Saturday, April 4, 2015

Pulau Perhentian 2014: Perhentian Trans Holiday & Flora Bay Resort

Assalamualaikum!

Previous entry:-


20 June 2014

Awal pagi dah bangun mandi bagai. Kami siap-siap dan breakfast kat gerai makan. Banyak lauk dah habis, jadi bedal je apa ada.. Gambar takdak. Hehe. Check-out jugak dari Yaudin Guest House. Pagi tu jugak, member sorang lagi datang naik bas sampai kat Kuala Besut ni haa..

Kami janji dengan Shuhada (PIC pakej) nak jumpa kat area Stesen Bas Kuala Besut. Amik pakej daripada Perhentian Trans Holiday Sdn Bhd untuk 4 orang selama 3 hari 2 malam di Perhentian Besar. Aku dah cakap kan last entry Perhentian Kecil penuh. Janji sampai oi! Haha.

Ni ofisnyerrr...

Betul-betul depan Nan Hotel

Shuhada ni bawa la kami pergi ofis dorang yang terletak kat Plaza MARA Kuala Besut. Ada link aku bagi tu kan. Haa itu lah tempatnya. Pakej kami ni RM 207 per person without makan yer. Kitorang makan kat sana sendiri. Package includes:-

1) Accomodation untuk 2 hari di Flora Bay Resort (RM175 x 2 nights)
2) Return boat transfer (RM 35 x 2 trip)
3) Snorkeling Trip with Gears

Harga ni lebih kurang je dengan agensi lain. Tengok korang la chalet/hotel mana ambik. Amik yang meletop2, harga pun meletop2 laaaaaa.. 

Bayar deposit awal2 lagi lepas dah confirm pakej. So sampai kat ofis nye, kami kena bayar balance amount sahaja. Lepas bayar akan dapat Return Boat Ticket, Hotel Booking & Snorkeling Trip Pass. Hah banyak pass ni kau simpan je semua dulu. Orang minta, kau bagi.

Resit balance amount payable

Ni Tiket Bot Laju ye..
Memang harga RM 35 sehala. Tahun 2015 aku tak pasti lah harga berapa.

Dekat Plaza MARA ni ada gerai makan jugak. So kitorang tapau nasi buat bekal lunch kat Perhentian nanti.

Ini jeti Kuala Besut. Jangan salah pulak.
Masuk je dalam tu. Ada banyak kedai jual souvenir. Kedai makan pun ada. Hujung sekali baru tempat naik bot.

Dalam jam 9.30 pagi, kami bergerak menuju ke Jeti Kuala Besut nak naik bot dah... Sebelum tu, kena bayar dulu RM 5 per person untuk Marine Conservation Fee sebelum naik bot. Jam 9.45 pagi, bot bergerak la menuju ke Perhentian Besar. Bot laju ni. Ada la dalam 45 minit - 1 jam gitu. Excited sangat sambil2 ngantuk dibuai angin bayu membawa diriku. Haha.

Fisha & Rina

Cik Siti

Abam driver bot

Aku & Liana

Orang lain dalam bot... 

Pit-stop yang first area Teluk Pauh. Bahagian utara Perhentian Besar. Area sini hotel best-best la. So dapatla tengok orang sekian2 ni tidur kat hotel mana. Private tersorok2 gitu WOW jelez ai. 

Teluk Pauh

Ni baru dekat tepi pantai Teluk Pauh ni oii dah nampak cenggini haa..

Kami duduk area Teluk Dalam, pit-stop terakhir sekali. On the way tu nampakla masjid sedang dibina kat belah Perhentian Kecil nun. Aku dengar baru siap this year.

Nampak tak tu masjid belah sana tuuu

Sampai kat Teluk Dalam around 10.30 pagi gitu. Awalnyaaaa.... Betul-betul depan jeti kecik ni Flora Bay Resort. Yay tak payah jalan jauhhhhh! Hahaha.

Khas untuk orang yang amik dengan Perhentian Trans Holiday!

Reception. Abang tu kan kelakar sangat ok. Sempoi habis.

Malangnya, kami sampai terlalu awal. Tak boleh la nak check-in lagi. So amik gambar sikit.

Ni aje. Cukup tak sikit tu?

Dah tak tahu nak buat apa, kami lepak kat restoran jer. Tengok-tengok menu apa ada.. Tapi tak order punnn. 


Ini harga standard kat pulau ok. So korang chill aje.

Tahap menunggu kami tu sampai tertidur kat Restoran Alur Pinang ni haaaaaa... Dalam 11.30 pagi tu orang Flora Bay cakap dah boleh check-in. Syok la.

Double bed untuk kami berempat.. Bilik ada aircond..

SPACIOUS TOILET!
I loikeeeeeeeeee!
Air memang sejuk. Best.

Dalam quotation tulis garden view...
Tapi.............

Sebelah tepi ni laut aje oi.
Best kan! Hehehe.

Sekitar Flora Bay Resort

One of the chalet

Adoi cantiknyaaa

Aku ni memang kalau hari pertama akan jet-lag. Tak kiralah walau ke Terengganu sekalipun. Jadi, kitorang bantai tidur sampai pukul 1 petang. Itupun aku taknak bangun. Fisha paksa bangun jugakkkk. Dia cakap, pergi tempat orang jangan tidurrrrrrrr! Rugiiii! Bangun Khayyyyyyyyyyy! Grr. Hahaha.

Jadinya, bangunlah aku. Dan mari tengok lauttttt!!! Banyak gila gambar, kalau boleh nak masukkan semua. 






 Masa ni nampak biawak besar gila. Aku bajet itu komodo lah! Berlari budak2 ni keluar laut. Hahaha.

 Ada siput kecik2



Rindunya Perhentian. Cantik sangat...

 Lepas tu lunchhhhh depan bilikkkk jer.


Lepastu jalan-jalan tepi laut tengok apa ada...

Hammock. 

View cunnnn

Antara snorkeling trip yang ditawarkan

Ni kat belah hujung-hujung sana. Besar betul ni.


Asia's Next Top Model katakau.

Habis pusing-pusing, balik bilik jap then siap untuk makan malam. Kitorang keluar awal tau. Pukul 7 dah duduk tunggu kat Fauna Chalet Cafe. Kalau korang amik pakej yang include dinner, tinggal nak makan je la kan. Kami ni kena order bagai dulu. 

Area kedai makan... 
Ramai sangat orang.


Kami pilih yang set je. Sonang.

Ikan sweet sour

Tomyam rasa rencah maggi tomyam jer. 

Masa menunggu? Almost 2 hours baru dapat food. Lapar gila masa tu. Nak nangis sebab lapar. Total harga RM 65. RM 12 satu set lauk. Nescafe ais RM 5. Ada orang jual pau dengan burger depan Fauna Beach Chalet Restaurant ni. Beli laaa RM 3.50 pau. Kalau burger around RM 4 lebih kurang. 

Balik bilik je, kami tidur laaaaa.

Esok nak snorkeling.

Next entry ye!

9 comments:

  1. Bestnyaaaa bilik tepi lauttt kot2 sleep-walking terus mandi hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha best uollsssss. Boleh lah sleep walking tuuuu smpi prhentian kecil terosss.. kih3

      Delete
  2. Hahahaha perhentian ni mcm2 pengalamn pahit manis ada. Hihi

    ReplyDelete
  3. Mmg crystal clear water btl ya... flora ni mmg rmai org rekomen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sangat crystal clear. Puas hati duudk Flora ni.

      Delete
  4. fauna tu best tak? ingat nk p sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fauna tu tak pasti pula ok ke tak..
      Singgah makan jee..

      Delete