Showing posts with label Dunedin. Show all posts
Showing posts with label Dunedin. Show all posts

Monday, June 13, 2016

Road Trip New Zealand: Dunedin to Aden Motel, Te Anau

Assalamualaikum!

Previous post:-


30 Ogos 2015

Entry ni nak buat pendek je sebab masa tak mengizinkan. :)

Sebelum gerak Te Anau, kitorang singgah Countdown Dunedin kejap beli barang dapur. Stock makanan basah dah makin surut. Countdown ni kira macam Giant laa gituh. Aku suka la masuk mart dia, buah sayur semua warna warni. Cantik & fresh! Rasa nak ambik je semuaaaa. Hoh.

Countdown, Dunedin

Ingat tak kisah GoPro aku jatuh gedebuk ke atas tanah masa kat Hooker Valley? Ok so solution is, kita beli salotape dan glue kat Countdown ni. Harga NZD 10! Amboiiii. Sampai RM30 kau! Sedih betul. Dah la kecik je salotape nye. Tapi nak buat macam mana. Pasrah je bayar.

Dalam pukul 6.30 petang macam tu baru la gerak ke Te Anau. Patut dah sampai ni! Haha. Kita redah je la jalan malam-malam pun. Malam tu Azfar la yang drive nye.

Senja di Dunedin... 
Masa ni baru lepas hujan.. 

Route. 3 jam 30 minit. 
Jalan dalam gelap malam tu. Dok fikir kalau kereta mati tengah jalan ni, habislaaa...

Ni video kat pekan kecik nama Balclutha

Sampai kat Aden Motel dalam jam 9.30 malam lebih kurang. Jumpa receptionist, cakap dengan dia sebarang dua untuk aktiviti esok. Dia pun tunjuk map apa semua kan. Sangat friendly. Dia kesian kat kami drive dari Omarama ke Dunedin.

Kami booked Deluxe Two-Bedroom Apartment dengan harga NZD 191 semalam. Dalam few weeks before departure, Aden Motel ni inform yang bilik kami nak duduk tu akan ada bunyi bising sebab dekat area situ ada renovation. Dengan baik hatinya, owner tu tukarkan bilik kitorang dari 1 apartment, jadi dua! Dia risau kami tak selesa nanti. Memang terbaik lah servis. Padahal nak tidoq semalam je pon. 

Aden Motel, Te Anau. 
Picture from google.

Tak sempat amik gambar pun kat sini. Dah malam kann. Ain dapat la snap few pictures inside our apartment. Khal & Azfar kita bagi dia hanimun 1 apartment. Sangat besar ok. Puas hati. Ada Free WiFi jugak..

Bilik! Kitorang belajar dari pengalaman. Ada heater kat tilam. Hehe.
Ada 2 bilik dalam apartment ni..

Tak sempat pun duduk kat kerusi tu semua. 

Area dapur yang sangat bersih dan cantik. Siap ada muffin 4 ketul untuk kitorang. Cicah susu. 

Toilet pun best.. Walaupun tingkap terbukak.. Haha.

Mandi apa semua malam tu. Masak & makan. Kemas barang sikit. Terus tidur tak sedar diri. Sebab esok perjalanan kena gerak awal pagi jam 7. 

Milford Sound!

Bye!

Wednesday, June 1, 2016

Road Trip New Zealand: Dunedin Railway Station

Assalamualaikum!

Previous post:-


30 Ogos 2015

Kami dah 4 jam lewat dari masa perjalanan sebenar. Sebolehnya memang nak elak jalan waktu malam. Satu sebab tak berpeluang tengok pemandangan cantik along the way. Dua, takut jalan yang sangat gelap takde lampu. Bahaya kalau ada binatang tiba-tiba lalu ke apa kan. Who knows? Kalau ada gaung kiri kanan jalan ape tah lagi. 

Tapi, memang sebab tak sempat sangat hari tu. Sampai Dunedin jam 3 petang. Musim winter ni, jam 6 dah gelap. Lambat pun lambat asalkan singgah. Perjalanan ke Dunedin ambil masa dalam 1 jam dari Moeraki Boulders. 

Kitorang nak cari port parking. Pusing punya pusing kat bandar Dunedin ni, susah betul nak jumpa. Dunedin ni bandar kedua terbesar di South Island, New Zealand. Seni bina bangunan pulak ala-ala Europe style gituhh.. Jadi sila lah datang.

Dah lama tak jumpa kereta banyak macam ni. Nice view kan?

Fire Station pun unik bangunan dia..

Cantik nyeeee...

Rumah orang la kot area sini..

Knox Church

Kedai-kedai kat bandar

Downhill...

Bangunan-bangunan...

Kat Dunedin ni jugak, student sangat ramai. Ada Otago University - 1st Uni in NZ & Otago Polytechnic.

So... alih-alih kami parking dekat dengan Dunedin Railway Station. The most photographed building in NZ. 

 
Ada masa-masa untuk parking. 
Monday - Saturday - NZD 1 per hour. Max is 4 hours.
Sunday & Public Holidays - FREE!
Luckily we went there on Sunday. Heh.

Cantik betul railway station ni....

Winter trees!

Up-closed railway station

New Zealand Railway

Inside of the building. Classy.. Kecik je dalam dia ni haaa.. Ke ada part yang tak bukak, aku pun tak pasti.

Love the door! 

Ada dua main options kalau korang nak naik Dunedin Railways ni. Seasider Train (From Dunedin to Oamaru) & Taieri Gorge Railway (From Dunedin to Middlemarch).

Seasider akan ada view laut. Taieri akan ada inland view la macam gunung-ganang. Choose yours kalau nak naik! 

World Class engko!

So this one to Middlemarch..

:)

Kami singgah solat kejap kat sini. Lepas tu, jalan-jalan kat luar..

Cantik betul bangunan sini..

Cadbury. Kat sini la kot orang datang tengok camne nak buat choc Cadbury

Taman depan Dunedin Railway



Dunedin checked!

Kat Dunedin ni, kalau sempat.. Korang pergi la Tunnel Beach. Kitorang tak sempat la nak pergi. Masa tak mengizinkan... Nak jalan ke Tunnel Beach tu pun dah 1 jam return. 

Jadi kami teruskan perjalanan ke Te Anau petang itu..

Nanti cerita lagi.

Okbyeee!

** Semua gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar**