Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

Saturday, May 30, 2020

Pulau Perhentian 2018

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya semua!!

Satu post je untuk kali ni. Cerita tahun 2018. Hahaha Jadi la tu.

3 Ogos 2018

Drive pergi Terengganu okay. 11.30 malam gerak dari KL. Bawa dua kereta. 

Sekali sampai dekat Merapoh, tayar pecah. Masa tu jam 3.30 pagi lebih kurang. Serius la adoi. So kami tukar tayar spare. Jalan sikit. Pecah lagi! Nasib malang sekejap masa tu. Huuu seriau aku tengah malam kat situ dah la banyak dengar cerita macam-macam.

Dah jam 4.30 pagi, call insurans tanya macam mana. Memang tak boleh jalan la namanya ni. Tow truck pula jam 6 pagi la baru ada. Mereput kau kat situ sampai jam 6.

Time tu kereta satu lagi dah kat R&R Gua Musang. Dia pun patah balik nak tengokkan kami ni haa. 

Tunggu sama-sama sampai tow truck sampai jam 6.30 pagi.. Alhamdulillah tak ada apa jadi pun. Overthink sangat. Hehe.

Kami berenam. Kau bayangkan berhimpit dalam kereta satu lagi Honda Jazz. Hahahaha.
Berhimpit sampai Jeti Kuala Besut tu tau tak.

Lama gila rasa nak sampai Besut. Tidur bangun (still boleh tidur ok even berhimpit), tak sampai juga. Letih jangan cakap la. Dah la mengantuk kan. 

Janji dengan orang pakej pulak jam 11 pagi naik bot. Memang ngam-ngam kami sampai jeti. Kitorang inform la orang pakej tu kami terlambat kereta rosak apa semua. Nasib dia okay je.

Ni kali kedua aku pergi perhentian. Kali pertama tahun 2014, pakej ambil yang kat Perhentian Besar. Post 2014 klik SINI. Kali ni, pakej dengan Perhentian MJ. RM 290 - 3 hari 2 malam. Kami stay kat Kampung Nelayan, yang ada masjid terapung tu. Dulu first time pergi, masjid still construction. Siap dah masjid ni haa...

Sampai sana, tunggu nak check-in. Fuhh panas betul Perhentian.. Memang serabai gila la masing-masing time ni. Hahaha.

Dah sampai Jeti Kampung Nelayan

Hello Perhentian we meet again!

Perhentian MJ ni, kalau korang yang save budget, boleh la ambil dengan MJ. Ok aje. Not bad because you get what you pay. :) 

Nasib baik pukul 12.30 ada lunch. Letak bag sekejap terus makan lepas tu tidur sampai 2.30 petang ada agenda lain nak berenang-renang kat Marine Park.

Rasanya dah sampai Marine Park ni.
Kena bayar RM 5 untuk coservation fee, tapi bayar masa kat Jeti Kuala Besut siap-siap dah.

Ikan bilis!
Haha tak tau la nama.



Ikan cantik

Setel petang tu snorkeling, balik bilik dan rehat. Makan malam jam 8. Makan lauk-pauk. Habis tu kitorang pergi buat kerja gila.

Belakang masjid tu, ada jalan nak ke Long Beach. Jalan dalam erti kata masuk hutan. Memang ada pathway, tapi hurm tak tahu la nak cakap. Gila betul masing-masing.

Aku tak ingat siapa cakap boleh lalu situ. Padahal boleh je naik bot. Belakang masjid tu jalan terang lagi tau. Ada lampu. Tak ada la scary sangat. Chill lagi masa ni. Kawan aku cakap dia nampak ada orang kampung ni tengok kitorang lalu jalan tu. Tapi dia diam, means ok je la kan. Kalau tak, mesti orang tu tak bagi lalu. Kami pergi berenam je ni.

