Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Selamat sampai di Malaysia setelah 11 hari di China. Pengalaman yang terlalu banyak. Akan aku ceritakan serba sedikit dalam entry akan datang. Ni pun dok curi masa sikit sebab Hari Pekerja. Cuti la iolssss. Heh.
Untuk entry kali ni, aku nak ceritakan preparation sebelum berangkatnya kami ke China pada 12 April 2013. Ada 5 tempat yang kami jelajah iaitu Hangzhou - Shanghai - Beijing - Xian - Chengdu. Di bawah adalah map-nya:
Jauh niii....
1) Booking Ticket (KL-Hangzhou & Chengdu - KL)
Nak ke tempat orang tu, agak-agak la kan kalau tak beli tiket. Tak kisah la tiket keretapi ke, feri ke apa ke. Okay, tiket ni kami beli setahun sebelum departure date. Maka, setahun la masanya untuk kami plan segala benda yang berkaitan. Sebab apa tak buat return tiket? Dah alang-alang pergi 11 hari, bagi aku tak berbaloi kalau buat return tix. Kalau return tix, mungkin lebih murah, tapi bila fikirkan perjalanan dari A ke Z tu amatlah jauh, jadi tak perlu lah. Ingat, beli waktu Promo yer! Terima kasih Air Asia X!.
2) Passport & Visa
Info boleh diperoleh di Visa China. Passport anda mesti berbaki 6 bulan lagi sebelum tarikh expired permohonan Visa ke China. Kami ambil untuk Single Entry dan Duration of Stay adalah selama 30 hari dari tarikh masuk ke China. Jadi, bila nak apply Visa tu, plan la betul-betul. Kitorang apply dalam minggu kedua Mac. Bayaran untuk Single Entry ialah RM 30 (Visa fee) + RM 28 (service fee) = RM 58. Nak info lagi:
Visa Application Service Centre
Address: 2nd floor, Plaza OSK, 25 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Office Hours: Application Submission: 9:00-15:00 Monday-Friday
Payment and Passport Collection: 9:00-16:00 Monday-Friday
Tel: +60-3-21758888, 21757888
Fax: +60-3-21756888
Email: klcentre@visaforchina.org
Website: http://www.visaforchina.org.my
Update!!
As of 18 October 2013, Visa China untuk Single Entry sudah meningkat iaitu sebanyak RM 30 (Visa fee) + RM 55 (Service fee) = RM 85.
Info lagi: Visa for China.
3) Itinerary
Ni Master Itinerary. Buat juga untuk setiap tempat yang nak pergi.
Thanks Ain susah payah buat ni. :)
Oh jadual sangat penting ye semua. Plan kemana nak pergi, buat apa, makan kat mana, beli tiket train jenis apa, dan sebagainya. Kami plan lebih kurang 1 tahun untuk ke China ni. Banyakkan buat research, baca blog, beli Lonely Planet, baca review orang ramai tentang semua tempat, kedai makan dan lain-lain. Lepas tu, sumbat segala maklumat dalam bentuk Excel. Ko main FB, tapi Excel tak tau. Lempang kang. Haha.
Tulis segala alamat dan nama tempat dalam bahasa Mandarin. In case tak jumpa tempat kita nak pergi, ambil gambar daripada Internet. Tunjuk ke kat orang sana. Sama ada dorang pun tak faham atau dorang bagi salah jalan, end up kaki aku yang letih.. Rajin-rajin kan bertanya.
4) Booking
Terima kasih jap kepada Hostelworld.com dan Booking.com kerana memudahkan proses untuk booking hostel di China. Nanti Hostel mana kami duduk, aku cerita entry lain ye. Jangan lupa untuk print out segala booking yang dah di buat. Contohnya tiket flight, hostel, tiket kemasukan ke teater, itinerary dan lain-lain. Ni untuk memudahkan perjalanan anda ye.
5) Tukar duit
Feeling kaya sekejap sebab bila duit RM tukar kepada RMB jadi 2 kali ganda. Hahah. Sebelum tukar duit tu, call la Money Exchanger seluruh Malaysia tanya tentang rate berapa. Aku dapat RM 100 = RMB 50.10. Kira okay la tu.
Asingkan siap-siap duit train dan hostel daripada perbelanjaan shopping.
6) Vaksinasi Influenza
Sebenarnya terkejut juga bila dapat tahu kat China ada H7N9. Takut nak pergi pun ada. Tapi, buatlah persediaan sebelum terlambat. Walaupun vaksin untuk H7N9 masih belum ada, yang ada hanya vaksin H1N1, kami semua buat vaksinasi di klinik sebagai langkah berjaga-jaga.
Bayaran sebanyak RM 70 dikenakan sekali suntik. Tanya la doktor apa yang perlu dielakkan ye.
Vaksin ni bertahan untuk 1 tahun. Doa banyak aku ni bila sampai China untuk elakkan terkena H7N9. Dan kami tak sentuh langsung ayam semasa di sana. Sentuh tu maksud nya makan laa. Tapi aku tengok orang China ni semua rilek je. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Lagi satu, dalam berita kat Malaysia kan ada keluar budak perempuan dari China yang terkena H7N9 tu kan. Tak blur kan pun muka budak tu. Tapi bila aku tengok berita kat China, gambar budak perempuan tu di-blur kan tau. Jaga sensitiviti agaknya.
