Showing posts with label Sibuk. Show all posts
Showing posts with label Sibuk. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Random.


Tajuk asyik nak sama aje.

Tapi jangan risau, isi lain-lain.

Maka, ni la segala aktiviti yang dah pergi buat beberapa minggu sebelum ni. Orang sibuk, update blog sebulan sekali je. Hahaha.


Ini sebelum nak pergi Career Attack kat Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

Saje nak cuba test market dalam sesi temuduga. Dapat la jugak cuba satu company.
Fuhh Fuhh berdebar nya toksah cakap. Ni baru cuba belum betul-betul.
Maka disebabkan itu, takde gambar dalam dewan. Ingat nak amik, tapi nervous mengatasi henfon. Haha.
Pengalaman yang bagus juga. Dan ditemubual pula oleh HR yang sungguh tenang saje dan aku juga tenang lah. Kalau dia serius, kelam kabut kot nak jawab sebab tak ready langsung.
Ini serius ya. Lepas dah temuduga baru interviewer tu kata, company kita kat Bahau yaw, nak pergi ker?
Without any hesitation, I said, "YES".

Bila fikir balik, jauhnyaaaaaa.. Burrr..



Ini situasi sekitar Job Fair di PWTC. Banyak booth company besaq keciq semua ado.

Letak la kau resume kat company2 tersebut.
Tapi sekarang dah maju, kita hulur je pendrive. Nanti dia sedut.
Takpon, kau hantar je resume melalui company punya email ke apa.
Senang, mudah.
Time ni dapat banyak pen.
Sana sini dapat pen.
Glove pon dapat okay.
Kata pergi manufacturing punya company. Haruslah.


Ini pula latest one.
Program penghabisan sekolah di UiTM.
Dah sem lapan maka harus menjalani program tiap2 minggu.

Ini grup member. Budak dalam kelas tu tak sempat nak amik plak.
Hihi. Sori rakan.

Program ni berkaitan kerjaya di masa hadapan.
Ke ada yang nak kahwin lepas ni?
Ada, apa takdak plak.....
Haha..

Kami makan kat lantai jer sebab student medic ada dalam kelas tu so takleh nak makan kat situ tapi sebenarnya alasan je padahal tingkat lain berlambak kelas kosong.


Ni Nabihah menang futsal wakil Singapore.
Kan Bi???????

Hihi.


Tengok la tu. Kesian kitorang.
Hahahah.




Ok lah.

Itu je buat waktu ni.

Babai.

=)





[++ So Good ++]

Sunday, March 13, 2011

Random.

Hai semua.

Saya sungguh sibuk sampai tiada masa untuk diri sendiri. Ok tipu.

Hari ni ada modul. Baru je habis pon. Kalau habis 4.30 tu, memang 4.30 la habis kan. Orang lain semua balik awal. Bunyi cengkerik je aku dengar kat fakulti tadi. Haha.

Modul yang kitorang satu batch ingat dah habis tu, ada lagi rupanya sambungan. Kali ni pasal kenegaraan. Berpatriotik habis la korang kan? Ayat dalam LDK nak canggih2 je. Haha.

Tapi dah setel lah satu benda yang dikacau pada hari minggu ku. Minggu patot buat kerja, dan2 ada modul plak kan. Bukanlah aku mengeluh, meluahkan perasaan je. huhu.

Banyak betol kerja kena submit minggu depan ni. Hari2 ada kerja. Time tu memang rasa betul2 takde masa untuk diri sendiri.

Tiba-tiba macam cepat lah 20 Mei. Since everything is going to be settle on that date, InsyaAllah.


Sem 8 kena kental.

Bai.


[++ So Good ++]

Monday, November 15, 2010

I heart you lah wey!

Huiyoh lama tak update blog nampak!

Dah habis FYP Presentation, yay!
Hanya tinggal design SSV yang bakal habis 20 Nov, yay!

Lepas tu cuti, yay!

Plan nak bercuti sedang dijalankan. Huahua. Sungguh best. Rasa macam setahun dah aku tak cuti betul2. Serius ni tak tipu.

