Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Lenggang perut

Sekitar malam hari perbualan anak-beranak.


Mama: Sabtu nanti ada kenduri lenggang perut tau kat rumah Mak Long.

Khay: Lenggang perut? Apa tu?

Mama: Haa tu lah, BM tak belajar betul-betul. Lenggang perut pun tak tau.

Khay: Laaa, kat sekolah dulu tak pernah pulak belajar simpulan bahasa macam tu.. Ada tak Midot?

Midot adik perempuan aku. SPM tahun ni.

Midot: Tak pun.

Khay: Haa, Midot pun tak belajar. Lenggang perut tu apa ma?

Mama: Kau rasa apa?

Khay: Kita pergi rumah orang berlenggang, bawak perut je. Datang makan. Ek?

Mama: Bukanlah.. Lenggang perut tu, macam adat. Tu la adat pun tak tau. Kalau anak dia mengandung dah 7 bulan macam tu, dia buat la kenduri lenggang perut. Macam kenduri doa selamat la gitu.

Tiba-tiba kakak aku menyampuk...

Along: Nanti Khairiyah mengandung, mama buat lenggang perut jugak ke??


EHHH, AKU PULAK MENGANDUNG DULU? Banyak la!


Haha.

Maka, umur dah 23 tahun ni baru aku tau pasal lenggang perut. Dah boleh kawin baru tau. Sebaik tak kawin lagi ye tak. Huhu.

Tapi ade je setengah retis tu buat baby shower. Kawan aku kata, kenapa kita nak mandikan baby tapi baby tu dalam perut lagi? Eh kau ni. Hahaha.


Ok. Tu je kali ni. =)







[++ So Good ++]

Friday, April 8, 2011

Second thought

I hate this one. Second thought.

Tiap kali aku nak beli barang, aku fikir dua kali.

KEHENDAK atau KEPERLUAN.

Contoh:

"Wow, cantik gila baju ni. Nak beli". Lepas tu belek harga, tak mahal, tak murah. Lepas tu fikir. Dan fikir. Diam. Belek baju. Fikir. Belek price tag. Fikir. Bila aku nak pakai? Fikir. Ok lah, jalan-jalan dulu. Fikir. Nanti beli lain kali. Blah.

OI NI BUKAN FIKIR DUA KALI DAH NI. Million thoughts okayyy..


I want this! Gambar sini KLIK.

Hari lain, konon2 datang kedai tu jugak nak tengok baju tu. "Eh, ada lagi la baju tu. Nak beli ke takkk?"

Belek. Fikir. Malas nak beli. Fikir. Ok angkat baju nak bayar. Eh, letak balik. Takpayah lah beli.
Haha.

dan ini! Gambar disini KLIK kalau nak order.


Hari seterusnya datang, baju tu dah takde... Perasaan dia macam, "Memang tak perlu beli baju tu kot. Mungkin nak save duit untuk kahwin kot kan.Takde rezeki nak beli baju tu. Takpe2 jangan sedih2".

Paleotaklu.

Apa tak sedih pulak. Sedih kot. Lagi-lagi kalau beg aku nak dah takde. Faham tak perasaan aku-nak-la-beg-tu-apesal-ada-orang-beli??!!!

Padahal salah sendiri.


Haa ni lah masalahnya kalau ada second thought. Kau jangan cakap la, kalau aku kuar dengan member, semua tak puas hati diorang aje yang shopping, aku tak. Jalan jauh2 sampai KL nun, haram tak beli apa2. Bosan lah aku ni. Tapi, ini serius bukan main-main. Tak percaya? Tanya lah kawan aku. They know me the best. Hihi.

Kalau aku shopping sorang2 pon situasi sama berlaku. So bukan penyebab pihak ketiga ke apa cakap baju tu tak cantik la apa la itu la ini la.

Atau mungkin ini adalah cara untuk aku simpan duit?? Ye betul tu, fikir positif Cik Siti.


Hurm, duit dah nak habis ni la baru fikir nak shopping macam-macam. Burr...


kata pendek: Simpan duit beli baju MPG?

