Thursday, March 31, 2016

Road Trip New Zealand: Lake Tekapo - Church of the Good Shepherd & Collie Sheep Dog

Assalamualaikum!

Previous post:-


28 Ogos 2015

Turun dari Mt John Observatory yang jalan pusing-pusing tu, terus gerak ke Church of The Good Shepherd. Tempat ni landmark kat Lake Tekapo. Aku ada baca kat sini, malam-malam memang cun tengok milkyway. Tapi idokle aku nak kesana tengok kannn. Tengok kat internet dah le gambar tu semua. 

15 minit je dari Mt John ok. Sini port amik gambar lah. Park kereta kat parking yang disediakan.

Dah sampai!
Belakang tu Lake Tekapo..

Dari belakang..

Dekat dengan lake tu, kita amik gambar sebarang dua..

Nice view lahhh..

Kitorang pun jalan sikit untuk ke Statue Collie Sheep Dog. Ni pun landmark jugak lah.

Jalan jee ke sana...

Ni ha dia Collie Sheep Dog tu.
Made of bronze. 15 bulan nak buat..
  
Kawan-kawan..

Kat sini sekejap aje. Tapi time ni la matahari baru je nak muncul. Langit baru nak biru.. Dah nak malam pun.. Nampak la kecantikan Tekapo ni haa... 

Kitorang isi minyak kejap kat bandar Tekapo. Sebab esok nak jalan jauh lagi. Ingat ye, isi minyak sebelum mulakan perjalanan!

The township!

Balik bilik, masak time! Perut dah lapar wehh. Seharian makan cornflake je alas perut breakfast tadi. 

Kat Lake Tekapo ni memang sejukkkkk. Sejuk yang amat. Aku rasa yang paling sejuk lah antara semua tempat kat South Island ni. Bayangkan laaa.. Bilik kat hujung sana.. Nak kena jalan kaki gi kitchen kat hujung sini.... Dah la kadang tu banyak kali tertinggal barang. Adoi.... Jenuh la berlari-lari amik barang dalam bilik.

Malam tu kitorang dinner sekali harung lunch lauk nasi putih, kari ayam, sayur rebus, telur dadar, jus oren. Haaaa sedap tak? Hahaha. Hee teringat kot makan nasi time ni panas-panas waktu sejuk. 

Malam tu memang aku tak mandi. Sejuk menggila! Serius tak boleh tahan. Dah la tiap sinki dalam toilet dia, sebelah air panas, sebelah air sejuk. Aku dah macam.. Ok, macam mana nak gabungkan dua-dua air ni untuk gosok gigi? Faham tak keadaan tu. Haha.

Dalam toilet tu jugak la jumpa orang Malaysia. Tengah holiday katanya. Anaknye belajar kat Christchurch kalau tak silap. 

Jadi kitorang buat laundry malam tu. Aku dengan Tirah lah. Basuh baju NZD 2 x 2 kali campur dryer NZD 2. Tertidur-tidur la aku dengan Tirah dalam tu. Penat dan ngantuk. Seharian dalam kereta dengan jetlagged lagi. Eceh. TAPI... TAK KERING PULAK TU BAJU NYE. Oi mengundang betul. Menyidai la kitorang dalam bilikkkkk.... Dah macam kedai dobi malam tu.

Pukul 10 baru siap semua. Ngantuk yang amat. Padahal kat Malaysia baru jam 6 petang kot kan.

Tapi tido malam tu lena sangat. Sampai berpeluh-peluh weh heater tu buat kat kitorang. Apehal entah. Habis semua orang pun tak pakai selimut. 

Malam tu sebenarnya nampak banyak sangat bintang atas langit. Cantikkkkk. Bulan penuh lagi. Dekat atas lake pulak tu. Macam bersinar-sinar lah area tasik tu. Gunung-ganang plak belakang tu kannnn... 

Tetapi.. disebabkan mata ni dah ngantuk amat dan letihhhhh, kita tidur aje lah kan. Dengan harapan kita tengok milkyway kat tempat lain..... Krikkk... krikkkkk...

Hahaha.

Bye! 