Sebut pasal FYP kan, begitulah cuaknya aku sepanjang hari tersebut dan hari sebelumnya. Macam nak kahwin tau. Risau betul ni takut kena hentam, tapi memang kena hentam sikit pun panel tanya macam-macam soalan pening aku nak jawab tapi aku jawab jugak dengan konfiden sambil muka sengih-sengih senyum-senyum. Haha.

Dan satu lagi, sebut pasal design pula. Haku tak tahu la pe masalah dia ni. Semua orang tanya pasal dia sampai aku tak tahu nak jawab apa kat orang tu semua. Kang kau tengokla, esok ak sampai je bengkel, berduyun orang tanya soalan sama kat aku. Cheh. Tadi memang aku geram sangat ak terus msg dia dengan ayat sedikit garang. Burr, tak reply pulak. Kat member aku dia reply pulak, amboi. Ok fine. Whatever. Just do what u want to do.

Nampaknya, minggu ni aku di bengkel saja lah. Nak cari aku, aku di bengkel okai.

Boring.

Tp demi kegigihan.





[++ So Good ++]

Thursday, November 4, 2010

Gembira? Oh belum lagi.

Last paper untuk semester 7 hari ni. Lega sungguh. ^^

Kalau sem sebelum ni, lepas exam bermakna mula berjoli jimbaan shopping cuti semualah! Tapi tidak untuk semester yang paling ku sayang ini. Serius aku nak je cakap kat junior tak payah amik sem 7 ni lah. Penat oi. Eh tapi kang budak2 ni tak habis belajar macam mana pulak kan. Sungguh aku cakap sem ni paling kaw-kaw punya kerja melambung2 banyak tak terkira jumlahnya sampaikan habis exam pun masih ada kerja kena hantar?

Sila berterima kasih kepada FYP ku sayang dan Design yang kucinta.

Tapi mak aku pesan, kalau tak sibuk, tak banyak kerja, bukan student lah namanya.

Ok, seterusnya 14 Nov ada presentation untuk Final Year Project. Mari buat draft power point sebab kena hantar esok. Adei.

Cepat lah 20 Nov lepas tu aku nak pergi jalan2 bersama kawan2. Whooot! Cant wait! =)


kata pendek: Rilek, kita minum2 lepak2 dulu.


[++ So Good ++]

Saturday, October 23, 2010

Adakah benar minggu belajar anda betul2 belajar?

Disebabkan kerja dah hampir banyak yang siap, maka mari berusaha mengupdate blog.

Nak cerita pasal study week ni la kan yang sepatutnya study. Kata pun study week, harus lah belajar. Walaubagaimanapun, disebabkan menjadi pelajar akhir tahun yang berjaya, tak dapat la nak belajar sepenuhnya sebabnya banyak betul kerja kena siapkan pada minggu belajar ini seperti subjek Robotic dan juga event ye pada 20 Oct hari itu. Sungguhlah sibuk sampai takdelah sentuh buku pun cuma baca dan hafal dan fahamkan subjek Robotic je lah itupun sebab ada test pada petang Jumaat.

Apetah lagi minggu hadapan. Gila betul esaimen dan mini projek subjek Robotic tak buat lagi. Haruslah tengok kawan2 punya kerja sedikit. Semuga bertambah ilmuku hendaknya. Oh mengapa semuanya berkaitan Robotic? Kawan2, sila lah amik special topic Robotic sem depan. Takpun Welding. Kepada pelanggan setia aku yang ada twitter tahu sajelah aku ni sikit2 tweet pasal welding, bengkel, welding, bengkel, design. adoi.

Ok, banyak betul membebel. Tengok gambar event lah.

Ke nak sambung entry lain?



Ok, entry lain lah.
Haha.

Bye.


Ok, sikit je la bagi tunjuk. 1 je gambar. Nanti update lain k.


Pekerja2 gerai.



kata pendek: Mari melagho. sekejap.



[++ So Good ++]

Sunday, October 10, 2010

Si sibuk buat kerja.

