Korea. sobsob.



kata pendek: I miss Korea so much lah!!!

[++ So Good ++]