Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Random.

Hai semua!

Azam oh azam. Apa la agaknya azam aku tahun ni? -_-" Tak payah buat lah. (Malas sebenarnya nak fikir. Haha)..

Okay, ni gambar lama. Makan dengan rakan2 kat Big Brothers, Kota Damansara. Big portion, so-so. But, I suggest if you guys nak pergi, go at night ya! Western during your lunch ni macam muak jee..


Soup ape tah.

Chicken something2...

Fish & Chips!

Chicken something2 ..

22 Disember lepas buat aktiviti bersama rakan sekerja kat e@Curve. Tengok Hobbit, lunch & bowling.. So, ni je gambar paling jelas. Hahaha

At around 10am.

Masa cuti Krismas, aku bersama Ain pergi ke Paradigm Mall, Kelana Jaya untuk jalan-jalan. Misi nak cari kasut, haruslah gagal sebab takde new stock. Warghh. Dah lah susah nak cari kasut. Alih2 rembat flats je. Like always. Huuuu..~

Our lunch. Fish & Co.

Shark Frenzy

Platter for two! Kenyang gila.

Ni pulak gambar hari Ahad lepas kat Selayang Mall bersama family.. :)

Ita & Farehah..

Hikss...



Ni pulak kereta aku tukar tayarrrr! Heheh.... :) 

Received not one, but two parcel from China. So happy!

Outer case...


Makeup Face & Opera Mask. China is famous with Face Changing Opera. I don't understand what is written on the board, but it is so colourful!

New Year Card..


That's all! Have a blast new year! :)






[++ So Good ++]

Wednesday, November 9, 2011

Oh Wednesday!

I'm suppose to update my blog with picture since its Wednesday and blogger knows that today is Wordless Wednesday. But I forgot to bring my camera's USB to work, so yeah here I am typing on the keyboard.

Tense right now but try to control it. Feels like shopping laaaa. I know I just received my payslip and NEED to save money. But I just can't. Like seriously. Not that I shop a lot, I don't know why. Oh maybe I buy foods and coincidentally buy clothes kott.. tsk. Alasan.

Haih bila rasa macam ni, rasa mahu kahwin je dan jadi surirumah, laki aku tanggung semua.

Hoh, ade ke nak aku macam tu. Kawin dengan Dato' is okay lah kot. *Girls always dream of marrying someone whom is super rich*.


Okaylah, I'll update pics later la.

Till then.

Have a nice day people.





[++ So Good ++]

Sunday, August 7, 2011

:(

I FEEL SO STUPID. I REALLY DO.



How sad.



[++ So Good ++]

Monday, August 1, 2011

Ramadhan.

Wow. Ogos sudah!


Alhamdulillah, ramadhan kembali lagi.

Salam ramadhan semua..


:)



kata pendek: Hati kena ceria.



[++ So Good ++]

Friday, June 24, 2011

Keputusan di tangan anda.

Haiiii...


Dalam 20 hari jugak aku tak update blog.

Serius tak tau nak update ape laa. Jangan la cakap aku dah stop ber-blog ke apa. Ni idea tamau keluar dari otak dikala menjadi penganggur ni. Sebab hari2 dipenuhi dengan melagho.

Ye, saya tak dapat kerja lagi. Menunggu bulan jatuh ke riba, boleh?


Sekarang ni aku mengalami satu sindrom bernama betul-ke-keputusan-yang-aku-buat?. Pernah tak alami macam tu? There were few things happened to me. Kadang-kadang kita rasa yang kita buat ni adalah betul dan perlu diteruskan. Disebalik itu, suara jahat mengatakan jangan pilih pilihan tu sebab ianya salah. Bila dah semakin meningkat dewasa ni banyak benda kena fikir dan banyak benda kena pilih. Selalu minta dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan kita kena yakin yang setiap yang kita pilih itu pasti ada hikmahnya.

Sebab Allah tahu, ada perkara yang lebih baik untuk diri kita di kemudian hari.

