Showing posts with label curious. Show all posts
Showing posts with label curious. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Dah kalau salah nombor tu.....


Nak pergi rumah Ilya, tapi takde alamat dan nombor telefon.

Maka mesej Amal.

"Amal, nak nombor Ilya.Tq"

Beberapa minit kemudian aku dapat business card daripada Amal dan segera memesej Ilya yang menggunakan nombor Maxis.

"Salam Ilya, Khay ni. Esok makan2 pukul berapa?"

Tunggu lama tak reply pulak kawan aku ni. Sibuk kot.

Beberapa jam kemudian, bunyi mesej masuk daripada nombor Celcom tidak dikenali.

"Bro, esok ader ape? - Iylia"

Oh Ilya ada dua nobor agaknya. Eh, tapi sejak bila pulak Ilya panggil aku bro ni? Padahal dia lemah lembut. Takkan tiba2 ubah perangai? Aku ingat nama "Iylia" tu dia saje letak macam tu. Sebab bunyi Ilya dan Iylia macam sama, so mungkin aku salah taip nama dia kot. Think positive.

"Esok makan2 pukul berapa, kita tak tau alamat rumah. Ke mesej salah orang ek? Ni Ilya kan?

"Ha ah la. Awat?"

"Eh Ilya, ni Khay tau. Nak tau alamat rumah je nak pergi esok ni".

"Khay mana nie? haha. mkn2 ape? xtahu pulak aku".

Haa sudah. Aku nak reply apa ni. Beberapa ketika aku simpulkan yang aku dapat nombor telefon yang salah daripada Amal. Takleh blah Amal ni. haha.

"Eh salah nombor kot. Sorry la ek. Tp, wa bukan bro der. Wa perempuan der. Sorry".

Tiba-tiba DIA CALL AKU. Wakaka..

Aku pun angkat..

"Hello?".

"Hello, ni sape?".

"Eh sorry la ek, salah nombor la".

"Eh tapi ni Ilya tau".

"Tapi nak cari Ilya perempuan"..

"Ohh... Ilya yang dok Kajang tu ke?"

Eh, dan2 kau ada kawan nama Ilya dok Kaja
ng. Nama kau pon Ilya jugak tau. Keciknya dunia. =_='.

"Eh bukan2.. Bukan kat Kajang, kat tempat lain. Sorry2 salah nombor. Hehe."

"Ok, takpe".

Aku dah.. AMAL NI BAGI NOMBOR SALAH PULAK...


Haha.. Its okay Amal, wa tak kesah pon. Orang panggil wa bro pon wa tak heran.


Khay, Amal dan Rina. Ilya takde. Dia sibuk time ni. Hehe.



Selamat jugak aku sampai rumah Ilya tadi. =)



[++ So Good ++]

Thursday, May 19, 2011

Lenggang perut

Sekitar malam hari perbualan anak-beranak.


Mama: Sabtu nanti ada kenduri lenggang perut tau kat rumah Mak Long.

Khay: Lenggang perut? Apa tu?

Mama: Haa tu lah, BM tak belajar betul-betul. Lenggang perut pun tak tau.

Khay: Laaa, kat sekolah dulu tak pernah pulak belajar simpulan bahasa macam tu.. Ada tak Midot?

Midot adik perempuan aku. SPM tahun ni.

Midot: Tak pun.

Khay: Haa, Midot pun tak belajar. Lenggang perut tu apa ma?

Mama: Kau rasa apa?

Khay: Kita pergi rumah orang berlenggang, bawak perut je. Datang makan. Ek?

Mama: Bukanlah.. Lenggang perut tu, macam adat. Tu la adat pun tak tau. Kalau anak dia mengandung dah 7 bulan macam tu, dia buat la kenduri lenggang perut. Macam kenduri doa selamat la gitu.

Tiba-tiba kakak aku menyampuk...

Along: Nanti Khairiyah mengandung, mama buat lenggang perut jugak ke??


EHHH, AKU PULAK MENGANDUNG DULU? Banyak la!


Haha.