Kami pun jalan la. Sampai satu tempat tu, tiba lampu dah tak ada. Tinggal jalan semak samun, tapi still nampak pathway yang dah ditumbuhi rumput. Maksudnya, tak ada orang lalu sangat la jalan tu. Berlampukan handphone, kitorang redah je. Dah half way tu (tau-tau je halfway padahal entah bila nak sampai), sebenarnya tak sedap hati. Dah cakap nak patah balik, tapi kami decide teruskan jugak... Masing-masing diam je masa jalan. Hati memang membaca la surah apa bagai. 

Jalan memang gelap. Kadang-kadang je sampai satu tempat yang lampu pakai sensor tu, orang lalu dia nyala. Ada naik turun bukit. Ada yang hampir terjatuh. Sebelah kanan macam cerun tinggi jugak la menghadap ke laut. Dengar bunyi bot lalu. Kalau jadi apa-apa kat kitorang masa tu, tak tahu la nak bagitau siapa. Gelap gila la masa tu. Keberanian apakah ini?

Dalam 1 jam lebih jugak la kitorang redah hutan tu. Dengan pakai selipar. Kot ada ular mana nak tahu. Huwaaa. Hantu ke kan. Letih gila weh masa ni. Ni percutian ke pendakian?? Hahaha.

Tak lama lepas tu, kami dah nampak cahaya dari Long Beach. Kami lalu jalan belakang resort either Bubu Villa atau Rock Garden Chalet. Terus turun pantai, cari air mineral. Long Beach malam-malam ada party okay.

Sana mat salleh ramai stay. Ada la party minum-minum lepastu main api keluar ikut mulut tu tak tau la apa benda. Menari bagai dorang sana. Aku perhati je la sambil minum air. 

Nak balik ke MJ, naik bot la. Sewa bot kat situ pergi Kampung Nelayan. Koser nak jalan kaki. Gila ke. Haha. Bila tengok jalan kitorang redah tadi sepanjang naik bot, macam wow apa yang dah dilakukan??! 

Dalam hutan gitu la kitorang redah.

Balik aku terus mandi dan tidur.

Esoknya, lepas sarapan, pergi snorkeling trip lagi. 

Turtle point

Mestila bukan aku yang ambil gambar. 

Ni tak tau kat mana.

Jernih kat Shark Point.
Serious aku nampak jerung kecik. Video tak sempat ambil la dia laju sangat.

Balik MJ, makan tengah hari. Rehat sekejap. Petang jam 3.30 gerak nak hiking kat kincir angin. Less than an hour je nak sampai atas. Worth the hike.

Long beach again. 
Malam sebelum tu kami turun kat resort hujung sana tu.

Ada la tanya orang bot, 'Ada ke orang jalan kaki dari Kpg Nelayan ke Long Beach?'. Dia cakap, 'Mana ada orang jalan. Naik bot je biasa'.

Hahaha.

Kitorang cakap la, 'Semalam kitorang jalan masuk hutan datang Long Beach'. Nasib baik tak jadi apa-apa sebab katanya ada je orang hilang kat situ. Krik krik. Dia tahu la tu memang boleh jalan, cuma tak ramai yang lalu kot? 

Cantik kan!
Birunyaa...
Jalan kat situ papan dah congek. Orang bot tak bagi lalu sebenarnya.

Biru!

Kincir angin

Ok last one

Turun balik bawah mandi manda kat Long Beach sekejap sebelum naik bot.

Sampai MJ, kitorang jalan lagi sampai hujung. Saje tengok kampung..

Sampai kesini haa..
Tengok budak-budak main terjun je kat laut tu haa hujung jambatan ni.

Malam tu BBQ. Makan biasa je. Ada ayam, ikan dengan sotong. Okayla not bad. Malam tu berehat je tidur.

Esok pagi konon nak tengok sunrise. Pukul 7 sunrise apebenda entah. Hahah.

Ni je la view ada..

Area masjid

Pukul 10 pagi check-out dan ready naik bot balik Jeti Kuala Besut. 

