Sunday, January 18, 2015

Kemboja 2014: Velkommen Guesthouse & Halal Restaurant Phnom Penh

Assalamualaikum!

Previous post in Siem Reap:-


Phnom Penh pulakk!

6 April 2014

Entry lepas ada bagitau yang kami tiba di Phnom Penh dengan menaiki minivan dari Siem Reap. Lepas berjumpa dengan Dahlan, kami naik tuk-tuk dan bergerak menuju ke Velkommen Guesthouse Phnom Penh iaitu tempat tinggal kami selama 3 hari 2 malam  di Phnom Penh. 

Velkommen Guesthouse Phnom Penh

Dikendalikan oleh western people (gituh), aku impress dengan tempat ni. Harga untuk 2 malam hanya USD 72 dan kami memilih Family Room yang boleh memuatkan seramai 6 orang. 

Velkommen Guesthouse ni ada adik jugak depan dia. Velkommen Backpackers. Lokasi sangat berhampiran dengan Mekong River. Jalan kaki je...

Velkommen Backpackers Phnom Penh. Adik Velkommen Guesthouse.

Velkommen ni pun ada kat Siem Reap. Luas sungguh jajahan yer. 

Okeh, aku review sikit lah. Masuk sahaja Velkommen Guesthouse ni, ada satu bar/cafe untuk lepak-lepak minum-minum dan mintak air panas free. Hahaha. Kat situ jugak kita nak check-in. English is not a problem since western people is the management team. Ada la sorang dua orang tempatan. They are so friendly. 

Takde lif, sila naik tangga. Family room kami serius besar. We did not expect it is soooo big boleh baring atas lantai! Bilik air pun besar. Aircond sejuk. Ada almari besar. Puas hati.

Ada 3 katil sebenarnya. Double bed okehh!

Ini baru separuh bilik air. Sebelah kanan gambar ni ada shower pulak. Takkan la nak suruh aku amik panaroma view bilik air kotttttt!

Gambar sikit je lah, nak lebih tengok link aku bagi atas tu ye.

Mandi lepas tu siap dan kita pergi makan!

Dengan Dahlan ni, kalau korang ada request nak makan kat mana-mana, bagitau lah dia. InsyaAllah boleh bawakan. Tapi ready dengan alamat ye, just in case dia tak tahu. So petang tu, kami lunch kat kedai namanya Halal Restaurant.

Gambar kedai tak amik. Klik link kat atas untuk lokasi.

Menu yang pelbagai. Harga ni dalam Cambodia Riel tau. Takkan la makan sayur USD 8000! Haha.

Kami pilih seafood. Harga USD 18 untuk 5 orang. Ok ke tidakkkk??

Telur dadar & ayam masak sesuatu tak ingat.

Sup sayur kot ni..

Ikan!

Korang kalau sampai negara orang kan, mesti cuba makanan yang tak pernah dengar tau. Maksud aku nama pelik-pelik tu try la. Seafood dorang sama je macam Malaysia. Cuma cara masakan dorang lain sikit.

Makan sampai kenyang lepas tu kami pergi jalan-jalan.

Cerita next entry lah yeeee!

Semoga diberi kekuatan.

Bye!

2 comments:

  1. family room tu tingkat berapa ya? sy insyaAllah pergi weekend depan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tak ingat pula. Yg pasti bukan tingkat bawah.
      Have fun kt kemboja ye!

      Delete