Sunday, June 15, 2014

Big Brothers Grill Restaurant, Shah Alam


Assalamualaikum!

Lama pulak aku tak cerita pasal makanan. So kali ni nak share sikit pasal satu restoran aku singgah kat Shah Alam itu hari.

Sebenarnya tak tahu nak makan kat mana. Tapi aku teringin nak makan Western Food. Jadi setelah buat research dan baca review dalam belog orang, aku pun singgah la Big Brothers Grill Restaurant. Wahaha siap buat research bagai ala-ala PhD dah ni. :/

Restoran ni terletak di kawasan agak kebelakang sikit, berdekatan dengan Klinik Kesihatan Shah Alam. Tak pun, korang pusing je la area Jalan Plumbum dekat Jakel tu semua. Ada rejeki, jumpa la kedai ni. Hehe.

Oh tetiba jumpa alamat dalam resit:

No 12 & 14, Jalan Plumbum N7/N, Shah Alam, Selangor.
Tel: 012-211 5190

Makanannya agak mengenyangkan. Bagi aku, pinggan dia besar dan portion makanan tu sendiri dah cukup bagi aku. Tapi price makanan yang aku makan ni reasonable setanding dengan portion dan kesedapan.

Waiting time pun tak lama. Sekejap je dah dapat makanan. Aku pergi on Saturday night. Agak penuh juga, cuma ada 2-3 meja kosong +  open area still vacant.

Ada banyak pilihan makanan macam Pasta, Chicken, Lamb, Burger, Fish & Chip dan lain-lain. Tak amik gambar menu.

Oleh sebab makan berdua je, jadi idokla kami order macam 5 orang nak makan. Makanan ada 3 pinggan je aku tempek kat sini.

Appetizer teringin: Onion Ring. RM 5.90
Sedap! Tak berminyak. Mayonaise (Betul tak aku eja??) pun ok jer.

Member punya: Lamb Chop with Mashed Potatoes. RM 20.90
3 keping kambing, sos sedap. Bawah kambing ada Mashed Potatoes yang sangat sangat sedap serius tak tipu. Creamy tapi tak muak. Itu penting. Berbaloi-baloi.

Ni aku punya: Grilled Whole Leg Chicken with French Fries. RM17.90.
Kau nampak kecik ke ayam ni? Bagi aku ini dah kenyang. Fries pun just nice dan tak berminyak. Mungkin juga sebab aku penggemar kentang goreng so membuatkan aku kenyang cepat. Cuma dip sauce tu masam sikit. Kurang menyengat. Tapi takpe, sila minta sos cili kat waiter, ok!

Beverages. Ok tang ni aku tak puas hati sikit. Sebab harga agak mahal. Ice Peach Tea & Ice Lychee Tea dengan harga RM 6.50 secawan. Tapi air sedap la. Ada buah sikit. Mungkin sebab tu kot mahal? Heheh.

Harga diatas tak masuk lagi Service Charge 10% ok.
Operating Hours aku tak pasti bila.

Ada masa korang datang le singgah ye!

Ok babai!



1 comment: