Sunday, June 1, 2014

Trip Nov 2013: Yogyakarta Day 1 (Candi Mendut, Candi Borobudur, Jalan Malioboro)

Assalamualaikum!

Previous post:-



3 Nov 2013

Bangun jam 6 pagi, bersiap-siap nak pergi jalan-jalan hari ni. Dapat la merasa tidur lama sikit kan. Kami dah berjanji dengan supir kami nak jumpa di EDU Hostel.

Apa-apa pun, kita sarap dulu!

Datang Indonesia tak sah kalau tak makan nasi goreng, telur dengan keropok.

Lepas habis makan, kami lepak kat lobi hostel jap tunggu Fajar. Tak kenal Fajar tu siapa. Thru FB je. Tapi, internet pulak slow pagi tu kat lobi, nak mesej kat FB pun tak boleh.. Jadinya kami tunggu je la dalam lobi tu sampai Fajar datang kat kami.

Fajar ni best. Mula2 tu macam awkward sikit. Mungkin sebab dia muda lagi kot. Nak panggil Pak Fajar karang, tua sangat pulak kan. Hehe. Tapi aku recommend korang amik Fajar, dia ni jenis free and easy. Cakap je la nak gi mana, nanti dia bawakkan. Lepas tu, mana kitorang pergi Fajar mesti ado. Boleh la minta tolong dia amik gambar. Hehe.

Contact Facebook Fajar: Trip Javanesia Tour
Tapi Fajar ni dok la tukar nama kat FB dia. Kalau tak jumpa kat FB, sila komen k. Aku usahakan.
 
Kitorang gerak pergi Universitas Gadjah Mada, amik gambar dengan singgah pasar pagi. 

Deretan motor. Banyak gila kan...

Kami BUKAN pelajar-pelajar UGM.

Cute printed shawls. Bahaya tahu. Terpaksa beli. 1 pcs 30k Rupiah. Murah gila weh.

Banyak kedai jual macam-macam kat sini. Baju, mainan, makanan, kasut, souvenirs.. Pastu panjanggggg sangat pasar ni. Kitorang jalan suku je pastu panas jum balik. Haha.

Next, kita singgah Candi Mendut. Candi Buddha ni antara candi tertua yang ada kat Jawa Tengah. Kecik je kawasannya dan sangat dekat dengan Candi Borobudur.



Selfie satu!

Disarankan untuk bawa air dikala mentari terik di Jogja. Fuhhh, nampak air sejuk rasa nak beli je semua.

Then kitorang pergi Candi Borobudur. Ni antara destinasi pilihan wajib pergi kat kota Jogja ye!

Tiket parking kot ni.

Sementara tunggu Fajar belikan tiket.

Murah kan tiket untuk orang tempatan. 30k Rupiah je.

So dapatla tiket local. Fajar pesan kalau orang tiket tanya dari mana, cakap dari Pekan Baru. Okay, kitorang bisa ajer semua tu. Sampai je kat kaunter masuk, orang kaunter tu tanya dari mana. Aku jawab la. Lepastu dia nak tengok 'ketepe'. Hah sudah. Aku pandang member. Apebenda dia cakap ni oi. Tolong guwey! Sekali dia sebut pengenalan ape entah. Kitorang pun blah. Nak tengok IC rupanya. Choiii. Kantoi disitu. Hahahaha. Hampeh betul. Memang takde muka orang Jawa aku ni. Dahla aku first yang masuk. Kesian member turut sama tukar tiket Foreigner. Hahaha.

Okbye tiket mahal. 
Sekarang naik harga lagi tau. 

Sebelum masuk Candi, kami dipinjamkan sehelai kain batik yang perlu diikat pada pinggang. Gambarnya cenggini bila dah pakai:-

Cantik tak? Hahah.

Dulu masa sekolah mesti punya belajar pasal segala macam candi di dunia kan? Candi Borobudur ni adalah Candi Buddha terbesar di dunia dan merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Sila search sendiri ye. Link pun dah bagi kat atas nun.