Maka, umur dah 23 tahun ni baru aku tau pasal lenggang perut. Dah boleh kawin baru tau. Sebaik tak kawin lagi ye tak. Huhu.

Tapi ade je setengah retis tu buat baby shower. Kawan aku kata, kenapa kita nak mandikan baby tapi baby tu dalam perut lagi? Eh kau ni. Hahaha.


Ok. Tu je kali ni. =)







[++ So Good ++]

Friday, February 11, 2011

Apa nak buat bila habis belajar?

Lepas habis belajar, apa yang mula-mula sekali korang fikir? Takpun, masa akhir semester belajar, apa yang bermain dalam fikiran?

Soalan-soalan biasa untuk diri sendiri:

1) Sambung belajar lah. Mantapkan ilmu sampai China.
2) PTPTN dah tak dapat. JPA tak nak support dah. Mana nak korek duit? Harus lah kerja.
3) Eh, nak kerja apa ha? Kerja tetap ke, kerja kat McD kejap ke, apa?
4) Malas ah nak fikir apa-apa. Tidur, makan, mak ada, kakak ada. Makan semua tanggung. Free. Menganggur jum.
5) Nak kahwin ke ha? Pakwe aku dah banyak duit ni so boleh la kahwin.


******

Dah ramai orang tanya aku nak buat apa lepas habis belajar. Supervisor Final Year Project pun tanya, apetah lgi mak ayah aku. Hee.

Jawapan: I want to get a job!


Sementara tak dapat kerja tetap jadi jurutera, kerja Guardian sat. Boleh? Hehe.

******

Tapi lah kan, itu adalah major problem sebab sekarang ni susah nak cari kerja.

Minor problem berlambak kot. Contohnya, interview.

Oh gila. Macam takut je nak interview nanti di masa hadapan. The real world, who knows? I've been to few interviews, but only with my lecturer, which was very casual and relax macam pergi spa.. Not the real engineer. T_T

So, satu hari ni tengok satu cerita ni. Mamat ni takut dan cuak gila nak interview. First time. Dan dia sungguh tak ready sampai buatkan dia nak patah balik rumah. But after a while, he refused. Dia kuatkan hati dia pergi interview tu.

During his interview, the interviewer ask him whether he had work before at other companies. Tapi mamat ni kata dia dah graduate for a year, tak pernah ada experience kerja pun. Menganggur la, faham tak?

So interviewer ni cakapla, "Oh, company kami tak ambil orang yang takde experience. At least 2 years of experience would be ok".

Aku macam.. Oh, man! Ape kes ni? I mean, kalau orang tu dah memang first time interview pun, fresh graduate lagi, harusla takde experience kan? So inilah masanya dia nak gain experience dia. Maka harus bekerja untuk mendapatkan pengalaman berharga itu. Jadi, jika semua company cakap macam tu, camne ha? Susah la nak "jual diri" kita nak kerja macam tu.

Masa dok cari tempat nak praktikal dulu pun, aku tengok kat jobstreet tu, semua nak pengalaman 2-3 tahun. Hurm, habis sape nak terima ni?

Aku admit la, tak semua company yang buat macam tu kan. Kena la pergi interview dulu rasakan penangan soalan cepumas bla3 apa semua.

Jadi takot bila fikir lagi 6-7 minggu nak habis semester 8 = 4 tahun aku kat UiTM ni. InsyaAllah. Hehe.

Apa pendapat kau orang ye?



[++ So Good ++]

Sunday, December 26, 2010

Kalau lah kan...

Kalau lah kan...


1) Anda sedang memandu, tiba-tiba kereta belakang smack down bontot kereta anda, camne yer? Smack down tu hiperbola je lebih, langgar belakang kereta sudah.

Er kalau aku, tak tahulah nak buat apa. Telefon ayah ke apa? Yela kang orang kereta belakang tu dia culik aku ke, tak pon dia culik kereta aku. Oh sedih. Eh benda ni pernah terjadi ye. Keluar paper yaww. Takot tak takot tak. Tapi kena la jugak keluar kereta, nak tegakkan keadilan! Berdepan je la kan dengan orang tu walaupon muka nya macam nak bunuh kau ke apa. Pastu kalau orang tu kecut terus pecut blah, cepat2 tengok nombor plate tau ha lepas tu leh claim insurans bagitau polis bagai.