Walaupun aku yakin satu ketika dahulu, 'benda' itu bukan untuk aku, tapi aku teruskan juga. Disebalik kesukaran yang aku hadapi, ada terselit keindahan. Alhamdulillah, syukur.


Kehidupan kita tetap ada naik ada turun. Kita je yang kena kawal.


Wah tak sangka aku berkata-kata macam tu. Huuu.


Sometimes, we need to be more serious on certain things.


Thanks all.




kata pendek: Ramadhan nak dekat dah. Ganti puasa sudah? Hee.





[++ So Good ++]

Sunday, May 15, 2011

Terkenang-kenang.

Hi!

Kita dah habis belajar la! ^^

Tapi kena tengok result dulu ni. Eh takotkan diri sendiri pulak. Tawakal je la kan, dah buat yang terbaik waktu exam hari tu.

Alhamdulillah, peristiwa 13 Mei pun dah lepas. Final Year Project Presentation setel sudah, dinner setel sudah dan segala apa yang perlu buat hari tu semua setel la. Seronok sangat.

Tapi nya, ada lagi kena buat. Hard cover thesis aku. Ok, ni Isnin baru nak pergi buat. Kena jugak siapkan kalau tak bila aku nak hantar kat pejabat fakulti aku tuuuu? Burr.

Oklah, ni event pada 13 Mei :-

FYP Presentation. Day two.

Menunggu panel dengan penuh sabar.
Kol 12 baru sampai panel aku. Time tu otak dah gelong dahhh...
Orang ramai dah balik kot..
Sobs.

Lepas Jumaat tu siap2 amik hadiah untuk dinner malam hari.
Penuh gila hadiah uiii...
Seat depan, belakang beserta bonet.
Tapi satu pun aku tak menang. Sobs.
Takpe, kita anggap takde rezeki. Hehe.


Lepas tu pergi Intekma tengok apa2 patut.
Ni swimming pool la opkos. Tapi takde la aku tengok swimming pool je.

Siap sudah. Simple saje.
Terharu aku tengok benda ni.
Usaha gigih kot ni dah ar tak reti guna adobe.
Tapi aku tau aku kental. Lol.
Sorry la kalau tak cantik ek kawan2.


Kau orang tak tahu betapa rushing nya aku balik dari Intekma terus pergi rumah Khal. Siap-siap, akhirnya lambat jugak sampai kat Intekma nak daftar mereka semua. Perempuan kan. Burr. Alasan.

Khal, thanks banyak2 weyyy. Segala pengorbananmu ku hargai. Kelakar betul time tengah siap-siap ni. Hahaha...


Ni sape ni?

Rakan seperjuangan, Abi Hedil. Dia suruh amik gambar sumbat dalam FB. Tapi aku up sikit ah masuk dalam blog. Hahah


Gambar lain aku update Facebook la nanti. Malas pulak nak mengupload bagai ni. Huhu.


Event ni pulak pada 14 Mei:-

Malam Titian Perpisahan budak2 kursus aku. Sedapnya makanan, kerang bakar ai mengidam dari dulu baru dapat tak leh bla btol.




Mari makannnnn!!

Karok time!
Harusla aku nyanyi walau suara aku tak sesedap artis.
Haha.

Dengan Tikah.



Bila lagi tah dapat jumpa member-member aku ni kan. Empat tahun yang dianggap lama tu rupanya sekejap je. Tak percaya kot. Lepas ni nak tengok wayang tak dapat guna student card la ek? Wahahaha. No student price anymore. Adult all the time laaaa... Hahah.


Sesape yang dah habis tu, alhamdulillah, tahniah aku ucapkan.

Lepas ni misi mencari kerja, jangan menganggur je duduk rumah makan tidur makan tidur apa kau ingat duit turun depan mata ke lepas bangun tidur?


Ok bai.



[++ So Good ++]

Friday, February 11, 2011

Apa nak buat bila habis belajar?

Lepas habis belajar, apa yang mula-mula sekali korang fikir? Takpun, masa akhir semester belajar, apa yang bermain dalam fikiran?

Soalan-soalan biasa untuk diri sendiri:

1) Sambung belajar lah. Mantapkan ilmu sampai China.
2) PTPTN dah tak dapat. JPA tak nak support dah. Mana nak korek duit? Harus lah kerja.
3) Eh, nak kerja apa ha? Kerja tetap ke, kerja kat McD kejap ke, apa?
4) Malas ah nak fikir apa-apa. Tidur, makan, mak ada, kakak ada. Makan semua tanggung. Free. Menganggur jum.
5) Nak kahwin ke ha? Pakwe aku dah banyak duit ni so boleh la kahwin.


******

Dah ramai orang tanya aku nak buat apa lepas habis belajar. Supervisor Final Year Project pun tanya, apetah lgi mak ayah aku. Hee.

Jawapan: I want to get a job!


Sementara tak dapat kerja tetap jadi jurutera, kerja Guardian sat. Boleh? Hehe.

******

Tapi lah kan, itu adalah major problem sebab sekarang ni susah nak cari kerja.

Minor problem berlambak kot. Contohnya, interview.

Oh gila. Macam takut je nak interview nanti di masa hadapan. The real world, who knows? I've been to few interviews, but only with my lecturer, which was very casual and relax macam pergi spa.. Not the real engineer. T_T

So, satu hari ni tengok satu cerita ni. Mamat ni takut dan cuak gila nak interview. First time. Dan dia sungguh tak ready sampai buatkan dia nak patah balik rumah. But after a while, he refused. Dia kuatkan hati dia pergi interview tu.

During his interview, the interviewer ask him whether he had work before at other companies. Tapi mamat ni kata dia dah graduate for a year, tak pernah ada experience kerja pun. Menganggur la, faham tak?

So interviewer ni cakapla, "Oh, company kami tak ambil orang yang takde experience. At least 2 years of experience would be ok".

Aku macam.. Oh, man! Ape kes ni? I mean, kalau orang tu dah memang first time interview pun, fresh graduate lagi, harusla takde experience kan? So inilah masanya dia nak gain experience dia. Maka harus bekerja untuk mendapatkan pengalaman berharga itu. Jadi, jika semua company cakap macam tu, camne ha? Susah la nak "jual diri" kita nak kerja macam tu.

Masa dok cari tempat nak praktikal dulu pun, aku tengok kat jobstreet tu, semua nak pengalaman 2-3 tahun. Hurm, habis sape nak terima ni?

Aku admit la, tak semua company yang buat macam tu kan. Kena la pergi interview dulu rasakan penangan soalan cepumas bla3 apa semua.

Jadi takot bila fikir lagi 6-7 minggu nak habis semester 8 = 4 tahun aku kat UiTM ni. InsyaAllah. Hehe.

Apa pendapat kau orang ye?



[++ So Good ++]

Monday, November 1, 2010

Perlu ke ada tajuk kat blog malas lah nak fikir.

Halo!

November sudah? Cepatnya.
Dan satu paper final setel sudah. Malas nak fikir. Nanti tengok result ajo lah.

4 Nov paper satu lagi. Dan 4 Nov jugak Uniqlo buka outlet kat Sungai Wang. Dah kutip voucher ke kat SINI. Kakak aku ajak pergi. Hah, camne tu ada exam? Lepas habis exam pukul 12 terus berambus pergi Bukit Bintang ke apa haa?? Oh tak perlu. Kita kena tenang aje. Ada rezeki pergi Tokyo, ade la. Haha.

Tadi kan lepas habis exam lepak tidur bilik kawan. Lepas asar nak balik rumah, tapi terbantut pulak sebab orang sembur nyamuk tu datang. Amboi, macam aku pula nyamuknya. Yela macam mana nak balik dah la penyembur nyamuk tu tak bagi amaran keras suruh turun ke apa. Ni biarkan kami sesak nafas dalam bilik walaupun tingkap dah bukak luas-luas. Ha kau nampak asrama lelaki kat belakang.

Haha.

Ok, kesimpulannya, aku nak buat apa sekarang? Harus ke belajar, harus ke?

Wajib la bengong.

Bai.


kata pendek: Mari ber-Industrial Management! Sila doakan aku berjaya jawab dengan penuh tenang.


[++ So Good ++]

Friday, August 6, 2010

Hidup penuh pancaroba.

Menguap.

Ok, satu permulaan yang teruk.

Pagi kot sekarang. Pukul 9.15 pagi. Alhamdulillah, hari Jumaat kembali lagi. Cuti lah esok. Cuti ke? TAK. Sebab aku banyak kerja nak buat. Dengan test dan esaimen berlambak. Nak mengeluh, tak baik pulak.

Oh, aku lupa nak bagitahu aku dapat sudah tajuk Final Year Project (FYP). Kemain panjang tajuknya tau. Tapi pasal Material Science. Subjek ni banyak membaca ye. Mulanya aku tak mau amik subjek ni. Sebab aku malas nak baca. Tapi bila fikir balik, aku takdelah minat sangat benda2 kemekanikalan macam kereta, kapal terbang bagai. Robotik aku minat juga. Tp, tak tahulah.. Aku berminat dengan tajuk yang aku amik tu.

Maka semester ni harus membaca ye. Sebab kena fahamkan betul2 research aku tu. Next sem nak fabricate sudah. Buku setebal 1 1/2 inchi supervisor FYP aku bagi tok aku baca. Dah bagi awal minggu hari tu. Hari Isnin. Aku tak sentuh lagi. Tadi baru terpegang. Maka bertekad malam ni nak membaca. Pastu berkata dalam hati, "Baca ke?" Chet. Kacau lah! Dah lah minggu depan hari Jumaat nak present.

Eh aku ni nak pergi fakulti sebenarnya. Melangsaikan kerja2 yang patut. Mandi pun tak lagi. Bersiap dah 60 minit. Sampai UiTM dan 20 minit. Cari parking dah 10 minit. Jalan pergi fakulti dah 10 minit. Bila aku nak sampai macam tu. Ok, bersiap sekarang.

Babai semua. Aku betul2 sibuk minggu ni dan minggu depan.

Syaaban nak habis sudah. Ganti puasa dah ke?? hehe.

Sampai sini saja. Eheh. Daa~~




[++ So Good ++]

Saturday, April 17, 2010

Berkasih sayang.

Di suatu situasi berlaku di dalam perbualan jarak jauh;

Kawan: Khay, aku nak habes U dah. Bila aku nak ada pakwe ni?

Aku
: Tuhla, orang nak kat kau, jual mahal. Tunggu kerja nanti dapat lah!


** Perbualan yang lebih kurang macam ni ye**

Selingan gambar: Norebang (Karoke) whooot~ I Loikeee...

Oh adakah anda mengalami keadaan seperti ini? (Someone is, 'Kawan' aku tu la). hehe.

Pakwe/makwe boleh dicari kan? Tak kisahlah kao umur berapa pun, kenala mencari. Tak telaga cari perigi, perigi la gi cari telaga. Betul ke pribahasa ni?.

Orang ada kata, time kat Uni la nak cari pakwe/makwe. Betul ke? Mungkin time ni semua orang dah meningkat dewasa la kan. Maka, fikiran dah terbukak sikit. Dan haruslah mencari kekasih hati untuk isi hati yang kosong tu.. Cewah. Time kat Uni ni, kalau takda kekasih hati tu mmg pelik ke ha? Sebab ade member nye pakcik/makcik dorang sebok dok tanye apesal dah masuk Uni takde kekasih hati.. hoho.