Jalan-jalan jap makan tengah hari kat situ. Singgah beli keropok lekor. 

Berhimpit 6 orang dalam satu kereta sekali lagi. Hahaha letih laaaa hai. Kitorang jalan lalu Tasik Kenyir time balik. First time sampai. 

Ambil semula kereta rosak kat bengkel area Gua Musang tu dan kami pun balik la KL.

Suka duka betul trip kali ni.

Ok byeee!!

Sunday, April 26, 2020

Lombok: Sunrise in Gili Trawangan

Assalamualaikum!

Salam Ramadhan semua dan selamat berpuasa!

Previous post:-


8 April 2018

Lombok final post!

Pagi tu mengejar sunrise pulak kat Gili Trawangan ni. Lepas subuh terus bersiap naik basikal pergi depan pantai. Nak cari port la mana best tengok matahari terbit.

Kami pergi area La Moomba. Menepek dekat situ tunggu matahari. 

 Jam 6 pagi. Tak nampak bayang matahari lagi. Nasib la langit cerah harini.

La Moomba

Haa kami duduk kat sini la tengok matahari. 

 Sunrise at 6.20 am.
Cepat rupanya matahari naik eh. First time ni tengok.

 Orang amatur ambil gambar macam ni je la haa. Sayup-sayup je matahari. Hahah

Ni timelapse video.
Emm tiba ada orang lalu.......

Kami lalu jalan ni masa nak datang..

Patah balik ke Villa dalam 6.30am macam tu, nak sarapan pula. Harini last day kami kat Lombok. Sobs.

Sarapan gini okay.

Kitorang kemas barang apa semua, pukul 10 pagi dah check-out. Dah tak tahu nak buat apa kat Gili tu. Balik la ke darat sana. So aku dah whatsapp Ibnu (supir masa first two days tu ingat tak??) siap-siap, cakap nanti jumpa dekat Bangsal pukul 11 pagi. 

Dah panggil orang Villa panggilkan Cimodo, bayar 150k Rupiah untuk 3 orang. 

Beli tiket public boat 15k Rupiah seorang. Ada kaunter kat area jeti.

Sementara tunggu public boat sampai..
Naik bot ikut warna tiket okay.

Ni haa public boat.
Dalam 40 orang naik.
Perjalanan dalam 45 minit.

Sampai sebelah Senggigi, kami pun tunggu la Ibnu sampai kat area Bangsal  ni..
Jangan main-main tau dapat WiFi sini ok. Walaupun slow.

Dah jumpa Ibnu tu, dia bawa la kami jalan-jalan nak cari souvenir pulak. Dia ikut jalan lain pusing mana tak tau.

Geopark Rinjani - Lombok.
Kawasan nama Pusuk.
Nampak view laut.

Lepas tu sini banyak gila kera.
Scary tau.

Jumpa durian tepi jalan. Minta Ibnu berhenti kejap.
Kitorang makan sebiji je saja nak try durian Lombok.
Taste wise, rasa biasa je laaa. 

Singgah lunch.
Makan sate dan lauk pauk lain.

Singgah satu kedai souvenir ni. Beli jajan.
Aku tak ingat la beli apa.

Pergi satu kedai ni namanya Gandrung Sasak kat Mataram. Kedai Gandrung ni best! Barang murah juga. Dah la aircond, cantik, kemas. Aku beli T-shirt Gili pun dekat sini. 45k Rupiah sehelai. Kain berkualiti pula tu. Berbaloi la. Nanti kalau pergi Lombok, cari Gandrung ok.

Beli serbuk kopi..

Kain songket ni. Dapat 160k Rupiah.
Sebab mata ni asyik tak nak lepas pandang kain ni weh.
Kang tak beli, teringat. Dah siap buat kain pun.

Sempat juga la beli bag rotan yang famous tu. Tapi pergi beli yang mahal sikit la. Terus menyesal tak beli dekat Kuta Mandalika hari first day sampai. Duhhh....

