Previous post:-
6 April 2014
Petang di Phnom Penh.
Dalam tuk-tuk on the way ke Central Market
Kitorang plan nak pergi Central Market atau dipanggil Phsar Thmei dalam bahasa Khmer. Tempat ni macam tempat wajib pergi lah kat Phnom Penh. Central Market ni buka dari jam 7 pagi sampai 5 petang aje.
Belakang tu Central Market. Kiri kanan ni gerai-gerai jugak jual macam-macam. Cuma terletak di bahagian luar Central Market
Ni bahagian mana aku tak pasti. Tapi jual baju, cadar, selimut.
Baju lelaki, tali pinggang, tali leher pun ado.
Ada 4 bahagian dalam Central Market. Semua full dengan gerai yang jual macam2 barang. Baju, jam, seluar, kasut, gadget, rantai, emas, diamond.. macam2 lah! Tapi semuanya aku tak berkenan. Hahahahaha.
Ni bahagian baju. Banyak gilaaaaa...
Bagi aku Central Market ni boring sikit. Kalau nak beli barang tu, kena tawar la half price macam biasa. Kalau dia tak nak bagi, ko buat2 nak blah nanti dia panggil la balik. Nampak tak permainan disitu? But still depends la on the seller. Kalau dorang rasa nak bagi, dorang bagi laaaaa... Mostly akan bagi diskaun.
Kalau macam kain sutera kemboja boleh dapat USD 10 untuk 4 meter. Tapi aku tak beli apa-apa dalam Central Market ni. Just nak usha harga dulu.
Walauapapun, architecture ruang dalam Central Market ni sangat cantik. Tengah ada macam bentuk kubah.
Bawah kubah ni jual emas semua tu. Blink blink mata haaa...
Tapi bagi aku kedai kat luar Central Market ni lagi best. Shawl pun cantik-cantik. Fridge magnet, beg pun ade la yang aku lebih berkenan. Untuk sedapkan hati sebab tak beli apa-apa aku rembat la Fridge Magnet kat luar ni.
Kedai jual buku Lonely Planet. Banyak betul.
Souvenirs
Lepas tu kami gerak ke Phom Penh Night Market atau dipanggil Phsar Reatrey dalam jam 5.30 petang. Hanya dibuka hari Jumaat, Sabtu & Ahad ye. Terletak betul-betul tepi sungai Tonle Sap. Riverside lah kiranya. Opening hours: 5.30 pm - 11.30 pm.
Pintu masuk
Depan tu riverside
Tidaklah sebesar Uptown Shah Alam nun, tapi boleh la nak lihat-lihat kawasan. Tengok live band kat situ perform atas stage ke, makan-makan, shopping. Barang-barang pun biasa je.
Sebahagian gerai kat Phnom Penh Night Market.
Eh ade Arina pulak tepi tu.
Ada gerai makan yang banyak sangat kat bahagian belakang night market ni. Cumanya kat sini kan, nak makan bukan kat meja ye. Tapi, picnic atas lantai. Hah awesome sangat tu. Kebanyakannya orang tempatan aje yang lepak situ.
Feeling sangatttt kan!
Habis pusing night market, kami jalan-jalan kat riverside. Saje tengok apa ada. Nak jugak lepak macam local people. Gituh.
Senja dah...
Sampah merata nya... Sedih melihat.
Ramai dating sini tau. Sejukla sikit ada angin kannn.. Hahah.
Belakang tu ada hotel atau guesthouse dan deretan kedai
Okay lah dah mengantuk ni. Perlu tidur.
Nanti sambung lagi.
Bye!
Pnom Penh bangunannya lebih moden ya dari di siem reap. mana best? siem reap ke phnom penh? seronok plak nmpk mereka picnic ramai2
ReplyDeleteBetul tu PP lagi moden dan maju. Saya suka Siem Reap lagi. PP sibuk sangat macam KL dah. Beza betul dengan Siem Reap.
DeleteKat Malaysia pun tak picnic macm ni kann?
Mesti murah kan soping kat sini.. Kalu SS dah boring habisan agaknya.. Ha Ha Ha...
ReplyDeleteKat PP yang kami shopping habis-habisan. SR nan ado nak shopping nyeeeee.....
Deletesiam reap bersih dari phnom penh
ReplyDelete