Sunday, October 25, 2020

Hanoi, Vietnam: Cho Dong Xuan Market, Cha Ca Street & Hanoi Street Train

Assalamualaikum!

Lamanya tak menaip.

Okay nak sambung entry Hanoi.

Previous post:

Hanoi, Vietnam: Ninh Binh Day Trip

6 January 2019

Harini last day kat Hanoi. So shopping time! Pagi tu pergi Cho Dong Chuan Market berjalan kaki. Sambil tu tengok sekitar kawasan. Banyak jenis lorong kat situ. Kalau lorong bunga, kiri kanan jalan jual bunga. Ada kasut, barang hardware, periuk belanga, macam-macam lah.

Kiri kanan kalau kedai hardware, hardware je semua

Sejuk je pagi-pagi

Ni lorong hari raya ke?

Okay dah sampai.
Tips kat sini, dia jual barang in bundle. Beli banyak untung laaa. Kalau satu, kemain harga dia. Lepastu macam layan tak layan je kalau kau beli satu.

Atas ni banyak baju

Bawah banyak bag, kasut dengan souvenir.
Aku rasa ada ambil gambar banyak kat sini, tapi dah tak jumpa la. Hahaha.

Kat luar bangunan Dong Chuan Market ni ada jual kopi vietnam G7 & King Coffee dengan kacang lotus mak aku pesan beli. Haa beli situ semua in bulk. Berkotak-kotak kopi kitorang beli. Aku punya je dalam 420k VND.

Dengan souvenir. Pinggan pesanan dari mak 40k VND, Magnet 150k VND in few pcs.

Luar tu pulak ada orang jual stokin. Fisha & Rina terpaksa beli sebab murah kata dia.
Plastik merah belah kanan tu la kopi vietnam berkotak-kotak.

Dah nak lunch hour tu, kami pergi satu lorong ni - Cha Ca Street. Kiri kanan kedai jual menu sama. Kami masuk kedai namanya Chaca Tang Long.

Makan ikan

Ikan haruan ke apa sini semua style makan macam ni.
Sayur banyak gila memang habis sayur aku makan siap minta extra.
Lepastu sambil makan cakap, patutla orang Vietnam kurus2, makan sayuq banyak!
Dia makan dengan rice noodle. Sedap!
Total 390k VND.

Balik bilik letak barang-barang. Then keluar semula.


Cari kopi. Coffee Lien nama kedai.

Egg Coffee. Buih lebih.
35k VND

Around 3pm, kami cari Hanoi Street Train. Sini kira macam a must do la when you visit Hanoi. Sama macam kat Thailand, ada laluan keretapi orang dok ambil gambar tu.

Weekdays: 7.30pm. 
Weekend: 3.30pm & 7.30pm.




Haaa ni rupa train. Dekat gila dengan aku. Kalau ada orang tolak ni hurmmm..

Durian!

Dinner, kami nak makan dekat masjid Al-Noor. Jalan kaki la kesana. Sekali macam tutup. Orang tak ada pun, close katanya. Okay takpe. Kita try next morning la gitu. Jadinya, apa lagi. Repeat Hanoi Red. Tak habis-habis makan sini. Naik Grab ke Hanoi Red, 32k VND.

Ni masin.

Healthy spring roll

Malam tu kami ke Lotte Centre Hanoi. Plan nak pergi Observation Deck. Bayar 230k VND for entrance. Ada 65 tingkat, 267 meter height. 

Hanoi night view

Lalu secara berhati-hati atas glass floor ni. Hahah. Scary.

Gitu. Tak ada kerja.

Gambar kat deck ni aku tak jumpa la kat mana. Ni je ada. Okay lah tu kan.

Balik tu pergi spa kejap kat Midospa. Recommended. Best walaupun customer ramai, kena tunggu. Tapi dapat air teh free.  Massage 290k VND. 

7 January 2019

Sarapan yang kami plan nak ke Masjid Al-Noor kan. Jalan kaki la kami ke sana.


Orang jual daging macam ni aje bawa.
Kalau ada orang nak beli, dia stop tepi jalan. Potong depan customer kat situ jugak.

Morning from Hanoi

Tutup lagi.
Tak ada rezeki la nak makan sini.