[++ So Good ++]

Monday, December 6, 2010

Subway

Hai!

Kali ni nak kongsi cerita pasal subway kat Korea. Bukan yang Subway makanan ni la. Keretapi bawah tanah, faham?



Seoul Subway Map:-


Ha ni dalam travel book. Wajib ada yer kalau mahu pergi kepada rakan taulan yang bakal ke Korea nanti =)

Sebelum jalan2, sila kaji dahulu tempat nak pergi, naik subway apa, line apa, turun mana bagai agar tidak sesat.

Ni wujud kat dinding dalam stesen tu.


Ok, gambar dulu dalam subway.

Cuba cari mana orang Malaysia?




Pakcik sebelah kanan aku dok tidoq.
Sebelah kiri pandang tamau kalah yer.



Macam LRT je pun. Jauh sama sekali dengan KTM yer kawan-kawan.

Satu la aku nak kongsi. Dalam subway ni orang Korea jual barang tau. Pelbagai produk! Kat Malaysia ado? Nan ado. Kat Malaysia banyak kat luar stesen KTM/LRT/Star/Monorel jer. Yer tak?? Ke dalam diam-diam ada jugak yang jual barang dalam KTM etc ni???

Kat Korea ni kan, orang Korea akan jual macam-macam produk seperti lah tapak kasut (insole), stokin, barang-barang mencuci macam mop ke apa, barang-barang dapur yang tak boleh tahan tu dan macam-macam lagi lah! Aku tak amik la gambar masa semua ni berlaku sebab aku hypnotized sekejap. @__@.

Selalunya dorang akan jual dari satu gerabak ke gerabak lain. Contoh, masuk dari subway, berdiri kat tengah-tengah antara pintu tu, haaa dorang cakap la bahasa Korea prung prang prung prang. Aku ingat tak da orang nak layan. Ada jugak orang beli uollss! Bagus2 kaut untung dalam subway pakcik2 ni. Hihi. Lepas tu agak-agak macam tak de sapa nak beli dah, dorang pindah ke gerabak lain Guna pintu kat tengah2 tu la. Short cut maa.

Lagi satu. Masa politik kat sana. Boleh pulak dorang promote kat dalam subway. Kat Malaysia nan ado tau. Dorang ni siap pakai topeng mewakilkan muka pihak yang harus di-vote tu.. Haha kelakar. Tapi, bagus la semangat dorang ni. Tak malu pun. =) Oh, maybe sebab pakai topeng kot. Hehe.

Hebat tak?! Harhar


Oh, ni aiskrim gila kau panjang ni. Rasanya biasa je la pun. Cuma tinggi jer. Ramai orang beratur nak beli aiskrim tinggi ni. Huhu.



Oklah tu je kot. Kang ada idea pape aku letak la lagi. Memandangkan takde berapa nak keluar isi patut letak dalam blog. ^^


Oh ya kawan2:-


Do click above link for more info!



[++ So Good ++]

Saturday, October 16, 2010

Antara nama dan jenama.

Hi!

Pernah tak kau orang terfikir kenapa sesuatu benda yang dah ada nama dia sendiri, tapi orang sebut benda lain? Perkara ni sangatlah common sampai kadang2 kita tak sedar. Tapi hari tu dah berdiskusi dengan rakan taulan. Maka, nak tanya korang pulak lah.

Tapi, korang faham ke soalan aku atas tu? Ayat berbelit pula. Susah kot nak terang. haha.

Takpe, aku ada contoh bagi kau orang faham punyalah.

Pertama, Maggi. Apa segala jenis mee kecil kerinting2 pon korang panggil maggi. Padahal, maggi tu jenama. Betul tak? Apsal tak panggil IndoMee tu sebagai IndoMee selain Maggi? Alah, time korng beli 'maggi', mesti sebut, "aku nak beli Maggi Rusky". COntoh ye itu. Maggi yang jenama digabung dengan Rusky jenama. Ok.

Kedua, Softlan. Ni pun satu hal. Macam tak de pelembut kain selain Softlan. Kadang2 orang cakap nak beli softlan, tapi yang diamiknya Downy. Ada member aku cerita, kawan dia tanya, "Ada softlan Downy tak?" lol. Ok.

Ketiga, Colgate. "Aku nak sikit Colgate kau boleh?" Padehal benda tu ubat gigi. Jenama Darlie pulak tu. Kesian jenama2 lain kan. Tiba2 macam tak famous pula.



Tiga je benda terlintas dalam otak. Tapi, mungkin banyak lagi kan?

Share lah dengan aku!




kata pendek: Study leave!




[++ So Good ++]

Friday, September 17, 2010

Can We Date?

Sharing a flowchart for you guys to decide whether to date or not to date your sayangs or person you admire!
Obviously, bigger view would be clearer.


Picture taken [here]







So how? Tehee.




[++ So Good ++]

Thursday, June 24, 2010

Info terkini

7 hari lagi nak balik ke??!


Amboi. Besar nya font. Pastu tajuk macam berita sukan.

Mulai hari ni aku nak update hari2.

Tapi tak boleh. Sebab kesuntukan masa. Nak pergi suatu tempat pada 26 Jun. Hari Sabtu lah aku bagitahu ye. ^^

Sungguh excited nak balik. But at the same time, sadis.

Paper ku bakal siap. 25hb hantar.

Report pon bakal siap nanti. 26hb nak email lecturer.

Mari! Let the fun begins. Eh sekejap, tok lagi 2 hari. Heheh.

=D

[++ So Good ++]

Friday, June 18, 2010

대한민국!

Tahu la Korea Selatan yang comel dah kalah dengan Argentina. Tapi tak kira, nak jugak cerita tentang Korea lawan Greece minggu lepas. Yang penting, menang. Bahaha.

"Red Devils" - Gelaran diberikan kepada penyokong pasukan Korea Selatan. Aku pun bersama Red Devils lah malam tu. Pakai baju merah tau! ^^ Pastu kalo ade tanduk devil tu pelengkap lah. Hehe. Majoriti orang ramai pakai baju merah malam tu. Memang happening lah. Seronok dan sungguh teruja lah nak tengok bola. Aku memang tak minat bola. Tapi, nak cuba amik feel kat Korea ni ha. Join je la sekaki jerit2 macam pergi karoke. Sama je.

Sorak apa tau..

"Dae.. Han Min Guk!" Maksudnya Korea Selatan.
Satu lagi, dorang macam nyanyi2. "Pilseung Korea". Maksudnya Victory Korea.
Kalo ada video nanti aku upload la. Masalahnya takda. Hehe.

Biarlah kalah ponssss kan. Yang pasti, aku join sokong Korea.
Kalau aku kat Jepun, aku sokong Jepun.
Kalau aku kat German, aku sokong German.

Ha, macam tu boleh?




Amik gambar dulu pepehal pon. ^^


Yad & Ain


Ececece. haha


Sabar menanti kegolan.


Gol bebeh! =) Bangun dan lompat! YEAH!~~~~


Oopsss! Terlebih sudah. kui3. Sila terima culture mereka bagaimana.


Wohooo!~~~~ I LOIKE~~


Jerit sakan! haha.


Chowa lah Korea! =)


Habis dah. Balik laaa... Ramai ke?


Nad busuk. Haha


Amboi Yad...


Ni la port kami tonton kat Uni. Best. Ramai orang datang. Orang luar pon memeriahkan keadaan. Hehe.




Akhirnya, korang sokong lah sapa2 korang nak sokong okai! Sebaik cuti ek. Leh bersuka ria tengok bola sampai lebam pon boleh. ^^

Have fun tengok bola!

Aku nak balik lagi 13 hari.

Haih.





[++ So Good ++]

Thursday, March 18, 2010

Wah suka!

Ingat kat Korea ni susah ke nak dengar Flyfm? : radio kegemaran aku kat Malaysia selalu dengar time pagi2 nak gi kelas tu??

Teknologi di hujung jari. Klik saja. Dah boleh dengar. Hebat. Sampai aku terleka.

