Showing posts with label Yogyakarta. Show all posts
Showing posts with label Yogyakarta. Show all posts

Saturday, July 12, 2014

Trip Nov 2013: Yogyakarta Day 3 (Keraton, Taman Sari & Ole-ole Yogya)

Assalamualaikum!

Previous post:-


Ok ini entry terakhir di Surabaya & Yogyakarta. Lepas ni kita buat new entry kat tempat lain pula ok!

5hb Nov 2013

Kami bangun pagi dan sarapan dulu kat cafe Edu Hostel. Check-out, letak bag kat store room hostel dan moh ler ke Keraton. Keraton ni adalah sebuah istana rasmi Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat. Ada juga muzium yang display koleksi-koleksi kesultanan kat sini. Kitorang datang sini untuk ambil-ambil gambar aje..

Siapa yang bawa kamera kena bayar 1000 Rupiah. Huuu..

Disebabkan panas ting ting, belila kipas tangan tu 10,000 Rupiah ajo. 

Gambar kitorang wajib ado.

Ni Bangsal. Tempat pertunjukan tari & gamelan.

Miniature ones

Gamelan

Selfie beramai2 hahah

Berdekatan dengan Keraton ni ada Alun-alun Selatan tau. Historic sangat tempat ni. Sila Google kalau rajin. Tapi kami tak sempat pergi situ.

Kemudian ke Taman Sari. Ni dulu tempat pemerintahan atau tepat tinggal Sultan Yogyakarta. Cantik tau dalam ni.





Bathing Complex where the concubines would bathe before the Sultan choose one.
Source from Wiki.

Biru sebab lantai biru kot.

Tower belah kiri tu tempat dimana Sultan observed the bathing women.
Source from Wiki.

Gadis Malaysia. Wahahah.

Tangga ni unik sangat! Kat bawah tangga ni kalau tak silap ada air untuk orang ambil wudhu'.

Yang uniknya, kat bawah tanah area tangga tu ada ruang solat. Bentuk bulat.

Mihrab.

Laluan bawah tanah kat Taman Sari.

Besar dan luas kawasan ni. Boleh sesat tau. Haritu ada tengok pasal Taman Sari ni kat NTV7. Destinasi Bajet. Mengimbau sungguh! Heheh. 

Ada orang dok buat wayang kulit. Ke?

Ahkak buat batik. Handmade gituh je dok kat kerusi kayu.

Ni kat dalam satu kedai unik luar Taman Sari.

Kedai kain batik. Ada orang beli batik. Kami didalam gambar kepenatan. 

Some of the arts along the small alley.

Sunyi. Tapi sini dipenuhi kedai-kedai  unik.

Water Castle. Taman Sari la tu.

Dah habis pusing sini, kitorang gi cari Pisang Keju & Bakpia. Fajar bawa kitorang beli Bakpia kat kedai pakcik dia. So mari!

Area kawasan perumahan jugak..

Ok dah sampai Bakpia Pathok Erma.

Uli-uli

Yang ni dah siap. Tunggu packaging.

Pisang Salai pun berlambakkkk. 20,000 Rupiah each. Bakia pun sekotak harga sama. Boleh la bagi budak opis. Kek lapis pun ade jual jugak. 22,000 Rupiah sekotak.

Kalau nak tau, kami sempat jumpa Duta Sheila On 7. Kau ado? Hahahah. Walaupun aku ni tak fanatik atau minat sangat, tapi layankan aje kawan-kawan aku ni. Memasing nak amik gambar sorang-sorang dengan Duta tau. Siap selfie. Heheh.

Kami berdua yang takde perasaan jumpa Duta. Lol.

Yang lain-lain tu semangatttt! 

Tapi Duta ni humble sangat. Tengok cara dia pun macam seorang yang simple.

Sebelum pulang KL, kita makan Ayam Penyet wajib makan bila kat Indonesia. Ayam Penyet Suroboyo. Wajib cubaaaaaaaaaaaaaaaa! Sedap gila. Eh puasa ni.

Air ni pun marvelous.

Sedapppp!

Laptop tu buat transfer gambar dari kamera. Heheh. Aku makan sorang RM 8 je sekali air.

Dah setel makan, kami pun terus ke Adi Sucipto Airport. Ayah Fajar tolong amikkan bag kat EDU Hostel, pastu amikkan Bakpia sekali kat kedai tu. Huu baiknya hati.

Lepas check-in bag, bayar Airport Tax 100,000 Rupiah seorang.

Finally... habis jugak! Yay!

Bye semua selamat berpuasa!

Saturday, June 28, 2014

Trip Nov 2013: Yogyakarta Day 2 (Goa Pindul, Sungai Oya & Goa Sriti)


Assalamualaikum!!

Previous entry:-


Aktiviti seterusnya lepas balik dari Candi Prambanan ialah ke Wonosari, Gunung Kidul. Ade few tempat kitorang pergi, so aku list down bagi korang faham sikit.

