Sunday, March 27, 2016

Road Trip New Zealand: Lake Tekapo Motels And Holiday Park & Mt John Observatory!

Assalamualaikum!

Previous post:-


28 Ogos 2015

Dari Fairlie, kitorang teruskan perjalanan ke Lake Tekapo. 30 minit lebih kurang je.. Cuaca memang redup, tak nampak matahari langsung hari tu. Mungkinkah hujan? 


Berhenti kejap tengok pemandangan. Baik-baik ye park kereta tu. Kang Naked Bus lalu, berdesup aje dia bawa laju..

Up close. Cantik nyeee... GoPro kalau view jauh, memang kejauhan la nampakkkk.. Ni cam Ain..

Stop lagi. Masa ni depan kitorang snow cap mountain. 
Take note siapa nak pergi bulan 10 karang. Kat Twizel ada Starlight Festival!
So aku bajet2, tahun ni bulan 10 ada jugak la tu..

Malam tu, kitorang stay kat Lake Tekapo Motels & Holiday Park. Ingat ye, kalau nak booking, sila booking cepat lagi-lagi kalau musim summer. Kitorang booked dalam akhir bulan 3. 5 bulan sebelum check-in date. 

Sampai kat motel dalam jam 2 petang. Check-in kat receptionist. Bayar cash kat situ aje. NZD 179 semalam. Amik yang Standard Cabin - 6 pax. Apa yang ada?
  • 1 katil Queen, 2 double-decker. Memang bilik aje lah. Adala kerusi dengan meja seketui. 
  • Basic alat nak masak, kitchen towel, electric jug & heater. 
  • Kalau pilih yang cabin ni, shared bathroom ye. Tapi asing lelaki perempuan. Towel bawa sendiri ye.
  • WiFi ada, tapi bayar NZD 7, 24 jam unlimited use, 5 users only. 
  • Laundry ada. NZD 2 each untuk mesin basuh dan dryer.
  • Air panas nak mandi, NZD 2 untuk 10 minit. Alah korang nak mandi lama-lama buat apa ponnn. Tapi tekejut kita kena bayar tau. Tak de ready duit untuk mandi pun sebenarnya.


Recommended place to stay!
Please please stay here tauuu! Depan mata aje Lake Tekapo. Pemandangan memang cantikkkkkk.

Nanti dapat map ni. Besar kan kawasan dia!
Kena naik atas bukit sikit untuk sampai Cabin kami yang nombor 7 tu.
Note the location of kitchen, laundry, shower & toilet.

Ni haa tempat tinggal kitorang. Dalam tak amik, tengok dalam website je la k.
Belakang tu pokok tinggi-tinggi, banyak arnab tau.

Bilik kiri tu kabin, maybe untuk 2-4 pax..
Belakang tu ruang dapur & shower..

Tempat masak dengan toilet.. Ni belah satu lagi kalau tak silap..

Buka pintu nampak ni aje..
Malam sikit penuh dah depan ni dengan caravan..

Jalan sikit area depan bilik.....

Sampai aje kat bilik, solat apa semua. Aku tak bagi dorang makan. Tahan makan kejap nak bawa dorang pergi sesuatu tempat. Hehe. 

Masa tu dah pukul 4 petang. Terus gerak ke Mount John Observatory. Musim winter tempat ni buka dari 10 pagi - 5 petang aje ye. Kalau tak jumpa kat GPS nama si John tu, korang cari Astro Cafe. Sebabnya, kat situ ada cafe yang kiranya jadi landmark lah kat Mt John tu. 15 minit je perjalanan naik atas ni..

Nama pun Mount John kan. Haruslah perlu drive jalan yang pusing-pusing. Risau aku. Kalau kereta lalu tu memang kena istighfar banyak-banyak. Hehe. View memang awesome gila ok! Masa nak naik tu nampak Lake Tekapo dari atas. Fuuhh..

Kat sini pun ada Mt John Night Tour atau Stargazing tau. Boleh la join kalau korang nak. Kena bayor la. Tapi kitorang bajet malam tu nak tengok milkyway sendiri. Tengok keeee? Haa tunggu nanti cerita.

Ok jum dah sampai!

Snow cap again..

Cuaca masih redup..

Nampak Lake Tekapo dengan bandar Tekapo yang macam semut aje dari atas ni..

Ni lah Astro Cafe! Moden sangat..
Tak masuk pun. Tapi bau kopi sangat lahhhhh sedap.

Entah apa yang tengah bercerita tu..
Tu cawan bukan kitorang punya. Prop ajeee.. Hahaha.

Nak lepak kat luar minum kopi makan kek, kat sini ok sangat lah....

 Dalam jam 5 petang, tiba-tiba hujannnnnn! Jumlah balik! Nasib sempat tengok view kat atas ni.. :)

So korang kalau ke Tekapo, sila la nyinggah. Free je!

Ok bye!

3 comments: