Saturday, March 13, 2021

Japan Trip: Tokyo - Shinjuku, Harajuku & Shibuya

 Assalamualaikum!

Such a long hiatus.

Tak semangat nak menaip dah. Ada lagi ke orang baca?

Previous post:-

Transit di Brunei Darussalam

6 November 2019

Penerbangan ke negara matahari terbit. My second time to Japan. I was super excited since I've been waiting for the past 2 years to go to Japan during autumn. On the other hand, Fisha - her first time being there.

12.35 pagi dari Brunei. Flight selama lebih kurang 6 jam ke Tokyo. Dalam hati ni berharap imigresen lepaskan kami (dan juga makanan) sebabnya banyak betul dengar cerita itu ini tak boleh bawa, diri sendiri tak lepas, kena soal macam-macam dengan imigresen. Jadinya masa isi borang declaration, isi la sejujurnya. Prepare lah segala dokumen, booking stay, itinerary. Print out everything. Tak nak la sampai Jepun kena patah balik Malaysia. Haru. 

Beautiful sunrise

Breakfast by Royal Brunei.

Sampai Narita Airport, panjang beratur tapi pantas. Kena scan passport berkali juga lah sebelum dapat stamp 'temporary visitor'. 

Kami pergi kaunter declaration untuk confirmkan makanan kami lepas ke tidak. Bawa Brahim dalam 7-8 paket. Ada daging. Sebab Jepun strict sikit pasal daging ni, payah nak bawa masuk. Dia check makanan, buka satu kotak Brahim tu. Tengok seal okay, bagi tag dan dilepaskan aje. Fuhh selamat situ. 

Then, the last check-point kat imigresen. Dia tengok kami declare makanan, dia suruh buka balik bag. Hahahaha. Buka tutup, buka tutup. Aduhh. Terbongkang bag dengan orang belakang ramai kot dok beratur dan perhati. Nasib baik satu bag je buka. Dan lepas. Yay!

Bermula la pengembaraan.

WiFi, kami booked dengan Roaming Man dari 6 - 17 Nov. RM 144 in total. Device worked very well! Bateri pun tak cepat habis.

Keluar imigresen, ke toilet la dulu segarkan diri. Gilir-gilir dengan Fisha. 

First thing first, redeem JR Pass & redeem Skyliner Narita - Nippori all booked via Klook (for Skyliner) dan juga beli PASMO Card. 

Beli JR Pass kat Klook ni senang aje. Pilih untuk berapa hari nak pakai dan type of class. Bayar dan tunggu la Exchange Order sampai. Bawak la EO tu pergi Jepun tu haa. Masa aku nak beli dengan Fisha itu hari, berdebar sungguh sebab takut salah tekan. Bayar untuk RM 1k kot. Menggigil. Haha. 

Exchange Order dari Klook

Nak redeem JR Pass kat Narita Airport pulak, kena pergi JR Station. Tanya orang dan follow je signboard. Sampai redemption counter, isi borang dan tulis bila nak start pakai JR Pass tu. Kami buat 10 November. Sekejap aje proses. Tak ramai orang sangat. Dapat nanti JR Pass, simpan elok-elok. Nangis kalau hilang. 

JR Pass

Kat dalam JR kaunter sementara tunggu giliran

Skyliner Narita - Ueno / Nippori. Train dari airport ke downtown Tokyo. Beli dekat Klook RM 78. Voucher valid untuk 180 hari. So sampai Jepun nanti redeem bila hari nak pakai. Lokasi nak redeem dekat Narita Airport kena pergi Skyliner & Keisei Information Center. 

Tak sure lah kat mana ni. Sama ada JR Kaunter atau Skyliner


Tunjuk voucher kat orang kaunter, dia bagi list train schedule dan bagitau lah nak naik train pukul berapa. 

Kami ambil jam 9.59 pagi. Seat pun dah allocate siap-siap.

Beli PASMO Card untuk 2 hari di Tokyo kat area Keisei Information Center juga. Tapi dia suruh guna mesin. Eh kelam kabut la beli nasib baik ada English. 500 Yen (Deposit) + 2,500 Yen (Topup). Balance boleh ambil balik bila dah tak pakai. Dah tak ingat kenapa pilih PASMO instead of Suica Card. Okbai.

Ini la PASMO card nya. Boleh la pakai sekali untuk last few days kat Tokyo juga.

Train kat Jepun on time ye. Lambat, tinggal.

