Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Saturday, May 9, 2015

Johor Bahru 2015: JJCM


Assalamualaikum!

Nak menyelit jap laaa letak food to eat kat JB! Memang menggendut aku dok JB oi. Makan aje. Huhu.

1) Murtabak Cheese

Aku memang tengok gambar je orang makan murtabak cheese sebelum2 ni.. So member bawa makan kat Murtabak Majid Special Cheese No 1. Hah nama panjang gilo ni.

Kedai ni betul-betul tepi jalan, depan sekolah. Lokasi di Kampung Kurnia. Klik link nama kedai tu pun boleh.

Itu hari kedai tu takdak air. Jadi tak boleh nak makan kat situ. Kita tapau laaa.


Harga.
Kalau yang cheese, harga baru +RM 1 bermula 1 Mei. Kitorang pergi 30 April so selamatlah. Hehe. 

Cheese Special Daging RM 14.
Besar tau. Ni pun aku share. 
Kena makan panas2 baru meleleh cheese nye. Ni dah tapau tak leleh sangat laaa. But still sedap.

2) ABC Kampung Melayu Majidee

Kat Medan Selera. Nama pun medan selera kan, jadi ada banyak gerai dalam tu. Ada satu kedai tu jual ABC. Aku tak try. Tapi member cakap ABC torbaik kat sini. So korang boleh cuba lah yer. 

Itu hari lepak sini minum2 jeeee.

Oh kat sini pun ada Murtabak Cheese.

3) BigFood Cafe, Jalan Kolam Ayer

Big portion. Puas hati. Kenyang. Sampai 2 kali makan kat sini.

Awat la takdak kopi kat sini.... Mesti lagi umph!

Ini carbonara + bolognese kot. 
Torbaik. Dua sekali 1 pinggan.

 Halo!

Pasta Bolognese + Cili Padi lah ni kot kan. Memang out nama aku tak ingat. Haha.
Aku rasa tomato ni dia hancurkan sendiri. Sebab rasa la tomato nye tu. Masam-masam manis.

Spaghetti Carbonara.
Biasala kalau makan ni banyak2 muak dak?
Sedapnye tengok makanan. Huu. Lapo.

 Ini Bihun Goreng Tomyam.
Memang sedap sangattttttttttttttt.
Nangis.

Parmesan Chicken Pasta.
Kuah nye sama macam bolognese tu. Boleh laaa. Ayam sedap.

Nasi Goreng sesuatu.
Sedap jugak nasi nyer.

 Ni Carbonara Turkey kalau tak silap.
Siap sumbing pinggan tu haaaaa... -___-"

6 of us!

Try la air dia yang Mint Tea, Peach Tea. Sedap. Price reasonable. Would love to come again whenever I visit JB next time.

Price range for food: Around RM 18 - RM 30++. Kalau nak makan ramai2, ada yang RM 60 punya.

4) Roost Cafe, Jln Dhoby

Rupanya dekat dengan Pasar Karat jer. Pastu sebelah Roost ni ada kedai chicken chop sedap in town, katanya. Tak sempat nak try. Next time.

Sini mengopi je. Choc Chip & Hazelnut Ice Blended sodap juge.

Area Pasar Karat ni banyak kedai kopi. Klasik lak tu kedainye.


5) Medan Selera Hutan Bandar

Tak sah le kalau datang Johor tak makan lontong ye dakkkk? Best nyer lontong. First time aku dengar lontong kering. Kehkeh. Itu hari makan lontong kuah letak begedil dengan paru RM 5.50. Roti jala RM 3.50. Sedapnye lahai. Pekat tau kuah kari dia. Fuhh. 

Blur itu biasa.

Kat sini ada Chicken Chop murah. Berdepan dengan medan selera ni. Tapi buka malam la kot. Sapo nak makan Chicken Chop pukul 7.30 pagi der?

Okay. Sila la makan kalau gi Johor tu ye.

Bye.

Sunday, April 12, 2015

Pulau Perhentian 2014: Snorkeling Trip

Assalamualaikum!

Previous post:-


21 Jun 2014

Pagi itu. Kami breakfast kat Alur Pinang Restaurant. Haruslah makan maggi je. Minta air panas kat abam air. Lepastu macam tak cukup (HAHAHA), kita order American Set RM 15 include fresh orange juice dengan kopi kot. Ada la roti semua tu American style hah. 