Sampai je kat Wonosari ni, kitorang tukar baju sebab nak buat aktiviti air. Pakai life jacket dan kasut getah khas yang dah tersedia kat situ. Masa ni akan dapat sorang guide yang opkos lah jadi guide kitorang hari itu. Then naik lori untuk ke Goa Pindul ramai-ramai.

*Gambar banyak tau*


Goa Pindul - Cave Tubing

Sampai!

Amik gambar dulu sebelum start aktiviti.

Ban/Pelampung akan disediakan sebelum masuk ke Goa Pindul ni. So angkut ler sorang-sorang bawa ban memasing.

Kita briefing dulu

Lets go!!!

Sorang satu ban saje okk!

1 baris ni ada la dalam 15 orang. Guide tu akan bawa kita menyusuri sungai dalam Goa Pindul.

Belakang tu group lain.


Gelap tau dalam ni.


Kedalaman air sekitar 5 - 12m.

Spotted: Kelawar kecik

Guide akan bercerita segala macam pasal Goa Pindul ni. Tentang stalagtit, stalagmit semualah yang aku tak berapa nak ingat.


Stalagtites. It comes from the ceiling of caves!

Ok dah nampak cahaya!

Ni kalau cahaya matahari masuk, mesti cantik..


Dah habis cave tubing. Total masa 15 minit sahaja sepanjang 350m.

Sungai Oya - River Tubing

Next, Sungai Oya. Kami naik lori semula dan gerak ke Sungai Oya.

Cantik view ini!

Ok dah sampai.

Angkut ban ni ke Sungai Oya

Jauh sikit la nak ke sungai ni. Tu yang laki dua orang tu sibuk nak masuk gambar jugak. Dahla muka macam Fahrin Ahmad. Tapi versi orang Indonesia laa..

River tubing sama macam kat Goa Pindul, cumanya kita lalu sungai.

1500m panjangnyaaa....

Kedalaman air 7 - 11 meter.

Cantik tak? Ni Fajar, supir kitorang yang amikkan gambar.

Dugong terapung. Lols!

Ni ada jambatan kecik, budak-budak dok terjun dari sini.

Ramainya manusia.....
  
Berani?
Terjun sini. Ketinggian dalam 8 meter kot. Ni Uyu.

Ni Khal.

Ni kami yang tak berani. Hahaha.

Kat Sungai Oya ni boring sikit la bagi aku. Boleh buat tidur jugak atas pelampung tu sebab lapar. Perjalanan amik masa 2 jam pulak tu kan. So bila lapar, rasa nak membuas je. Hahah. 

Goa Sriti - Caving

Goa Sriti ni adalah gua bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 100m. Naik lori jugak untuk sampai kesini.


Hujan renyai dah time ni.

Kena pakai torchlight kat kepala sebab dalam ni agak gelap.

Ok jum masuk!

Air sejuk dan tak dalam sangat. Boleh lagi cecah kaki. Hehe.

Guide dok bercerita tentang Goa Sriti

Ni katanya burung unta. Ada rupa tak?

Jalan dalam ni pun berbatu-batu.





Dah habis! Dalam ni selama 30 - 45 minit aje..

Kat Goa Sriti ni fun and adventurous! Best! Then kami naik lori semula ke first Pit Stop tadi. Mandi, tukar baju apa semua dan makannnn!

Bakso. Sedap gilaaa tak tipu! Macam nak pengsan makan.

Dalam 5 jam jugak buat aktiviti ni semua. Serius penat. Satu hari berjalan.

So berangkat lah kami pulang semula ke Kota Jogja. On the way nak balik tu kitorang lalu Bukit Bintang Jogja. Terletak dalam 15 km dari bandar Jogja aje. Kira tempat ni macam look-up point nak tengok bandar Jogja waktu malam. Kitorang tak berhenti pun. Dok dalam kereta je. 

Perut lapar lagi, so kita makan kat Warung Makan Seadanya. Ni kedai makan parents Fajar tau. Gerai tepi jalan dekat dengan Universiti. So ramai student makan. Harga pun murah.

Ko tengok harga dia murah ke tidakkkk?

Fajar dok tolong parents dia sediakan makanan kitorang. Hehe.

Tempe goreng!

Ayam bakar sedap sangatttt wehhhh... 

Ikan keli pun ada. Pastu order terung bakar dengan oleng-oleng (daging) pedas. Pun sedap jugakkk..

Kami! Total aku makan termasuk air, RM4 je. Murah kan. Jemputla datang! Alamat ada kat menu tu.


Lepas tu shopping jap kat Jalan Malioboro

Cari T-Shirt! Beli sehelai T-shirt dengan pin baju 6 pcs 70,000 Rupiah.

Serius penat harini. Bayangkan dari 3 pagi ke Gunung Merapi, then ke Candi Prambanan pastu buat aktiviti air. Walau apa pun, berbaloi-baloi!

Balik ke EDU Hostel, kami pun tidur kepenatan.

Entry last untuk kat Yogyakarta ni minggu hadapan ye, InsyaAllah.

Bye!
'