Ada twitter? Kalao ada lagi lah hebat. Sekarang request lagu dari negara mana korang ada pon mudah! Kan aku kata.. klik je. Ape susah.

Eh korang pon boleh jadi macam aku. Buat twitter cepat. Follow lah @nightflight958.

Pastu bukak Flyfm. Download la plugin dia tuh tok dapat dengar lagu. Klik je. Kalau ada radio, bukak 95.8 fm tok Klang Valley ok. Yg lain2 xtahu puler.

Kao gi twitter buat macam aku ni. Oh, aku guna gadget lain ye rakan2.



Tak sampai 30 minit..... Ting!!!!

Lagu Shakira berkumandang di radio Flyfm. Siap bagitahu nama ai lagi : @khayzelicious.

Wah. Seronok. Xpayah aku susah2 nak SMS ke call ke. Abes kredit hp je kan. Twitter sudah.
Hehe.

Oh2, nightflight tu malam je ok. 8pm till midnight saje. Cepat try!


[++ So Good ++]

Wednesday, February 24, 2010

Sesuatu.

Annyeonghaseyo!

Dah tak ada "moshi moshi" ni.

Oh2 ingat tak cerita excited nak bagitahu hari tu? Ok nak bagitahu la ni. ;)

Disebabkan beberapa hal teknikal yang x dapat dielakkan (oh penat nak ingat sejarah lama) dengan ini aku dan 5 orang member x dapat gi Jepun. Sila sedih semua. Tapi akhirnya setelah sebulan berjuang demi mendapatkan tempat dan kami masih gagal untuk jejakkan kaki ke Jepun, kitorang berpeluang tok ke Korea bersama lagi 6 pelajar. Maka = 12 orang. Ohh ramai! Meriah ape. hehe.

Mungkin ade hikmah xdapat ke Jepun yang sgt kuidamkan itu. Tapi xpe, satu hari nnt nak ke sana. Tunggu aku ye Jepun! =D Masih x lupa apa aku belajar sebulan dulu. Memories still remain in my heart. =) Sekarang tambahkan ilmu dengan Korean language pulak. Xda la expert. Cuba lagi la ye x.

Kepada kawan2 yang sungguh-fanatik-gila-kipas-susah-nak-mati-korea fans, jgn bersedihan. SuperJunior dtg Msia punya. Bagi aku jumpe mereka dl kat Korea ok. hehe. Hawt2 guy korang tu nnti aku carikan okai.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, 25 Feb 2010. 11.30pm. KLIA. Esok kalau x ada masalah nak gi amik visa dan setelkan pape patut.

Aku sangat berdebar. Tapi jiwa sungguh memberontak seronok.

Doakan kami semua selamat sampai di Daegu, Korea dan selamat pulang ke Malaysia okai..


kata pendek: Packing time! hehe. ;)




[++ So Good ++]

Wednesday, January 13, 2010

Home Visit Intro.

Hello!

Family di KLIA hantar 'mereka' balik Jepuns.


Ok, Sabtu ini aku ada Home Visit Program yang sensei aku uruskan. Aku dan sorang lagi member bakal berjumpa dengan Ifuku Koichi-san yang hanya tinggal di Subang Jaya (relieve gila beliau tinggal dekat sini saja even xtahu apartment die duduk kat mana). Penat aku google rumah beliau yang mana. Sedih, x jumpa. Xpe2, nanti akan jumpa beliau dekat KTM Subang Jaya. heheh.

Perasaan? Sangat tidak sabar. Padehal dalam hati "dup dap dup dap" mengenangkan cuti almost 2 weeks ni aku tak belajar Nihongo sangat (Abes aku kalo sensei2 tahu). hehe. Eh, tapi harus dibanggakan jugak sebab nye aku masih ber-utus emel bersama rakan pena aku yang orang Jepun jugak. Masih x putus sahabat. (walaupon nak balas emel beliau amik masa sejam. serius, ak x tipu). hoh.

MAKA ya kawan2. Aku nak mintak sangat idea. Ok, I'm totally desperate for ideas right now. Datang rumah orang, mesti bawak buah tangan, bukan? Any ideas tak nak bagi apa kat Ifuku Koichi-san?

