Bangun pagi, buat sandwich, transfer gambar, mandi dan bersiap ke Xihu atau dikenali sebagai West Lake!
Pemandangan luar tingkap Hotel di pagi hari
Tapi sebelum ke West Lake, kami singgah Phoenix Mosque yang terletak bersebelahan dengan Green Tree Inn Hotel. Gambar jum!
Ruang solat
Ni aku tak tau pula apa. Tapi nampak ada macam batu nisan.
Signage masjid yang sedang di-renovate
Sewa basikal kat sini lepas tu kayuh ke arah belakang tu.
Orang China ni memang suka bawa basikal agaknya. Tempat sewa basikal merata tempat. West Lake tu besar, jadi tak perlu la nak jalan kaki sangat. Panas plak tu kt sana. Sampai West Lake, parking basikal dan tengok fountain jap. Ramai gila orang. Kalau datang malam, kena bayar tengok fountain tu.
Ramai tak orang????
Plan kami untuk ke Leifeng Pagoda. Bawa basikal menghala ke kiri dan terus jer. Sebelum sampai Leifeng Pagoda tu, banyak tempat kami singgah untuk ambil gambar. Ok, tengok gambar je ye.
West Lake uolls!
Pemandangan sekitar kawasan West Lake
It's spring! Harusla banyak bunga!!
Pelajar kolej serbu kami ambil gambar. Eh bukan dorang yang serbu sebenarnya, kitorang yang nak minta tolong dorang ambil gambar. Kebetulan, dorang ni amik jurusan English kat kolej, dorang ambil kesempatan nak cakap dengan kami ni ha.
Cantik kan kami dan view belakang. Hahaha.
Cantiknya. Ni kalau budak-budak nakal mau dia terjun kat tasik tu ha. Risau aku sebab takde penghadang.
Bamboo! Sampai sini, hidung kitorang dah tak boleh nak menerima oksigen. Sebab debunga sangat banyak. Menusuk hidung. Pakai mask. Aku tutup dengan selendang jer.
Ni tak tau la namanya apa.
Ni pun tak tau apa tem
Okay, dah nampak dah Pagoda belakang tu!
Bila dah sampai Leifeng Pagoda tu,punya la ramai orang. Dengan tour bus, tourist, local tourist. Fuhhhh, ramai! Kitorang parking basikal dan beli tiket kat kaunter. Yuan per person. On the way nak naik ke Leifeng tu, ada la beberapa orang nak amik gambar dengan kami. Retis jap noks! Haha. Sebaik la nak naik tu ada escalator. Kalau naik tangga, insaf sekejap. Lift pun ada nak naik ke tingkat atas sekali Pagoda tu. Kitorang naik tingkat 5 dan plan nak turun tangga je nanti. Ok, gambar!
Kaunter tiket.
40 Yuan per adult
Retis.
View di atas Leifeng Pagoda
Kami akan kesana lepas ni!
Sejuk atas ni. Rasa taknak turun.
Lepas tu,kayuh basikal lagi ke Taiziwan Park. Free je masuk sini. Korang penah pergi Pesta Bunga kat Putrajaya tak? Haa, macam tu jugak je bunga nye. Cuma kat Taiziwan ni besar lagi. Sangat besar. Letih dibuatnya. Ok gambar.
Pintu masuk ke Taiziwan Park!
Tasik cun!
Bunga-bungaan.
Nampak tak ada wedding photoshoot tu?
Feeling kat Holland gitu.
Dah habis pusing kat park, kayuh basikal lagi. Ingat nak pusing satu West Lake. Tapi, jalan yang kami nak lalu tu, tak dibenarkan bawa basikal pulak. So, terpaksa la patah balik ikut jalan yang sama. Kayuh laju2 sampai tempat orang sewa basikal tu semula. Nak tau tak berapa jauh kitorang kayuh? 4.3km sehala. Dua hala = 8.6km! Serius sakit bontot balik tu. Dan bye bye lah semua lemak. Haha.
Setelah dapatkan balik duit deposit, kami pun naik Metro ke hostel. Singgah jap kat kedai makan halal. Konon nak tapau, harapan ler. Makan kat situ jugak. Hahah. Sate kambing the best! Hanya 2 Yuan secucuk. Kitorang beli 10 cucuk kot sorang. Tak payah kuah, makan begitu sahaja. Serius sedap!
Pakcik comel dok bakar kambing!
Dalam restoran
Makan tanpa kuah! Combination isi-lemak-isi-lemak, memang umphhhhh!
Ni macam donut berinti.
Haaa, dah siap pun signage masjid ni.
Balik hostel, mandi apa semua, siap2 pergi Wushan Night Market lagi. Ingat malam tu nak dinner kat restoran halal, tapi tutup jugak. Takde rezeki kami. So, balik makan kat bilik jer. Aku makan maggi. Budak2 ni semua dah x larat nak makan.
Ni kedai poskad. Vintage gilaaaaaa! I loike it so much!
Habis makan tu, kami packing bag pulak untuk ke Shanghai keesokkan hari!
Okay, trip esoknya akan diceritakan kemudian.
Bye!!
[++ So Good ++]
salam perkenalan khay...nmpk best. akak mcm nak gi HGZ nov ni....senang tak nak explore wpon x pandai ckp mandarin
ReplyDeletePuTrImaRyam ;
ReplyDeleteSalam kak! :)
Hangzhou sangat cantik Kak.. Kalau akak pergi bulan Nov time tu mesti Spring nak masuk ke Winter kan. West Lake confirm cun melecun nanti. Hehe.
Orang Hangzhou kebanyakannya x pandai cakap English. Tapi, senang nak explore. Google siap2 nak pergi sini sana. Baca blog lain2.. Kalau x jumpa jalan, tanya orang2 muda, mungkin dorang faham...
khay, kak nak baca entri2 psl China lg...sila update dgn cepat yee...tq
ReplyDelete