Assalamualaikum!
Previous post:-
8 April 2014
Ok last entry (finally!!!) untuk trip ke Kemboja. Yayyy!
Bangun pagi lepas siap, kami terus check-out siap-siap dan tinggalkan bag kami kat Velkommen Backpackers, yang terletak berhadapan aje dengan Velkommen Guesthouse tu. Mungkin ruang tak cukup kot, sebab tu letak kat Velkommen Backpackers.
Harini kami tak breakfast kat luar. Kami buat milo cicah biskut je kat area lobi Velkommen Guesthouse tu. Habiskan stok kekdahnyeeee.
Pagi ni aktiviti rilek je la. Pusing-pusing tuk-tuk jalan2 bandar Phnom Penh. So tengok gambar je lah okk!
Pagi, Phnom Penh!
First pit stop!
Royal Palace.
Luas sangat taman depan palace ni. Cantik oh!
Amik gambar depan Royal Palace ni haaa..
Banyak burung merpati tau.
Second pit stop!
Aku tak ingat apo ni.
Rilek je berhenti tepi roundabout.
Tapi roundabout besar la. Toksah risau.
Third pit stop (Sekarang aku macam konfius. Mungkin second pit stop = third pit stop tak ehhh??)
Ini Independence Monument.
Tugu Negara. Gituh.
Ini pose konon2 pegang bendera Kemboja.
Fourth pit stop!
Sama tak pose dengan Raja Kemboja - Norodom Sihanouk?
Hehehehe.
Taman sini cantik tau.
Bersih pulak tu.
Kagum aku.
Tengok jalan ni haa. Bersih kan?
Fifth pit stop!
Wat Phnom.
Wat Phnom.
Buddhist Temple. The tallest religious structure in PP.
Tak naik pun. Malas le. Jadi kita amik gambar dari bawah.
Sixth pit stop!
Masjid tengah dok siapkan.
Ttak pasti kat mana lokasi. Tak boleh le nak masuk dalam tengok interior. Ni pun orang dok buat kerja, kami main masuk je amik gambar. Hehe.
Kalau dekat dengan area masjid mesti ada apa????
KEDAI MAKAN HALAL laaaa. Heeeeee. Mana cukup milo cicah biskut. Perlu makan nasi buat lunch terus.
Tapi tapi.... kami tahan dulu perut. Sebab nak singgah Central Market kejap last minute shopping. Menyempat kan!
Dapat la grab Bag Deuter untuk adik aku 40L - USD 8. Cun tau! Pouch Deuter USD 4. Silk shawl USD 3/pcs.
Dah puas beli untuk kali terakhir, kami gerak semula area masjid tu untuk makan! Jam 11.30 pagi dah time ni.
Nama kedai: Saran Halal Thai Food Restaurant
Mari belek menu!
Harga. Murah gila ni. Serius. Tapi harga dalam Riel ok.
Tomyam lerrr apa lagi kan.
Ikan sweet sour kot ni. Gambar blur sebab lapar. Heh.
Ini mungkin daging black pepper.
Total harga makan hanya USD 9.75 Pengsan. Murah sangat. Untuk 5 orang tau.
Lepas makan, kami dah nak kena gerak pergi airport ni. Sebab amik masa dalam 30 minit kalau tak jam untuk ke airport naik tuk-tuk dari hostel kami. So, kami gerak semula ke Velkommen Backpackers untuk amik bag.
Ceria nau nak balik ehhh?
Tengok tu menyumbat masing-masing satu tuk-tuk. Hahahha.
Ada ni haa gambar Dahlan. Very good service.
Jasamu dikenang. Heee.
Kalau korang rasa nak contact Dahlan, boleh contact ni yer. Tapi, dia tak ada WhatsApp. So korang contact Zakariya as below....
Via email.
Sampai kat airport jam 1.30 petang. Flight kami jam 4.40 petang. Kaunter check-in tak buka lagi. Jadinya, kita cari surau kat airport ni. Agak jauh. Hujung sanaaaaa area Burger King. Surau agak besar, tapi campur lelaki perempuan tanpa birai. Telekung pun ada. Cumanya, tempat wudhu' tak terletak dalam surau. Ada kat luar surau dan open area. Payah pulak dak? Jadi takpe, boleh amik kat toilet.
Around 2.30 pm, baru kaunter buka. Setel check-in bagai. Alhamdulillah.
Clean airport.
Beli kopi sementara tunggu gate buka.
Marilah pulang ke tanah airkuuuu....
Remembering #MH370.
It has been a year... kan?
Kami kembar tak serupa. Haha.
Goodbye Phnom Penh!
Flying high!
It was a great journey to Siem Reap & Phnom Penh in Cambodia. Every experience was priceless! Balik Malaysia, perlu muhasabah diri. Hehehehe.
Ok jumpa lagi nanti kita trip ke.............. ?
PULAU!
Bye!
Khay bestnyeee trip kemboja ko niii hehehe
ReplyDeleteBesttt..... Pergila Kembojaaaaa! :)
DeleteBalik dh ke mesia...hehehe. ..mmg perjlnan yg menginsafkan, kan? 4th pit stop tu sejibon ah..haha
ReplyDeleteMenginsafkan trip ke Kemboja ni. Macam2 dapat tengok kat sana, yg diluar jangkaan.
DeleteEhh, mestila samaaaaaa.... :)