Kami plan nak bawak backpack sahaja. Fikirnya, senang sikit nak angkut barang instead bawa beg roda. Jadi sebelum berangkatnye ke China, aku pun beli la bag satu. Karrimor Backpack 55 - 65 Bobcat. Beli kat kedai Yoon Hin, Pertama Complex, KL. Beli ni pun 5 hari sebelum aku berangkat ke China. Haha.
Terkejut aku banyak gila bag dia jual. Boleh dapat diskaun kat sini. Bila dia tanya mana you tau kedai ini, aku cakap aku baca kat blog. Ramai recommend tempat dia ni. Dan dia adalah one of the Deuter's dealer kat Malaysia. Ada warranty lagi.
8) Barang keperluan
Jangan lupa buat check list untuk pergi merantau ye. Antara yang penting:
- Sweater, baju tebal, long john, muffler, glove, stokin.
- Payung atau baju hujan.
- Hand sanitizer, wet tissue, tissue, mask, lipbalm, lotion.
- Pendrive, memory card, camera, video cam, charger, etc.
- Kasut sukan.
- Ubat segala macam seperti Panadol, minyak angin, muscle joint cream, ubat batuk, ubat selsema, plaster.
- Travel adapter.
9) Makanan
Search kedai atau restoran halal di sekitar China. Fahamkan tulisan Halal dalam bahasa Cina. Gambar di bawah ni tulisan halalnya yang warna hitam, dikiri kanan gambar bulan tu.
Ni sumber Google. Klik gambar untuk direct link. Aku tak jumpa plak logo halal dalam camera. Lapar sangat la tu.
Kami bawa makanan dari Malaysia macam roti, serunding, maggi, nescafe, biskut, jajan. Ni in case tak jumpa makanan masa kat China dan sewaktu lapar bila tengah jalan2. Kat Beijing kedai makan agak mahal dan tak jumpa, so kami banyak makan bubur nasi dengan maggi je. Kurus kejap okay! Walau apa pun, kami plan dalam Itinerary, sehari untuk dua kali makan RMB 50 each.
10) Bahasa
Aku tak nafikan yang bahasa Mandarin teramat penting bila berada di negara China. Aku rasa dah macam ayam dengan itk bercakap sebab aku langsung tak tahu Mandarin selain daripada 'Ni Hao' dan 'Xie Xie'. Orang ofis aku dah ajar cara nak cakap berapa harga pun aku dah lupa. Nasib baik lah ada Khal. Dia belajar Mandarin as 3rd language masa UiTM dulu. Dan dia bawa kamus. Walaupun dia hanya tahu basic Mandarin, pun dah cukup melegakan okay.
Yang kelakarnya, aku pergi China, tapi boleh pulak tersasul cakap bahasa Korea bila cakap dengan orang sana. Wahahaha. Major FAIL.
Yang si Ain tak habis-habis 'se-ge' yang bermaksud 4 orang/biji/buah. Nak beli makanan untuk dia sorang je pun dia cakap 'se-ge'. Heh.
11) Cuaca
Beijing National Stadium
Nak nangis pulak aku bila cakap pasal cuaca ni. Hahah. Masa mula-mula tu memang dah search tempat ni berapa degree. So tengok dalam range 7 - 19 degree. So, aku takde la packing baju tebal. Hanya bawa sehelai sweater. SEHELAI yang memang tak cukup dah la tak tebal pun. Grr.
Sekali sampai sana, angin yang kuat buat kami semua rasa sejuk gila, boleh nangis dan rasa nak balik KL. Bibir menggelupas, kulit jadi kering dan sampai sekarang ada kesan macam kena cakar kat bahagian kaki. Aku pun tak tau kenapa jadi macam tu. Sejuk sangat agaknya. Well, we didn't expect the weather will be like that. -___-'. Selsema, demam toksah cakap. Masing-masing kena.
Jadi, please be prepared!
_____________________________________
Okay, rasanya macam tu je yang penting.
Tak sabar nak cerita pengembaraan ke Hangzhou nanti. :)
Byeee!!
[++ So Good ++]
salam..
ReplyDeletebeg bobcat beli kat sana dpt brapa rm?
Tak perasan pulak bag tuuu.. Sorry...
Deletenak itinerary boleh, kak? imel saya nandanovita_82@hotmail.com terima kaseh
ReplyDeleteBoleh baca all the entry, refer and ambil info dari situ...
Delete:)
akum.boleh share itinerary x?untuk panduan saya. email kurt_suhaimie7@yahoo.com. terima kasih banyak.
ReplyDeleteWslm,
DeleteBoleh baca all entry, refer and ambil info dari situ...
:)
Asslm,nk tanya,waktu nak buat visa,tiada tulis hangzhou,jadi nak tulis destinasi ape ye yg plg dekat dgn hangzhou?
ReplyDeleteWslm. Nak pergi Hangzhou saje ke? Shanghai pi tak?
DeleteBukan tulis nama hotel tempat tinggal kita kat China nanti? Tak kira la kat mana pun..
Delete