Saturday, June 28, 2014

Trip Nov 2013: Yogyakarta Day 2 (Goa Pindul, Sungai Oya & Goa Sriti)


Assalamualaikum!!

Previous entry:-


Aktiviti seterusnya lepas balik dari Candi Prambanan ialah ke Wonosari, Gunung Kidul. Ade few tempat kitorang pergi, so aku list down bagi korang faham sikit.

Sampai je kat Wonosari ni, kitorang tukar baju sebab nak buat aktiviti air. Pakai life jacket dan kasut getah khas yang dah tersedia kat situ. Masa ni akan dapat sorang guide yang opkos lah jadi guide kitorang hari itu. Then naik lori untuk ke Goa Pindul ramai-ramai.

*Gambar banyak tau*


Goa Pindul - Cave Tubing

Sampai!

Amik gambar dulu sebelum start aktiviti.

Ban/Pelampung akan disediakan sebelum masuk ke Goa Pindul ni. So angkut ler sorang-sorang bawa ban memasing.

Kita briefing dulu

Lets go!!!

Sorang satu ban saje okk!

1 baris ni ada la dalam 15 orang. Guide tu akan bawa kita menyusuri sungai dalam Goa Pindul.

Belakang tu group lain.


Gelap tau dalam ni.


Kedalaman air sekitar 5 - 12m.

Spotted: Kelawar kecik

Guide akan bercerita segala macam pasal Goa Pindul ni. Tentang stalagtit, stalagmit semualah yang aku tak berapa nak ingat.


Stalagtites. It comes from the ceiling of caves!

Ok dah nampak cahaya!

Ni kalau cahaya matahari masuk, mesti cantik..


Dah habis cave tubing. Total masa 15 minit sahaja sepanjang 350m.

Sungai Oya - River Tubing

Next, Sungai Oya. Kami naik lori semula dan gerak ke Sungai Oya.

Cantik view ini!

Ok dah sampai.

Angkut ban ni ke Sungai Oya

Jauh sikit la nak ke sungai ni. Tu yang laki dua orang tu sibuk nak masuk gambar jugak. Dahla muka macam Fahrin Ahmad. Tapi versi orang Indonesia laa..

River tubing sama macam kat Goa Pindul, cumanya kita lalu sungai.

1500m panjangnyaaa....

Kedalaman air 7 - 11 meter.

Cantik tak? Ni Fajar, supir kitorang yang amikkan gambar.

Dugong terapung. Lols!

Ni ada jambatan kecik, budak-budak dok terjun dari sini.

Ramainya manusia.....
  
Berani?
Terjun sini. Ketinggian dalam 8 meter kot. Ni Uyu.

Ni Khal.

Ni kami yang tak berani. Hahaha.

Kat Sungai Oya ni boring sikit la bagi aku. Boleh buat tidur jugak atas pelampung tu sebab lapar. Perjalanan amik masa 2 jam pulak tu kan. So bila lapar, rasa nak membuas je. Hahah. 

Goa Sriti - Caving

Goa Sriti ni adalah gua bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 100m. Naik lori jugak untuk sampai kesini.


Hujan renyai dah time ni.

Kena pakai torchlight kat kepala sebab dalam ni agak gelap.

Ok jum masuk!

Air sejuk dan tak dalam sangat. Boleh lagi cecah kaki. Hehe.

Guide dok bercerita tentang Goa Sriti

Ni katanya burung unta. Ada rupa tak?

Jalan dalam ni pun berbatu-batu.





Dah habis! Dalam ni selama 30 - 45 minit aje..

Kat Goa Sriti ni fun and adventurous! Best! Then kami naik lori semula ke first Pit Stop tadi. Mandi, tukar baju apa semua dan makannnn!

Bakso. Sedap gilaaa tak tipu! Macam nak pengsan makan.

Dalam 5 jam jugak buat aktiviti ni semua. Serius penat. Satu hari berjalan.

So berangkat lah kami pulang semula ke Kota Jogja. On the way nak balik tu kitorang lalu Bukit Bintang Jogja. Terletak dalam 15 km dari bandar Jogja aje. Kira tempat ni macam look-up point nak tengok bandar Jogja waktu malam. Kitorang tak berhenti pun. Dok dalam kereta je. 

Perut lapar lagi, so kita makan kat Warung Makan Seadanya. Ni kedai makan parents Fajar tau. Gerai tepi jalan dekat dengan Universiti. So ramai student makan. Harga pun murah.

Ko tengok harga dia murah ke tidakkkk?

Fajar dok tolong parents dia sediakan makanan kitorang. Hehe.

Tempe goreng!

Ayam bakar sedap sangatttt wehhhh... 

Ikan keli pun ada. Pastu order terung bakar dengan oleng-oleng (daging) pedas. Pun sedap jugakkk..

Kami! Total aku makan termasuk air, RM4 je. Murah kan. Jemputla datang! Alamat ada kat menu tu.


Lepas tu shopping jap kat Jalan Malioboro

Cari T-Shirt! Beli sehelai T-shirt dengan pin baju 6 pcs 70,000 Rupiah.

Serius penat harini. Bayangkan dari 3 pagi ke Gunung Merapi, then ke Candi Prambanan pastu buat aktiviti air. Walau apa pun, berbaloi-baloi!

Balik ke EDU Hostel, kami pun tidur kepenatan.

Entry last untuk kat Yogyakarta ni minggu hadapan ye, InsyaAllah.

Bye!
'

Wednesday, June 18, 2014

Trip Nov 2013: Yogyakarta Day 2 (Candi Prambanan)

Assalamualaikum!

