Sunday, March 1, 2015

Kemboja 2014: Russian Market Phnom Penh & D'Wau Restaurant

Assalamualaikum!

Previous post:-


7 April 2014

Masih hari yang sama. Selepas pusing-pusing S-21, kami gerak ke Russian Market. Russian Market ni dibuka pada tahun 1980-an. Masa tu ramai foreigner datang ke PP, mostly Russian. Hence the name. :) Local people called Russian Market as Phsar Toul Tom Poung.

Russian Market opening hours: Monday - Sunday. From 6am to 5pm. 

Kat sini pun one of the biggest shopping area kat PP. Dan wajib pergi. Sebab apa? Barang branded macam Zara, Billabong, CK, Levis, Ralph Lauren dan lain-lain (most of the clothing attire) kat sini daripada pengilang di sekitar PP. So any small defects yang tak dapat dipasarkan ke luar negara, akan dijual di Russian Market. Harga haruslah murah! Ada jugak fridge magnets, shawl, kain, barang antik, kasut, barang kemas, macam-macam lah!

Tapi, aku datang sini bukan nak beli baju. Misi aku mencari kain silk kemboja dan bag deuter yang dikatakan amat murah gila kat Russian Market. 

Kalau dari luar kan, Russian Market ni tak macam market pun! Macam gerai-gerai je. Tapi bila masuk........ Pening terus! Sebab banyak sangat kedai. Harga pun lebih kurang je. Cuma kena pandai tawar-menawar lah macam biasa.

Malangnya tak dapat la nak tunjuk gambar kat dalam Russian Market sangat. Aku tak amik gambar la tu. Sibuk shopping ke apa entah. Hehe.

Kami terus ke kedai jual Cambodian Silk. Menepek kat situ dah berapa jam. Lepas tu sampai sudah aku tak buat-buat lagi baju kurung dengan kain silk tu. Haha.

Variety of kain to choose from! Aku beli 4 pasang jer. 
Tapi jangan tertipu! Owner cakap 5 meter, bila member hantar kedai, dalam 3.5 meter je kot!
Harga USD 10 sajo sepasang.
But still, muat lagi nak buat baju kurung yer. 
 
Seluar cotton kegemaran aku bila kat Kemboja atau Thailand. Senang tau nak bawa tidur. Jalan-jalan pun boleh! USD 3 dapat dah tu.

Purse kecik gambar gajah

Pashmina berderet toksah cakap. Tapi aku tak suka pakai. So, aku beli shawl kat Russian Market USD 3 sehelai. Kain silk macam tu. Tapi senang kedut, biasalah. Lepastu malas gosok, tak pakai dah. Hahaha.

Antara souvenirs yang ada. Ini aku tak beli. 

Fridge magnet kat sini dapat USD 2 untuk 4 unit. T-shirt Hard Rock Cafe PP (beli kat sini je uoolsss haha) USD 3 sehelai. 

So ini lah bag Deuter 40L yang sempat aku grab kat Russian Market.
USD 11 sajeeeee! Siap rain cover lagi. Murah woi. Haha.
Member yang lain yang tak nak beli bagpack pun turut sama terpengaruh dengan aku.
Aku rasa nak pergi lagi PP, tapi pergi Russian Market je beli bagpack. Heh.

Nak dijadikan cerita, masa tengah dok beli barang kat satu kedai ni... ada sorang tuk-tuk driver ni cam kami. Sebab member aku sorang ni panggil "Fishah!!!". Tuk-tuk driver ni macam kenal aje nama tu. Rupanya Fishah ni pernah tanya dia harga tuk-tuk berapa via WhatsApp. Kahkahkah. Sempat la sembang dengan dia sekejap. Dia kata tak ada rezeki nak bawa kami jalan-jalan PP. Tapi, rezeki dia datang banyak lagi tau sebab dia bawa tour group naik satu bas ok! 

Dalam pukul 4 petang tu, balik lah kami dari Russian Market. Perut dah keroncong. Kita makan kat D'Wau Restaurant yang amat famous dikalangan rakyat Malaysia. Hee. Sup ikan memang super sedap. Fuhh. Kat sini mahal sikit, tapi sedap la lauk-pauk nyer. Total makan USD 24 untuk kami berlima. Masa kami sampai dah petang, tak ramai orang pun. 

