Showing posts with label Te Anau. Show all posts
Showing posts with label Te Anau. Show all posts

Sunday, August 14, 2016

Road Trip New Zealand: Milford Road to Queenstown

Assalamualaikum!

Previous post:-



31 Ogos 2015

Dari Milford Sound, kami patah balik ke Te Anau. Tapi sebelum sampai Te Anau, kitorang singgah menyinggah kejappp. Sepanjang laluan dari Milford Sound ke Te Anau dipanggil Milford Road yer. 

Hollyford Valley Lookout (Pop's View)

Berhenti jeee mana-mana kalau ada tulis Viewpoint/Lookout

Mt Christina (Kiri), Mt Crosscut (Gunung bersalji tengah tu), Mt Lytlle (Kanan)

Sampai kesini burung ni terbang. Ko makan getahhhh ehhh! Rosak kereta sewa tauuu.. -__-"

The Divide

Sape nak trekking, mula kat sini. Port pergi toilet je sebenarnya ni... Hehe.

The Divide Shelter

Lake Gunn

Perut dah berkeroncong haaaa.. Perlu makan. So kitorang picnic sat kat tasik ni.

Beautiful Lake Gunn....

Spaghetti bak hang!!!!
:)

Mengunyah tak habis aku ponnn..

Mirror Lakes

Yang tak berapa nak mirror lahhhhhh!

Eeeee sedih kita tau. Jauh2 datang, nan ado pun cerminnyeeee...

Park je tepi jalan. Lepas tu jalan kaki....

Ada Mirror Lakes sebelah kanan..

Tengok ha ada kat mana. Kecik nun jer (Arrow merah). 
Depan tu gunung ganang tinggi menggunung.... :)

OKBAI TASIK TAK BERAPA CERMIN.

Ni la baru betul. Tapi ni gambar Googleeeeee... :(

Harus diingat, Mirror Lakes akan terbentuk 'mirror' nye, pada hari yang tenang. Hari tu awan tebal dan windy lahhh kot.. Positip positip.

Eglinton Valley

Kawasan ni terbentuk daripada glacier beribu tahun dulu. Sebab tu ada gunung ganang tinggi dan tanah rata. 

Awan tebal. Tak nampak la gunung ganang tu sangat..

Aku rasa sungai ni pi Mirror Lakes nun.

Kawasan tanah rata. Macam lalang pun ye jugak..

Bayangkan dulu ada glacier kat sini...
Wuwuwu.

Oooo photoshoot ye koranggg...

Te Anau

Rasa dalam jam 2-3 petang macam tu sampai bandar Te Anau. Kami singgah solat area Lake Te Anau. Tasik terbesar di South Island. Setel semua.... Moh teruskan perjalanan..

Kingston

Stop sini sebab view cantikkkkk! Nampak  Lake Wakatipu. Besar tasik ni. Dari sini sampai Queenstown tuu..

Lake Wakatipu...

The Remarkables.
Yang ditunggu-tunggu Ain..
Kat depan sikit nampak orang skiing.

Queenstown!!

Drive lagi sampai ke Queenstown. Jalan memang cun habis. Tapi Milford Road tu lagi cun tak boleh lawan. Hehe.


Ada satu lagi jalan namanye Devils Staircase. Perghhhh. Memang cun okkk. Jalan corner sana sini sikit. Sebelah kiri Lake Wakatipu. Belakang lake ada gunung. Aku tak tau nak cakap macam mana dah lah. Nak berhenti tepi jalan, Tapi dah senja masa tu. Tak elok keluar senja-senja...... Hehe.

Sukaaaaaaa....
Kalau siang ni mesti cun habis kan!

Macam kat Great Ocean Road, Aussie la kiranye..

Kasi up video kat Devils Staircase. :)


Besar kan Lake Wakatipu! 
Ni Lake Te Anau tak tau la besar mana lagi ni haaa...

Nanti sampai Queenstown, cerita lain pulakk..

Ok bye!

**Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar**

Monday, June 13, 2016

Road Trip New Zealand: Dunedin to Aden Motel, Te Anau

Assalamualaikum!

Previous post:-


30 Ogos 2015

Entry ni nak buat pendek je sebab masa tak mengizinkan. :)

Sebelum gerak Te Anau, kitorang singgah Countdown Dunedin kejap beli barang dapur. Stock makanan basah dah makin surut. Countdown ni kira macam Giant laa gituh. Aku suka la masuk mart dia, buah sayur semua warna warni. Cantik & fresh! Rasa nak ambik je semuaaaa. Hoh.

Countdown, Dunedin

Ingat tak kisah GoPro aku jatuh gedebuk ke atas tanah masa kat Hooker Valley? Ok so solution is, kita beli salotape dan glue kat Countdown ni. Harga NZD 10! Amboiiii. Sampai RM30 kau! Sedih betul. Dah la kecik je salotape nye. Tapi nak buat macam mana. Pasrah je bayar.

Dalam pukul 6.30 petang macam tu baru la gerak ke Te Anau. Patut dah sampai ni! Haha. Kita redah je la jalan malam-malam pun. Malam tu Azfar la yang drive nye.

Senja di Dunedin... 
Masa ni baru lepas hujan.. 

Route. 3 jam 30 minit. 
Jalan dalam gelap malam tu. Dok fikir kalau kereta mati tengah jalan ni, habislaaa...

Ni video kat pekan kecik nama Balclutha

Sampai kat Aden Motel dalam jam 9.30 malam lebih kurang. Jumpa receptionist, cakap dengan dia sebarang dua untuk aktiviti esok. Dia pun tunjuk map apa semua kan. Sangat friendly. Dia kesian kat kami drive dari Omarama ke Dunedin.

Kami booked Deluxe Two-Bedroom Apartment dengan harga NZD 191 semalam. Dalam few weeks before departure, Aden Motel ni inform yang bilik kami nak duduk tu akan ada bunyi bising sebab dekat area situ ada renovation. Dengan baik hatinya, owner tu tukarkan bilik kitorang dari 1 apartment, jadi dua! Dia risau kami tak selesa nanti. Memang terbaik lah servis. Padahal nak tidoq semalam je pon. 

Aden Motel, Te Anau. 
Picture from google.

Tak sempat amik gambar pun kat sini. Dah malam kann. Ain dapat la snap few pictures inside our apartment. Khal & Azfar kita bagi dia hanimun 1 apartment. Sangat besar ok. Puas hati. Ada Free WiFi jugak..

Bilik! Kitorang belajar dari pengalaman. Ada heater kat tilam. Hehe.
Ada 2 bilik dalam apartment ni..

Tak sempat pun duduk kat kerusi tu semua. 

Area dapur yang sangat bersih dan cantik. Siap ada muffin 4 ketul untuk kitorang. Cicah susu. 

Toilet pun best.. Walaupun tingkap terbukak.. Haha.

Mandi apa semua malam tu. Masak & makan. Kemas barang sikit. Terus tidur tak sedar diri. Sebab esok perjalanan kena gerak awal pagi jam 7. 

Milford Sound!

Bye!