Idea aku bersama member adalah memberi buah2an tempatan - sila exclude durian dan tembikai.. Eyh, epal tu buah tempatan ka? Dan my mom's ideas -- "Kau bagi ja kain pelikat or batik, tak pun, kerepek tu ha". Dan ak hanya berminat pada kerepek. hehe.

Ok, keluarkan idea korang! Arigatou Gozaimazu!

Happy Birthday!! Ala comey jer. =D



[++ So Good ++]

Wednesday, November 25, 2009

Biggest Loser Asia.

I'm watching The Biggest Loser Asia at AXN. This one contestant, she has a very beautiful voice. Ala2 Alicia Keys, oh maybe sebab die nyanyi lagu Alicia Keys kot. She's from Malaysia and had try 2 reality shows which were Malaysian Idol & One In A Million. Dia kate, juri2 yg ada kat reality shows cakap dia xde pakej. Yerp, da kata Biggest Loser Asia kan, so opkos lah yg masuk tuh sume bdn besar2. This woman suara sedap cume maybe die bdn besar, maka xde nak amik dia masuk realti show. Sebab tu die nak masuk this program so that bila die dah kurus, die boleh pursue her dreams to become a singer.
The thing is.. artis Malaysia ni jual bakat ke rupa? Nak jadi penyanyi harus badan menggiurkan, langsing, terbaek, whatsoever ke? Tengok American Idol yg Jennifer Hudson tu, suara sedap even bdn besar pon diterima orang sana. Tak salah kita bagi peluang pada mereka ni kan. Xpayah la nak berat sebelah ke ape. Kalao org Malaysia dah suka kat bakat seseorg tu, kompem vote punye.
Ok2, mungkin aku ni xtgk berdasarkan ape yg juri2 ni nak. Sebab aku bukannya artis. Key tnggi rendah bagai tu mana aku tau. Aku tau pasal mesin saje. heheh. Tapi, bile this woman ckp, mereka xnk bg peluang sbb she does not have the package tuh, rasa mcm.. xpatutlah kan. She work so hard to get into the shows.
Skang ni dah malas nk tgk reality show Malaysia. Tgk variety show Korea lagi best. hahah. Oh, bukan ak x sokong industri Malaysia ke ape. Just byk sgt 'kerenah'.
kata pendek: Give up ur comments. Watching this show membuatkan aku nak kurus jugak! Mari2 bersenam.
[++ So Good ++]

Tuesday, November 24, 2009

Research.

Research had shown that during lectures, 70% of students were thinking about sex.. and the rest were thinking about food.
Hardly anyone was listening to the lecture!




kata pendek: Which one are you? heheh.



[++ So Good ++]

Monday, November 9, 2009

Random

Hye korang! =)

Semalam aku gi uma Pokcik aku. Sedang asyik bersembang bersama Mak Teh ak yg dr Ipoh dtg, beliau cerita kesah dolu2 zaman mude mudi.

"Dulu, org Rembau, tiap2 minggu pergi Singapore naik ketapi".

Dalam hati aku, "Sekarang, aku yg dok Subang Jaya pon x g Singapore tiap2 minggu. Setahun pon susah!".

Oh, family belah mak aku org Nogori ok!

**************

Esok aku nk ke Ipohs! Jalan2 makan2. LOL. Xdelah, mak aku ade kerja. Hantar mak aku kesana. Ak dan adik ak dok uma Makteh aku smpi lah Jumaat. So org Perak, (note to Paani esp) ajak ak kua!haha.

**************

Disebabkan aku dah jadi macam RATU BLOGSHOP lately, nak tengok sesuatu? Lihat bawah:

Gile byk x? Bukak la blog tu kalo rajin.

Ye! Aku mmg hantu window-shopping-online sekarang. Window ke? (Gile menipu kan) Click saje. Then leh beli barang. Sonang. Xpyh jln2 kaki kat Pyramid ke, Mid ke, mane2 ke nk beli belah. (Tipu lagi. Selalu pon g Pyramid shopping). haha.