Sunday, March 27, 2016

Road Trip New Zealand: Lake Tekapo Motels And Holiday Park & Mt John Observatory!

Assalamualaikum!

Previous post:-


28 Ogos 2015

Dari Fairlie, kitorang teruskan perjalanan ke Lake Tekapo. 30 minit lebih kurang je.. Cuaca memang redup, tak nampak matahari langsung hari tu. Mungkinkah hujan? 


Berhenti kejap tengok pemandangan. Baik-baik ye park kereta tu. Kang Naked Bus lalu, berdesup aje dia bawa laju..

Up close. Cantik nyeee... GoPro kalau view jauh, memang kejauhan la nampakkkk.. Ni cam Ain..

Stop lagi. Masa ni depan kitorang snow cap mountain. 
Take note siapa nak pergi bulan 10 karang. Kat Twizel ada Starlight Festival!
So aku bajet2, tahun ni bulan 10 ada jugak la tu..

Malam tu, kitorang stay kat Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Ingat ye, kalau nak booking, sila booking cepat lagi-lagi kalau musim summer. Kitorang booked dalam akhir bulan 3. 5 bulan sebelum check-in date. 

Sampai kat motel dalam jam 2 petang. Check-in kat receptionist. Bayar cash kat situ aje. NZD 179 semalam. Amik yang Standard Cabin - 6 pax. Apa yang ada?
  • 1 katil Queen, 2 double-decker. Memang bilik aje lah. Adala kerusi dengan meja seketui. 
  • Basic alat nak masak, kitchen towel, electric jug & heater. 
  • Kalau pilih yang cabin ni, shared bathroom ye. Tapi asing lelaki perempuan. Towel bawa sendiri ye.
  • WiFi ada, tapi bayar NZD 7, 24 jam unlimited use, 5 users only. 
  • Laundry ada. NZD 2 each untuk mesin basuh dan dryer.
  • Air panas nak mandi, NZD 2 untuk 10 minit. Alah korang nak mandi lama-lama buat apa ponnn. Tapi tekejut kita kena bayar tau. Tak de ready duit untuk mandi pun sebenarnya.


Recommended place to stay!
Please please stay here tauuu! Depan mata aje Lake Tekapo. Pemandangan memang cantikkkkkk.

Nanti dapat map ni. Besar kan kawasan dia!
Kena naik atas bukit sikit untuk sampai Cabin kami yang nombor 7 tu.
Note the location of kitchen, laundry, shower & toilet.

Ni haa tempat tinggal kitorang. Dalam tak amik, tengok dalam website je la k.
Belakang tu pokok tinggi-tinggi, banyak arnab tau.

Bilik kiri tu kabin, maybe untuk 2-4 pax..
Belakang tu ruang dapur & shower..

Tempat masak dengan toilet.. Ni belah satu lagi kalau tak silap..

Buka pintu nampak ni aje..
Malam sikit penuh dah depan ni dengan caravan..

Jalan sikit area depan bilik.....

Sampai aje kat bilik, solat apa semua. Aku tak bagi dorang makan. Tahan makan kejap nak bawa dorang pergi sesuatu tempat. Hehe. 

Masa tu dah pukul 4 petang. Terus gerak ke Mount John Observatory. Musim winter tempat ni buka dari 10 pagi - 5 petang aje ye. Kalau tak jumpa kat GPS nama si John tu, korang cari Astro Cafe. Sebabnya, kat situ ada cafe yang kiranya jadi landmark lah kat Mt John tu. 15 minit je perjalanan naik atas ni..

Nama pun Mount John kan. Haruslah perlu drive jalan yang pusing-pusing. Risau aku. Kalau kereta lalu tu memang kena istighfar banyak-banyak. Hehe. View memang awesome gila ok! Masa nak naik tu nampak Lake Tekapo dari atas. Fuuhh..

Kat sini pun ada Mt John Night Tour atau Stargazing tau. Boleh la join kalau korang nak. Kena bayor la. Tapi kitorang bajet malam tu nak tengok milkyway sendiri. Tengok keeee? Haa tunggu nanti cerita.

Ok jum dah sampai!

Snow cap again..

Cuaca masih redup..

