Saturday, June 15, 2013

China Trip April 2013: Shanghai, China Day 1 (Shanghai Hongqiao & Soho People Youth Hostel)


Assalamualaikum!

Previous Post:

** Update perjalanan dari Hangzhou ke Shanghai. 

Bangun pagi pada 14 April. Breakfast dulu dan bersiap untuk ke Shanghai bebeh!

Lets say bye bye to Beautiful Hangzhou!

Kami menaiki Metro dari Ding'an Road ke Hangzhou Railway Station. Dari station metro Hangzhou Railway Station, perlu berjalan sedikit ke arah Stesen Keretapi yang menempatkan train jarak jauh. Misi mencari kaunter tiket. Ingatkan kat dalam stesen, tapi dok pusing-pusing tak jumpa. Sebenarnya kat luar. Dahla kemain jauh kaunter nya. Dengan orang yang sangatlah ramai. Beg kami lagi yang kena angkut. Fuhh,strong women betul! Untuk ke Shanghai, ada banyak train. Selang 15 minit lebih kurang. Sebab tu kitorang beli on the spot. Tiket bullet train berharga 77.50 Yuan ke Shanghai Hongqiao dan bertolak pada jam 9.17am.


 Look for this sign!

Sebelah kiri ni Self-Ticket Office. Bajet reti sangat ler tu.. Alih2 pergi kat kaunter je. 

Boleh cakap English tu dah cukup baik.


Lepas beli tiket, kami pun berjalan menuju ke pintu masuk stesen. Macam biasa bila kat China, semua orang wajib scan bag. Bila fikir bag kami yang saiz gabak2 ni, stok 45 ke 55L, lawak pulak. Orang yang dok scan bag kitorang tu dahla suruh cepat2. Tak reti sabar betul. Grrrrr.


 Mencari Waiting Room.

Dah sampai Platform 7!

Setel scan bag, mencari platform 7 pulak. First time naik bullet train kat China yang kelajuannya mencecah 303 km/h! Hangzhou ni bangunannya menarik. Ala-ala country style gitu. Sepanjang perjalanan 4 jam 1 jam ni, amik gambar, main game, menulis dan makan.

 Atas kanan: Coach 6. Seat 6D. Simpan tiket sebab masa sampai destinasi kena scan.



 Menulis agar tidak lupa memori.

Main game.


Masih di Hangzhou.

Ni dah tak tahu kat mana.

Marilah camwhore dan menulis poskad kepada diri sendiri.

Sampai sudah Shanghai Hongqiao! Bullet train membanjiri Railway Station. 

 Off we go! Bye bye G Train!

Sampai di Shanghai Hongqiao jam 1 petang 10 ++ pagi. Kagum aku dengan stesen keretapi kat Shanghai ni. Cantik dan besar betul! Macam KLIA. Baru stesen keretapi tuuu.. belum lagi airport nyerrr.. Sementara Khal dan Ain beli tiket train ke Beijing, Xian dan Chengdu, aku dan Tirah ambil gambar sekitar kawasan dan jaga bag. Hehe.

 Scan your ticket here!


Misi mencari Railway Ticket Office

 Besar tau sini. Ini baru sebahagian....... -___-


 Sementara menunggu......

Ain & Khal beratur beli tiket train. Dorang cerita, disebabkan kami beli 3 destinasi. Orang kat belakang dah bising2. Yela, nak bercakap satu hal. Susah nak faham. Karang salah beli naya tau tak!


Bila Khal dan Ain balik dari kaunter tiket, tiket ke Chengdu ni masalah sikit. Dan ada tiket yang terpaksa kami bayar mahal sebab sold out. Lari budget. Tapi takpe, tu semua dugaan di negara orang. Extra cash IS important! Boleh search kat Travel China Guide untuk mengetahui jadual train ye! Dah setel semua tiket, kami beli tiket Subway ke Xinzha Road untuk ke hostel yang dah kami booked awal2.

 Subway Ticket may buy here!




 Tunggu train sampai...

Masa tengah tunggu train, lelaki pakai Jaket hitam pegang tiang kat belakang ni tegur kami. Hensem kan dia? Dah kahwin, sorry! Aku tak berapa nak ingat sangat cerita dia. Tapi dia sedang buat research. Engineering background kalau tak silap. Isteri dan anak lelakinya tinggal jauh dengan dia. Well, he is a nice guy! Peramah sangat.  

Soho People Youth Hostel. Jaraknya bagi aku hampir dengan Metro Station, which is convenient. Walaupun nak menapak ke hostel ni agak jauh, tapi gagahkan diri ok. Lagipun dekat dengan restoran halal. Sangat cosy hostel ni. Design kat lobby pun semua cute dan vintage. Pekerja yang friendly. Boleh cakap English. Wifi hostel ni pun pelik sikit. Tapi dapat la internet dalam bilik. Disebabkan kami sampai awal dari waktu check-in, kami letak bag dalam bag's room. So, jalan-jalan la dulu. Lepas balik jalan-jalan baru check-in.

 Sampai dah Xinzha Road Station

Soho Hostel ni kena lalu sebelah jambatan tu (jangan naik jambatan). Belakang butik pengantin tu, terus je la kau sampai jumpa hostel. 



Sampai sudah! Wooot!



Nice..... I loike this place!

Kitorang plan untuk naik sightseeing bus petang tu. Jadi bergerak ke Xinzha Road Station semula. Eh eh tiba-tiba ternampak restoran halal sebelah kanan kami sebelum nak turun tangga ke Subway. Ngapppp dulu la macam tuuuu... Menu kitorang haruslah semuanya daging kambing. Ingat senang nak dapat macam tu kat Malaysia kee. Aku pilih Nasi putih + daging kambing. Yurou dalam bahasa mandarin bermaksud kambing. A must try ok. Anywhere in China pun, ko jumpa restoran halal, amik kambing tauuuu!

Tirah melayan Aishah, anak tuan kedai.

Choose and pick menu! Juling mata aku nak pilih mana satu. Ada nasi & mee tarik.

 Nasi lauk ayam, cendawan & sayur

 Mee lauk kentang, sayur, cili


 Nasi putih lauk daging dan bawang



 Nasi Goreng Cina, China style!

Green Tea, Ain punya. Kitorang minum Ice Lemon Tea.

Harga 66 Yuan untuk 4 orang makan. 

Tirah yang suka bebeno dengan Aishah. Banyak cakap Aishah ni. Dok tunjuk Tab dia cerita Dora versi mandarin. Kui3.

Range harga makanan dalam 10 ke 15 Yuan sahaja. Sedap pulak tu. Berbaloi2.


Nak tau apebenda kitorang buat kat Shanghai selama 1 hari ni, tunggu next entry yer. Kbai!

1 comment:

  1. oit macik. sejam jelah kita naik train dr hangzhou shanghai. 4 jam ko tulis. kesalahan info disitu. kuikui

    ReplyDelete