Hello!
Kitorang stay kat Green Tree Inn Hotel. Hotel ni dekat dengan night market dan masjid. Kalau dekat dengan masjid tu, insyaAllah mesti ada kedai makan halal. Di Wunlin Square Station, kami beli tiket Metro yang berharga 2 Yuan untuk ke Ding'an Road Station. Sampai di sana, Exit D untuk ke hotel. Terus, sampai nampak jambatan yang ada escalator belah kiri. Belok kanan, nanti nampak Phoenix Mosque sebelah kanan. Green Tree Inn Hotel sebelah kanan anda, deret dengan masjid tu.
Hotel ni memang terbaik service dia. Boleh cakap English, even tak berapa fasih. Ada wifi, bilik yang sangat besar dan selesa, TV besar dan paling best, ada PC dalam bilik kitorang pilih tu. Bleh la transfer gambar masuk pendrive kan...
Bilik yang sungguh spacious!
Toilet bersih. Itu wajib.
Skrin nipis oi! Nipis tak nipis, kitorang ngadap CNN je kat sini. Tu je yang faham. Haha.
PC. Hotel kau ado?!
Sampai tu, mandi dan berehat kejap. Lepas Maghrib kitorang keluar berjalan-jalan di Wushan Night Market. Ada banyak kedai jual barang pelik2 aku tak tau nak bagitau nama nye apa. Kedai makan tak banyak area sini. Kena ke luar sikit, baru jumpa. Sementara jalan2 tu, kitorng punya perut dah berbunyi. Lapar oi. Rasanya last makan atas flight, nasi lemak.
Sekitar pemandangan kat Wushan Night Market..
Silk scarf!
Pen comel. 3 batang 10 Yuan. Murah noks.
Tak tau la ni apa. Kitorang masuk jer.
Leifeng Pagoda replica.
Deret ni la kedai halal tu. Pukul 9.30pm dah tutup. Sobs.
Jumpa satu kedai halal ni. Tutup plak. Sedihhhhh sangat masa tu. Aku la yang sedih. Budak2 ni chill je. Hahah. Tapi kan sepanjang kat area Night Market ni, ada banyak anjing poodle yang comel2. Tapi, aku memang menjauhkan diri dari anjing ni semua. Comel tak comel, lari jauh2 dulu. Owner anjing tu takde plak ikat dengan tali anjing nye tu. Dibiarkan macam tu je. Pemandangan pulak sangat tenang. Tak kotor. Bersih. Kawasan Night Market tu disinari dengan lampu2. Cantik la jugak sebab bangunannya unik, versi old China's building gitu.
Kacang tumbuk agaknya. Beriyer dorang tumbuk.
Buat bentuk2 guna kaca.
Tak jumpa kedai makan, kitorang decide untuk makan dalam bilik jer. Makan ketupat nasi, nasi impit, serunding dengan kuah kari dalam tin. Amboiii, meriah tak??? Hahaha.
Hotel waktu malam..
Lepas makan, aku download game, tengok email. Tu je mampu.. Social media takde kat China ni. Jadi, tidur laaaa.. ape lagi. Esoknya nak naik basikal pusing West Lake!
Okay, byeeeeee!!!!!
alaaahai rindu hangzhou cenggini. CT baru pergi hangzhou jan lepas.. cantik kan. CT nye hostel dekat2 ngan hotel awak duduk ni.. rasa nak pergi lagi.. and CT tengok jugak orang beriya menumbuk kacang tu :P
ReplyDeleteCT ada buat giveaway yang pertama sampai 16Julai2014.
sudi-sudikanlah tengok and kalau sudi joinlah sekali.
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/07/giveaway-wow-hari-raya-by-siti-yang.html