Nampak tak tu 'authentic Malaysian cuisine' ok!! So marilah basahkan tekak, penuhkan perut!

Menu. Ada kat Siem Reap jugak.

Ini haruslah tak ingat nama. Ayam masak sesuatu.

Sayur goreng.

Sup ikan marvelous. Hehe.

Habis makan, kita pulang ke Velkommen Guesthouse semula. Rehat la solat mandi apa semua. Packing barang sikit-sikit. Esok nak balik dah. Malam tu keluar lagi! Makan. Hahaha. Kami makan kat Halal Restaurant sekali lagi. Total makan USD 13. Tak ingat makan apa. Camera tak bawak. Halal Restaurant ni dekat je dengan Velkommen ni. Few blocks away. 

Tikah ada beli serbuk kopi sedap. USD 8 untuk 1 kg. Aku tak ingat kopi apa. Tapi kata dia, sedap. Haha. 

Balik bilik, tidur. Esok ada pengembaraan lagi sebelum pulang ke KL.

Bye!

12 comments:

  1. Ayam masak sesuatu hahahahah boleh tahan gk ko ingat lg cerita tahun lepas. Ter-inspired aku! Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros! Aku pergi mana-mana bawa buku sekeping untuk menulis. So dari situ aku ingat segala benda. Heee.. :)

      Delete
  2. 5m jd 3.5 m tu...haha..kecotkah...? Kwn ade belik sepsang kat old market... kaler turun... dr warna purple jd kelabu.... x bagos la materialnya...huhu. .. hrga sama usd10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kecut. Tapi kiah tertipuuuu! Haha.
      Kain kitorang beli ni tak turun pulak warna. Panjang je kurang. :(

      Delete
  3. Siti, sorry i nk tnya u lg psl haleeva. U tau x hrga xtra bed? And then, if plus xtra bed bilik jd kecik x? Katil mika king or queen eh? I dh book kt booking .com tp x ckp bilik, tu yg kna amik xtra bed..huhu... sorry bnyk na qns...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya tengok kat website booking.com kat Haleeva:-

      All children are welcome.
      Free! One child under 10 years stays free of charge when using existing beds.
      Free! One child under 4 years stays free of charge in a child's cot/crib.
      One older child or adult is charged THB 1000 per person per night in an extra bed.

      Farah 9 tahun, so free laa.. :)

      Bilik saya amik jenis standard itu hari, tapi luas sangat. Takde masalah. Katil yang dia bagi pun king size.

      Delete
    2. Ada bca kt website booking.com yg tu tp Itu yg mcm questionable sket tu.. takkanla xtra bed is more expensive than another room... ? Rm100 for xtra bed? Ke slh cetak? Hehe. ... farah ok..mmg kepit ngan i sokmo.. ... ohh luas ya? Good.. good... tq for the info.

      Delete
    3. itulah masalahnye yer. Mahal betul extra bed 1000 Baht. Tapi kan expedia pun tulis macam tu. Entah2 dia bagi extra bed betul2 extra ni King size agaknye. Hahaha. :)

      Sorry tak dapat bantu tang tuuuu.....

      Delete
  4. Salam nk tya bole berikan no contack dahlan yg bwk tut tut di sana sbb sy awal bln 1 nk g phnom penh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply!

      Pada masa tu, Dahlan takde Whatsapp. Now, tak pasti.
      Dahlan: 0974640706.
      Kami berurusan dengan cousin dia nama Zakariya: +85512302018. zakariyasan@gmail.com

      Zakariya uruskan kat Siem Reap. Dahlan kat PP.

      :) Hope this helps!

      Delete
  5. Assalamualaikum nak tanya, duit blanja total berapa di sana? Kan usd dolar.Mahal sedikit hehehe maaf bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 600 include tiket flight, tak include shopping.
      Tahun 2014, rate USD 1 = RM 3.30.

      Tukar sikit duit Riel kat airport, boleh beli air ke apa. Murah sikit.

      Delete