Tak jumpe yang berkenan lah! Sampai bile entah aku pun tak tahu. Cari lah kalau nak merasa berkasih sayang. Takpun, berkasih sayang dengan diri sendri dulu. Kang suruh mak ayah kau cari bakal suami/isteri kao tu okai. Pastu bercinta lepas kahwin. Aww..;)

Maka, si 'Kawan' ku, jangan dok merisau ok. Hang muda lagi. 22 pun tak masuk lagi. Nanti, dah masuk alam pekerjaan, banyak lagi orang nak diusya. hahaha.. Kot2 bos kao ke kan. Tak kahwin lagi, kaya lak tu. Nak2 muda and hensem. Fuuh. Ngorat la bebeh! Peluang depan mata. Ok, propa je.

Akhir kata, tak semestinya time kat Uni boleh dapat kekasih hati pujaan korang tu okai. Kao belajarlah 800 sem pon, kalau takde jodoh kao, xde jugak. heheh.


Selingan gambar: Kami berseronokan. Yay!



kata pendek: Misi mencari kekasih bermula tak?


[++ So Good ++]

Tuesday, March 30, 2010

Sambungan Preview.

Sebelum merayau ke dorm aku. Mari lihat Cheese Pizza pemberian oppa pada hari Jumaat lepas.

Ingatan: Beri ok, kami x beli.

Tengok kotak dia gabak tak??
What about the inside??
Curious?
.........

Tadaaa~~
Besar tak bebeh? Cool kan! Sedap ohh. Rindu padanya already.
Ok, sambung pada main story.

Almari meja buat kerja, simpan buku dan makanan terutamanya. Lihat rak atas. Food makin berkurang.


Light brown: Almari baju. Teka which one is mine.
Dark brown: Almari kasut. Isi sikit je dlm tu.




Pintu kat bilik banyak kad delivery makanan. Kami xpernah order.



My room!! Kanan kamu itu katil saya. Simple saja. Kata hostel. Pillow & Comforter diberi pinjam. Cadar takdak. Xpayah beli. Bazir2. Selimut MAS.
Tengah putih tu heater. Tingkap tu kalao bukak kompem2 sejuk.


Luar tingkap. =)


Masih macam lorong hospital?
Kami beli ampaian baju ni. Dalam RM24. Murah la tu.

Food I like.
Chocochip Twinpack : 3970 KRW = RM10 (Seriusly kegemaran kami semua kat sini)
Diget : 970 KRW = RM 1.20
Atlas 1 bungkus ada 3 : 1000 KRW = RM 3
Traditional tea (Tin kuning) : Free. Oppa bagi member aku. Still x minum sampai sekarang.
Arabica 3 in 1 Coffee (Belakang Atlas) : Free. Dapat kat town. Dia bg minum free + Arabica 3 in 1 ada 5 sachet. Macam lori milo datang kat sekolah rendah dulu tu.
Jam strawberry : 6500 KRW = RM 18.
Ps : Harga tertakluk kepada terma dan syarat. lol. Bagi aku kat sini 1000 KRW dah cukup murah.

LG Shower soap wangi terbaik! 9900 KRW = RM 28 with refill.


Shampoo 3 dalam 1! 11000 KRW = RM 33. Murah tak? Besar gabak ni.


Tempat kami semua amik air sejuk atau panas. 1st floor. This is Ain. Oh baju dia beli kat Korea. 6000 KRW = RM 18. Cute one.


Information Center. Mintak iron or payung kat sini. hehe. Ni tutup sebab tengah dinner.


Sorry miss, snapped ur pic while u were calling.
Tempat untuk call. Guna International Card hanya call ke Msia saja..


Time sebok aku amik gambar. Rakan sekerja - Stopa br balik dari kerja. Waiting for the elevator to 3rd floor. Pemalas betol ko nak naik tngga kan. haha.


Laundry Room. Free tau! =)


Restaurant where I used to eat during weekend. Reasonable price for student lah.
Ok habes!!! Ok tak?

[++ So Good ++]

Friday, March 26, 2010

Preview Sedikit

Next Update?

About my dormitory.


Gambar tak amik lagi.

Ada la satu gambar je.

Buat ala2 'trailer' ok:




Tungguuuuuu~



Have a nice weekend eve
ryone! ;)


[++ So Good ++]