Nampak Lake Tekapo dengan bandar Tekapo yang macam semut aje dari atas ni..

Ni lah Astro Cafe! Moden sangat..
Tak masuk pun. Tapi bau kopi sangat lahhhhh sedap.

Entah apa yang tengah bercerita tu..
Tu cawan bukan kitorang punya. Prop ajeee.. Hahaha.

Nak lepak kat luar minum kopi makan kek, kat sini ok sangat lah....

 Dalam jam 5 petang, tiba-tiba hujannnnnn! Jumlah balik! Nasib sempat tengok view kat atas ni.. :)

So korang kalau ke Tekapo, sila la nyinggah. Free je!

Ok bye!

Thursday, March 24, 2016

Road Trip New Zealand: Christchurch - Ashburton - Geraldine - Fairlie

Assalamualaikum!

Previous post:-


28 Ogos 2015

Gila kau jam 3 pagi waktu Malaysia dah drive. 5 jam beza waktu kat NZ ni. Lepas tu, mula-mula semua dok teman aku lagi. Bila dah makin lama........... ZZZZZZZZZ masing-masing. Chettt! Jetlagged takpe aku faham. Takde hal pun la. Nanti gilir-gilir pun drive kan. Tapi tapi tapi, perjalanan dari Christchurch ke Ashburton tu memang la patut mengantuk pun sebab boring sikit. Farm saje along the way. 

Ain captured this. Ni mesti korang kumpul daun kannn pastu feeling2 autumnnnn! Haha.

Maybe sebab ikut jalan lain. Sebenarnya kalau tengok kat map, ada scenic route. But we took the shorter one. Kalau rasa nak jalan jauh sikit, ikut Inland Scenic Route 72, nanti akan sampai bandar Geraldine la. Korang tak lalu la Ashburton tu. Up to you where to go.

Dahla cuaca tak mengizinkan seharian tu dari CHC sampai Tekapo. Sedih tau. Kabus saje. Hujan renyai-renyai. View pun tak napak sangat. Nasib la farm aje keliling so macam takpe2, banyak hari lagi harap cuaca baik esok. Positif positif.

Kabus mengundang...

Sampai Ashburton dalam sejam setengah lepas tu.. Stop dekat Ashburton Domain and Gardens kat Walnut Avenue. Bagi regang otot sikitt... Khal demam time ni. Sejuk sangat. Dia pun duduk la dalam kereta, kitorang berjalan-jalan di luar dengan cuaca amat sejukkkkkk. Pastu pandai plak pakai sweater jerrrr ko. -__-"

Tak de orang tau. Kitorang je yang buat2 tak sejuk kat sini jalan-jalan.

Cantik jugak taman ni..

Musim sejuk tapi menghijau..

Ada satu tasik besar kat sini..

Pintu masuk & tong sampah.

Jalan sekejap je kat Ashburton ni dan teruskan perjalanan kami ke Geraldine. Singgah berhenti jap masing-masing nak terkucil. 40 minit je perjalanan. Geraldine bandar kecik aje. Comel sangat alolo. Tapi bandar kecik macam tu pun ada Subway. Kau ado. Terbau-bau laaaaa sandwich fuhhh sedapnyaaaaaa.. 

Betul-betul opposite subway ada kedai jual souvenir. Menyinggah la sekejap. Aku tak beli apa pun. Ain beli barang make-up Wild Ferns ada orang pesan.

Small city - Geraldine
Siapa duduk sebelah passenger wajib jadi fotografer percuma ye.. Haha

Kiwi Country - Kedai souvenir yang pergi tu.. Banyak la jugak barang-barang dia..

Subwayyyyyyy. Kat KL pun tak amik gambar restoran subway ok. 

Sambung lagi jalan ke Fairlie lagi 40 minit macam tu... 

Takde daun dah pokok ni...

Aku nampak Ain berusaha amik gambar... Hehehe..
Ni simpang Geraldine - Fairlie..

Tengok la awan tuuu.. Sedih ye kami datanggg? :(

Sebelum sampai bandar Fairlie, kitorang jumpa ladang kambing sebelah kiri... Berhenti kejap amik gambo..

Hi Fairlie!!

Gemok nauuuuu si kambing tuuuu... 
Dahla dia sorang je yang berani datang dekat dengan kitorang..

Aku suspek terus lagi ni pergi kawasan rumah orang..

Four of us. Khal tak larat lagi...

Dari sini ke Tekapo, Tirah pulak drive.

Ok itu je la dulu..

Nanti sambung lagi..

Bye!

Sunday, March 20, 2016

Road Trip New Zealand: Hello New Zealand!

Assalamualaikum!

28 Ogos 2015

Bila touchdown kat bumi New Zealand ni.............. Wawawawawa excited nyeeeeeee! 

Haere Mai!

Sampai awal pagi, memang tak ada orang pun weh kat imigresen Christchurch Airport tu. Semua cepat aje. Senang. Check barang-barang pun smooth aje. Dia check jugak kotak makanan kitorang tu. Tapi semua pun ok. Dulu masa datang, ada anjing tau dok bau-bau kat kitorang ni. Kali ni nan ado. Tidoq kot anjing tu. Heheh.

Misi pertama sekali sampai kat airport ni, mandi! Tapi sebelum tu, kita lepak kat kerusi jap caj apa patut. Weh airport sangat lain okkk! Dulu ada free shower dalam toilet, tapi sekarang kitorang mandi kat OKU punya tempat tu. Cuma korang kena pandai cari ok. Ade certain tempat je ada shower. Masuk je la dalam tu, takde orang punya melainkan korang yang nak mandi pagi-pagi musim winter! Hahah. 

Ni semua kitorang punya.. nampak tak permainan disituuuu... Hahaha.
Siap ada omputih ni terkejut tengok begitu banyak wayar siap extension macam kat rumahhh!

Early morning. Not so many people around here...

Macam diceritakan dalam entry yang lepas, kami pilih Shoestring untuk kereta sewa di South Island, New Zealand. Jam 7.45 pagi, aku call orang Shoestring cakap aku dah sampai untuk pick-up kereta. Nak call kat mana? Ada public phone free (for few minutes) tau kat Christchurch Airport ni! Korang cari yang dekat area kaunter kereta sewa banyak-banyak. Nanti baca je arahan kat public phone tu k! 

Dalam email dah state jumpa kat sekian-sekian tempat dengan orang Shoestring. Berjalan la kaki di angin sejuk tu menuju ke Car Park.

Ni la Multi Storey Car Park kat Christchurch Airport..

Nampak tiang putih ada gambar orang ni, dah betul la tu.. Yang ni gambar orang Shoestring bagi. Aku suspek, yang dalam gambar ni Cameron, anak Encik McKenzie.

Kalau korang sewa dengan Shoestring, jangan lupa bawa sekali Credit Card & empunya CC masa nak amik kereta. Lesen kereta pun sama ye. Masa ni pergi dengan Ain je jumpa owner Shoestring tu. Yang lain ready je kat dalam airport. 

Dah jumpa dengan encik McKenzie bersama Toyota Estima kami kat car park tu, dia pun drive kami ke pejabat Shoestring yang terletak dalam 5 minit aje pun dari airport. Dia suruh kitorang hafal jalan nak lalu tu sebab nanti masa balik kena hantar kereta kat pejabat yang sama jugak. Faham ka?

Dah check condition kereta apa semua, sign document, bayar duit kereta sewa, jum mulakan road trip! Woohooo!

Aku drive menghala ke airport semula nak pick-up rakan taulan bersama bagasi.

Loading time!

Apa-apa hal pun............

Kita pergi Pak 'n Save Northland dulu cari barang! Amboi sangat kan. Sampai-sampai terus shopping makanan. Hehe. Tengok dalam GPS Pak 'n Save tu yang paling dekat. Tapi agak jauh sebenarnya. Apo lah. Kitorang beli beras, susu, roti, sayur, cornflake, jus, bawang bagai. 

Habis beli barang, park sekejap kat entah mana-mana untuk breakfast. Ingat nak lepak kat taman. Pening aku cari taman. Makan cornflake + susu dengan roti. Kenyang ajeee...

Kita teruskan perjalanan ke... Ashburton bebeh!!

P/S Ingat eh, Toyota Estima ni 60 Liter tank capacity dia.. Minyak banyak guna. So plan your money wisely. Nak baca entry aku sebelum ni pasal kereta sewa tu pun bolehh.. Klik SINI. Tapi everything was so comfortable. Drive pun senang. GPS pun ok aje. 

Ok sambung lagi nanti!

Bye!

Saturday, March 19, 2016

Road Trip Australia: Perjalanan ke Melbourne Airport & Flight Jetstar ke Christchurch!

Assalamualaikum!

Lama tak bersiaran.. Hehe.

Previous post:-


Sambung yang kat Aussie itu hari ye.

27 Ogos 2015

Dari Loch Ard Gorge tu, amik masa lebih kurang 4 jam lah nak sampai ke Melbourne Airport. Lamanye lahai... Dari sini akan naik flight ke Christchurch.. Kami ikut highway A1 & M1. Speed pun dalam 60-80 km/j aje. Adoi. Even bukan aku yang drive pun lagi la terasa kepenatannya.. 

Gambar Azfar amik. Masa ni aku rasa macam baru bangun tidur kot..

Kitorang berhenti kat Shell isi minyak sebab dah tinggal satu bar aje. Malam tu nak hantar balik kereta kat Apex Rental. Harga minyak AUD 1.16/liter ye. Not bad lahhhh. Ko tunggu kat NZ nanti seriau tengok harga minyak. Haha.

Full tank ni AUD 65.30.

Masa ni dah start hujan... Dalam jam 7.50 petang dah sampai Melbourne Airport. Khal & Fid pi hantar kereta kat Hotel sesuatu dekat dengan Apex Rental. Sorry tak ingat hotel apa. Ni sebab kitorang hantar kereta after office hour. Nanti orang Apex Rental bagitau la nak letak kereta kat mana sekian-sekian. Nanti orang hotel tu tolong hantarkan ke airport. OK?

 Hujannn. Trolley tak ada masa ni..

Misi mencari trolley kosong.

Memang takde trolley ke apa kat Melbourne ni? Memang ada. Tapi, semuanye kena bayar. Ni yang taxi stand atas ni, berlambak je trolley. Tapi bayar AUD 4. Hurmmm. Memang tak la kan nak pinjam. So cari trolley dalam airport. Semua pun kena bayar. Aku tanya orang kat dalam airport, dia cakap boleh aje amik trolley mana-mana yang kosong, if jumpa. 

Aku mencari yang kosong memang takde punn. Alih2 keluar balik airport, berlari2 dalam hujan tu nak cari trolley. Haha. Nasib jumpa satu yang tak ada orang pakai. Rembat je la kan sebab nak bawa kotak makanan tu.. Azfar dok la kesejukan kat luar tuuuu jaga barang. Hahaha.

Tirah & Ain amik bag yang kitorang simpan kat Baggage Store area Arrival Terminal. Kemas2 bag apa semua. Simpan apa-apa barang yang boleh sebab ada beli luggage 45kg JetStar. 

Ok bila semua orang dah ada, barang semua setel, kitorang gerak ke Terminal 2. Naik escalator je sampai dah. 

Check-in time!

Kitorang buat yang Self-Service tu, sekali dengan drop luggage sekali semua buat sendiri. Tapi la ya ampun... Tak jadi-jadi entah kenapa. Then pergi je kaunter tanya orang kaunter JetStar tu. Dia check, rupanya ada yang tak ada 'Binti', so tak sama macam passport. Dorang tanya binti tu apa. Nak explain pun tak reti, jadi kitorang cakap, "Daughter of".. Gituh. Kalau korang jawab apaaa???

Lama betul depan kaunter tuuu. Tapi alhamdulillah, semua selesai. Terus masuk ke imigresen. Everything was ok. Masuk aje dalam gate area tu, boleh la melepak jap. Isi air apa semua. 

Flight kami ke Christchurch jam 11.15 malam. Perjalanan amik masa 3 jam 20 minit. Smooth flight. Around 4.35 pagi (NZ Time), kami selamat tiba di Christchurch International Airport!

Hello again New Zealand... 

Nanti cerita lagi ye.. Bye!