Saturday, May 17, 2014

Trip Nov 2013: Surabaya ke Yogyakarta & EDU Hostel

Assalamualaikum!

Sorry la lama bebeno tak update nyer. Sibuk orang kahwin. Heheh.

Entri sebelum ni:-


Ok sambungan lepas sarapan pagi kat Yoschi Guest House, kami pulang semula ke bilik untuk mandi dan packing barang. Bilik kami ni takde kipas. Aircond apetah lagi. Bila tengah hari duduk dalam bilik papan ni fuhhh panas pang pang. Dah mandi pun rasa nak mandi lagi. 

Habis packing, check-out dan masuk bagasi gabak kami dalam minivan Pak Nasyid. Nak balik dah. Bukan balik KL pun, nak meneruskan perjalanan ke Jogjakarta. Lepas tu amik gambar sebarang dua kat area Guset House.

Minivan boleh muat 12 orang ni. Tapi aircond kasi tiptop sikit ya kondisinya pak.  

Outside of Yoschi Guest House's reception area 

Nak tunjuk bukit cantik belakang tu... Ni seberang jalan Guest House je. 







Cantik ke tidokkkkkk??? Cantik kannnn! 


View ni diambil semasa baru aje berangkat pulang. Bukit cantik sangattt derr..

Sampai kat gas station, kitorang tukar transport. Ohsem oh Toyota ni. Pak Nasyid cakap kereta ni menteri-menteri je naik. Hee. Toyota ni bos dia punya. Dia kasi kami pinjam sat. Kereta baruuuu ui!

Untuk pengetahuan ye, jarak perjalanan dari Surabaya ke Jogjakarta ni ambil masa dalam 10 jam, SEPATUTNYA. 10 jam pun dah lama sangat aih. Minta Pak Nasyid berhentikan kami kat convenient store. Beli bekalan jajan.

Ni nampak kadet2 atau tentera2 dok jalan kaki ke kem dorang ke cmne tah. Ramai gila tau. 

Ni berhenti pi toilet. Orang baru balik kerja masa ni, ramai gila beratur isi minyak. Mostly yang bawa motor. Macam kat Malaysia plak time minyak naik harga. Hhuhuhuhu.

Dah petang sikit dalam pukul 6 kot, kami berhenti makan. Lunch tahu. Merangkap lunch dan dinner harung sekali. Takde berhenti2 makan dah.

Ikan keli huu.. 

Harusla aku tak makan menu itu, jadi kita amik ayam.

Ni Ain punya. Sodap gila sambal pedas kaw kaw.

Bergambar dengan Pak Nasyid. Terima kasih ya Pak bawa kami jalan jauh-jauh. Kesian dia tau penat bawa kereta. Yang penting, sepanjang perjalanan dia dok senyummmm je.

Kan aku cakap tadi perjalanan 10 jam jer. Tapi heret sampai 13 jam. Hahahahaha. Panas punggung kami. Aduhai. Berhenti 1 kali lagi malam tu bagi chan Pak Nasyid hisap rokok. Ngantuk dah aku tengok dia. Tak tidur sangat pun aku along the way. 

Pak Nasyid ni kan suka betul Dato' Siti Nurhaliza. Merdu katanya. Dia siap simpan lagu Siti lagi dalam handphone. Khal pun dok bluetooth dengan dia lagu Siti. Hahaha. 

Kami sampai Jogjakarta around 1 pagi gitu. Fuhhhh, lama sangat. Ni semua sebab macet di sepanjang perjalanan. Orang ramai pi Jogja nak berlibur. Gituh.

Malam tu, kami check-in di EDU Hostel. Kami pilih Dormitory Room for 6. Berbaloi-baloi. Katil empuk (3 double decker), 2 bilik mandi, 6 lockers, breakfast dan sekuriti pun ado. Recommended! Sila duduk sini kalau mai Jogja!

Lobby area yang sungguh luas! Tak sempat amik gambar kat mercu tanda Jogja, so amik dalam lobi jer..

Lobby area yang boleh dapat free Wifi!

Sebelah kanan tu receptionist area. Atas tu tempat lepak-lepak main game dan bersosial. Haha. 

Dining area. Siap rooftop beb!

View dari atas. Padat!

After check-in je kan, aku mandi dan tidoqqqqq. Tak larat laaa hai lama bebeno dalam kereta. Pak Nasyid pun tidur semalam kat area situ juga. Esok dia berangkat pulang ke Surabaya semula.

Ok, esoknya kita jumpa supir yang lain pulak.

Nanti update lagi!

Babai!

No comments:

Post a Comment