Thursday, March 24, 2016

Road Trip New Zealand: Christchurch - Ashburton - Geraldine - Fairlie

Assalamualaikum!

Previous post:-


28 Ogos 2015

Gila kau jam 3 pagi waktu Malaysia dah drive. 5 jam beza waktu kat NZ ni. Lepas tu, mula-mula semua dok teman aku lagi. Bila dah makin lama........... ZZZZZZZZZ masing-masing. Chettt! Jetlagged takpe aku faham. Takde hal pun la. Nanti gilir-gilir pun drive kan. Tapi tapi tapi, perjalanan dari Christchurch ke Ashburton tu memang la patut mengantuk pun sebab boring sikit. Farm saje along the way. 

Ain captured this. Ni mesti korang kumpul daun kannn pastu feeling2 autumnnnn! Haha.

Maybe sebab ikut jalan lain. Sebenarnya kalau tengok kat map, ada scenic route. But we took the shorter one. Kalau rasa nak jalan jauh sikit, ikut Inland Scenic Route 72, nanti akan sampai bandar Geraldine la. Korang tak lalu la Ashburton tu. Up to you where to go.

Dahla cuaca tak mengizinkan seharian tu dari CHC sampai Tekapo. Sedih tau. Kabus saje. Hujan renyai-renyai. View pun tak napak sangat. Nasib la farm aje keliling so macam takpe2, banyak hari lagi harap cuaca baik esok. Positif positif.

Kabus mengundang...

Sampai Ashburton dalam sejam setengah lepas tu.. Stop dekat Ashburton Domain and Gardens kat Walnut Avenue. Bagi regang otot sikitt... Khal demam time ni. Sejuk sangat. Dia pun duduk la dalam kereta, kitorang berjalan-jalan di luar dengan cuaca amat sejukkkkkk. Pastu pandai plak pakai sweater jerrrr ko. -__-"

Tak de orang tau. Kitorang je yang buat2 tak sejuk kat sini jalan-jalan.

Cantik jugak taman ni..

Musim sejuk tapi menghijau..

Ada satu tasik besar kat sini..

Pintu masuk & tong sampah.

Jalan sekejap je kat Ashburton ni dan teruskan perjalanan kami ke Geraldine. Singgah berhenti jap masing-masing nak terkucil. 40 minit je perjalanan. Geraldine bandar kecik aje. Comel sangat alolo. Tapi bandar kecik macam tu pun ada Subway. Kau ado. Terbau-bau laaaaa sandwich fuhhh sedapnyaaaaaa.. 

Betul-betul opposite subway ada kedai jual souvenir. Menyinggah la sekejap. Aku tak beli apa pun. Ain beli barang make-up Wild Ferns ada orang pesan.

Small city - Geraldine
Siapa duduk sebelah passenger wajib jadi fotografer percuma ye.. Haha

Kiwi Country - Kedai souvenir yang pergi tu.. Banyak la jugak barang-barang dia..

Subwayyyyyyy. Kat KL pun tak amik gambar restoran subway ok. 

Sambung lagi jalan ke Fairlie lagi 40 minit macam tu... 

Takde daun dah pokok ni...

Aku nampak Ain berusaha amik gambar... Hehehe..
Ni simpang Geraldine - Fairlie..

Tengok la awan tuuu.. Sedih ye kami datanggg? :(

Sebelum sampai bandar Fairlie, kitorang jumpa ladang kambing sebelah kiri... Berhenti kejap amik gambo..

Hi Fairlie!!

Gemok nauuuuu si kambing tuuuu... 
Dahla dia sorang je yang berani datang dekat dengan kitorang..

Aku suspek terus lagi ni pergi kawasan rumah orang..

Four of us. Khal tak larat lagi...

Dari sini ke Tekapo, Tirah pulak drive.

Ok itu je la dulu..

Nanti sambung lagi..

Bye!

1 comment: