Monday, June 6, 2016

Loei: The Stay Guest House & The Four Site Tour - Kun Ming Muang Loei

Assalamualaikum!

Previous post:-


31 Januari 2016

Kitorang booked aktiviti dengan half rate room kat The Stay Guest House. Setelah diusha-usha, memang guest house ni aje yang buat tour ke tempat kami nak pergi. Sila contact John dalam website yang aku bagi tu. 

Segala soalan aku dijawab oleh John yang sangat lah baik hati melayan kerenah aku tanya macam2 dalam email. Minta rate rehat dalam bilik untuk 2 jam, dia caj 100 Baht untuk 2 orang. Ok sangat la tu kann. 

Dengan John, kami booked aktiviti The Four Site Tour yang kami ingat sorang 1,500 Baht. Tempat apa kami pergi tuuu?
  1. Kun Ming Muang Loei
  2. Phiang Din Waterfall
  3. Phu Pa Por (Paling nak pergi kat sini laa)
  4. Suan Sawun (Teringat2 sesuatu terjadi kat sini)
Harga 1,500 Baht termasuk kereta, minyak & driver ke tempat-tempat diatas. Tak termasuk entrance fee dan tractor ride semasa berada kat sana. Awal-awal tu aku ingat eh mahal nye. Sebab tengok orang lain pergi dalam 500 Baht jer. Mungkin dah naik harga kot. Sebab dah famous. Sobsob.

So balik pada sampainye kami kat Loei Bus Terminal jam 5 pagi. Kami pun tunggu John pick-up jam 6 pagi macam tu. Dengan Honda City dia datang tau. Tak jauh pun Stay Guest House dengan Loei Bus Terminal. Dalam 5-10 minit macam tu je. Sampai aje, kitorang nak bayar la 1,500 Baht (Tour) + 50 Baht (Sewa bilik) sorang kan. Alih2 dia cakap, 1,500 Baht tour tu untuk 2 orang. Aku dah.. Ehhhhh??! Macam blur jap. Aku pandang Ain. Ain pandang aku. Dia silap ke? Aku tanya lagi sekali. John cakap yer. Hahaha selamat duit kami.. So, jadila 800 Baht je sorang include tour + bilik. :)

Ok jum check-in bilikkk! Rasa dah lama tak dapat tilam oiiiii.... Seronok betul dapat baring..

Bilik tingkat atas... Cenggini haa guest house nye..
Cuaca pagi tu sejukkkk je tau.. Loei ni antara yang tersejuk kat Thailand ni.. Selain dari Chiang Mai, Chiang Rai..

Besar bilik ni untuk kami berdua. Heater semua ada. Sempat la breakfast bubur dengan minum kopi pagi tuuu..

Dah mandi bagai, kitorang turun kat receptionist jam 8.30 pagi. Sekali check-out terus. Kitorang ingat naik minivan ke ape ke tau pergi tour ni. Sekali naik kereta Honda City tu jugak. John la driver nyeeeee... Maybe sebab kami berdua je kot.. Heheh.

Perjalanan 1 jam 15 minit ke Kun Ming Muang Loei. Kenapa nama Kun Ming? Sebab ada limestone rock atau batu kapur macam kat China tuuuu.. Nama Thailand nye Suan Pha Hin Ngam. Kena beli tiket masuk 100 Baht per group. Akan diberi tour guide jugak. Tapi tour guide kitorang orang Thailand. Nasib John pandai cakap Thai. Dia la translator kami..

Kita amik gambar keliling dulu...

Love Loei..


Ada la jugak orang kannn..

Nak masuk tu kena jalan kaki dalam 1 km. Nature Trail la kan. Sejuk je sepanjang jalan tu. Sebab dikelilingi pokok.. Batu kapur macam-macam bentuk jumpa kat situ. 

Ni la tour guide tu. Umur dia baru 13 kalau tak silap aku.

Dia pun tunjuk laa... Ni batu bentuk gajah. Itu bentuk T-Rex. Macam2 lagi lah! Quite interesting la sebab betul2 nampak macam apa yang diberitahu..

Jalan lagi kat sini...

Pastu kena naik tangga tinggi. Moh le exercise..


Ni macam batu disebalik batu.... Gituh..

Pokok yang tinggi..

Ok sampai sini.. Kita naik lagi tangga...

Limestone rock belakang tu...
Atas ni nampak hutan ajo... 


Some of the view..

Tempat ni pun dibuat atas batu kapur.. Cantik jugak kat sini...

Dah habis berpanas kat atas tu, kite turun jum..

Turun belah lain. Terus jumpa stall macam ni. Jual macam2 souvenir. Aku takdela beli apa punn...

Jangan lupa bawa air masak. Panas ting-ting.

Nak patah balik semula ke tempat mula-mula kami sampai tadi.. Takkan nak jalan kaki kan. Naik la tractor. 20 Baht sorang. 

Ni ha tractor nyeee... Lepas tu ada anjing pun numpang sekali naik tractor kitorang tuuu.. Wuwuwu... Risau betul.

Dah sampai! Sini banyak anjing tauuu... :o

Habis situ terus naik kereta laa.... Kita pergi stop kedua pulak..

Next entry! Bye!

No comments:

Post a Comment