Saturday, February 21, 2015

Kemboja 2014: S-21 / Tuol Sleng Genocide Museum

Assalamualaikum!

Previous post:-


7 April 2014

Banyak lagi nak cerita ni oi.

Lepas balik dari Killing Field Choueng Ek, kami naik la tuk-tuk Dahlan ni untuk ke S-21 pulak. Tapi, tuk-tuk asyik la berhenti-henti. Enjin problem kata Dahlan. Air masuk. First time kena pulak tu. Sebab kami la tuuuuuu... -________-" Baca doa banyak-banyak, baru boleh jalan. Heheh.

S-21 dengan Killing Field ni sangatlah dekat, dalam 20 minit perjalanan. Kalau tak silap, entrance fee USD 3. 

Tuol Sleng Genocide Museum, atau lebih dikenali sebagai Security Office (S-21) di Phnom Penh dibina atas arahan Pol Pot pada tahun 1975. Bangunan S-21 ni dulu sekolah, dan ditukar menjadi 'penjara' bagi penduduk Kemboja. Kat sinilah mangsa ditahan, disoal siasat, diseksa dan dibunuh selepas pengakuan dibuat oleh mangsa direkod dan didokumenkan. Ayat translate dari pamphlet dapat kat sana. :)

Salah satu bangunan di dalam S-21

Building A. 
Baca info atas tu je la ye.

Koridor

Macam pernah tulis dalam entry sebelum ni, mangsa kebanyakannya daripada former government dan golongan cerdik pandai. Sebaik tiba aje kat S-21, mangsa akan diambil gambar, detailed autobiography dari kecik sampaila ditahan. Lepas tu akan dimasukkan ke dalam bilk-bilik kecil. Kira macam bilik kelas tu bahagi banyak-banyak dalam 0.8 x 2 meter untuk dijadikan bilik individu. 

Salah satu 'kelas' yang dijadikan bilik tahanan.

Salah satu bilik soal-siasat atau torture room.

Lepas ditahan dalam 3-4 hari, baru mangsa akan disoal-siasat. Macam-macam cara digunakan untuk memaksa mangsa ni mengaku kesalahan mereka. Paling teruk aku rasa, padang tempat pelajar bermain atau buat aktiviti sekolah tu. Ada satu tiang ni, mangsa diikat tangannya kebelakang lepastu terbalikkan mangsa. :( Bila mangsa tu macam pengsan, penyoal siasat tu akan masukkan kepala mangsa kedalam air. Bila mangsa sedar, sambung soal-siasat. Selain tu, digunakan electric shock, besi panas, ditikam dengan pisau dan ditutup kepala dengan plastik. Aduhai. Kejamnya.

Tingkap kat sini, dulunya ada satu lapisan kaca bagi mengurangkan bunyi jeritan mangsa yang diseksa.

Kubur dihadapan Building A yang menempatkan 14 mangsa terakhir yang diseksa dan dibunuh. Salah seorang adalah wanita dan mereka tidak dapat dicam kerana keadaan yang sangat teruk.

Ada jugak mangsa yang terselamat. Sebabnya dorang ni mahir dalam baiki mesin dan melukis. Masa aku pergi itu hari, jumpa la salah seorang mangsa yang selamat. Gambar-gambar mangsa pun banyak sangat dipamerkan kat muzium ni. Kalau nak info gambar, boleh refer SINI.

Aku rasa tiang ni lah yang aku cerita tu. 

Lepas dah tak cukup tempat nak tanam mayat kat sini, mangsa-mangsa dibawa ke Choueng Ek pula. Kat sana pun mereka diseksa dengan bermacam-macam cara.

Awal tahun 1979, Vietnamese army yang jumpa Tuol Sleng ni. So dari situ, tempat ni dijadikan muzium pada Ogos 1979. Tempat wajib pergi bila datang Phnom Penh. 

Aku nak cakap panjang pun bukan reti. Ini semua sumber yang aku baca. Kalau nak info lanjut, boleh baca sejarah tempat ni ok. Search je S-21.

Ok itu sahaja. Kalau ada info tak betul, tolong bagitau yeee!

Bye!

8 comments:

  1. Sedih pegi tmpt2 mcm ni kan? Rsa insaf..huhu... siti, nk tnyala... ade x email add haleeva sunshine kt krabi tu.. ? i bukak link yg kt blog siti tu tp x blh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Insaf sangat.

      Oh tak boleh buka eh Haleeva tu.

      http://www.agoda.com/haleeva-sunshine-hotel/hotel/krabi-th.html

      http://www.booking.com/hotel/th/haleeva-sunshine.en-gb.html?aid=311984;label=haleeva-sunshine-hx4d_P0ErdZn2MZ9WsuS_wS32430816673%3Apl%3Ata%3Ap1%3Ap2%3Aac%3Aap1t2%3Aneg;sid=beabad4b459b5bf78fe5c66d614c7cef;dcid=1;ucfs=1;srfid=88fd258183f6388d70938ec7f3e5d259d53cb22cX1;highlight_room=

      Delete
    2. Oohh..email x de eh? Sbb nk tnya ade connecting room ke hotel ni...? sbb, klu kmi ank branak 4 org, dkt booking.com x da family room

      Delete
    3. Ohh.... Tak pasti pulak ada connecting room ke tidak. RUpanya website Haleeva ni dah tak boleh masuk yer. Contact person saya tak ada pulak. Superior room boleh additional katil. Tengok yang kat agoda.com tu...

      Delete
    4. Siti... ok ker haleeva.?nmpk mcm cntik dn murah

      Delete
    5. Ok ajeee... Memang cantik dan spacious dalamnye. :)

      Delete