Top View!

Jum terjah! Semua pakai payung. Panas bahang huish!

Masa ni memang ramaiiii sangat orang. Kebanyakannya datang ikut tour. Naik bas tu, so sekali harung ramai-ramai naik kan. Sesak sikit.

Cari angle macam ni yer. 

Ini la Fajar. Sempoi je dia. Lepastu suka selfie. Hahah.




Lukisan pada dinding

Cantik view niii...

Stupa di atas Candi Borobudur.. 

Serius penat kat sini. Lama jugak pusing. Dalam 2 jam.. Sampai terduduk dah dorang ni haaa...



Lepak jap kat tepi. amik gambar last sebelum pulang... 

Banyak sebenarnya gambar. Tapi cukup la tu ye. Heheh. Tak sangka dah sampai kat sini. Dulu baca kat buku Sejarah je ye dak? 

Oh jangan lupa eh kain batik tu pulang balik jangan nak buat harta pulakkk..

Dahler. Perut lapar niii. 

Souvenirs yang boleh bawa pulang. Tak beli pun. Masa ni nak hujan, peniaga ni pun dah nak kemas-kemas.

Kitorang makan kat sini. Sedap semua sedapppp. Paling diingat Ikan Bakar tu. Terngiang-ngiang aku.

Makan atas pondok gituh

Tradisional sangat kann...

Pondok Petai yer.

Selfie jap. Muka masing-masing nampak penat ni.

View belakang pondok..

Sayur kerabu ke ape ni eh..

Ini wajib lah adooo

Banyak lauk. Tapi siap tambah lagi sotong goreng tepung tu. Hahah. 


Ni ikan keli opkos aku tak makan..

Ni la Gurame Bakar tu. Sedap tak tipu.

Kangkung goreng!

Balik dari makan ni hujan turun lebat. Kami terus gerak gi area Jalan Malioboro. Kat sini ada banyak lesehan ataupun gerai-gerai tepi jalan yang kita lepak2 makan atas tikar. So... kite ngopi jap!

Salah satu gerai Kopi Joss. Wajib cuba!

Kopi Joss ni kopi biasa yang dicampur dengan arang batu. Elakkan cancer katanya. Heheh.

Rasa dia ok laa.. Sama macam kopi biasa. Yeke? Aku pun tak ingat dah. Heh.

Lepastu jalan-jalan kat sekitar Jalan Malioboro. Sesak sangat. Yang paling awesome, orang kat sini berlibur tepi jalan dengan member tak pandang handphone ok. Semuanya bersosial. Disebabkan malam minggu, so ramai student lepak. Sesak sikit la malam tu. Kiri kanan penuh orang weh. Nak lintas jalan pun risau sebab banyak motor dengan kereta dengan kereta kuda pun ado!

Malam ni nak shopping sikit. Dapat beli T-Shirt I Love Djogja dalam 25k - 35k Rupiah sehelai. Seluar batik kat House of Raminten 55k sehelai. Poskad 4k Rupiah sekeping. Clutch batik 25k Rupiah.

Murah ye murah!

Ni orang dok tenun batik dalam House of Raminten.

Tu clutch batik. Shawl tu beli kat Gadjah Mada. :)

Habis pusing-pusing, kitorang pun balik EDU Hostel.

Tidoqla esok nak bangun pagi ni.

Ok terima kasih membaca.

Bye!


7 comments:

  1. Baru berangan nak masuk Borobudur tu dgn harga local... Terpaksa bayar ikut harga foreigner laa nampaknya... Huh!

    ReplyDelete
  2. @Scdha Sein

    Haha.. Kalau muka Jawa2 sikit kompom boleh masuk! Hehe

    ReplyDelete
  3. Muka mix Belanda boleh masuk tak? Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
  4. @Scdha Sein

    Hahaha. Itu kena bayar price foreigner tu kompom2!