Flight kami ke KL jam 7.15pm. Say bye-bye to Ibnu. Dia pesan, promosi la dia kat Malaysia. Hahaha. Ok ni aku promosi dia la ni walaupun dah dua tahun balik Lombok.......

IG: @ibnupram
Aku tak tau la dia buat servis supir lagi tak, tanya la dia ya.
Bagus dia ni. I recommend him!

Settle dah Lombok.

Alhamdulillah. Bye!

#STAYATHOME

Thursday, April 16, 2020

Lombok: Snorkeling di Lombok

Assalamualaikum!

Previous post:-


7 April 2018

Aktiviti kitorang harini, snorkeling seharian.

Villa Pine Tree, Gili Trawangan.
Jauh kedalam. Memang kena naik Cidomo atau basikal.
Bilik pun tak banyak. Around 10 rooms?
Villa Pine ni ada private home juga kalau nak stay situ.

Cidomo, ini la dia. Naik 2-3 orang boleh dah.. 

Sarapan ala-carte. Order nak menu apa.

Kena kumpul dekat depan pantai dalam jam 10 pagi kot. Tapi biasala, 11 pagi baru geraknya. Dahla ada adegan cemas pagi tu masa nak ke pantai. 

Ain hilang. 

Kitorang pinjam basikal hotel. Ain bawa belakang sekali. Sampai dekat kawasan jeti tu, tengok belakang, Ain tak ada! Adoi pagi tu ramai gila orang. Jauh ok tempat nak berkumpul tu. Aku patah balik cari Ain. Fisha aku minta dia tunggu kat pantai.

Dah patah balik cari si Ain, nasib la jumpa dia melepek ditepian kedai.

Kau pergi mana Ain!!??! Dia cakap, penat la bawa basikal. Korang bawa laju sangat. Rehat sekejap.

Kuasam punya budak. Aku gelabah cari dia, boleh dia chill chill je sana. 

Sebab dia tahu aku akan cari dia punya. Eh kat Europe dulu pun sama la macam ni perangai.

Masak sangat dah dengan Ain ni. Tapi tu lah, still biar jugak Ain kat belakang. Hahaha.

So kitorang pun seret la basikal. Dah kata Ain tak larat kan. Kesian pula. Parking tepi pokok.

Tunggu kat pantai

Naik bot yang macam tu la nak snorkeling..

Bot ada glass window kkkkkk....
Yang laki dua orang hujung bot tu la melayan kami ni haaa. Kelakar dorang ni. Peramah toksah cakap. Siap membebel marah-marah kahkah satgi cerita

First Point. Tak tahula point apa. 

Dia stop dekat tengah laut. Arus kuat juga time ni. Dah la coral macam tak berapa ada, banyak mati dah sini... 

Ni je la ada..

Dan ini.

Ini juga.

Nampak la ikan halus2 tu...

Okay, macam ni. Yang naik bot tu kan semua orang putih, kami je la kulit coklat. Lepastu, kami je la yang pakai life jacket. Hahaha.

Masa sibuk snorkeling tu tak nampak dah bot rupanya dah menjauhi kami. Masing-masing pulak jauh. Aku kat sini, Fisha hujung sana, Ain hujung situ. Orang bot dah panggil naik.

Alkisahnya dah penat weyyyyy. Nak berenang menuju ke bot pun tak mampu. Rasa macam tak bergerak. Dengan arus kuat lagi. Alasan banyak eh kau. Hahahah.

Nak jadi cerita, orang bot tu pick-up la kami sorang2 macam naik teksi pulakkkk... Ahaha. Sambil tu dia membebel kat kitorang. Dah kitorang je faham bahasa dorang. Dia cakap, berenang laaaa kuat sikit sampai ke bot bla bla bla bla.. Buka life jacket tu berenang je. Oiii memang tak laaaaa nak buka nyawa aku ni. 

