Saturday, January 10, 2015

Kemboja 2014: Minivan Siem Reap - Phnom Penh

Assalamualaikum!

Previous post:-


6 April 2014

Hari terakhir kat Siem Reap!

Kami bangun 5 pagi tau siap semua. Janji dengan Zakariya nak jumpa jam 6.

Sempatla Fisha amik gambar kat tepi kolam renang Tanei Boutique Villa yang kami duduk ni haaa....

Nice kan?

Apa-apa pun, kami breakfast dulu. Port semalam, gerai tepi jalan dekat dengan Masjid al-Nikmah. Kali ni kitorang order Nasi Ayam dengan Mi Ayam. Eh pelik nau bunyi. Minum kopi.

Mi Ayam. Sejuk mi nya. Mungkin style orang sini macam ni.

Nasi Ayam terbaik dilupa jangan. I missed u oredi!

Sebelah gerai ni ada jual cakoi. Nak jugak aku rasa cakoi kat Siem Reap ni kan. Jadi beli laaa... Okayla rasanya. Tapi aku rasa macam takde kuah. Tak ingat dah. Total price untuk makan USD 12.50.

Aku nak promote Zakariya ye. Thanks Zakariya sebab bawa kami jalan naik tuk-tuk. Sampai 5 orang oi! Pengalaman tolak tuk-tuk sebab terdampar kat pasir tu memang best. Hahaha. Lepastu bawa kami makan kedai sedap-sedap. Boleh cakap Melayu & English, takde masalah. So no worries yer.

Zakariya yang berbaju kuning ituuuu. Nampak tak masjid?

Ni name card beliau. Sila contact if anything. Aku jumpa dia pun through Facebook. 
Kalau  nak tau, kat Siem Reap ni hanya segelintir sahaja tourist guide Muslim. Agak sukar untuk dapatkan lesen tourist guide tu. Kena jawab exam kalau tak silap. Dan bermacam-macam lagi perkara sukar dia lalui sebelum jadi tourist guide. Kalau korang berkesempatan booked Zakariya tu, tanya la dia kenapa. I was shocked and sad at the same time. He was such a strong person back then. Eh sekarang pun! Hehe.

Aku berkesempatan pass poskad pada Zakariya. Aku tak ingat pulak setem berapa USD. Aku bagi duit je kat dia. Tapi lambat jugak la sampai Malaysia. Terkandas kat Tonle Sap kot.

Jam 7.15am kami gerak pergi Golden Bayon Express, tempat kami booked minivan nak ke Phnom Penh. Price USD 10 per person.

I RECOMMEND GOLDEN BAYON EXPRESS SERVICE.
Nampak tak Caps Lock tu. Dari naik bas baik naik minivan ok.

Tiket minivan. Jam 7.30 pagi.Tu gambar minivan nyer. Gambar real nan ado.

Say bye to Zakariya. Lepas ni dia ada customer dari Malaysia jugak katanya. 

Ok pasal minivan ni.... Ada WiFi BEST GILA. Laju pun laju. Perjalanan 7 jam ku terasa bagai 1 jam. Hahaha Ok itu tipu. Yang penting tempat duduk selesa, aircond kuat, boleh makan, boleh tido. Buat aje lah apa-apa pun kecuali yang terlarang.


Dalam minivan. Bahagia sangat lah tu agaknya.

Kami berpeluang try both bas & minivan ulang alik Phnom Penh-Siem Reap. Bas tu memang worst ever. Hahah.

Driver minivan ni berhentikan kami kat kedai makan. Dia suruh kami semua dalam van tu makan. Kami tengok je la cengkerik luar kedai makan tu jerrrrr...

Yums sangat eh. Hehe.

Alhamdulillah, jam 2 petang kami tiba di Phnom Penh. Kitorang kan takde handphone. Gigih kau camne nak contact Dahlan ni. Siapa Dahlan tu? Dia sepupu Zakariya. Dahlan bawa kami pusing-pusing Phnom Penh. Bagus kan family buat business gini. Turun aje minivan.... jalan depan sikit je dah nampak Dahlan dok tunggu kami. Syukur. Zakariya dah mesej Dahlan suruh tunggu kami kat sekian-sekian tempat.

Letih sebenarnya duduk lama-lama dalam kenderaan ni kan. 

Ok entry lepas ni pasal Phnom Penh pulak!

Bila nak habis ni..... Dah 2015 oiiiii. Hahaha.

Bye! 

No comments:

Post a Comment