Showing posts with label dulu2. Show all posts
Showing posts with label dulu2. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Rahsia?

Aku ada satu cerita bongok nak cerita.

Masa aku budak-budak dulu, aku sangat naif. Aku selalu jadi masalah kepada kawan-kawan bila diorang cerita sesuatu yang rahsia kat aku. Masalah apa? Masalahnya aku selalu bocorkan rahsia diorang kepada kawan-kawan lain. Betapa sungguh tak baiknya aku. 

Hello, ingat aku saja-saja ke bagitau rahsia korang tu? Terlepas okay! Lagipun kita kecik lagi darjah 5 ke 6 baru, kau sibuk apa? (Buat muka tak bersalah). Wey budak darjah 6 macam aku ni pun ada perasaan tau! kesian aku kadang2 kena marah dengan kawan sebab bocor rahsia.

Jadi, kau tahu tak perkara bongok apa aku buat?







Aku ada satu cara untuk selesaikan masalah ini!






Aku buat BUKU!

Buku apa?

Buku rahsia!


Bongok.



Dalam tu aku tulis segala benda yang rahsia kawan-kawan aku cerita kat aku. Aku ingat lagi dalam dia aku tulis macam ni:

Ni buku sekolah kita, kita guna buat buku rahsia. 

And the list goes on!


Lepas tu aku fikir sesuatu yang bijak!

"Nanti kalau aku simpan dekat rumah, kalau mama atau ayah baca, adik n kakak aku baca, habislah aku! Bukan buku rahsia dah jadinya. Mana nak letak ni?"

Ok time tu dah banyak kot aku punya rahsia dalam buku tu. Hari2 aku baca agar aku tak lupa. Lepas habis baca letak dalam laci rumah lah. Gila nak bawak pergi sekolah? Kalau hilang, satu sekolah tahu si B dan A suka si C. 

Makanya, aku sampai sekarang tak ingat aku letak mana buku rahsia tu. Dan hari Jumaat 21/10/2011 baru aku teringat pasal benda ni. Bahaha.

Agaknya mak ayah aku dah baca kot.


Hah satu lagi, sekarang ni, penyakit rahsia dah menular kat tempat kerja aku. Bila orang tanya aku, "Kau buat apa tu?". Aku jawab, "Rahsia". Pastu makin lama, dah jadi vice versa dah. Chis betul lahhh!




kata pendek: A dan B dan C tu main2 je. Tak payah nak fikir panjang sangat ye.


Dah bai.



[++ So Good ++]

Tuesday, November 30, 2010

Sep sep sep, Tom tom tom



Inspirasi dari si kecil ni, Farihah. ;)


Air pasang malam surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam tepi kolam,
Itik bertelur, ayam menetas,
Cik Baba jatuh dalam parit,
Cik Aminah ketawa jerit-jerit,
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur,
Nampak isteri comel tercenit bawah dapur.



Apa itu tercenit?
Ya la aku salah lirik kot masa kecik2 nyanyi lagu ni.
Kadang2 nyanyi ayam mengeram.
Tak tahu mana satu betul.

Lepas tu kenapa nak kena naik kereta api lepas Cik Minah tu ketawa?
Isteri sape bawah dapur lepas naik kereta api tu?

Ada lirik salah lagi sila bagitahu. Kalau tak dari tadika sampai sekarang aku tak tahu.

Saya konfius, sila tolong.



kata pendek: Suka lagu main sep sep tom tom masa budak-budak kan? Budak sekarang ado ke main? Nan ado.


[++ So Good ++]

Sunday, November 28, 2010

BSB

Tahun 2000.

Situasi di Wet World Pedas, Negeri Sembilan.



Pakcik tak ku kenal: Adik, masuk sini berapa orang?

Aku: Err... tu haa dengan kazen.

Pakcik tak ku kenal: Eh, bukan masuk dengan 5 org tu sekali ke?? (sambil tunjuk kat baju aku ada 5 orang hensem Backstreet Boys)



Choi.

[++ So Good ++]

Monday, June 29, 2009

This Is My Card

ok. nak cerita ape yer.

Waktu: Zaman sekola darjah 6 sekitar tahun 2000.
Subjek: English
Watak Utama: Adibah
Watak Pembantu: Aku
Pengarah: Pn Suba.

Korang ingat x kad2 nama mase kite mude2 dulu?? Ala, yang RM12 untuk 10 keping ke ape. Yang letak nama, alamat ngn num fon kite..Pstu, ade mcm gmbr2 artis ke bagai.. Ingat x? kalao x ingt korang mmg xlahir lagi ak ase. hoh!~ Ak nak scan, tp scanner rumah ni gelong. Tp, xpe, ak anggap je korng phm ape ak mksudkan. hehe.

Mase tu, ak jadi agent kad2 nama ni. Aku bawak la ke kelas katalog2 nye. Bajet ade member nk beli la kan. Tapi, mmg ade okai! nmpk sgt jiwa bisnes wujud dlm diri. Sorang kwn ak ni, Adibah namanye. Die begitu berminat nak beli. Sampai xsabar ni, time kelas English Pn Suba yg garang tu pon die berani nk tgk.. Ak isau. Yela, barang aku, kang kantoi plak. Habes bisnes! haha.

Di kala sedang belajar (sambil aku tertoleh2 Adibah yang sedang khusyuk melihat katalog tersebut di hujung meja sebelah sana).................

Pn Suba: Adibah! What are you doing?

Adibah gelabah. Aku lagi la.

Pn Suba: Saya sedang mengajar awak tengah tengok ape tu??

Adibah cuak. Die memandangku.

Pn Suba: You tell me what is the last word I said to you just now!!

Orang tengah syok tgk katalog. ape pon xperasan kan.

Adibah speechless. xtau nk kate ape. opkos lah die x fokus. Kesian lak kat die. Tp, lg kesian kat bisnes aku.

Pn Suba: Hey awak ni. Kan saya ckp "What are you doing?" tadi.. Susah sangat ke nk jawab? Itu la jawapannya.

Pn Suba senyum.

Maka, satu kelas ketawa. Ingat Pn Suba nk marah. Die sgt garang ok! Selamat bisnes aku. heheh.
FAHAM X APE AKU CUBE SAMPAIKAN?????


[++ So Good ++]