2) Anda sedang memandu di malam buta (lagi2 perempuan), tiba-tiba kereta rosak asap keluar kepul2, tayar kempis minyak habis.
Ni takot. Maka make sure kereta dalam kondisi baik dan jangan pulang lewat malam.

3) Anda tiba-tiba terlanggar kereta depan.

Sila jadi pemandu berhemah. Orang tu maki kau, kau maki balik. Hahaha. Ok jangan. Bertenang je. Deal je lah dengan driver tu. Be responsible kan. Kalau kau langgar lari, memang bahana la tu. Nak try masuk lokap, cuba la.

4) Anda nak reverse kereta anda yang tengah parking, lepas tu side mirror anda terkena side mirror kereta sebelah lalu side mirror kereta sebelah patah sikit tapi anda punya ada sikit scratch. Apa nak buat?


Tolak balik pelan-pelan side mirror kereta org tu bagi straight balik nanti orang tu tak perasan. Lepas tu mesti driver tu akhirnya akan perasan jugak dan dia akan *&*^$(%# atau &#^@))! dalam pelbagai bahasa.


5) Anda dah parking baik punya kat dalam lot tu. Sekali adoi ada kereta atau lori tengah parking pulak belakang kereta anda lepas tu dia lupa nak lepaskan handbrake.
Tunggu je lah apa lagi.





Hurm, tapi bila dah langgar-langgar ni kadang2 jadi blur tak tau nak buat apa kan. Drive safely di cuti-cuti ni ya kawan!



kata pendek: Korang rasa mana pernah jadi kat aku semua tu? Hihihi

[++ So Good ++]

Tuesday, November 30, 2010

Sep sep sep, Tom tom tom



Inspirasi dari si kecil ni, Farihah. ;)


Air pasang malam surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam tepi kolam,
Itik bertelur, ayam menetas,
Cik Baba jatuh dalam parit,
Cik Aminah ketawa jerit-jerit,
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur,
Nampak isteri comel tercenit bawah dapur.



Apa itu tercenit?
Ya la aku salah lirik kot masa kecik2 nyanyi lagu ni.
Kadang2 nyanyi ayam mengeram.
Tak tahu mana satu betul.

Lepas tu kenapa nak kena naik kereta api lepas Cik Minah tu ketawa?
Isteri sape bawah dapur lepas naik kereta api tu?

Ada lirik salah lagi sila bagitahu. Kalau tak dari tadika sampai sekarang aku tak tahu.

Saya konfius, sila tolong.



kata pendek: Suka lagu main sep sep tom tom masa budak-budak kan? Budak sekarang ado ke main? Nan ado.


[++ So Good ++]

Monday, November 8, 2010

Makcikkk!!

Makcik yang sama.
Seseorang yang sama.
Soalan yang sama.

Tujuan yang sama?


TT____TT

Masuk kali ni dah tiga kali tau. Tiga kali faham tak tiga kali ada apa-apa ke ni takutlah nak larikan diri daripada makcik tu.


Eh, macam dah terlepas taip pula 'Seseorang' tu siapa.


kata pendek: Tak faham? Tengok sini.



[++ So Good ++]

Friday, October 29, 2010

Perbualan

Makcik: Dah kahwin ke?
Seseorang: Belum.
Makcik: Umur berapa?
Seseorang: 22.
Makcik: Oh, sama lah dengan anak makcik.
Seseorang: Oh yekee.... Anak makcik dekat Indonesia ke?
Makcik: Iya. Tapi anak makcik lelaki. Dah ada cowok ke?
Seseorang: Tak ada.
Makcik: Tipulah tak ada. Dah 22 takkan tak ada cowok.
Seseorang: Betul makcik, tak ada.. tak tipu.

Makcik sengih2 dan tukar tajuk perbualan.





Wokey.. Makcik nak ngendeng anak dia dengan seseorang kah?

Wahahaha.

Aku? Tak de komen lah.



[++ So Good ++]

Saturday, October 16, 2010

Antara nama dan jenama.

Hi!

Pernah tak kau orang terfikir kenapa sesuatu benda yang dah ada nama dia sendiri, tapi orang sebut benda lain? Perkara ni sangatlah common sampai kadang2 kita tak sedar. Tapi hari tu dah berdiskusi dengan rakan taulan. Maka, nak tanya korang pulak lah.

Tapi, korang faham ke soalan aku atas tu? Ayat berbelit pula. Susah kot nak terang. haha.

Takpe, aku ada contoh bagi kau orang faham punyalah.

Pertama, Maggi. Apa segala jenis mee kecil kerinting2 pon korang panggil maggi. Padahal, maggi tu jenama. Betul tak? Apsal tak panggil IndoMee tu sebagai IndoMee selain Maggi? Alah, time korng beli 'maggi', mesti sebut, "aku nak beli Maggi Rusky". COntoh ye itu. Maggi yang jenama digabung dengan Rusky jenama. Ok.

Kedua, Softlan. Ni pun satu hal. Macam tak de pelembut kain selain Softlan. Kadang2 orang cakap nak beli softlan, tapi yang diamiknya Downy. Ada member aku cerita, kawan dia tanya, "Ada softlan Downy tak?" lol. Ok.

Ketiga, Colgate. "Aku nak sikit Colgate kau boleh?" Padehal benda tu ubat gigi. Jenama Darlie pulak tu. Kesian jenama2 lain kan. Tiba2 macam tak famous pula.



Tiga je benda terlintas dalam otak. Tapi, mungkin banyak lagi kan?

Share lah dengan aku!




kata pendek: Study leave!




[++ So Good ++]

Thursday, October 14, 2010

Hancur luluh berkecai

Aku turun cafe.

Nampak dua orang itu.

Setelah sekian lama.


Ergh! *_*


Sadness.




[++ So Good ++]

Wednesday, August 18, 2010

Betul ke tak betul ke.

Cinta itu buta.

Benarkah?

Kena maki hamun pun masih sayang kat dia kah?
Kena pukul pejadah pun masih sayang kat dia kah?
Dia buat tak tahu kat kau pun masih sayang kat dia kah?


I'm not saying that I fall in love ya.
Biarlah masa menentukan. Eceh.


Ok malas nak cakap panjang2 nanti korang komen ape2 aje. Hahah. Bye.




[++ So Good ++]

Wednesday, April 28, 2010

Thudhong.

Masa bekerja sudah habis. Mari menulis.

Kali ni aku nak kongsi tentang orang Korea yang aku jumpa selama 9 minggu disini (err. Masa bergerak sungguh pantas) mengenai isu TUDUNG.
Tudung, bak kata orang Malaysia. Orang Korea sebut hijab. Aku ajar oppa sebut tudung, die sebut, "thudhong". Oh sungguh comel disitu.

Mr. Seong tanya, "Khay, this is thudhong too?" Sambil tunjuk pada selendang aku. ;)


Kawan Japanese tanya, "You wear this when you sleep?". Aiyarkkkkk.. Jangan kot. Panas ai.
Dalam subway toksah cakap la. Makcik2 and nenek2 selalu tengok kitorang yang pakai tudung ni. Pastu cakap Korea dengan aku. Haram la aku nak faham kan. Tp, dia dok pegang2 tudung aku, tanya ni apa, orang mana. Mostly orang Daegu tau Indonesian saje. Malaysian? Jarang yang tahu. Sedih di situ.


Semalam, aku pakai selendang mix colour hitam, putih n kelabu (seperti gambar di atas). Oppa (Mr. Seong) tanya, "Khay you wear du-ge thudhong?" Du-ge = 2 helai ye rakan2. Oh harapan la aku nak pakai 2 helai. Satu sudah. Aku cakap, "No. Only one. This is mix colour". Mr, Seong konfius. Alih2 member aku cakap, "Fashion". Ha, dia angguk tanda faham.