45 minit je sampai Nippori dari Narita Airport. 

Skyliner Train

Tunggu bila boleh masuk sebab orang tengah cuci train

Up video satu

Dalam Keisei Skyliner Train

View

Sampai Nippori Station Skyliner kena tukar train ke area Shinjuku untuk ke hostel

Sini senang, sama ada pakai Google Map atau Hyperdia untuk ke destinasi. Nak naik train apa, line apa, platform apa. Kalau ada line breakdown ke apa semua ada dalam tu. Kat Tokyo masa tu tengah nak buat track or line baru sempena Olympic 2020. Ada la few stops closed for construction works. Dan sepanjang kat Jepun ni, asyik la dok berlari kejar train dengan cari platform. Hahaha tapi best. Aku suka adrenaline rush macam tu. Lagipun orang Jepun pun jalan laju. So kira saing-saing la. 😜

Langit biru

Kami stay dekat Yoko House, Shinjuku. Naik train JR dari Nippori Station turun Shin-Okubo. 

Turun train kena jalan kaki ke kawasan sekitar ni. Tak sempat nak explore belah sini. Pergi 7E je beli food.

Jalan-jalan, dah sampai. Sekejap aje. 
Rumah 3 tingkat. Ground floor ni receptionist area.


RM 300 for 2 person per night. Dah bayar apa semua, dia bagi letak bag dulu. Sebab awal lagi. So kami jalan-jalan dulu la sampai petang. 

Tapi aku tunjuk gambar rumah dulu la okay.

Tangga ni cerun betul bila nak turun. Nampak aje biasa-biasa.
Nasib baik stay floor dua. Bag pun dia tolong angkat. Bila nak balik tu kemain nak turun seksa kejap, sebab angkat bag sendiri. Hahaha.

Katil, heater, meja dengan kerusi sebuah. Itu aje.

Tempat bersiap. 
Floor ni ada dua bilik je. Tapi floor kami tak ada orang la stay.

Shower room kat luar.
Soap & shampoo provided.

Tapi tang toilet dia kecik gila okay. Muat-muat je la nak duduk dalam tu. Gerak apa tak boleh. Dan toilet Jepun ni jenis, guna tisu terus flush masuk jamban. Amazing kan. Pipe tak ada la. Bawa la botol sendiri masuk toilet.

Room tour!
Tour ke, kecik bebeno tu. Haha

Done lets jalan-jalan!

First thing first, we have to eat to gain energy! 

Plan nak makan dekat Coco Ichibanya Curry House dekat Shinjuku.


Kawasan sekitar guest house nak ke train station.

Sempat la nyinggah beli biskut kapal Meiji.
Family Mart ada. Gi beli kalau nak.


Food display di Jepun

Sampai la kami dekat area Shinjuku Gyoemmae Station dan jalan kaki ke Coco Ichibanya.


Dah sampai. Pastu aku pelik. Eh apsal menu ada pork?
This is not it!

Coco Ichibanya ni bukan yang halal ke? Aku salah percaturan ke? 

Bila Google, yang halal punya papan tanda warna hijau. Jadi sah salah tempat. 

Ok fine pergi la google balik yang halal tu. Kami jalan kaki je ke sana. Malas naik train. Sebab patah balik kan. Sambil tengok sekitar (sedapkan hati).

Stop beli onigiri dengan susu kejap dekat 7 Eleven buat kudap-kudap.

Jumpa Shinjuku Park. Lepak la situ dulu. Dan aku tengok ramai sangat orang bekerja lunch dekat situ. That's why 7E, Family Mart, Lawson & any convenience store dorang memang ada makanan ready to eat. Grab and go.


Nampak panas kan tapi sejuk ni.

Pretty flowers

Dah makan kudap, kita sambung jalan.....

Sesat sebarang dua

Sempat menyinggah tengok skincare Jepun. 
Memang aim nak beli kat sini. Hada Labo, harga lebih kurang time sale kat Malaysia.
Haa kan seronok tu jalan-jalan time sesat. 

Shampoo.
Brand ni kat Malaysia ada dah.

Deretan basikal


Coco Ichibanya yang halal dekat Shinjuku boleh refer SINI.

Bangunan nipis.
Coco Ichibanya Halal dalam bangunan ni.
Nampak tak signboard hijau bawah sekali tu?

Lets eat!

Sampai Jepun makan kari. Macam mana tu.

