Tuesday, May 14, 2013

China Trip April 2013: Hangzhou, China Day 1 (Xiaoshan International Airport)


Assalamualaikum..


Mari mulakan pengembaraan ke Hangzhou!



Flight dari LCCT, Kuala Lumpur ke Hangzhou, China yang mengambil masa selama lebih kurang 5 jam dipenuhi dengan bangsa Cina dan mungkin sebahagian warganegara China. Disebelah kiri aku, ada aunty dan uncle dari Ipoh yg sangat peramah. Bila dia tanya nak pergi berempat shj dan perempuan semua ke?, dia terkejut. Tak sangka kami berani pergi. Dia expect kami pandai Mandarin, tapi memang tak la kannnnn. Dalam hati aku ni nervous gila nak sampai kt China. 



Tiba di Xiaoshan International Airport, bermulalah adventure kami selama 11 hari. Setelah keluar dari imigresen, kami mencari orang jual tiket bas untuk ke Wunlimen. Nak mencari tu pun dah sesat. Sampai ke luar airport. Bila tanya, semua tak faham. English apatah lagi. Jadi, masuk balik dalam airport, jumpa lah tiket kaunter nya. Chis, rupanye kaunter kat depan pintu ketibaan je kut. Terang2 signboard tulis Airport Shuttle Bus. Hoh. Sebaik orang tu pandai English.








Keluar airport, belok kanan untuk ke Terminal B, iaitu Domestic Terminal. Terus je sampai jumpa bas yang begitu banyak di luar pintu masuk Terminal B tu. Tunjuklah tiket kat orang pakai uniform tu dan bersedialah untuk dimaki. Haha.


Terus ke Domestic Arrival tu..

Ni pintu keluar Domestic Arrival tu. Keluar sini, belok kiri, nampak orang beratur naik bas. Naik la bas tu.

  
Bas tiket yang sangat simple.


Kitorang just nk masukkan bag dalam bas je punnnn, tu pun kena marah sebab tak susun betul2. Aiyoooo. Apekata ko je tolong susun kan??? Org perempuan ok yg tukang masukkan bag kat bonet bas tu. Kemain dia bebel kt kitorng. Lantakler. Aku x faham. Masalahnya, bila dh letak bag, naik dlm bas, bas penuh! Boleh x mcm tu? Tiket ko dah koyakkan kot. Terpaksa la punggah balik bag. Tunggu bas satu lagi. Kat bas satu lagi tu pun kena marah. Sabar je ler. Jadi, setel semua, naik la kami dalam bas tu. Perjalanan  selama 1 jam sajer untuk ke Wunlimen iaitu stop terakhir. 



Pemandangan sekitar.



Tempat turun bas kat Wunlimen.


Turun dari bas, belok kanan, terus sampai nampak simpang dan belok kiri. Jalan terus sampai nampak signboard metro. 


Ko ingat sign Metro ni sampai mati ok! Nightmare betul cari Metro ni. Signage ala-ala Masterchef gituuu.




Alkisah kami ni, turun bas, tengok map dan asyik pusing2 je. Tanye kat polis, dia suruh ikut jalan A. Tanye orang ni dia suruh ikut jalan B. Alih2, tanya kat makcik cleaner. Senang je rupanya jalannya. Choi. Kitorang punya la ingat Subway adalah Metro. Jalan la kat Subway tu dan mendapati Subway tu adalah tempat jalan kaki bawah tanah. Itu takpe lagi. Lepastu, nampak signboard tulis B. Macam signage M yang terbalik. Rupanya tempat tunggu bas. Masa tu rasa nak tercabut kaki dah. Letih,jangan cakap. Jalan kaki depan sikit baru la nampak Metro Wulin Square Station. Terus kitorang duduk kt tepi. Keletihan dan cuaca agak panas. Turun ke Metro dan beli tiket untuk ke hostel.




JANGAN TERTIPU! INI ADALAH TEMPAT JALAN KAKI BAWAH TANAH! Nampak tak aku Capslock tu. Hahaha.


Wulin Square Station. Finally! 



Hotel mana kitorang duduk dan apa benda dibuat, next entry! 

Bye!





[++ So Good ++]

No comments:

Post a Comment