Patah balik hotel, sarapan sana. Then nak cepat-cepat shopping last minute ada barang teringin nak beli. T-shirt Under Armour dapat la mur-mur je sini. Kalau beli winter jacket pun banyak jual. Semua murahhhh. Bag, barang hiking & segala macam barang outdoor. Uniqlo je aku tak jumpa. :D

Minta hotel booking airport shuttle. USD 20 per trip. Okaylah kan. Barang dah beranak. Tak termampu sis nak naik bas.

Dapat tengok murals cantik-cantik along the road

Tiles ke tu?

Tiberrrrrrrrrr. Asal boleh je kau bawa jack naik motor kan.

Sampai airport kita chill-chill je la.
Check-in then cari coconut coffee. Sedap betul.

Vege Banh Mi. Pun sedap.
KL mana nak cari eh?
Haritu member ada cakap ada jual kat Coffee Bean, tapi dah tak ada...

Habis dah Hanoi.

Rindu nak travel. Sementara tu, kita jalan dalam Malaysia dulu. Tapi sebab tengah PKPB Klang Valley ni. Hold la lagi. Haritu sempat la berjalan-jalan Malaysia sekejap. Nanti aku story.

Okay, stay safe semua!!!

Sunday, August 9, 2020

Post-Redang: Makan di Terengganu

 Assalamualaikum!


Previous post:-

Snorkeling di Pulau Redang, Terengganu


24 June 2019

Last day kat Redang dah.

Sarapan pagi tu ada Roti Jala. Kuah kari terbaik. 

Nampak sangat amik IG Story

Panas terik oi. Nasib baik cantik.


Bye nak balik dahh.
Nanti nak datang sini lagi

Kami check-out jam 11 gitu kan, lepas tu tunggu feri sampai.
Dalam feri tidur sampai kesudah. Ngantuk.

Sampai Jeti Syahbandar, cari bus stand. Ambil Grab pergi kedai makan.

Makan dekat sini. Lauk dah banyak habis. Tapi boleh laaa.

Teh Beng

Makan keropok lekor pulak. Sedap makan panas-panas kan. Dekat sini beli la keropok buat balik KL.

Kawan aku recommend. Sedap gak Dynar Lekor ni.

Pergi Celop Tepung Haji Pok Long area airport. Famous katanya.

Pasar Payang beli serunding

Semua naik Grab ja. Senang kan.

Lepak tepi draw bridge. Ada deretan gerai area sini.  Tapi tu lah, banyak pulak sampah tepi laut. Minum air sambil makan puding buih beli kat Pasar Payang. First time try. Unik rasa dia. Not bad la. Google kalau tak tahu. Heheh.
Dah nak terbenam matahari.

Bas kitorang dalam jam 8.30 malam. Zohor dengan Maghrib kami masuk surau dekat hotel apa kat bandar tak ingat.

Kalau korang sempat, cari Roti Paung kat Ganu ok. Rugi la aku tak sempat rasa. Sampai sekarang tak termakan lagi.

Habis dah Redang.

Bye!

Sunday, August 2, 2020

Hanoi, Vietnam: Ninh Binh Day Trip

Assalamualaikum!

Previous post:-


5 January 2019

The next day, kami pusing Ninh Binh pulak. Dari Hanoi, naik train kat Hanoi Railway Station untuk ke Ninh Binh Railway Station. Perjalanan 2 jam 20 minit. Booked tiket train awal-awal dekat website BAOLAU

Harga tiket:-

Pergi - VND 109,000 + Service Fee VND 40,000 per person
Balik - VND 144,000 + Service Fee VND 40,000 per person
Processing Fee - VND 35,000 per transaction. 

Ada banyak jenis harga base on time schedule. Dan nak jimat processing fee  35k tu, beli sekali harung dengan tiket balik. Passport number pun dia minta. So pastikan tak expired kalau nak beli tu. 

Train kami amik seawal jam 6 pagi. Haa gitu solat Subuh terus siap nak keluar. Dari Hotel booked Grab Car ke Railway Station. 35k VND.

Ni la rupa train nya.

Dalam train. Seat okay aje.
Ada tempat charge phone kat dinding sebelah seat.

Ada orang jual makanan.
Beli la kopi 15k VND.

Dinner malam sebelum kan tak habis. Bawa breakfast, makan dalam train. Capati + Kari. Ngam dah. Kenyang. 

Arrived!

Toilet kat Railway Station Ninh Binh ni masuk 1k VND ye. 