Camwhore. Gambar fresh baru amik tau.



Kawan aku yang kerja kat kilang sorang ni, lagi la curious betul orang kt tempat kerja dia. Hari tu dia pakai selendang hitam. Orang ofis dia tanye, "Why you wear black? Does it has any meaning?". Kawan aku malas nak explain, dia cakap, "Fashion". Kang bila pakai tudung kaler putih, pink, warna warni, jenuh pulak nak menjawab kan.
Ni la member aku tu. =)


Lebih menarik. Ada sekali tu, orang tempat kerja dia nak tau ape bawah tudung tu sampai org tu dok tolak2 scarf tudung die. Adoi, kemain. Penat kawan aku pakai cun2. Rosak habes tudung. haha. Eh faham ke?



Ada pulak tu, kawan aku pergi market yang jual baju2, suar ape bagai. Makcik kat kedai tu sibuk tanya, "Eh... awak beli kat mana benda (xtahu namanya tudung) tu? Kedai mana? Area sini ke? Berapa harga? Warna apa ada?" Alasan masa tu winter. Sejuk, tudung leh guna untuk cover leher kan. CURIOUS!!!!!




kata pendek: yang penting aku totap pakao thudhong kat sini.



[++ So Good ++]

Friday, February 12, 2010

Secreto d amour.

Pagi Khamis aku ke Shah Alam.

Bawak se-slow mungkin sebab kelas pukul 9am, aku gerak kol 8.10am, lepas tu tak jam pulak.
Bajet sesak USJ ni. Sekali, cheh. Ponat den kua awal.
Eh, tak jam pon nak bising. Gila ke apa.
Kalo tak jam, 20 minit dah sampai.
Kalao jam... 1 jam ko tahu! Mau cramp dalam kereta gini.

Maka, aku bawak sehabis slow ni. 60 km/j saja ok. Sebab xnak sampai awal sangat. Berhemah x? haha. Kalah motosikal yg lalu sebelah aku. Berdesup je.

Tengah dok layan Fly FM, aku pandang wiper kereta. Eeh, ada sesuatu di situ. Nampak bagai tulisan di atas kertas putih. Yang penting bukan iklan. Sebab kalao iklan, penuh dah tulisan atas kertas tuh.

Maka, disebabkan masih terlalu awal tok ke kelas, aku sanggup berhenti kereta kat SS17 nak tengok pemende tu. Kalao iklan xlayan da ak. Pedulik la pemende pon kat wiper tu ha.

Bila dah parking depan Sek. Ren. SS17 yang dulu aku gi pertandingan nasyid (perlu ckp ke?), aku kuar kereta tok mendapatkan kertas misteri tersebut. Cuba teka nampak apa atas kertas putih tu?

Number telefon yang ditulis dengan pen biru!
Jack. H/P 017-bla3 (kertas kat atas malas nak amik tok tengok).

Secret Admirer ke? Wakakka. Hantu mana letak kertas tuh atas cermin kereta aku. Setahu aku, time blk dr Shah Alam hari Rabu petang, xda kertas pon.

Ada SA masuk dalam rumah ke tengah malam nak bagi number tepon?Err.....


Nak terjah Jack ke tak? Tah2 dia ajak jemput gi Raya Cina kat umah dia ek. Chinese ke?

Berlalu lah aku meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Berjaya sampai 8.45am yang bagi aku masih awal.

[++ So Good ++]

Saturday, February 6, 2010

Rumahtangga.

Drama filem Melayu kadang2 buat aku takot!
Eh, bukan sebab aku tengok cerita hantu melayu ke ape. BUKAN2.
Ni sebab cerita yang alkisahnya suami isteri mengalami masalah rumahtangga.

Kesian aku tengok si isteri. Susah payah betol jaga anak, hantar anak g skola, mop lantai, sapu smpah, cuci baju suami & anak2 (Xperlu cerita sume kot kan).
Yang si suami pulak seronok berfoya2 kat luar x ingt anak bini.
Pastu jumpe perempuan cun habis, nk poligami.
Pastu gaduh2 dengan isteri lama, tampar2.........anak nampak.......................
Itula kisah drama Melayu yang mana xsemuanya macam tu.