Dalam jam 10 pagi, kitorang dah ready kat receptionist Flora Bay Resort untuk aktiviti snorkeling hari itu... Excited uolls. Aktiviti & snorkeling gear dah termasuk dalam pakej yer. Dalam 10 lebih tu, terus naik bot laju ke Perhentian Kecil dulu. Sebabnya nak gather semua orang dari Perhentian Besar & Kecil, lepas tu kami akan dibahagi ikut bot kecik2 pulak. Bot kecik tu dalam 14 orang la gitu per boat include abam bot. Perjalanan dari Perhentian Besar ke Kecil ambil masa dalam 15 minit. Dekat ajo.



Sampai dah Perhentian Kecil

Merasa la lepak jap kat Perhentian Kecil. Apa yang pasti, kat situ memang banyak gila gerai makan, kedai runcit, resort/chalet berbanding Perhentian Besar. That's why people prefer to stay there. Tapi, masa kami sampai sana tu, the view tu macam terkacau sikit dengan construction. Somewhat a little bit noisy lah. Dengan ada macam kapal bawak jentera and all to build a new chalet.


Sekitar pantai Perhentian Kecil

Malangnya, masa tu terasa macam area situ padat, panas sikit, kurang angin. Mungkin cuaca dah terik time tu. Environment sedikit kotor, ada puntung rokok bersepah. Oh sedih tengok pantai yang sangat cantik di Malaysia ni dikotori. Ada parti agaknya malam tu ehhh? Well, we were lucky enough to stay in Perhentian Besar. Tak ramai orang, tenang. Seaside much cleaner than Perhentian Kecil. 

 Belakang tu semua kedai makan. Banyak kan!





Dalam jam 11 pagi tu, baru la dapat naik bot..

First pit stop - Lighthouse

Kat sini konon-konon nak terjun tapi memang tak laaaaa... Ramai gila orang tunggu turn nak terjun. Kami berenang-renang di tepian gantang ajo. Haha.

Kat sini, corals memang LAWA GILA. Ikan banyak betul macam-macam jenis aku tak tau nama apa. 

Kitorang ada bagi ikan makan roti kat sini. Roti tu pun sebenarnya nak buat makan lunch kami. Kita share la ye ikan-ikan semua. Lepastu ada group student ni bawa jugak biskut nak bagi ikan makan. TAPI IKAN PERHENTIAN TAK PANDANG BISKUT OK. Biskut dorang habis walaupun (aku bajet dorang makan sendiri). Dorang minta kat kitorang roti. Roti banyak gila sebenarnya. Tapi punya la kedekut nak bagi roti kat dorang sebab takut kitorang tak cukup nanti nak makan lunch. Tapi bila kitorang minta biskut sebelum tu kat dorang, dorang bagi. Hahahahaha. Nampak tak permainan kat situ???

Terima kasih la korang ye. Hihi.

The famous lighthouse in Perhentian

Second pit stop - Shark Point 

Ini memang aku berdebar sangat. Weh baby shark kot! Kau bayangkan ikan yu berenang2 sebelah kau pastu dia ngapppp! EH. Tapi, shark kat Perhentian tak makan daging. Syukur. Dia makan apa, aku tak tau. Malangnya, hari itu bukan rezeki kami nak jumpa shark. 

Abam bot ni siap tolong cari shark lagi. Dia buat macam mana tau.. Dia amik ikan kecik, nak bagi keluar darah sikit untuk tarik perhatian shark. Gitu. Semangat dia. Dia siap suruh kitorang semua datang kat dia dan tunggu sampai shark sampai. Tapi tak makan umpan la shark tu. Dah tau taktik agaknya. Cuma abam bot cakap ada sekor tu je yang lalu lalalala macam tu. Aah, shark tu nyanyi. Huuuu sedih.

Tapi corals sini pun lawaaaaaaaaaaaaaaaa. 

Perut dah rasa sebu masa ni.. Entah kenapa.

Ini tak pasti kat mana..

Third pit stop - Makan time di Kampung Nelayan

Sini memang port orang lunch. Ada gerai-gerai jugak kat sini.

Kalau korang amik pakej include lunch, dapatla buffet. Kitorang berbekalkan roti ajeerrr. AJE KE? Haha mestila tak. Lepak kat kedai acik kat situ, makan sotong tepung dengan kepok lekor. Wah marvelous. 

Sotong dua ekor RM 15. Teh O Beng RM 1.50. Teh O Suam RM 1. Pastu makan la dengan roti + tuna kami. Kenyang alhamdulillah. Toilet ada jangan risau. Masuk tandas untuk membuang RM 0.50. Mandi RM 1. 

Alkisahnya, roti tak habis. Hahaha. Tu la kedekut sangat tak nak share dengan student tu. Teruk betul perangai. 

Fourth Pit Stop - Turtle Point

Ini paling dinanti-nanti. Excited nye la hai macam apa je. Nak tengok penyu besar2 katakau. Abam bot ni cakap, korang nampak penyu je terjun tauuuuuu! Hahahaha.

Aku nampak penyu sekor kat bawah bot. Sebelah aku tu jee.. Aku jerit laaaa "PENYUUUU KAN TUUUU?". Abam bot cakap, "Aah! APA LAGIIII??"

Gedebush kitorang semua terjun bot. Bila dah masuk dalam laut, penyu lari. Hilang entah kemana. Hahahaha. 

Nampak la lagi sekor. Yang kali ni besar punyaaaaa! Fuhh best uols. Ingatkan air cetek, tapi kemain dalam lah. Tak sempat nak kejar. Haha.

Air kat sini jernih sangat. Cantik weh Perhentian. Tak menyesal pergi.




Ni semua kat Turtle Point

Fifth Pit Stop - Tepi Pantai 

Ini tak tau nama tempat. So aku letak nama tepi pantai aje. Abam bot ni biarkan kitorang semua lepak-lepak tepi pantai menikmati pemandangan. Pantai memang cun gilaaaaaaaaa. Boleh menangis tengok. Hehe over tak.


Abadikan kenangan sebentar

Itu bot kitorang.
Boleh aje nak berenang-renang di tepian.

Belah hujung-hujung sikit ada banyak coral, ikan besar-besar 

Kat sini banyakkkk sangat gamat.
Aku rasa la itu gamat, sebab nampak macam gamat.

Four of us!

Birunyaaaa.....
Lepas edit. Hehe.

Selfie sikit.

Sedih takde gambar dalam laut weh. Takpe, ko tunggu.

Dalam jam 4 petang tu, kami pulang semula ke Perhentian Kecil dulu. Sampai kat sana, kami naik bot lagi kecik untuk ke Perhentian Besar. Bot ni slow la sikit, yang 15 minit aje jadi dalam 30 minit kot. 


Muka puas hati dapat snorkeling!

Cun!

Laut dalam

Fisha & Rina

Liana & Khay

Ni adalah Jeti Taman Laut Pulau Perhentian 

Ini adalah batu

Kami tak balik bilik dulu. Mandi mandi tepi pantai jap..

Overall, aku sangat recommend Perhentian Trans Holiday ni. Aku tak suka kalau macam pergi buat snorkeling, abam bot dok bising2 cakap 30 minit lagiiiiiiii. Cepat cepat lah bagai macam kat Krabi tu. Grr. 

Aku naik yang ini, aku sendiri yang dah penat nak snorkeling. Abam bot tak panggil pun takpe. Abam bot ni pun let go je kitorang pergi la kau mana-mana asalkan pandai cari balik bot. Sempoi. Hehe.

Malam itu, kami makan je kat Alur Pinang Restaurant. Nasi goreng-goreng around RM 10 - RM 12 lebih kurang. Air dalam RM 5 - RM 6. Air mineral RM 3.50 botol besar.

Dalam bilik. Ready to go out! 

Nasi goreng 1

Nasi goreng 2

Jalan-jalan tepi pantai jap. Borak-borak. Balik bilik. Tidur.

Malam tu hujan lebat sangat. Jadi sejuk yang amat.

Ok setel day 2 kat Perhentian.

Kesimpulannya, sila lah pergi Perhentian. Memang best in the world lah!

Bye!!!