Then ambil Grab Car pergi Trang An Grottoes. 115k VND. Trang An ni aku baca dia less touristy and lower price compared to Tam Coc. Aktiviti sama aje. Naik sampan masuk gua. So tak ada la ramai sangat orang agaknya. Dan pergi pagi nak elak cuaca panas. 

Grab driver tunjuk map sekitar Ninh Binh


Pintu Gerbang

Grab tak berhentikan kami depan entrance Trang An tu sebab tak dibenarkan masuk, nanti kena bayar parking ke macam mana entah. Or situ tempat teksi parking. Haha. Jalan je la sikit.

Sampai!



Entrance fee Trang An Grottoes 200k VND. Pilih nak lalu route mana.

Route Map

Ada 3 route kat sini. Kitorang ambil Route 1. Ada la dalam 2.5 - 3 jam naik sampan ni haa. Kemain lama. Beza antara route ni sama ada lalu banyak gua dan ada route yang lalu Kong - Skull Island.

Masuk ikut sini

Dah ada guide yang tunggu nak naik sampan.
Banyak sangat sampan sampai ke hujung tasik tunggu giliran.
Bukan muda-muda pun yang bawa sampan tau.


Tengok tu sampai kesana.

Wefie dulu.
Hahah.

Marilah kita.
Awal-awal ni semangat la.
Dah lama tu. Hurmm. Letih pungkoq. Dengan panas pulak.

Kanan kiri memang nampak hutan aje.

Masuk gua pertama. Toi Cave

Sebelah kiri jumpa Trinh Temple.

Eh muat ke tu?
Hahah.

Gini haa masuk.
Panjang gua 320m.
Bila masuk kan, guide tu pesan "Head down", kata dia.
Ada stalactite, hati-hati je la nanti tersangkut pulak dalam gua kepala tu.

Acik happy.

Masuk kiri, keluar kanan.

Nice la dalam gua ni sejuk jeeee...

Gua lain

Orang lain depan kami ni


Stop sekejap kat sini.
Bagi guide rehat jap.
Kitorang pun tolong juga la dayung sampan. Pun tak terdayung oii.

Ni tengok orang masuk gua bawa bekalan apa tak tau.

Ok gambar last!

Lepas tu kami ambil Grab pergi Tung Nam Bird Garden. 210k VND. 

Sini banyak landscape aje. Orang macam tak ada sangat.

Entrance fee 100k VND. 

Jalan kaki nak sampai entrance.
Nice kan

Ada tasik.
Sampan tu tak ada orang naik pun. Buat hiasan agaknya.

Dekat sini kitorang solat jap. Ada tempat rehat-rehat sebelum masuk dalam. 

Okay tengok gambar sikit.








Tempat makan


Tasik.
Besar juga tempat ni.

Okay setel sini nak amik Grab ke Tam Coc tapi langsung tak ada. Berkali jugak la cari Grab. Tak masuk ke sini kot sebab kedalam sangat. 

Jadinya cakap la dengan Pak Guard kat situ, call kan teksi. Nasib ada. Sebab dari bandar, kena tunggu la beberapa minit nak sampai. Dapat 100k VND ke Tam Coc.

Tam Coc ni sama aje dengan Trang An Grottoes. Cuma famousnya Tam Coc ni haa. Tourist ramai dan harga mahal sikit. Boleh je pilih nak pergi mana satu.


Sampan dia besar sikit lah kan

Kebetulan pulak kat area Tam Coc ni ada kedai makan halal. Aroma Indian Restaurant namanya. Jalan kaki aje dari Tam Coc Pier.

207k VND untuk bertiga.

Dari sana kami naik Grab ke Ninh Binh Railway Station. 75k VND.

Train balik jam 4.51pm. Sampai Hanoi Railway Station jam 7.12pm.

Seharian kat Ninh Binh

Dinner kami makan kat D'Lions Restaurant dalam Cosiana Hotel. Halal dan review sedap. Total makan 328k VND.

Vietnam Roll

Fried Vietnam Roll

Spicy Noodle. Mee ni rasa masam. Dan ada ikan dalam ni.

Noodle Pho. Clean rasa tekak.

Singgah convenience store tengok harga kopi G7

Then mengopi dekat area Night Market.
Ni Egg Coffee - 35k VND.
Sedap weh kena cuba tau.

Minum luar balcony hadap view market

What a day. Full activity.

Okay sambung nanti.

Bye!