    ReplyDelete
  5. Brp eh price tour package yg awk amik nih?

    ReplyDelete
  6. @RY-RYN

    Dalam 910k Rupiah per person untuk kat Jogja. Amik Fajar ni best sebab dia cool je orang nye.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wr,wb.

    Salam explorasi

    Maaf jika Tuan, Puan, Abang dan Kakak sekiranya kurang berkenan dihati. Salam perkenalan dari kami TRIP JAVANESIA INDONESIA syarikat pelancongan di Yogyakarta dan Surabaya. Kami adalah company pelancongan spesialis pakej lawatan Yogyakarta dan Surabaya.
    Jika ingin berkehendak menggunakan jasa servis kami boleh berhubung di whatsapp/telegram/messenger kami.

    Kami berikan harga yang berpatutan, Mampu milik, Dan berbaloi dengan pelayanan konsep pertemanan (Travel Buddies).

    Sila jangan sungkan berhubung kepada kami, saja tanya ataupun sebarang pertanyaan akan kami layan dan balas dengan mesra.
    Di saluran :
    📱 +6282136558855
    ☎ (0274) 2872947
    ✉ tjavanesia@gmail.com
    Website : www.tripjavanesia.com

    Kami juga menyediakan khidmat persewaan kendaraan kereta dari mula Toyota Avanza, Toyota Inova, Daihatsu Luxio, Isuzu Van Elf, Mikro Touris Bus, Big Bus

    Pakej kami beraneka macam start dari 2D1N hingga 7D6N, dan beberapa type pakej Backpackers, Executive, VVIP
    Sila pilih type dan masa yang disuka, Berikut ini pula sedikit contoh pakej melancong yogyakarta kami :)

    PACKAGE YOGYAKARTA 4D3N
    Duration : 4D3N
    Type : TJYOG4DA1

    Price!!!
    Min. 2pax Rp.3,152,000 seorang
    Min. 4pax Rp.2,340,000 seorang
    Min. 8pax Rp.2,155,000 seorang
    Min. 14pax Rp.2,090,000 seorang
    Min. 20pax Rp.2,070,000 seorang

    Include!!!
    Transport Selama Lawatan
    Driver, Minyak, Toll Parking
    Hotel Accomodation at Mawar Asri Hotel 3night
    Breakfast
    Jeep Willyz Volcano Tour Merapi
    Caving Tubing pindul
    Entrance Feess / Bayaran Masuk Tempat Pelancongan
    Mineral Water

    Exclude!!!
    ❎ Flight
    ❎ Airport Tax
    ❎ Gondola Ride at Timang Beach
    ❎ Meal According Program
    ❎ Tipping
    ❎ Pengeluaran Pribadi

    ITINERARY
    Day 1
    ✔ Pick up airport yogyakarta 11.20 (airasia)
    ✔ Melawat Prambanan Temple
    ✔ Melawat Ratu Boko Sunset #AADC
    ✔ Daftar Masuk Hotel
    ✔ Melawat alun alun selatan becak kerlip

    Day 2
    ✔ Merapi lava tour jeep
    ✔ Caving tubing goa pindul
    ✔ Melawat timang beach
    ✔ Melawat bukit bintang
    ✔ Kembali menuju hotel

    Day 3
    ✔ Melawat Punthuk Setumbu #AADC
    ✔ Melawat Rumah Doa Bukit Rhema #AADC
    ✔ Borobudur Temple
    ✔ Desa wisata alam kalibiru
    ✔ Melawat parangtritis beach
    ✔ Melawat gumuk pasir sandboarding #AADC
    ✔ Malioboro street

    Day 4
    ✔ Melawat Tamansari Water Castle
    ✔ Melawat Hutan Pinus, Mangunan #AADC
    ✔ Airport transfer

    Demikianlah informasi dari kami, Mohon maaf dalam penyampaian yang sekiranya tidak berkenan dihati Tuan dan Puan,
    Salam hangat,
    Trip Javanesia Indonesia
    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete