Saturday, March 19, 2016

Road Trip Australia: Perjalanan ke Melbourne Airport & Flight Jetstar ke Christchurch!

Assalamualaikum!

Lama tak bersiaran.. Hehe.

Previous post:-


Sambung yang kat Aussie itu hari ye.

27 Ogos 2015

Dari Loch Ard Gorge tu, amik masa lebih kurang 4 jam lah nak sampai ke Melbourne Airport. Lamanye lahai... Dari sini akan naik flight ke Christchurch.. Kami ikut highway A1 & M1. Speed pun dalam 60-80 km/j aje. Adoi. Even bukan aku yang drive pun lagi la terasa kepenatannya.. 

Gambar Azfar amik. Masa ni aku rasa macam baru bangun tidur kot..

Kitorang berhenti kat Shell isi minyak sebab dah tinggal satu bar aje. Malam tu nak hantar balik kereta kat Apex Rental. Harga minyak AUD 1.16/liter ye. Not bad lahhhh. Ko tunggu kat NZ nanti seriau tengok harga minyak. Haha.

Full tank ni AUD 65.30.

Masa ni dah start hujan... Dalam jam 7.50 petang dah sampai Melbourne Airport. Khal & Fid pi hantar kereta kat Hotel sesuatu dekat dengan Apex Rental. Sorry tak ingat hotel apa. Ni sebab kitorang hantar kereta after office hour. Nanti orang Apex Rental bagitau la nak letak kereta kat mana sekian-sekian. Nanti orang hotel tu tolong hantarkan ke airport. OK?

 Hujannn. Trolley tak ada masa ni..

Misi mencari trolley kosong.

Memang takde trolley ke apa kat Melbourne ni? Memang ada. Tapi, semuanye kena bayar. Ni yang taxi stand atas ni, berlambak je trolley. Tapi bayar AUD 4. Hurmmm. Memang tak la kan nak pinjam. So cari trolley dalam airport. Semua pun kena bayar. Aku tanya orang kat dalam airport, dia cakap boleh aje amik trolley mana-mana yang kosong, if jumpa. 

Aku mencari yang kosong memang takde punn. Alih2 keluar balik airport, berlari2 dalam hujan tu nak cari trolley. Haha. Nasib jumpa satu yang tak ada orang pakai. Rembat je la kan sebab nak bawa kotak makanan tu.. Azfar dok la kesejukan kat luar tuuuu jaga barang. Hahaha.

Tirah & Ain amik bag yang kitorang simpan kat Baggage Store area Arrival Terminal. Kemas2 bag apa semua. Simpan apa-apa barang yang boleh sebab ada beli luggage 45kg JetStar. 

Ok bila semua orang dah ada, barang semua setel, kitorang gerak ke Terminal 2. Naik escalator je sampai dah. 

Check-in time!

Kitorang buat yang Self-Service tu, sekali dengan drop luggage sekali semua buat sendiri. Tapi la ya ampun... Tak jadi-jadi entah kenapa. Then pergi je kaunter tanya orang kaunter JetStar tu. Dia check, rupanya ada yang tak ada 'Binti', so tak sama macam passport. Dorang tanya binti tu apa. Nak explain pun tak reti, jadi kitorang cakap, "Daughter of".. Gituh. Kalau korang jawab apaaa???

Lama betul depan kaunter tuuu. Tapi alhamdulillah, semua selesai. Terus masuk ke imigresen. Everything was ok. Masuk aje dalam gate area tu, boleh la melepak jap. Isi air apa semua. 

Flight kami ke Christchurch jam 11.15 malam. Perjalanan amik masa 3 jam 20 minit. Smooth flight. Around 4.35 pagi (NZ Time), kami selamat tiba di Christchurch International Airport!

Hello again New Zealand... 

Nanti cerita lagi ye.. Bye!

5 comments:

  1. wow sambung terus ke NZ.. terbaiklaaaa.. ok kami menanti dengan tabah =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil menyelam minum airrrrrr kata orang tua2....

      Hehe

      Delete
  2. Adehhh laaa... Pasal binti tu... Kadang jadi isu... Masalahnya tak tahu nak letak binti tu kat mana... Kadang space utk isi form masa beli tix cuma surname dan first name... Middle tak de... setengah country tak cerewet... but ada country cerewet giler... Kang letak binti kat first name pon isu gak... adehhh laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Tapi sebolehnya letak binti. Nak explain payah kat orang kaunter takut dia x faham. Sebab passport kita ada tulis kan. Tak sama dengan booked flight tix. Kadang main bedal je bin/binti tu tak de letak pun.

      Buat gini: NAMA AYAH, NAMA SENDIRI BINTI

      Haa gitu. Lebih mudah.

      Delete
    2. Kalu India Binti Ayah, Nama sendiri... adehhh...

      Delete