Kang aku kahwin, laki aku buat cmtu kat aku ke?
Takot betol.
Aku harap bakal laki aku tengok drama Melayu dl before kawen dgn aku.
Bukan nk suruh dia ikot perangai buruk suami dlm TV. Buat pedoman. heheh.



kata pendek: Esok ada kenduri. Kawan ak suruh dtg sbb dia masak banyak. Harus tak aku gagalkan sekejap diet plan? Adoi. hehe.




[++ So Good ++]

Sunday, January 10, 2010

Owning a blogshop.

Aku ni mungkin ada darah bisneswoman dalam diri. Darah tu kaler ape, aku kurang pasti. Dari dulu dengan kerja2 menjual - sejak zaman sekolah la maksud aku. Bukak gerai sana sini, tambah duit la konon.
Semakin meningkat muda remaja ni, hati membuak2 nak buka kedai jual2 ape2 jelah satu hari nnt. Dan sekarang aku tengah x tahu nak buat apa sebab kelas x ada, kawan2 semua kerja dan ada kelas lagi2 sem baru ni kan. Dan paling sedih aku melagho sorang2 kat rumah dgn nothing to do. How bosan.
Oh, klimaksnya, aku nak bukak blogshop. Tapi aku x tahu nak buat mcm mane. Eh, aku pernah cerita ke pasal ni? Macam pernah, tapi macam belom. Ok, cakap macam haram saje. Yela, tambah duit cket la. Pocket money xcukup la kalo duit PTPTN je kan. Haha. Tamak haloba. Aku berlambak baju bajan yg aku ingat nak jual. Quality terbaek, jangan risau. Aku xsuka songlap duit orang dengan kerja2 haram ok.
Nak jadi macam Tirah - own her blogshop by selling perfumes. Ok, ak promote lah. Macam susah pulak kan jadi blogshop owner ni. Banyak benda harus fikir. Dengan macam mana aku nak balut barang tu lah, bank in duit dlm bank lah, gi pos ofis nk pos barang lah, dan sebagainya macam menghantui fikiranku.
So anyone ada link or nak tolong aku, please2 I do need ur help. Lagi2 Tirah and those yang ada blogshop. hehe.
kata pendek: Still xkan jual beg2 aku. Ok, Ain? =D
[++ So Good ++]

Thursday, January 7, 2010

Umur

This morning my sensei sent me a message saying that,


"Salam. Ohayo. Pls give me ur full name, age, hp no, asap. Tq".


Bagi korang mesti macam. Ok, what?No big deal. Reply sudah kan.


Aku berfikir sesuatu.


Should I put 21 or 22 for my age eyh?


Setelah berfikir. Ok, 21 je la memandangkan belum bulan 5. ;)

+++++++++++++++++++

Oh, My mum hadiahkan Nihon-go - Mare-go no jissho to me. =) Mksudnya kamus Japanese to Malay. Banyak kot words aku x tahu. Thanks mama! =D

baby cute ni not mine la opkos. Nagisa san (the one I told u about the FACON fair) punya nephew. Outa san namanye. Cakap la yang dia ni cute gilerrrrrrrr!!!!!!!!!!






kata pendek: Need to read more on my kotoba (word).


[++ So Good ++]

Wednesday, November 25, 2009

Biggest Loser Asia.

