Monday, February 29, 2016

Family Day: Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi, Melaka

Assalamualaikum!

Minggu lepas ada buat Family Day kat Melaka. Sekarang kan orang dok pergi macam homestay atau resort cantik-cantik yang unik tu kann.. So pilih punya pilih tempat, kitorang decide nak menginap dekat Desa Balqis Beach Resort ni. Tak jauh pun dari KL.

Yang penting tempat kitorang nak tinggal tu cukup untuk 50 orang dewasa, boleh buat BBQ dengan tempat nak buat aktiviti. Desa Balqis ni pun besar kawasannya, dekat dengan laut, ada padang.. Kedai makan pun ada la kat luar Desa Balqis ni.. 

Ada banyak sangat rumah kampung yang korang boleh pilih. Depends on bilangan orang la kan.. Kitorang pilih rumah Pak Lang (RM 950 - weekend), rumah Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang & Kak Chik (RM 550 each - weekend). Harga bergantung kepada kebesaran rumah dengan tarikh korang pilih. Harga semua kat website yee. Boleh refer link atas tu.

Segala urusan perlu contact pihak pengurusan di KL. Kat Melaka tu, just tinggal amik kunci aje.

BBQ set - RM 50/set. Tak termasuk arang  & penghidup api ye..

20 Februari 2016

Check-in jam 2 petang. Tapi family aku sampai around 12 pm ++. Nasib baik boleh dah nak check-in nyeee. Kalau tak, tak tahu la nak melangut kat mana.

Ok kita tengok kawasan dulu...

Ni masa datang site visit bulan 12. Tanah merah lagi. 
Ini la rumah Pak Lang.. Paling besar.

Tangga Melaka style..

Rumah Pak Lang ada 5 bilik tidur (Queen), 2 bilik air.
Tilam, bantal, selimut pun banyak dorang bagi..
Siap aircond ok setiap bilik! Faham-faham je le kalau rumah papan ni waktu tengah hari... Hehe..

Luas! Boleh tidur kat luar ni jugak..

Ni rumah Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang & Kak Chik.
Attached room - ada pintu kat tengah antara dua bilik.
Sea view.
1 bilik tidur (Queen), 1 bilik air. Tapi luas sangat..

Swimming pool! Tapi tak separate dengan ruang budak2.

AJK yang terlibat. Ehhh kena ada AJK tau. Kalau tak, kelaut nanti..

Lautttttttt!

Amik port nak mancing... 
Tapi bukan aku laaa...

Yang paling depan tu kakak kawasannnn. Haha.

Laut lagi... Siap nampak kapal lagi belah sana sana..

Ni padang. Boleh buat main futsal.
Yang macam pondok tu, surau yee..

Siang tu kitorang buat potluck je untuk lunch. Kira tiap family bawa lauk-pauk. Makan ramai-ramai. Sampai kemalam boleh makan tau.

Malam tu, kitorang buat BBQ plak. Ayam, kambing, ikan semua perap sendiri. Nak minta Desa Balqis tu uruskan pun boleh. Dalam RM 35/person. Ada la menu-menu yang dia akan bagi. Tapi kena inform awal waktu booking tu ok.

Dah mandi laut tu, bersidai laa baju kat luar nunn.. Haha..
Yang lelaki semua dok membakar aje..

Gambar blurrrr..

Bakar ayammmm...

21 Februari 2016

Pagi tu pulak, plan nak masak nasi lemak dengan spaghetti. Kitorang tak expect pulak ada sarapan pagi daripada Desa Balqis. Setahu aku, kena bayar RM 5 sorang. Tapi takde pulak bayar apa-apa masa booking.. Dapat la nasi lemak, kuih-muih, air teh o dengan kopi untuk 35 orang. Banyak tu. Syukur ada rezeki lebih..

Sini takde tempat masak ye. Cuma ada kettle dengan peti ais je. Barang lain sila bawak sendiri. Hehe. 

Lepas breakfast, kita selfie!

Muka tak berapa nak ceria bangun pagiiii...

Pagi tu, sebelum breakfast, kita senamrobik! Bestttt.. Aku tukang amik gambo jeee.. Hehe..


Cantik pulak view ni haa...

Lepas breakfast baru la sukaneka... Buat kat tepi laut... 

Yang berbaris kat belakang tu tengah amik nombor nak main futsal...

Mak-mak duduk sini ajee... 

Ni game untuk para wanita. Boling kelapa. Hahaha..

Best betul..

Ni game belia remaja - Baling belon

Game budak-budak.. Kutip gula-gula...

Potong kekkkk!

Ni bagi hadiah.. Semua orang dapat...

Check-out jam 12 ok. Tapi kitorang tercheck-out pukul 1. Hehe.

Makanan memang banyak sangat. Balik tu singgah rumah pakcik kitorang, makan lagiii balance food tu semuaa... Habislah kiranyeee... So takdela membazir kann...

