Assalamualaikum!
Previous post:-
Entry kali ni banyak gambar ye. Rasa macam nak upload semuaaaaaa sebab view sangat cantikkkk! Tapi kang page aku yang lembap nak buka.
4 Nov 2013
Kami bangun seawal 3 pagi semata-mata nak tengok sunrise di Gunung Merapi. Fajar datang ambik 3.30 pagi macam tu dan terus ke tempat parkir kawasan gunung. Dari situ kami tukar jeep pulak untuk menghampiri kawasan kaki Gunung Merapi. Jalan nak kesana tu berbatu-batu, so naik kereta lain tak sesuai ler. Masa ni tak nampak langsung gunung. Still gelap lagi kawasan, tapi matahari dah nak terbit.
Cun!
Ini harus buat bila berdiri depan matahari.
Cover album sebarang dua.
LOVE.
Gagah tahu tak nak snap gambar dikala hening pagi ni.
Alhamdulillah, kami berpeluang la nak tengok Gunung Merapi yang jelas tanpa ditutupi awan. Orang yang bawa jeep tu cakap 2 hari sebelum gunung tak nampak sebab tutup dengan awan. Rasa bertuah sangat. :)
Masa ni kami je ada kat area situ. Bila dah lama sikit baru ada geng motor sampai.
Gambar lain-lain ni masa matahari dah naik.
Amboih!
Pengorbanan masa amik gambar ni. Kawasan tanah landai so nak duduk susah sikit. Sakit tulang belakang aku.
Edit gambar tab
Like a painttttttt!
Jeep kami. Muat 6 orang.
Cantiknyaaa lahai.. Tak mampu nak ungkap dengan kata2...
Gunung Merapi ni terletak kat Jawa Tengah dan antara yang teraktif di Indonesia. Masih aktif lagi masa ni. Cuma kalau nak berkunjung, dan ada tanda amaran, memang tak boleh masuk la. Jarak dari Kota Jogja pula hanya 30km. Dekat kan?
Dah puas amik gambar semua, kami gerak ke kawasan kampung Kaliadem. Kampung ni dalam 5 km je dengan Gunung Merapi. Tahun 2010 masa Gunung Merapi meletus, kawasan kampung ni terkena juga lava. Sampai sekarang, takde rumah pun area sini. Penduduk ditempatkan di kawasan lain.
Masa dalam jeep, nampak kawasan bekas tempat tinggal 'Pemegang Kunci' Gunung Merapi iaitu Mbah Maridjan. Tahun 2010, Mbah Maridjan turut terkorban. Sila google untuk maklumat lanjut.
Tak pasti exact location. Tapi area sini lah. Hujung-hujung sana sikit.
Jeep lalu di kawasan 'Bunker' ataupun tempat persembunyian penduduk kampung.
Ni area Bunker. Nak tunjuk view sikit.
Ini la tempat persembunyiannya. Tahun 2006, semasa Gunung Merapi meletus, ada 2 orang stuck dalam Bunker ni. Sebabnya area depan pintu tu dipenuhi dengan batu/pasir. Bila korek, baru jumpa. So sad kan...
Ada orang jual bunga edelweis ni tepi Bunker. Ataupun dipanggil bunga keabadian. Tak tahula kenapa dipanggil begitu. Tapi sangat terkenal dikalangan pendaki gunung rupanya.
Time ni aku dok sakit perut gilo pi toilet sat. Tak senang cari air kat kawasan pergunungan ni ye. Kena angkut tau dari kawasan kampung bawah nun.
Seterusnya, kami menyinggah di Stone Alien yang terletak di kawasan Kampung Dusun Jambu. Kampung ni juga terkena lava Gunung Merapi tahun 2010. Banyak sangat kampung area sini dulu, tapi semua dah tertimbus dengan lava.
Pemandangan dari kawasan Stone Alien
Apa yang menariknya, semasa erupsi tahun 2010, ada sebuah batu yang sangat besar menyerupai muka manusia berada di kawasan kampung ni setelah erupsi Merapi selesai. Mungkin dari Gunung Merapi? Kata orang lokal lah...
Stone Alien atau Batu Alien. Dinamakan oleh penduduk kampung. Boleh nampak tak muka orang atas batu?
Amik gambar sebarang dua kat sini. View cantik. Dalam 7 km dari Merapi.
Then kami pergi Museum Sisa Hartaku. Disini, penduduk kampung mengumpul sisa-sisa harta yang dijumpai semasa erupsi dan dipamerkan.
Pintu masuk
Kepingan gambar kat bawah ni boleh tengok sebelum masuk museum. Ada orang jual atau tunjukkan gambar-gambar ni. Not sure.
Merapi 2010. Tengok debu-debu tu. Penuh.
Sebelum & Selepas Erupsi
Ini la Penjaga Gunung Merapi.
Kebetulan?
Kenapa? Gunung Merapi akan meletus setiap 3-4 tahun sekali.
Always be grateful for what we have...
Ini bukti erupsi berlaku pada 5 November 2010. Jam 12 malam.
Kami berada kat sini 4 November 2013. 3 tahun dah...
Sedih bila tengok keadaan kat sekitar kawasan Merapi ni. Bayangkan perasaan ahli keluarga kepada mangsa yang terkorban. Mayat tak dapat dikenali sebab melecur seluruh badan akibat terkena suhu tinggi awan panas. Bayi pun turut terkorban. Sungai yang kebiasaannya mengalir dengan air, mengalirkan lava panas. Kelajuan lava yang mengalir tu 220km/j! MasyaAllah. Boleh mengalir sejauh 17 km. Evacuation kena 20 km dari Gunung Merapi tau. Agak jauh la kalau nak larikan diri dalam masa singkat.
Buatkan aku rasa bersyukur sangat Malaysia tiada gunung berapi. Great experience I had there. Unforgettable one.
Dari museum tu kami bergerak menuju ke tempat parkir semula.
Managed to capture this!
Map. Aku pun tak faham sangat sebenarnya. Heheh.
Kitorang lepak jap minum2 kat sini.
Teh Botol sedap I loike!
Inila pemandu jeep kami. Baik orangnya. Suka bercerita tentang Gunung Merapi. Minta tolong amik gambar pun dia jugak. Hehe. Yang kecik tu anak dia.
Aku mungkin tak dapat cerita banyak sangat kat sini tentang kejadian erupsi atau kawasan sekitar Merapi. Kalau korang berpeluang, jangan lepaskan peluang untuk kesini ye. Worth it! :)
So kami naik semula kereta Fajar dan pergi sarap!
Nasi kuning.. Sedap jugak!
Aku makan ni. Tak ingat namanyer.
Ok dah panjang sangat entry ni.
Thanks for reading!
:)
No comments:
Post a Comment