I'm watching The Biggest Loser Asia at AXN. This one contestant, she has a very beautiful voice. Ala2 Alicia Keys, oh maybe sebab die nyanyi lagu Alicia Keys kot. She's from Malaysia and had try 2 reality shows which were Malaysian Idol & One In A Million. Dia kate, juri2 yg ada kat reality shows cakap dia xde pakej. Yerp, da kata Biggest Loser Asia kan, so opkos lah yg masuk tuh sume bdn besar2. This woman suara sedap cume maybe die bdn besar, maka xde nak amik dia masuk realti show. Sebab tu die nak masuk this program so that bila die dah kurus, die boleh pursue her dreams to become a singer.
The thing is.. artis Malaysia ni jual bakat ke rupa? Nak jadi penyanyi harus badan menggiurkan, langsing, terbaek, whatsoever ke? Tengok American Idol yg Jennifer Hudson tu, suara sedap even bdn besar pon diterima orang sana. Tak salah kita bagi peluang pada mereka ni kan. Xpayah la nak berat sebelah ke ape. Kalao org Malaysia dah suka kat bakat seseorg tu, kompem vote punye.
Ok2, mungkin aku ni xtgk berdasarkan ape yg juri2 ni nak. Sebab aku bukannya artis. Key tnggi rendah bagai tu mana aku tau. Aku tau pasal mesin saje. heheh. Tapi, bile this woman ckp, mereka xnk bg peluang sbb she does not have the package tuh, rasa mcm.. xpatutlah kan. She work so hard to get into the shows.
Skang ni dah malas nk tgk reality show Malaysia. Tgk variety show Korea lagi best. hahah. Oh, bukan ak x sokong industri Malaysia ke ape. Just byk sgt 'kerenah'.
kata pendek: Give up ur comments. Watching this show membuatkan aku nak kurus jugak! Mari2 bersenam.
[++ So Good ++]

Saturday, September 12, 2009

Diet.

Oh, agak lama ye aku tidak menulis. Eh, menaip. Eh, memblog.
Org sibuk. Macam tu la.
Byk aktiviti berlaku neh. Minggu ni dan minggu hdpn, mcm full je jadual berbuka aku. Chewah! Bajet popular. >.<
Ok, nak cerite tentang DIET. Ape korang faham atau mengerti ye tentang topik tu? Bagi aku, diet ni dengan mengamalkan cara makan yg sihat dan berkhasiat PLUS bersenam. Bg perempuan, opkos mesti pernah lalui saat2 genting ketika berdiet, kan? Nak jaga makan bagai. Ada yg berjaya, ada yg terkandas di tgh jalan.
Ok, akak ak ni sgt lah kurus ye. Maka, ak rase la kan, adik ak yg last iaitu berumur 15 thn nak mengikut jejak lngkh akak ak tu. Obviously (ak dok 1 rumah ngan meke, aku tau la!). Dulu, ak x nafikan akak ak berdiet gile2. Dah kurus pon nk diet jgk. Tp, skang ni, die dah abaikan diet tu sume (mungkin da terlalu kurus). So, melihat keadaan adik ak yg sorang ni, diet sgt mcm x betol je ak ase diet die tu, buat ak risau. Helo, ak akak yg baik kpd adik2 nye ok! haha. Die ni dah malas btol nk mkn nasi. JARANG! Dl, mkn la jgk, at least sedikit. Ni, nak makan pon kene pakse. Haiya.. Penat ak ajak die makan nasik. Dan aku nasihat die macam2. Xnk dengar. Darah mude kah? Ok, ak darah mude yg sedikit belia ye sbb tu ak makan nasik.
Result nye, adik ak dah semakin kurus. Dah macam akak ak dah. Kdg2 konfius mana satu mereka.
Ape ptt ak buat utk x jadikn die anerox? Oh, mcm sgt kritikal je word itu.
Habes ttg itu.
Raya nak dekat. Aku tau korang yg dok jauh2 ni komfem x sabar nak balik kmpung kan! Aku? Raya sini je. Sobsob. =l
selamat menghabeskan puasa anda! =)
[++ So Good ++]

Wednesday, August 12, 2009

Ingin Bertanya.

Hanya ingin tahu.

Korang pakai ke topeng gi kelas or mane2 yg public area?

Saya takot dengan H1N1.
Serius.
Ramai dah rakyat Malaysia yang meninggal.
Kalao saya demam atau batuk atau seseme atau ape2 sakit ke,
terase diri ini bahaya pade org ramai.
Takot kamu dijangkiti juge.

Tapi, alhamdulillah, takat ni saya sihat.


Mari jaga kesihatan.

[++ So Good ++]