Menu & price list

Chicken Cutlet Curry, yang orang cakap sedap tu.

Seafood Curry

Makan nak sampai dua pinggan. Konon lapar. Banyak portion dia oi. Tapi chicken cutlet tu serius sedap. Garing dia, rasa dia. Memang terbaik. Kari je la pekat sikit. Seafood tu biasa aje. Nasi banyak boleh makan untuk 2 orang.

Dah makan, kita patah balik hostel.

Terjumpa kedai halal sekitar Yoko Guesthouse. Ada dua kedai Thailand.

Shinjuku.

Rehat solat apa semua, petang tu keluar balik. 

Kalau pergi Tokyo, kena pergi Harajuku. Feel the vibes orang kata.

Entrance of Harajuku dari Harajaku Station.
Eh sini pun dah ramai. 

Tapi tengok video ni tak berapa ramai pun. 
Gambar Google ada time penuh yang amat eh.


Haa ada orang amikkan gambar kiter

So mahal you know


Crepe display

Kedai kat Harajuku ni murah okay. 
Kalau nak beli biskut Meiji la buat souvenir.

Ada Daiso kat sini. Singgah kejap tapi tak beli apa pun. Keluar masuk kedai je yang mana berkenan.

Tokyu Plaza Omotesando Harajuku.
Nice la design ni.

Ceruk lorong kat Harajuku

Pergi kedai bundle kat area sana, Kinji Used Clothing Harajuku. Tak ada gambar pulak. 

Area Cat Street

Video around here.
Jam 5 petang dah ni. Gelap awal.

Dan jalan-jalan sampai Luke's Lobster

Nasib tak ramai.

Sedapppp!
1,058 Yen

Then aku cakap kat Fisha. "Jum makan Heiroku Sushi, kawan aku recommend". 

Area Omote-Sando restoran ni, 2 kali juga la pusing nak cari. Sempat la lapar balik. Hahaha.

Gemok!
Huwaaa sis rinduuu.

Early dinner.

Adui kena pergi makan sushi la.

This one the best! 2 kali order.
Avocado something salmon something2 nama dia. Hahah.
Telur ikan kat Jepun ni kalau makan memang pops dalam mulut eh?
1,694 Yen semua sekali. Green tea free flow.

Dari sini naik train untuk ke Shibuya.

Tokyo Metro.

Nak tengok view Shibuya Crossing katanya masuk Starbucks. Tapi keluar train station pun sesat lagi. Kami masuk la bangunan mana entah ikut orang ramai (padahal sana memang berpusu orang, tak tau nak ikut siapa). 

Lepas balik dari sini baru aku tahu pasal Shibuya Scramble Square. 😕 Buka awal November 2019. View Tokyo cantik juga dari situ. 

So, turun dari bangunan cari crossing road. Kitorang macam 3-4 kali juga lalu Shibuya Crossing Road ni. Ada la orang menari tiba-tiba tengah jalan tu. 

Sampai!


Kesana kesini. Tak ada hala tuju.

Haa tu Starbucks. Tapi tak pergi pun.

Shibuya

Misi dekat Shibuya ni nak beli kasut! Aku aim Skechers je. Ada banyak kedai kasut sini. Boleh tengok ABC Mart Grand atau ORiental Traffic. 

Cari kedai.

Masuk Skechers.
Adoi jatuh hati la dengan dua ni.
Tapi aku tak berapa selesa, dan seller pun cakap kasut ni nak jalan 2-3 jam boleh la. For long walk not recommended.
So I opt for another one.
Dapat dalam RM 250 kasut tu. Tak ada gambar pulak eh.
Banyak juga yang sales. Fisha pun terhasut sama.

Kedai kegemaran. Murah sangat banding Uniqlo. 
Masuk Malaysia pleaseeeeee!

Mega Don Quijote Shibuya.
Port beli souvenir.
Besar amat dalam ni. 24 jam. 7 tingkat.

Singgah tengok Hachiko Dog Statue area sini sambil berehat kepenatan. Sembang dengan someone from Indonesia. Sorang aje dia berjalan kat Jepun. Dah pangkat aunty-aunty tau. Bila aku akan ada kekuatan untuk solo trip ni? 😬

Dah habis jalan Tokyo satu hari, balik ikut Shibuya Stn ke Shin-Okubo Stn ke hostel. By 9 pm sampai bilik rehat tidur.

Done day 1!

Thank you for reading!

2 comments: