Assalamualaikum!!
Previous entry:-
Aktiviti seterusnya lepas balik dari Candi Prambanan ialah ke Wonosari, Gunung Kidul. Ade few tempat kitorang pergi, so aku list down bagi korang faham sikit.
Sampai je kat Wonosari ni, kitorang tukar baju sebab nak buat aktiviti air. Pakai life jacket dan kasut getah khas yang dah tersedia kat situ. Masa ni akan dapat sorang guide yang opkos lah jadi guide kitorang hari itu. Then naik lori untuk ke Goa Pindul ramai-ramai.
*Gambar banyak tau*
Sampai!
Amik gambar dulu sebelum start aktiviti.
Ban/Pelampung akan disediakan sebelum masuk ke Goa Pindul ni. So angkut ler sorang-sorang bawa ban memasing.
Kita briefing dulu
Lets go!!!
Sorang satu ban saje okk!
1 baris ni ada la dalam 15 orang. Guide tu akan bawa kita menyusuri sungai dalam Goa Pindul.
Belakang tu group lain.
Gelap tau dalam ni.
Kedalaman air sekitar 5 - 12m.
Spotted: Kelawar kecik
Guide akan bercerita segala macam pasal Goa Pindul ni. Tentang stalagtit, stalagmit semualah yang aku tak berapa nak ingat.
Stalagtites. It comes from the ceiling of caves!
Ok dah nampak cahaya!
Ni kalau cahaya matahari masuk, mesti cantik..
Dah habis cave tubing. Total masa 15 minit sahaja sepanjang 350m.
Sungai Oya - River Tubing
Next, Sungai Oya. Kami naik lori semula dan gerak ke Sungai Oya.
Cantik view ini!
Ok dah sampai.
Angkut ban ni ke Sungai Oya
Jauh sikit la nak ke sungai ni. Tu yang laki dua orang tu sibuk nak masuk gambar jugak. Dahla muka macam Fahrin Ahmad. Tapi versi orang Indonesia laa..
River tubing sama macam kat Goa Pindul, cumanya kita lalu sungai.
1500m panjangnyaaa....
Kedalaman air 7 - 11 meter.
Cantik tak? Ni Fajar, supir kitorang yang amikkan gambar.
Dugong terapung. Lols!
Ni ada jambatan kecik, budak-budak dok terjun dari sini.
Ramainya manusia.....
Berani?
Terjun sini. Ketinggian dalam 8 meter kot. Ni Uyu.
Ni Khal.
Ni kami yang tak berani. Hahaha.
Kat Sungai Oya ni boring sikit la bagi aku. Boleh buat tidur jugak atas pelampung tu sebab lapar. Perjalanan amik masa 2 jam pulak tu kan. So bila lapar, rasa nak membuas je. Hahah.
Goa Sriti - Caving
Goa Sriti ni adalah gua bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 100m. Naik lori jugak untuk sampai kesini.
Hujan renyai dah time ni.
Kena pakai torchlight kat kepala sebab dalam ni agak gelap.
Ok jum masuk!
Air sejuk dan tak dalam sangat. Boleh lagi cecah kaki. Hehe.
Guide dok bercerita tentang Goa Sriti
Ni katanya burung unta. Ada rupa tak?
Jalan dalam ni pun berbatu-batu.
Dah habis! Dalam ni selama 30 - 45 minit aje..
Kat Goa Sriti ni fun and adventurous! Best! Then kami naik lori semula ke first Pit Stop tadi. Mandi, tukar baju apa semua dan makannnn!
Bakso. Sedap gilaaa tak tipu! Macam nak pengsan makan.
Dalam 5 jam jugak buat aktiviti ni semua. Serius penat. Satu hari berjalan.
So berangkat lah kami pulang semula ke Kota Jogja. On the way nak balik tu kitorang lalu Bukit Bintang Jogja. Terletak dalam 15 km dari bandar Jogja aje. Kira tempat ni macam look-up point nak tengok bandar Jogja waktu malam. Kitorang tak berhenti pun. Dok dalam kereta je.
Perut lapar lagi, so kita makan kat Warung Makan Seadanya. Ni kedai makan parents Fajar tau. Gerai tepi jalan dekat dengan Universiti. So ramai student makan. Harga pun murah.
Ko tengok harga dia murah ke tidakkkk?
Fajar dok tolong parents dia sediakan makanan kitorang. Hehe.
Tempe goreng!
Ayam bakar sedap sangatttt wehhhh...
Ikan keli pun ada. Pastu order terung bakar dengan oleng-oleng (daging) pedas. Pun sedap jugakkk..
Kami! Total aku makan termasuk air, RM4 je. Murah kan. Jemputla datang! Alamat ada kat menu tu.
Lepas tu shopping jap kat Jalan Malioboro
Cari T-Shirt! Beli sehelai T-shirt dengan pin baju 6 pcs 70,000 Rupiah.
Serius penat harini. Bayangkan dari 3 pagi ke Gunung Merapi, then ke Candi Prambanan pastu buat aktiviti air. Walau apa pun, berbaloi-baloi!
Balik ke EDU Hostel, kami pun tidur kepenatan.
Entry last untuk kat Yogyakarta ni minggu hadapan ye, InsyaAllah.
Bye!
'
happening nya ada kawan2 mcm ni. jeles!!
ReplyDelete@Signorina Syima
ReplyDelete:) Alhamdulillah.