Ok anda. babai. Kalo aku rajin, aku online kt Ipohs yek!


[++ So Good ++]

Tuesday, October 13, 2009

Harap Esok Fac Ade Ekon.

Tajuk di atas adalah sambungan drpd entry lepas.
Aku semacam ngntok. So, nak hilangkan ngantok, ak bajet nak menulis.
Apsal raya tahun ni aku asik pergi beraya rumah orang? Pastu makan xsudah. Pastu mula la nature call memanggil2. Bagus. Cepat tol reply terhadap mknn dlm perot.

Ok lah, nk tnjuk korang piccas saje. Sebab bajet nak menulis aku tadi dah hilang. T_T

Spagetti Nor buat! Sedap la weyh!! =)

Khay & Nor

Khal, Khay, Ain, Nor - Nor's house in Banting

Rumah Wani kat Ampang

Rumah Hazami kat Ampang jgk. (Jiran ngn Wani je kot kan)





kata pendek: Aku serius btol byk kerja. Lagi2 time semester hampir nak habes. Sorry jika lambat berblog.


[++ So Good ++]

Thursday, September 17, 2009

Tol

Semalam pas berbuka iaitu jam 10 mlm (aku buke pas mgrib okeh), ak pon nak balik rumah. Bukak tingkap bg angin masuk sbb konon nak jimat minyak dan radio dipasangkan kuat2 konon xnak ngantok dan menyanyi dgn xberapa nak kuat sorang2 dlm kereta konon xde org dgr. Aku pon lalu la Federal Highway nak masuk tol dah ni. Kebiasaannye ak lalu SmartTag. Bawak xde la laju sgt, tp, laju la jgk. Slalu kalo lalu Smart Tag palang tol tu angkat la smbil bunyik "tet tet".. SEKALI............ Gedebush!! (apsal bunyi mcm air ek?) Terkena palang tol kat cermin kereta aku.
Hoi. Sile risau dgn aku. Aku terkejut. Macam aku terlanggar org bangla dulu. Ingt x? hehe.
Ok, ak stop kereta. Melihatkan palang tu yg dah rosak ak kerjakan. Dalam hati, "Mati aku". Aku reverse kereta sbb takot x bayar lagi RM 1.10. Belakang ade satu lg kete yg sebok nak lalu jgk. Hon aku. Cheh, faham x ak tgh cuak! Ak pon, mcm biase.. x tau ape nak buat. Just blah saje dr situ. Ok, jgn la ckp ak ni seorg gadis yg terok! Xpandai bwk kete bagai. Sume buat salah. Sile admit. haha.
Dan sesampai ke rumah, ak bgtau mak ak ttg kejadian td. Ak berharap agar mak aku tolong. Tapi, mak ak ckp, xpyh pth balik lah. Alah, RM1.10 je. xmahal pon. Adoi. Masalahnye palang tol tu ak da rosakkan kot.. =(
Hati aku seriusly ase serba salah sbb da rosakkan harta benda awam. Gile Malaysian kan aku ni?
So, pagi tadi, aku g Shah Alam, ajak member ak teman gi org tol tu. Ak mmg ase guilty. Nak get rid, ak kene jgk jmpe org tol tu. Ak takot masuk JAIL!! *_* Nnt polis tngkap ak mcm mane? (Gile jauh ak pk kan~) haha.
Ok, so akak kaunter tu ckp, xde ape2 dan die suro ak bg kt die Smart Tag tu die nk tgk ak da byr ke belom. DAN! aku da bayar upenye. hehe. Maka, akak tu sgt concern dgn kereta aku smpi die ckp kalo cermin kereta ak pecah, die nk gtau penyelia. Mungkinkah cermin kereta ku diganti baru? wah, harapan. hehe.
Dan pesanan terakhir beliau, "Lain kali naik kereta jgn lupe pasang Smart Tag ye dik" Aku sengih. =)
Selesai masalah serba salah. Thinking nak berbuka mana hari ni.
By the way rakan2.. Raya pon nak dekat dah..
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
MOHON AMPUN & MAAF ek.
p/s Sile drive elok2 ya. Weat ur seat belt! =)
[++ So Good ++]

Saturday, September 12, 2009

Diet.