Bebel-bebel dia tu, dia juga la selalu tengokkan kami ni haa. Pegangkan camera aku, amikkan gambar dalam laut. Sampaikan, gambar dorang la paling banyak kat GoPro aku. Apebenda dorang dok tekan entah. Dahla gambar sama aje. 

Next point: Gili Meno

Sini sangat lah ramai orang berenang sampai aku nampak kaki dengan badan orang je.

Tujuan utama nak tengok Underwater Statues ni.

Bila tengok kat gambar ni rasa scary pulak patung ni semua

Berjaya snap tanpa ada orang tengah-tengah tu!

Kita up video satu. Ni orang bot la ambilkan.
Aku edit.

Apa yang happy sangat?

Then dia bawa pergi satu pantai ni. Jalan kaki masuk ke satu kawasan. Ada jambatan tengah tasik. 

Kitorang naik satu rumah kampung ni, tengok view je. Kerja pulak nak berjalan kat jambatan panas-panas ni.

Sambil tu tanya la orang Lombok yang ada kat situ...

"Hujung sana (jambatan) tu ada apa?"
"Ada hati saya disituuuuuuu".
-____-"

Hahahha kau nampak takk? Perangai la dorang niiiii! 

Jalan le korang sana..

Makan time!
Tak tau la makan apa sini. 253k Rupiah 3 orang.

Last point!

Sini banyak ikan katanya Fisha & Ain. Aku tak mampu turun dah macam nak termuntah rasanya. Mabuk dah time tu. Baru lepas makan lagi kan. Aku sembang je la dengan orang bot tu..


Nampak tak apa tuuuu?
Kalau tak nampak, korek biji mata.

Banyak ikan!


Sini cantik la. Rugi pula tak turun ye. 

Ok habis tu dalam jam 4 petang balik dah ke Gili Trawangan semula.

Balik mandi tidur solat, nak kejar sunset pulakkkk... Ikut jalan belakang katanya orang hotel. Ada la signboard. Follow je. Kitorang bawa basikal memang laju gila takut tak sempat kejar sunset. Matahari terbenam belah belakang kitorang, so memang kena pusing pulau la.

Sakit pungkok weyyy. Jalan berbatu plakk. Sesat. Dengan tak ada orang. Hahaha. 

But just in time to get this view!!
Alhamdulillah.

Kami stop area Ombak Sunset yang famous buaian tu.
Lepas tu letih gila laaaa berehat kejap kat situ tengok orang.
Sejukkan badan. Perut pula lapar.

Bawa basikal pergi tempat makan malam semalam. Depan jeti tu.

Makan seafood malam ni..

Udang bakar

Ikan bakar dengan sambal. 305k Rupiah 3 orang.

Lepas makan, kami sambung lagi kayuh basikal. Entah mana pergi. Jalan gelap gilaaaaaa. Bawa basikal sambil pegang handphone sebab nak pasang lampu. Tapi ramai la orang yang kayuh juga.

Lampu jalan memang tak banyak. Jangan jalan-jalan masuk laut dah. Masalahnya ada juga yang rajin berjalan kakiiiii.... Tak penat ke?

Gelap macam ni. Muka member pun tak nampak. 
Keliling pulau kot kayuh dari petang sampai ke malam.

Then kami gerak ke area massage semalam. Urut kaki sikit.

Haa ni kedai massage tu.
Samba Villa Wellness namanya...
Recommended!

Habis massage dah lewat malam. Nak kena kayuh pulak balik Villa yang ceruk ke dalam tu. Pengsan. GPS pun tak ada. Konsep hafal jalan je malam-malam ni.

Serius la lampu kena pasang banyak sikit sana. Baca doa sepanjang jalan, takut laaa.

Nevertheless, it was a great experience! Next morning nak cari sunrise pulak......

Okay nanti sambung.. Bye!

#STAYATHOME