Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Berbuka puasa di Steamboat Pak Usu, Shah Alam

Assalamualaikum!

Lama gila kot tak cerita pasal makanan. Amik gambar ada laa... Aku tak menyempat la nak upload bagai kat blog ni. Sibuk KATANYA. haha.

Bulan ramadhan nak habis dah.. Tinggal beberapa hari saja lagi kita nak menyambut Hari Raya. Macam mana amalan kita di bulan ramadhan kali ni? Ada masa lagi nak topup pahala. Mari-mari! :)

Okeh, minggu lepas berkesempatan dating dengan rakan se-Universiti, sekelas, se-coursemate. Walaupun kami bertiga je. Heh. Lokasi kali ini dekat Steamboat Pak Usu, Shah Alam. Berhampiran Stadium Shah Alam.

Dapat tahu restoran ni daripada member ofis. Tu nak cuba tu. Setelah Google berkali-kali, harga seorang dewasa RM25 (bulan-bulan biasa) makan sampai pengsan. Tapi, kalau bulan ramadhan ni harga sekepala RM32 untuk dewasa. Dah tambah beberapa jenis hidangan, sebab tu naik harga.

Sebelum berbuka.. Menunggu waktu.

Aku booking dalam tengah hari kat Pn Normah tu. Masih kosong lagi, ok la kan? Lepas balik kerja, aku terus ke sana dan sampai around 7 petang. Time tu awal lagi. Takde sape amik makanan. Dalam 7.15 pm dah berpusu-pusu orang amik itu ini. Style makan kat sini, steamboat akan dihidangkan dua jenis kuah, tomyam & sup. Mana-mana korang rasa nak bubuh dalam sup bagai tu, haa amik la. Tapi jangan la masuk daging marinate dalam tu. Macam pelik pulak. Grill pun ada. Tapi korang tak payah susah-susah bakar sendiri. Pekerja dia ada untuk grill kan. Bagus la tu, aku memang maleh pun nak bakar2 ni. :) Cuma ingat la mana satu yang korang pilih tu. Karang ada yang terlupa. Minta daging, dapat udang. Tapi sedap juga tu. Haha.

Sini pun ada bilik solat untuk kemudahan sesiapa yang nak solat. 


Hanya tinggal saki-baki.

Belakang member aku ni la tempat grill daging, kambing bagai.



Makan sini sedap jugak dan yang penting banyak pilihan! Pekerja akan sentiasa topup makanan, jangan risau. Masa berbuka haritu, ada nasi putih dan lauk-pauk, laksa, bubur, kuih muih, ice cream, air panas, air sejuk, air masak. Haa tengok aku sebut semua. 

Jangan lupa, dah tau makan buffet, jangan nak membazir ye! 500 g = RM15. Heh.

Datang la sini kalau agak-agak nak makan Steamboat!


Details:

Nama - Pn Normah
Tel - 012-659 1712
Alamat - No.87, Jalan Snuker 13/28,
Tadisma Business Park,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor.



[++ So Good ++]

Wednesday, August 29, 2012

Random

Saje nak isi kekosongan entry dalam blog. KBAI


Free.

Assam Laksa at Papparich.

Kueyteow Kerang at Papparich.

IKEA's meatball for berbuka with colleagues.



Khal.

Food for three. Bahaha.. GILA.

Ain.




[++ So Good ++]

Saturday, August 27, 2011

Akhir bulan.

Salam!


My last day working in August! I'm waiting for my raya holiday this week. Weehooo!!

Baju raya tak beli lagi. Tenang je lah. Tak payah nak kelam kabut sangat. Haha.

Karang petang kita pergi shopping. =)


Wish hari raya tunggu pagi raya baru aku wish.

Selamat menjalani puasa yang tinggal beberapa hari je lagi.

Drive safely, people.


See you nanti update entry confirm banyak. Haha.


Bye! =)





[++ So Good ++]

Monday, August 1, 2011

Ramadhan.

Wow. Ogos sudah!


Alhamdulillah, ramadhan kembali lagi.

Salam ramadhan semua..


:)



kata pendek: Hati kena ceria.



[++ So Good ++]

Monday, September 6, 2010

Food & Family

Seterusnya, berbuka puasa bersama keluarga di Serai Restaurant, Empire Gallery, Subang Jaya.

First time sampai Empire semenjak balik dari Korea hari tu. Haha terok. Kesimpulan daripada berjalan kat sini, boring dan bukan tempat saya. Pyramid itu best. Heheh.

Makanan kat Serai sedap. Tapi, kalau pergi dengan family berbaloi lagi la kot untuk pelajar bergantung harap pada duit ptptn macam aku ni ha. =D

Memang ramai orang kat sini. Restoran ni ada satu branch lagi kat Shah Alam area MAIS tu ha. Sila cuba kalau mahu okai?!

OK, gambars.



Oh2 ramai.

Buah & kuih.

Ayam percik.

Ikan apa entah masak 3 rasa.

Ni my lil sis punya. Fish & Chips! Nyummmm..


Tom Yam sodap. Slurpp.