Oh, agak lama ye aku tidak menulis. Eh, menaip. Eh, memblog.
Org sibuk. Macam tu la.
Byk aktiviti berlaku neh. Minggu ni dan minggu hdpn, mcm full je jadual berbuka aku. Chewah! Bajet popular. >.<
Ok, nak cerite tentang DIET. Ape korang faham atau mengerti ye tentang topik tu? Bagi aku, diet ni dengan mengamalkan cara makan yg sihat dan berkhasiat PLUS bersenam. Bg perempuan, opkos mesti pernah lalui saat2 genting ketika berdiet, kan? Nak jaga makan bagai. Ada yg berjaya, ada yg terkandas di tgh jalan.
Ok, akak ak ni sgt lah kurus ye. Maka, ak rase la kan, adik ak yg last iaitu berumur 15 thn nak mengikut jejak lngkh akak ak tu. Obviously (ak dok 1 rumah ngan meke, aku tau la!). Dulu, ak x nafikan akak ak berdiet gile2. Dah kurus pon nk diet jgk. Tp, skang ni, die dah abaikan diet tu sume (mungkin da terlalu kurus). So, melihat keadaan adik ak yg sorang ni, diet sgt mcm x betol je ak ase diet die tu, buat ak risau. Helo, ak akak yg baik kpd adik2 nye ok! haha. Die ni dah malas btol nk mkn nasi. JARANG! Dl, mkn la jgk, at least sedikit. Ni, nak makan pon kene pakse. Haiya.. Penat ak ajak die makan nasik. Dan aku nasihat die macam2. Xnk dengar. Darah mude kah? Ok, ak darah mude yg sedikit belia ye sbb tu ak makan nasik.
Result nye, adik ak dah semakin kurus. Dah macam akak ak dah. Kdg2 konfius mana satu mereka.
Ape ptt ak buat utk x jadikn die anerox? Oh, mcm sgt kritikal je word itu.
Habes ttg itu.
Raya nak dekat. Aku tau korang yg dok jauh2 ni komfem x sabar nak balik kmpung kan! Aku? Raya sini je. Sobsob. =l
selamat menghabeskan puasa anda! =)
[++ So Good ++]

Sunday, September 6, 2009

Eksiden: Siri II

Yah, seperti dijanjikan. Inilah gambar2 yg korang nak tengok. Kepada yg xberani, jgn lihat ok. (Cheh, gile poyo ayat. Kalah cite Tower 13).

Fig 1 (Mcm nk bt Lab repot): Sgt terok.


Fig 2: Makanan. haih2.

Fig 3: Seat blkg yg hancus




Fig 4: Oh sedih. Food lagi.



Fig 5: Bukan divider yg msk. Sori, slh info. I dont know what it called.



Fig 6: Radio rosak.

Fig 7: Bonet kete xleh bukak sgt, actually.


Fig 8: Part depan nmpk ok kan? Tepi, sgt trok ya.


Fig 9: U see blood, there?


Fig 10: Cedey.

Even sedih tgk semua ni, lagi sedih bile satu nyawa hilang, kan..
Love ur life kawan2.. Drive safely.

[++ So Good ++]

Thursday, September 3, 2009

Eksiden.

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-13 umat Islam berpuasa. Dan sy masih puasa penuh. =)

