Sunday, February 15, 2015

Kemboja 2014: Killing Field Choueng Ek, Phnom Penh

Assalamualaikum!

Previous post:-


7 April 2014

Lepas makan pagi, kami pun gerak lah ke Killing Field. Tempat wajib pergi bila sampai kat Kemboja ni. Dari Restoran Asmak 81 tu, perjalanan ambil masa dalam 45 minit naik tuk-tuk. Jauh kannnn! Dengan jalan yang berdebu & habuk, kami tak pakai pun mask. Kami ikut jalan lain ni sebabnya jalan besar tutup untuk construction. Jadinya, merasa la lalu kawasan kampung, lubang sana sini. Hehe.


Dalam perjalanan ke Killing Field

Samai kat Killing Field Phnom Penh around 10 pagi macam tu. Bayaran masuk adalah USD 6. Entrance Fee USD 3 & radio ataupun macam tourguide on the go tu USD 3. Ada banyak bahasa boleh pilih, so of course aku pilih Bahasa Malaysia. Senang faham.

5 of us in front of Killing Field's entrance

Selain itu, aku diberi peta kawasan Killing Field ni. Kat peta ni ada nombor 1 sampai 19. So according to the number, kita boleh tekan nombor tu pada radio untuk dengar details kawasan tersebut.

Peta kawasan

Tiket radio & tiket masuk

Kaunter tiket

Eh baru aku perasan ada WiFi. 

Killing Field atau dalam bahasanya Padang Pembunuhan. Pada zaman pemerintahan Khmer Rouge oleh Pol Pot tahun 1975-1979, penduduk Kemboja telah dibunuh dengan kejam dan tanpa belas kasihan. Kebanyakannya yang related dengan former government atau foreign government. Golongan cerdik pandai pun turut dibunuh juga. Contohnya macam doktor, engineer, cikgu, student dan lain-lain. Choueng Ek ni adalah salah satu Killing Field yang paling terkenal kat Kemboja daripada 300 lagi Killing Field seluruh Kemboja. 

Kawan-kawan khusyuk mendengar 

Patutnya kena lawat S-21 atau Tuol Sleng Genocide Museum dulu, baru datang Killing Field. Sebab semuanya bermula di S-21. Lepas tak cukup tempat pembunuhan, baru dibawa ke Choueng Ek ni. Kat Choueng Ek ni, terdapat lebih 20,0000 mangsa termasuk foreigner diseksa dan dibunuh.

Mangsa dibawa ke sini dengan menaiki trak. Mata ditutup.

Bila lebih ramai orang masuk ke Choueng Ek, Khmer Rouge membina bilik gelap untuk menempatkan mangsa sebelum diseksa keesokan hari.

Nampak macam biasa je pokok ni. Tapi pokok ni ada dahan yang berduri dan tajam. Dahan ni la digunakan untuk menyeksa dan membunuh mangsa.

Kubur yang dipenuhi 450 mangsa

The other side of the grave


 Kawasan kubur. Kat sini boleh jumpa serpihan tulang dan gigi, lebih-lebih lagi waktu hujan.

Kawasan tasik ni kami dengar cerita mangsa yang terselamat.

Killing Tree. 
Pembunuh akan membunuh kanan-kanak atau bayi kat pokok Chankiri ni. Kenapa? Supaya tak ada keturunan mereka yang membalas dendam terhadap pembunuhan ibu bapa mereka. Sedih weh. :(

Magic Tree

Letak loudspeaker kat sini. Pasang lagu kuat-kuat supaya orang lain tak dengar mangsa menjerit semasa dibunuh atau diseksa.

Yang wanita pulak akan diperkosa. How cruel was that. Sedih bila kita dengar sendiri apa yang jadi pada ketika itu.

Ada juga kotak gelas yang menunjukkan pakaian mangsa. Ada juga display alatan yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Stupa Peringatan

Pandangan sisi

Dalam Stupa ni ditempatkan tengkorak mangsa. Banyak sangat, bertingkat-tingkat tu.

Kawasan sekitar Killing Fields Choeung Ek

Muzium ni banyak tunjuk gambar dan ada video kalau nak tengok. Tapi aku tak tengok.

Dalam jam 1 petang jugaklah baru kami gerak balik. Lama kat sini. Menghayati. Nak tau apa yang jadi kat sini satu ketika dahulu. I just can't imagine. Pada masa negara kita dah merdeka, rupa-rupanya ada tempat lain dalam dunia ni diperlakukan sebegitu rupa. Bayangkan selama 4 tahun penduduk Kemboja ni diseksa dengan kejam.

Kalau korang melawat Phnom Penh, jangan lupa singgah sini. Very historic.

2 comments:

  1. Cer byng dtg sini mlm2...haha...naya... bsr ya killing field sini phnom penh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takmau bayanggg! Hahaha..

      Besar kat sini. Few hours duduk dalam ni.

      Delete