I was like. Ooh em gee.

Minggu ni mingu terakhir belajar di semester 7. Ok, rilek. Semester 8 lambat lagi.

Walaubagaimanapun, kerja tetaplah banyak. Tak larat nak buat ni.
Segalanya nak kena submit sebelum 15 Oct. Burr.
Pastu sempat pulak test 16 Oct.
Ada event 20 Oct.
Final exam 1 Nov.

Ok sudah. Jadual ku penuh. Jangan ajak aku keluar. Aku nak duduk dalam rumah sambil ngadap laptop siapkan esaimen dan projek dan proposal agar tidak kesuntukan waktu sebelum tiba masanya.

Sebenarnya aku pun dah naik menyampah dok cerita pasal kerja je dalam blog ni. Tp apa nak buat, tak da modal. Kang cuti universiti lagi lah takde benda aku nak bebel ye tak.


Hope this week will be the best one of all 14 hectic weeks.

Selamat membuat kerja gila sedih.



[++ So Good ++]

Monday, September 27, 2010

Bila sibuk.

Benci betul 10 hari tak updet blog.

Banyak sangat nak cerita kat korang semua.

Tapi masa tak mengizinkan.
Sebabnya, kerja universiti terlalu lah banyak belas2 mahu ada tu.
Dan juga open house tiap minggu. Betul-betul tak free.
Sampai nak upload gambar dalam FB pun tak sempat.

Sorry anda semua. Pelajar, macam ni la. Huhu..

Thanks anyone yang baru follow aku. Nanti rajin aku update lagi la.

Tehee... Buat esaimen korang yer! =)

Alahai, baru nak masuk satu gambar, sekali gambar dalam HD. Malas la nak amik.

Bai lah.


[++ So Good ++]

Saturday, August 14, 2010

Penat ni faham tak?

Arghh! Tensen gila bila bilik aku bersepah sampai aku tak tahu nak tidur mana. Chet. Ni semua gara2 almari bilik aku yang dah overload. Jahnam jadinya bilik aku tu. Oh, jangan salahkan baju aku yang banyak sebab perempuan hari2 bila nak keluar akan cakap, "Aku nak pakai baju ape hari ni?" Walaupon banyak gila baju dalam almari leh pakai mengada betul.

Tak payah kot nak tunjuk gambar kan.

Minggu ni penuh sibuk sampai aku rasa betul2 penat. Lagi hari Rabu lepas.
Fuuuh~ Kemain hebat penangan sibuk aku tu.
Bukan itu saja, tahap klimaks sibuk aku macam PM tiba bila hari Khamis.
Satu hari aku berjalan kehulu kehilir. Betul2 letih dan panas nya mak aihh, jangan cakap lah..

Ok, sabar.


Aktiviti di hari Khamis pagi. Industrial Visit. Jam 10 am - 1pm. Burrr~


Aktiviti di hari Jumaat tengah hari. Amik gambar. Haha. No lah. Buat grinding time ni. Cantik tak UiTM Shah Alam dari fac aku? Tehehe.


Maka hari ni aku nak makan ayam percik, karipap, char kuey teow, popia goreng, kek coklat, roti john, murtabak, air soya, air tebu.Tu semua tipu. Gila ke nak aku gemuk ke ape?



Pucatnya muka aku. T__T


Jumaat masa berbuka. Makan dekat cafe fakulti ajo. Sebab kelas habis pukul 7 lepas tu hujan. Apa2 pon, alhamdulillah dapat makanan even dah pukul 7.20pm time tu.




Ok bye. Selamat berbuka! Dan berpuasa. Hehe.



[++ So Good ++]

Thursday, July 15, 2010

Oh lupa!

Ye la aku tahu la aku lupa nak update pasal Jeju-do hari ketiga.

Nantila wey. Bagi aku hilangkan ke-stresssan dalam diri ye.

Banyak benda bermain dalam fikiran.

Ok.

Aku janji aku update.

Sekarang mood aku nak makan aje.





[++ So Good ++]