Paling penting, plan budget korang. Lagi-lagi bila ramai kan. Bahagi la ikut family.. Bayar sikit-sikit tiap bulan sebelum check-in date. Ok?!

Kitorang jarang jumpa ramai-ramai ni. Kalau Hari Raya pun, ada la few yang tak ada. So bila buat Family Day ni, boleh dikatakan majoriti yang datang laa.. Sorang dua la takde sebab study jauh.. Gituhh..

Hope this info helps for those yang nak stay kat rumah yang kampung style!

Byeeee!


28 comments:

  1. Cara khayze buat family holiday ni sebijik macam family SS... Best kan reramai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat ramai2 ni haa SS...

      Baru la meriahhhh...

      Delete
  2. Replies
    1. Kat sini takde tempat masak.
      Kitorang bawa makanan siap2 dari rumah hari Sabtu tu.
      Pagi Ahad, plan nak masak dalam Noxxa ajeeee. Takpun Rice Cooker.
      Hehehe.

      Delete
    2. assalamualaikum bley x nk dapatkan no telefone desa balqis

      Delete
    3. HQ dia dekat KL.. Orang kat Melaka tu just pegang kunci sahaja. Boleh call number dibawah:-

      Tel. Office Hour 8:30 AM - 5:30 PM
      Monday - Friday

      Call. +603 - 4022 7728
      Email. mail@desabalqis.com

      Delete
  3. Ermm..950 satu mlm utk weekend??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. 1 malam, RM 950. Weekend. Untuk Rumah Pak Lang.

      Delete
  4. Ermm..950 satu mlm utk weekend??

    ReplyDelete
  5. Salam..bole tahu awak main boling kelapa tu..kelapa ada kat sana ke kena bwk sndri ye?

    ReplyDelete
  6. As Salam.. nak tanya sikit resort tu strict ke dgn maximum number of guest yg duduk di setiap rumah. Kalau kita duduk2 ramai 2 boleh ke?

    ReplyDelete
  7. Salam sis . . Alatan memasak mmg takde ke ? Bab makan sis buat cmne ye time kat situ ? Tq . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..
      Alatan memasak memang takde.
      Bawa periuk elektrik... :)
      Contoh Noxxa ke. Pakai periuk nasi pun boleh....

      Delete
  8. Berapa no tel owner boleh share tak
    ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. HQ dia kat KL. Apa2, contact dengan orang kat KL ok.

      website: 2016.desabalqis.com

      Tel. Office Hour 8:30 AM - 5:30 PM
      Monday - Friday

      Call. +603 - 4022 7728
      Email. mail@desabalqis.com

      Delete
  9. InsyaAllah nk pergi for family day this weekend. Kami dah book 9 rumah dlm desa balqis tu. Nak tanya... toilet dia d bhgn blkg rumah ke? Tandas duduk ke? Sb ada family member yg uzur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rumah Pak Lang, tandas dlm rumah, ada tangga turun untuk ke tandas.

      Tandas yang Kak Chik Kak Ngah semua tu tandas dalam rumah jugak. Sama level dengan living room. Kalau tak silap saya tandas duduk...

      Nak confirmation call Desa Balqis ye. :)

      Delete
    2. Yang Pak Lang tak suitable untuk yg uzur since tandas dia ke bawah..

      Rumah lain saya tak sure...

      Delete
  10. Salam, baca kat atas tadi masuk je reramai masuk berapa orang ye? Hehehe...

    Sebab kami pun ingat nak buat dalam 50pax juga. Sesuai tak?
    Makanan tu diorang sediakan atau kita kena order?
    Seandainya kita amik 3 rumah besar untuk masukkan 50 pax, okie ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,

      Kami ada 8 family. Dalam 50 orang jugak. Bilik yang kakak2 tu, dalam 3 family duduk. Yang lain duduk kat Pak Lang.
      Kalau amik semua rumah besar, cukup untuk 50 pax tu..
      Makanan, kami sediakan sendiri. Nak minta dia readykan BBQ ada charge per pax.

      Delete
  11. Assalamualaikum, kalau buat bbq sendiri boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Boleh aje.
      Kami buat BBQ sendiri. Perap sendiri.
      Barang2 je minta pihak Desa Balqis sediakan.
      Inform awal ok.

      Delete
  12. Salam brp rumah awk sewa utk 50 pax? Harga dia boleh tolerate tak?berbaloi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewa Pak Lang utk rumah besar. Lagi 4 rumah kecik - Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Kak CHik.

      Delete
    2. Harga tahun 2016, RM 960 (Pak Lang). Yang lain RM 550 each.
      Harga 2020, refer website dia ya.
      Okay aje untuk kumpul ramai-ramai. Rumah besar. Selesa.

      Delete