28 Ogos 2015
Bila touchdown kat bumi New Zealand ni.............. Wawawawawa excited nyeeeeeee!
Haere Mai!
Sampai awal pagi, memang tak ada orang pun weh kat imigresen Christchurch Airport tu. Semua cepat aje. Senang. Check barang-barang pun smooth aje. Dia check jugak kotak makanan kitorang tu. Tapi semua pun ok. Dulu masa datang, ada anjing tau dok bau-bau kat kitorang ni. Kali ni nan ado. Tidoq kot anjing tu. Heheh.
Misi pertama sekali sampai kat airport ni, mandi! Tapi sebelum tu, kita lepak kat kerusi jap caj apa patut. Weh airport sangat lain okkk! Dulu ada free shower dalam toilet, tapi sekarang kitorang mandi kat OKU punya tempat tu. Cuma korang kena pandai cari ok. Ade certain tempat je ada shower. Masuk je la dalam tu, takde orang punya melainkan korang yang nak mandi pagi-pagi musim winter! Hahah.
Ni semua kitorang punya.. nampak tak permainan disituuuu... Hahaha.
Siap ada omputih ni terkejut tengok begitu banyak wayar siap extension macam kat rumahhh!
Early morning. Not so many people around here...
Macam diceritakan dalam entry yang lepas, kami pilih Shoestring untuk kereta sewa di South Island, New Zealand. Jam 7.45 pagi, aku call orang Shoestring cakap aku dah sampai untuk pick-up kereta. Nak call kat mana? Ada public phone free (for few minutes) tau kat Christchurch Airport ni! Korang cari yang dekat area kaunter kereta sewa banyak-banyak. Nanti baca je arahan kat public phone tu k!
Dalam email dah state jumpa kat sekian-sekian tempat dengan orang Shoestring. Berjalan la kaki di angin sejuk tu menuju ke Car Park.
Ni la Multi Storey Car Park kat Christchurch Airport..
Nampak tiang putih ada gambar orang ni, dah betul la tu.. Yang ni gambar orang Shoestring bagi. Aku suspek, yang dalam gambar ni Cameron, anak Encik McKenzie.
Kalau korang sewa dengan Shoestring, jangan lupa bawa sekali Credit Card & empunya CC masa nak amik kereta. Lesen kereta pun sama ye. Masa ni pergi dengan Ain je jumpa owner Shoestring tu. Yang lain ready je kat dalam airport.
Dah jumpa dengan encik McKenzie bersama Toyota Estima kami kat car park tu, dia pun drive kami ke pejabat Shoestring yang terletak dalam 5 minit aje pun dari airport. Dia suruh kitorang hafal jalan nak lalu tu sebab nanti masa balik kena hantar kereta kat pejabat yang sama jugak. Faham ka?
Dah check condition kereta apa semua, sign document, bayar duit kereta sewa, jum mulakan road trip! Woohooo!
Aku drive menghala ke airport semula nak pick-up rakan taulan bersama bagasi.
Loading time!
Apa-apa hal pun............
Kita pergi Pak 'n Save Northland dulu cari barang! Amboi sangat kan. Sampai-sampai terus shopping makanan. Hehe. Tengok dalam GPS Pak 'n Save tu yang paling dekat. Tapi agak jauh sebenarnya. Apo lah. Kitorang beli beras, susu, roti, sayur, cornflake, jus, bawang bagai.
Habis beli barang, park sekejap kat entah mana-mana untuk breakfast. Ingat nak lepak kat taman. Pening aku cari taman. Makan cornflake + susu dengan roti. Kenyang ajeee...
Kita teruskan perjalanan ke... Ashburton bebeh!!
P/S Ingat eh, Toyota Estima ni 60 Liter tank capacity dia.. Minyak banyak guna. So plan your money wisely. Nak baca entry aku sebelum ni pasal kereta sewa tu pun bolehh.. Klik SINI. Tapi everything was so comfortable. Drive pun senang. GPS pun ok aje.
Ok sambung lagi nanti!
Bye!
x perlu international licence kan? Adehh...
ReplyDeleteTak perluuuuuu..
DeleteNo worries..
:)