Previous post:-



Lepas balik dari Gunung Merapi, kami teruskan perjalanan ke Candi Prambanan. Terletak kira-kira 17 km dari Bandar Yogyakarta, Candi ini merupakan Warisan Dunia UNESCO dan adalah Candi Hindu terbesar di Indonesia. 

Jangan lupa pulak, pernah belajar pasal Candi Prambanan masa sekolah dulu! Heee..


Tiket masuk aku tak pasti berapa Rupiah. Tapi kitorang dapat tiket harga lokal. Opps! Masa ni masuk kaunter aku diam je, tak bercakap. Eh yeke? Haha.

Operating Hours, aku tak pasti.

Sampei sudey!

Pemandangan dari sudut lain. 

Gambar kami wajib ado...

Amboih Ain bajet hebat ni


Aku tak faham sangat map ni..

Sila baca kalu rajin.

Seperti yang dah ditulis kat atas tu, Candi Prambanan terdiri daripada tiga candi utama iaitu Candi Siva, Candi Vishnu dan Candi Brahma.

Sampai kaunter ni, dia akan pinjamkan pada kita sehelai kain batik.


Bila dah pakai kain batik, wajib pose menari. Ada background muzik sekali in reality. Hehe.

Marilah berjalan menuju ke sana. Panas terik masa ooi. Sila bawa payung, air mineral & kaca mata hitam.

Tempek satu! Belakang itu Candi Siva.

Oleh sebab gempa bumi yang berlaku mengakibatkan Candi ini tidak kukuh. Para pengunjung dinasihatkan untuk memakai topi keledar. Maksimum pun 50 orang je sekali masuk.

Candi Siva adalah yang terbesar dan tertinggi di sini yer. Lebih kurang 47 meter.


View sana sini

Enjinia at work!

Kami! 
  
Ini Candi Vishnu. Aku tak masuk pun sini. Amik gambar dari luar saje. Candi Brahma di sebelah sanaaaa satu lagi tak amik gambar.

Antara Candi yang termusnah atau roboh di sekitar kawasan..

Ok dah. Dalam jam 11 pagi gitu kami pun mula gerak pulang.

Gambar kat bawah ni sekitar perjalanan jauhhhhhhh kami ke parking lot. -__-"

Nak sewa basikal?

Menghijauuuu...

Padang ni pun hijauuuu aje..

Kat area pintu keluar korang boleh beli souvenir. Banyak gila jual. Deret2 kedai.

Itu je lah boleh cerita pasal tempat ni.

Thank you for reading!

:)


Sunday, June 15, 2014

Big Brothers Grill Restaurant, Shah Alam


Assalamualaikum!

Lama pulak aku tak cerita pasal makanan. So kali ni nak share sikit pasal satu restoran aku singgah kat Shah Alam itu hari.

Sebenarnya tak tahu nak makan kat mana. Tapi aku teringin nak makan Western Food. Jadi setelah buat research dan baca review dalam belog orang, aku pun singgah la Big Brothers Grill Restaurant. Wahaha siap buat research bagai ala-ala PhD dah ni. :/

Restoran ni terletak di kawasan agak kebelakang sikit, berdekatan dengan Klinik Kesihatan Shah Alam. Tak pun, korang pusing je la area Jalan Plumbum dekat Jakel tu semua. Ada rejeki, jumpa la kedai ni. Hehe.

Oh tetiba jumpa alamat dalam resit:

No 12 & 14, Jalan Plumbum N7/N, Shah Alam, Selangor.
Tel: 012-211 5190

Makanannya agak mengenyangkan. Bagi aku, pinggan dia besar dan portion makanan tu sendiri dah cukup bagi aku. Tapi price makanan yang aku makan ni reasonable setanding dengan portion dan kesedapan.

Waiting time pun tak lama. Sekejap je dah dapat makanan. Aku pergi on Saturday night. Agak penuh juga, cuma ada 2-3 meja kosong +  open area still vacant.

Ada banyak pilihan makanan macam Pasta, Chicken, Lamb, Burger, Fish & Chip dan lain-lain. Tak amik gambar menu.

Oleh sebab makan berdua je, jadi idokla kami order macam 5 orang nak makan. Makanan ada 3 pinggan je aku tempek kat sini.

Appetizer teringin: Onion Ring. RM 5.90
Sedap! Tak berminyak. Mayonaise (Betul tak aku eja??) pun ok jer.

Member punya: Lamb Chop with Mashed Potatoes. RM 20.90
3 keping kambing, sos sedap. Bawah kambing ada Mashed Potatoes yang sangat sangat sedap serius tak tipu. Creamy tapi tak muak. Itu penting. Berbaloi-baloi.

Ni aku punya: Grilled Whole Leg Chicken with French Fries. RM17.90.
Kau nampak kecik ke ayam ni? Bagi aku ini dah kenyang. Fries pun just nice dan tak berminyak. Mungkin juga sebab aku penggemar kentang goreng so membuatkan aku kenyang cepat. Cuma dip sauce tu masam sikit. Kurang menyengat. Tapi takpe, sila minta sos cili kat waiter, ok!

Beverages. Ok tang ni aku tak puas hati sikit. Sebab harga agak mahal. Ice Peach Tea & Ice Lychee Tea dengan harga RM 6.50 secawan. Tapi air sedap la. Ada buah sikit. Mungkin sebab tu kot mahal? Heheh.

Harga diatas tak masuk lagi Service Charge 10% ok.
Operating Hours aku tak pasti bila.

Ada masa korang datang le singgah ye!

Ok babai!