Ok, nak cerita sedikit. Smlm, lepas balik tarawikh, ak dikejutkan dgn kate2 mamaku yg mana kereta yg adik laki ak bwk ke kolej nya (merangkap kakak aku punye kereta) telah eksiden. Aku call adik ak tok dptkn kepastian. Dia kata, die bersama 7 lagi kawan (naik 2 kete) time tu baru balik dr Bazaar di Bangi. Dan nak menuju ke kolej nye semula. Adik ak xnaik kete nye. Tp, naik kete 1 lagi. Mksdnye, kete adik ak tu kwn die bwk. Smpi 1 selekoh ni, sdg mahu betolkan corong radio tok dgr azan Maghrib, driver yg bwk kete adik ak ni mungkin hilang kawalan, maka terbelok kekiri jalan lalu melanggar divider.. Malangnya, penumpang di sebelah driver telah meninggal akibat terkene besi di dadanye.MasyaAllah..Innalillah.. dan penmpang di belakang co-driver itu juge terkene sipi2 besi tersebut dan beliau mengalami koma semalam.. Yg lain selamat.. Bile dgr cerita tentang ape yg jadi kepada co-driver itu, aku sedih sgt. Ngeri bila difikirkan..

Aku terkejut.. Nak nanges dengar berita tu. Aku risau kalao adik laki ak jadi ape2.. Die sgt trauma. Smlm, masa smpi Hospital Serdang, adik laki ak peluk mak ak dan die nanges.. Mesti die takot.. Kawan2 mereka semua ada.. Family arwah juge ada.. Muda lagi arwah.. Tp, ajal terletak pada Allah, kan. Mungkin dah takdirnya. Semuga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di golongan yg beriman...

Dan aku besama family ke balai polis salak tinggi tok lihat keadaan kereta. Tp, mlm.. kereta xnmpak sgt keterokkan nye.. Ok, mari lihat.



Sori, kualiti gmbr terjejas akibat tidak menggunakan kamera berkuasa tinggi.

Tadi mak aku baru balik dr Balai Polis Salak Tinggi, uruskan tentang kereta bagai.. Keadaan dlam kereta lagi terok ok. Tp, kamera nye akak ak bawaklah. Die kuar. nnt aku updet balik,okai..

Arwah juga selamat dikebumikan tadi di Keramat.
Takziah kepada keluarga mangsa dan mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah..
p/s Bawak kenderaan hati2 ye kawan2..

[++ So Good ++]

Monday, August 31, 2009

Perhiasan diri.

Sile betolkan mana yg x betol yah!

1. Cuci muka (facial foam & scrub)
2. Toner
3. Moisturizer
4. Base
5. Foundation
6. Compact powder
7. Eyeshadow
8. Eyeliner
9. Mascara
10. Eyebrow stencil tok shaping eyebrow
11. Blusher
12. Perfume


Susah betol jadi perempuan ye.
Bahkan, ada lagi yg x tersenarai.


p/s Aku bukan golongan yg membeli semua barangan di atas. Harap maklum.



[++ So Good ++]

Sunday, August 23, 2009

Word of the Day!!

Hari ni aku belajar perkataan baru.





Peroi-peroi.





Tau x ape tu? Mak ak la ni. Sebut tdi. Mak aku suro masak nasik. Tok berbuke kang. Nk bt nasik goreng sardin. Mak ak ckpla.. nasik tu buat peroi2. Aku mcm... Hah? Bahase ape tuh? Negeri 9 ke. (Sebab mak aku org Nogori). Mak ak gelak. Bukan la tuh, mknenye.





Sebenarnye, mksd itu ,air nk msk nasik tu jgn banyak. Bg mcm nasik die nmpk sebutir2. Kan kalo nasik tu byk air, die mcm sedikit lembik kan? (Ok, korang fhm ke? BM aku x btol ni).





"Mama ni gune bahasa lama ke? Xpernah dengar pon", aku berkata.





Helo korang, Ain pon x pena dgr ok! Sile bace status di FB aku. haha. Nmpk sgt kami moden. Ye x Ain?





Okayh2, Hari ni 23 Ogos. Birthday adik perempuan ku, Midot! (nama sebenarnye die Siti Nurhamidah) Nak bli kek, mak ak kate xpayah. Nnt x mkn. haha. Adoila~



This is my lil' sis - Midot. Baru Form 3 OK!
Ptg ni nk gi Bazaar. Cr cakoi kalo ade. Harus la pakai mask kan. heheh. =)





Bye all! Samat berbuke! (Padehal lmbt lagi nk buke ni).








p/s Ak nk beli beg gune duit sendiri boleh?








[++ So Good ++]