Assalamualaikum!
Bulan Nov 2019, berpeluang la aku menyinggah di bumi Brunei. Sebelum COVID-19 menerpa.
Kali ni, naik Royal Brunei Airlines. Beli tiket flight masa zaman Matta Fair bulan Mac 2019. Flight time 12pm, tapi sampai pukul 8 pagi dekat KLIA okay. Plan pagi tu naik Airport Shuttle combo ticket (Rail + Bus) ke Stesen LRT Putra Height.
Contoh kalau naik LRT dari Stesen Kelana Jaya, beli combo tiket di kaunter, turun di Stesen Putra Height, ikut signboard ke Airport Shuttle. Tunggu bas setiap 40 minit. Direct sampai KLIA2 atau KLIA. RM 10 aje semua ni. Senang kan!
Sebenarnya sampai awal sebab nak teman kawan dari Kedah, Fisha (my travelmate) awal pagi dah sampai airport. Then boleh la sarapan kat sana. Check-in awal sikit boleh la jalan-jalan dalam airport. Lepas tu kami membosan kat cafe, nak buat apa entah sampai boarding time. Hahaha.
Tak rindu ke nak terbang?
Siti Awe pun masuk RB okay. Tak tau pulak aku.
Our meal!
Thank you RB. Arrived Bandar Seri Begawan Brunei International Airport at 2.30pm.
Sebenarnya transit je kat Brunei, sebelum next flight jam 12 malam ni. So ada few hours untuk spend time di Bandar Brunei.
Alhamdulillah
Sampai, kita beli simcard dulu. Beli Easi Tourist Sim by DST. Free 3Gb Internet for 7 days, calls & SMS included. Price for BND 15. Beli satu aje, hotspot internet bersama.
Keluar airport, nampak Jollibee!!
Rejeki la dah ada kat airport.
Jollibee di Malaysia, ada kat Kota Kinabalu sana.
Akan jumpa Masjid Airport Brunei
The other side
Kami berjalan ke luar. Itinerary asal nak naik bas nombor 23 ke bandar. Dah tunggu ni kat stesen bas. Tapi macam kami berdua je kat situ.
Stesen bas di airport.
Tegur la seorang local dekat sini. Dia cakap, bas ada, cuma mungkin ambil masa berjam untuk sampai. Dan tak pasti sampai pukul berapa. So tak nak buang masa. Kita guna apps Dart. Aku download siap-siap dah dari Malaysia. Dart ni macam Grab/Uber.
Haa macam ni rupa dia.
Sangat mudah! Cuma bila nak ambil yang first Dart dari airport ni payah nak jumpa lokasi kereta. Dah Whatsapp, tunjuk gambar dekat driver, tapi semua tak betul.. Haha. Kalau dalam airport, Dart tak masuk sampai arrival hall semua tu okay. Kita kena jalan kaki ke parking lot. Dia akan tunggu kita hujungggggggg sana.
Jalan ni. Terus aje.
Jumpa la pekerja airport rasanya dekat hallway ni. Tanya nak naik Dart ambil kat mana. Dia cakap kena patah balik. Haa sudah pening sis.
So ikut je driver cakap apa dan tanya orang lain untuk kepastian. Jauh perjalanan nak jumpa Dart driver. Ketibas aku.
Okay dah naik Dart la ni kiranya. Hehehe.
First stop kami, Royal Regalia Museum. Free entrance! Kena buka kasut, pakai selipar yang disediakan. Masuk bag dalam locker. No photos allowed except at entrance hall.
Dekat sini banyak dipamerkan alat-alat kebesaran diraja dan acara peringatan sempena 25 tahun pemerintahan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Sumber Wikipedia.
Gambar dibawah semua di kawasan Entrance Hall. Kalau nak tengok lagi, kena la datang sini! Tempat ni besar sangat.
Usongan Diraja
Second pit stop, Omar Ali Saifuddin Mosque.
Kata dekat aje, kita jalan la kaki......
Sekitar bandar Brunei
Masjid Omar Ali Saifuddin
Sempat solat dalam masjid ni.
Kubah masjid
Merupakan masjid negara yang pertama dan boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah dan juga merupakan masjid tumpuan utama bagi majlis-majlis sempena hari kebesaran Islam dan Negara serta majlis pernikahan Diraja.
Replika bahtera abad ke-16, Mahligai. Berukuran 157 kaki panjang dibina sempena ulang tahun sambutan Nuzul Al-Quran ke-1400. Bahtera ini pernah dijadikan sebagai astaka pertandingan membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada penghujung tahun 1960 hingga awal tahun 1970.
Luar masjid
;D
Dari sini, kami booked Dart untuk ke Restoran Aminah Arif nak cuba Ambuyat. The famous local dish we should try.
Ada menu in set for two, so kami pilih la yang tu kan. BND 16.
Ambuyat makan dengan kuah macam sambal belacan. Side dish ada daging, sayur, ikan sambal.
Begini makannya.
Ambuyat ni rasa yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Sambal belacan dia okay not bad. Aku suka sayur dia la. Sebab aku hantu sayur. But its not to my liking. Ikut orang lah kan. Taste bud semua lain-lain. Yang penting kita cuba local dish, kan?
Tiba kan driver Dart tu mesej cakap, dia salah hantar kami ke Restoran Aminah Ariff. Patut another branch. Then dia nak give us a free ride to Gadong if we want to. Tapi kami tolak lah. It's okay mana-mana branch pun takpe. He insists tau, tapi kami decline saje dan ambil driver lain untuk ke Gadong. Most of the driver kan semua peramah dan cakap lembut aje. Hensem pulak ok. Haa nyempat.
Sampai lah kami di Gadong. Tempat jualan makanan tempatan yang sangat banyak! Sampai tak tau nak makan apa. Tapi kita cuba yang jarang tengok lah..
Begini dalamnya.
Nasi Katok ni macam nasi bujang.
Ada ayam goreng seketul, sambal pilih mana nak.
Harga bujang weh BND 1 je. Sedap pulak tu.
Pelbagai kuih muih. Kitorang amik la serba satu yang nak cuba makan.
Macam kat sekolah dulu bungkus nasi dalam plastik.
And yes, just cost 50cent.
Selurut namanya. Aku beli ni, tapi tak ingat rasa dia.
Nasi ayam
Pisang goreng dan lain-lain
Air tembikai BND 1. Huish murah..
Kuih pun menarik
Kat Gadong ni, ada ruang makan. So kami dinner kat situ aje. Makan segala yang beli tadi.
Dan marilah naik Dart ke Airport semula.
Hujan. Dikejauhan nampak la Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah.
Sampai airport kami makan Jollibee. Hehehe.
Makan ni aje. Ayam sorang seketul. Fries dengan ice cream share.
Ice cream sedapppppp!!! :D
Kenyang ui makan aje kat Brunei ni.
Kami solat Maghrib & Isyak di Masjid Airport Brunei. Ada majlis masa tu, sempat orang masjid bagi kami buah tangan sikit.
Around 9pm tu kami check-in untuk ke negara seterusnya...........
Ok nanti sambung.
Bye!
No comments:
Post a Comment