Sunday, July 28, 2013

China Trip April 2013: Shanghai, China Day 1 (Sightseeing Bus, Shanghai Old Street, Yu Garden, Fuyou Mosque & The Bund)


Assalamualaikum!

Previous post: 





Lepas makan, kami plan untuk menaiki Sightseeing Bus yang terletak di Shanghai Urban Planning Exhibition Hall. Dari Xinzha Rd Station, naik Metro ke People's Square dan Exit 2. Bayar lah tiket Metro 3 Yuan saje. Naik escalator dan akan nampak satu square yang besar dikelilingi oleh bangunan pencakar langit. Sightseeing Bus berada di sebelah kanan. Bus warna merah. Bayaran boleh dibuat kepada konduktor bas dengan 30 Yuan seorang. Ada dua jalan yang dilalui oleh bus ni. Jalan A dan Jalan B. Kami pilih jalan A. Semasa menaiki bas, konduktor bas akan bagi map dan jugak earphone yang dicucuk di bahagian tempat duduk dan digunakan untuk guide pelancong. Ada bahasa Cina, Jepun, English, Spain dll. Aku dengar bahasa Sepanyol lah opkos! Haha.

Info City Sightseeing Bus boleh klik SINI dan SINI.


 Sekitar Shanghai Urban Planning Exhibition Centre


Cari bas ini okai!

Suasana dalam bas di tingkat atas.



Ramai tak ramai la kannnnnnnn...... 


Ini, tunggu nanti aku cerita kat bawah.


Sikit je berselirat ni.. Aku rasa kat Thai kot lagi gila wiring dia.


Pun boleh hoi!



Datang Shanghai ni benda wajib nak tengok adalah The Oriental Pearl Tower yang terletak di Pudong Park dan bersebelahan dengan Huangpu River. Dari dalam bas boleh melihat sekitar pemandangan bandar Shanghai. Bila nampak Pearl Tower, jadi sungguh excited! Tak sangka dah sampai sini...



First pit-stop kami adalah Shanghai Old Street. Pit-stop ke-9. Ada banyak kedai di dalam bangunan yang reka bentuknya sungguh unik. Ala-ala pagoda gitu. Even Starbucks punya kedai pun ohsem! Amik gambar sekejap.








Nampak tak Starbucks Coffee???!




Seterusnya ke Yuyuan Garden lah kita. Bayar 40 Yuan kat kaunter. Bulan April tengah musim bunga, so memang sangat cantik view dia. Kemain lama dalam ni sebab kagum sangat. Main attraction adalah Zig Zag Bridge. 















Cantik kan pemandangan. Subhanallah.... :)



Ini lah Zig Zag Bridge! Ramai orang ooooo....




Misi mencari souvenir Shanghai. Ada banyak kedai jual, cuma pandai2 la nak minta diskaun. Tolong lah minta. Jangan nak berat mulut sangat. Dorng akan mark up harga sampai 70%. 


Antara kedai souvenir depan YuYuan Garden.




Pilih jangan tak pilih!

Kami sempat solat jamak di Masjid Fuyou di Huijou Road. Berdekatan dengan Line 10 Metro station. Alhamdulillah. Ada orang jual makanan halal di luar masjid. Boleh le makan kalo lapar. 





 View masa cari Masjid Fuyou



Fuyou Mosque

Ruang solat muslimin


Kami beli makanan. Tak ingat beli apa.


 Landmark sekitar Masjid Fuyou, in case tak jumpa!



Tirah nak cari baju I Love Shanghai kat Giordano. Jumpa Giordano masa dalam Sightseeing Bus. Cari punya cari tak jumpa. So, terus ke The Bund. Nak mencari Metro kemain tak jumpa hoi. Terpaksa menapak balik ke Masjid Fuyou yang ada Line 10 tu untuk ke East Nanjing Rd Station. Cuaca sangat sejuk ok. Orang Soho Youth Hostel kata malam ni tak sejuk punya. Biasa2 je. Padahal................  rasa nak balik Malaysia jer. Angin kuat yang buat kami tak tahan. Ain confident tak bawa baju tebal langsung. Pastu menggigil yeee... Haha.







Walaubagaimanapun, kami sungguh la teruja dengan keindahan lampu kat The Bund. Apa itu The Bund? Sila lah tanya abam Google. Cantik sangat. Kiri kanan depan belakang semua lampu. Banyak nau kos nak bayar letrik nye tu. Hehe. Amik gambar, makan bekal jap pastu balik ler. Tak tahan, sejuk sangat. 


 Perjalanan menuju ke Huangpu River


Nampak dah nampak dah 


Yay, sampai!! 


   Cantik kan!



 Sekitar The Bund!

 Huangpu River dan di seberang sana yang kami tak lalu pun....


Dapat amik gambar berempat!

Perjalanan balik dari The Bund ke East Nanjing Rd Station ni sungguh la jauh. Kejap2 masuk bangunan menikmati udara panas. Awat la depa tak buat Metro Stn yang dekat je ye. Dah la kesejukan melampau. Sabar je lah. Nasib baik takde tukar train banyak sangat dan 1 stop sahaja untuk ke hostel.

Sampai hostel, kami belum masuk bilik lagi kan. INGAT TAK? Bayar apa patut kat receptionist dan ambil la bag kami dalam bags' room tu dan bawa masuk dalam bilik. Nasib baik dekat jeeeee...... Kami pilih 1 bilik 4 orang (katil double-decker). Setiap sorng akan diberi 1 kunci bilik dan 1 kunci locker. Locker dalam bilik sangat awesome. Macam kad touch n go. Touch kad pada tempat scanner tu dan locker akan terbuka. Jakun jap. Haha. Receptionist dan pekerja lain pun boleh cakap English. Takde masalah disitu. Wifi pun laju. Sebab sorang satu password lain-lain. Menyusahkan jugak, tapi kami berjaya buat walau dah godek lama-lama untuk connect internet. Walaubagaimanapun, katil dia keras sikit. Apa ade hal, lelap jugak mata ni. 



Sebelum tidur, packing barang untuk ke Beijing esok hari!

Okay, next entry aku cerita pasal Beijing ye. :)

Harap bersabar menanti. Bulan puasa ni. 




[++ So Good ++]

5 comments:

  1. Assalamualaikum. Bley tak emailkan pd saya, itinerary awak kat shanghai. Saya nak pergi sana bln 12. ammarzuki@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Xjumpa la entry beijing i oll . Wow 3 tmpat terus hangzhou, shanghai, beijing ... Brp kos sorg nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5 tempat sebenarnya. Sekali Xian dengan Chengdu.
      Hehehe.
      Entry Beijing: http://khayze.blogspot.my/search/label/Beijing
      Dalam RM 2,300 all include.
      :)

      Delete
  3. Salam, hi! May I ask you to email me your itinerary? Bcs I pergi Shanghai April 2018 nanti hehehe. Btw, clothing for bulan April cemana eh? Need baju tebal jugak ke? Thanks in advance!

    Email to : syareenasumanteri@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. April I'm guessing sejuk gila kat Shanghai. Bawa baju tebal sikit dah ok...
      :)

      Delete