Air sirap selasih.


My bro punya. Apa tah. Ayam la tapi.

For dessert. Nutella jfbhfvbvbrv (ini maksudnya tak tahu ejaan dan sebutan susah bena)

Kami bertiga. Oh my sis pon ikot jugak. Hee..



Bila lagi nak makan yer. Oh, tunggu raya la kot aku update pasal makanan lagi. Hehe.


Happy fasting for another 3-4 days! Then raya lah kau! Lepas tu puasa balik kalau rajin okai.



Till then, daaa!




[++ So Good ++]

Friday, August 27, 2010

Food & Friends

Nyummeh. Itu je nak sebut.

Khamis. Suka hati sebab cuti. Oh bukanlah cuti, tapi, kelas tak ada. Kebetulan, Izni kawan sekolah dari Form 1 nak datang rumah, maka bawakla dia gi jalan2 sekejap. Rushing kot sebenarnya. Hari tu je aku dah ke OU-Mid-KL Central-Shah Alam-Subang. Berbuka pun cepat betol kat Mid tadi. Sebab nak kejar masa gi KL Central hantar mek tu balik. Train pukul 9.15pm, takot jam lagik kat KL tu. Dan aku yang memang confirm tak mahir langsung jalan KL tu. Kalau sesat memang naya lah. Tp semua berjalan lancar. Eheh.

Malas nak bebel, tengok gambar je lah.



OU dengan Izni & Ryhan. Minah dua orang ni dok transfer cerita Korea. haha.



Rockstar Izni ni. Tengok kasut dia tu ha. Pakai dengan legging. Adei


Mid pule.


Berbuka @ Noodle Station. Gambar tanpa banana split. Haa kenyang. ^^


*******

Ini pulak cerita minggu lepas. Pergi Flaming, Sunway dengan budak course aku. Sebab nak berbuka sama disamping farewell Pn Azianti & Welcoming Pn Liana as our Ketua Program. Heeee. Pn Azianti nak pergi Korea sambung PhD. Dekat Daegu tau takkkkk. Sungguh jeles. Dah selamat pergi pun kan. Pn Azianti sangat baik tolong kami semua lagi2 masa daftar kelas bagai asyik problem je. Huh. Ok, semuga Puan & family enjoy life kat sana. Bye2. =)


Faisal & suami Pn Azianti.


Alololo comelnya!


^^

Makan jangan tak makan.


Ni apa kes semua melahap tak pandang kamera?


Pn. Liana. Speech sedikit.


Pn Azianti pulak..


Ni separuh je. Lain dah balik.



Hah kenyang kot makan kat sini. Suka. Best. Sila pergi. Ok bye.






[++ So Good ++]

Saturday, August 14, 2010

Penat ni faham tak?

Arghh! Tensen gila bila bilik aku bersepah sampai aku tak tahu nak tidur mana. Chet. Ni semua gara2 almari bilik aku yang dah overload. Jahnam jadinya bilik aku tu. Oh, jangan salahkan baju aku yang banyak sebab perempuan hari2 bila nak keluar akan cakap, "Aku nak pakai baju ape hari ni?" Walaupon banyak gila baju dalam almari leh pakai mengada betul.

Tak payah kot nak tunjuk gambar kan.

Minggu ni penuh sibuk sampai aku rasa betul2 penat. Lagi hari Rabu lepas.
Fuuuh~ Kemain hebat penangan sibuk aku tu.
Bukan itu saja, tahap klimaks sibuk aku macam PM tiba bila hari Khamis.
Satu hari aku berjalan kehulu kehilir. Betul2 letih dan panas nya mak aihh, jangan cakap lah..

Ok, sabar.


Aktiviti di hari Khamis pagi. Industrial Visit. Jam 10 am - 1pm. Burrr~


Aktiviti di hari Jumaat tengah hari. Amik gambar. Haha. No lah. Buat grinding time ni. Cantik tak UiTM Shah Alam dari fac aku? Tehehe.


Maka hari ni aku nak makan ayam percik, karipap, char kuey teow, popia goreng, kek coklat, roti john, murtabak, air soya, air tebu.Tu semua tipu. Gila ke nak aku gemuk ke ape?



Pucatnya muka aku. T__T


Jumaat masa berbuka. Makan dekat cafe fakulti ajo. Sebab kelas habis pukul 7 lepas tu hujan. Apa2 pon, alhamdulillah dapat makanan even dah pukul 7.20pm time tu.




Ok bye. Selamat berbuka! Dan berpuasa. Hehe.



[++ So Good ++]

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah..

Ramadhan tiba lagi.
Mari ramai2 puasa penuh dan tambahkan pahala di bulan yang mulia ni..

Maafkan aku kalau ada buat salah silap terlanjur kata.

Berbuka beringat-ingat. Jangan makan banyak sangat (Reminder untuk diri jugak). Hehe.

Banyakkan bersabar okai. Biasala sekarang musim panas. ^^ Berpeluh2 masing2 gi kelas kang kan. Huhu.

Selamat berpuasa!!!




[++ So Good ++]