Saturday, September 18, 2021

Japan Trip: Shinjuku to Kawaguchiko

 Assalamualaikum!

Previous post:-

Japan Trip: Tokyo - Shinjuku, Harajuku & Shibuya


7 November 2019

Check out dari Yoko House, terus gerak pergi Shinjuku Expressway Bus Terminal. Pagi ni bas kami ke Kawaguchiko. Naik JR, sampai Shinjuku Stn dan cross road untuk ke terminal bas. Mungkin ada jalan lain bawah tanah nak pergi terminal?

Shinjuku Station.
Tingkat 4 tu Expressway Bus Terminal.

Lobby area

Ada kaunter bas. Kalau nak beli sini pun okay je.

Kami beli online kat Highwaybus sebulan sebelum trip. 

Operating Bus: Fujikyuko.
Bus Route: Shinjuku - Shimo Yoshida - Fuji-Q Highland - Kawaguchiko.
Duration: 1h 45 min.

Dalam bas.

Menghijau

Membiru

Bukit-bukau

Menghampiri Gunung Fuji

Masa nampak Fuji-san dari dalam bas, fuhhhh. Aku excited habis. Clear view of snow capped mountain.

Jadi, kalau nak reserve seat, ambil belah kiri ye. 
Kalau duduk kanan, nampak la kepala orang sikit.

Fuji-Q Highland

Theme park. Akan stop untuk turunkan / naikkan penumpang.

Alhamdulillah, sampai Kawaguchiko Station!

Mencari Koe House, guest house kami selama 2 malam disini. 

Depan stesen jee haaaa....

Tak sempat jalan belah belakang ni..

Depan guest house dah nampak Fuji-san.

Tingkap Koe House

Alkisah kami nak check-in. Sampai pukul 10 pagi. Kemain la kami nyahut panggil orang Koe House ni haa. Sebab cakap boleh letak bag kan. Tak ada orang pun kat front desk tu dari tingkap ni. Tutup rapat.

Ada pintu belah belakang. Mula nak moshi moshi je, anjing menyalak. Huhuhu. Tak ada orang jawab juga. Aku siap mesej kat Facebook ok. Ye la nak call, mana ada simcard. Hahah. 

Pergi tanya kedai sebelah pun dia tak tahu nak buat apa. Maka, menunggu la kami depan guest house ni 1 jam jugak la. Dahla sejuk dan berangin. Ada satu family dari China yang duduk sini pun cuba panggil dari pintu belakang. But, no answer. 

Lama tu baru la ada orang. Tunggu sekejap kat dalam area tingkap (a restaurant rupanya). Charge phone, pergi toilet & letak bag. Peramah betul owner ni. Pung pang dia bercerita..

Ni rupa bilik masa nak check-out.

Japanese style. Toilet & shower asing kat floor bawah. Style kampung.
Ada satu Indonesian family je jumpa masa tu. Bilik banyak gila. Aku dah mula fikir pelik-pelik, kata sold out, tak ada orang pun. Sunyi gila bila malam. Aku mandi pun macam krik-krik.

Selesai semua, kami pergi Kawaguchiko Station, beli tiket Sightseeing Bus. Ada combo ticket, 2 days bus pass + Pleasure Boat + Kachi Kachi Ropeway. Harga 2,800 Yen per person. 

Ada 3 jenis bas. Red, Blue & Green. Kalau tengok map, paling jauh berliku Blue Line. Hari tu kami pusing Red Line dulu sebab tengok stop dekat map, banyak point autumn leaves. Dari Kawaguchiko Station sampai ke hujung Red Line - Kawaguchiko Natural Living Centre

Seronok ya tengok Mount Fuji.
Dream come true. 

Kawasan ni  keliling ada bukit dan Lake Kawaguchiko.
Cantik. Tak tau nama pokok renek tu apa.

Langit biru...


Warna autumn pada pokok tak berapa sangat. Baru nak masuk musim agaknya.

Banyak jumpa daun ni..

Dalam tu ada jual aiskrim. Tapi sebab sejuk, tak beli pun.

Haaa sini nampak oren.


Berjalan jauhhhh sampai kedalam.
Tempat ni ada pakcik tu tengah kemas ke apa time tu. Sempat la suruh Fisha ambilkan gambo sebelum pakcik tu marah hahaha.

Lepas tu naik bas ke stop Maple Corridor. Sini cantik. Kena menapak la.


Pokok daun merah di tepian parit


Us!

Video satu kali


Cantik tengah hari tu.

Sementara tunggu bas

Naik bas ke mana tak ingat. Mungkin area Craft Park.

Handmade gifts


Sepanjang jalan ni boleh jalan kaki jee laa. Bas full.

Depan sikit ada gerai makan

Opposite Craft Park - Kawaguchiko Lake

Beli fried sweet potato

Sini ramai orang. Beratur tunggu bas pun kemain ye sebab asyik full je. 

Jalan punya jalan sampai sini.

Food market

Ingat semua tak halal

Sekali ada halal stall.
Syukur. Perut memang dah lapar tak lunch lagi.

Apa tu?

Fuji-san dikala mendung.

Across the street kat food market tu.

Naik bas ke kawasan Sightseeing Boat
Ropeway kami naik esok hari. 

Last boat pusing tasik untuk hari tu..


Dah nak malam..

Depan Pleasure Boat ni je Ropeway. Nampak tak atas bukit tu?

Kawasan Onsen Town, kalau refer map.

The view was.... erghh!!

So pretty!


Kawaguchiko-ohashi Bridge

Sini jumpa orang Malaysia. Sorang-sorang dia datang. Sekali naik boat dengan dia. Masa nak balik, tunggu bas lama sangat (sebab full), dia jalan kaki balik stesen tau. Since malam tu dia kena naik bas ke somewhere, tak nak tertinggal. You gigih sis!!!!! 


Dah nak sampai jeti semula..

End of trip day one in Kawaguchiko.

Naik bas ke stesen. Jumpa balik kawan tu kat sini haa..


Dalam stesen, ada jual macam-macam juga..

Puding caramel.


Singgah 7E dengan Lawson malam tu beli dinner

Nasi, ikan & salad.
Kurma Brahim masuk microwave aje.

Aiskrim Meiji.

Balik malam tu aku gigih mandi dalam kesejukan. Time ni la aku macam krik krik sikit guest house ni, nak berjalan ke shower room, kena lalu banyakkkkk bilik. Which I believed no one stays pun....

Tapi malam tetap tidur nyenyak. Kepenatan seharian.

No comments:

Post a Comment