Entry lepas di Surabaya:-
Lepas dah bergambar kat Pasir Berbisik, kami teruskan perjalanan ke Gunung Bromo. Tempat wajib pergi kalau ke Surabaya.
Jip akan berhenti berhampiran dengan Gunung Batok. Bukannya turun jip terus sampai kat Bromo ye. Kau turun je dari jip, mula lah orang ramai kerumun nak offer servis tunggang kuda. Harga dorang bagi rata-rata 100,00 Rupiah sehingga ke kaki Gunung Bromo. I said, "No, No". Sombong seh, cakap omputih pulak padehal cakap "Enggak mau.. Enggak mau". Hahah.
Gunung Batok. Tanpa edit. Cantiknya langit.
Amik gambar sebarang dua.
Ayuh jalan kaki. Exercise sikit.
Jauh perjalanan dari jip ke Gunung Bromo ni. Yang buatkan aku penat sebab jalan yang berpasir dan berdebu. Letih sangat. Kitorang dah set in mind, jalan depan sikit, baru naik kuda sebab boleh dapat harga murah sikit.
Ain & Uyu. Dorang naik kuda dulu. Harga tak pasti. Aku, Tirah, Khal & Effa still jalan lagi. But at last.........
Aku pun naik kuda juga. First time hoi. Entah mana nak pegang. Dengan kamera kat tangan, dengan nak pegang tali kuda, dengan mask lagi nak betulkan.
Kena mendaki sikit kalau nak ke kaki gunung ni.
Kuda aku tunggang tu 16 tahun. Tak ingat nama. Sambil-sambil naik kuda tu sembang la dengan tukang bawa tu. Bagi hilang takot kekdahnya. Kahkah.
Aku dapat 30,000 Rupiah sehala sehingga ke kaki Gunung Bromo. Nego harga dengan pembawa kuda tu ok. Sila pakai mask, jalan berdebu.
Aku yang horror. Apesal entah mask tu. Serabai bebeno.
Ini la pit-stop semua kuda di kaki gunung. Lepas tu kena jalan kaki lagi sikit.
Itu tangga nak naik ke Gunung Bromo.
200 anak tangga je. JE?
Tangganya berpasir. So jalan lah hati-hati ok.
Letih? Ada ruang berhenti. Boleh la tarik nafas seminit dua kat sini.
And we are on top of Bromo! Ramai kan orang? Masa ni dah jam 8.30 pagi.
Aku ada baca blog orang lain pasal suasana kat atas Kawah Bromo ni. Dan ruang jalan kat atas ni kecik je. Ada la pagar nak pegang. Itu pun sikit. Kalau jalan lagi memang boleh free fall lah. So memang dalam otak aku ni cakap, jangan laaaa jatuh dalah kawah tu. Sia-sia je kang. -___-". Hahaha.
Bau sulfur menusuk hidung time ni. Angin kuat kat atas. Tak lama pun stay atas ni. 10 minit je. Tak tahan bau.
Ok sudah. Jum turun!
Masa ni tak ramai orang dah. Dah terik kot.
Dah turun tangga, lalu kat kuda tu lagi. Pastu dorang offer la naik kuda kann. Mula-mula taknak. Poyo ni nak jalan kaki je. Save bajet lah sangat. Pastu fikir-fikir, naik je lah. Karang pukul berapa nak sampai hotel kalau jalan kaki. Hahahaha. Alasan munasabah kan!
Jadi, nego la dengan pembawa kuda tu. Aku dapat 30,000 Rupiah sampai ke jip tau! Murah. Hehe. Penduduk tempatan kat sini beli kuda dalam harga 1 juta Rupiah macam tu then bela sampai besar. Pastu bawa tourist jalan-jalan naik Bromo. Dorang jalan kaki tau, aku naik kuda. Letihnya la dorang kan. 1 hari pun tak tentu berapa kali dorang ulang alik dari kaki Gunung Bromo ke jip. Sebabnya banyak kuda lain lagi. Need to compete each other. Kadang-kadang 2-3 kali je ulang.
On the way to jip.
Pengalaman aku naik kuda. SCARY. Kuda pertama aku naik tu kecik. Takla menakutkan sangat. Kuda kedua tu tinggi kemain pulak. Kuda pula jalan macam model. Bontot dia akan longlai je la bila jalan tu. Aku tak boleh nak ikut pace. Rasa macam eh eh tersenget ke tepi. Eh eh macam nak jatuh. Pastu boleh pula pembawa kuda ni nak suruh kuda tu lari. Menjerit la aku tak bagi.. Hahaha. Sampai si Tirah dok bercakap nak ambil gambar aku pun, aku suruh diam. Hahaha. Sian kau Tirah. Nervous sangat. Rasa tak seimbang badan aku ni ha.
Kalau nak suruh aku naik kuda lagi, mungkin tak kot. Tapi kalau terpaksa aku naik je la.
Dalam jam 9 pagi, kami naik jip dan gerak pulang ke hotel. Sebab nak kejar waktu sarapan hotel sampai jam 10 pagi je. Sampai hotel, kita makan dulu!
Kopi je yang sempat Uyu snap. Kami yang lain kelaparan dan keletihan.
Sekitar dalam ruang makan di Yoschi Guest House.
Malam ni tak larat nak menaip sangat. Nanti sambung entry lain yeeee.
Bye!
khay, sakit paha x naik kuda?
ReplyDeletehehehe dapat bygkan muka cuak ko
mana lg scary. kuda ke gajah hehe
@Fishah
ReplyDeleteWeh sakit kau tahu. Cuak gila aku naik kuda ni. Gajah tu gagah lagi aku.
X de ker servis kuda sampai atas Mount Bromo? he..he..(mode malas.. kena panjat tangga, mcm kat great wall plok skali pandang...
ReplyDelete@Farikica
ReplyDeleteTakdakkk.. Kang mau jatuh sekali dengan kuda tu dalam kawah. Laluan sempit nauu.. Huhuhu.
Haii, sye akn jogja on this sept. Bole tak minta contact num abam fajar tu ? Thanx ye..
ReplyDeleteHi. Sy bercadang akan ke jogja on this sept. Bole tak share contact number abamm fajar tuu.. Hehe.. Thank you
ReplyDelete@Chot Tasen
ReplyDeleteSearch FB dia: Namikulo Fajar Javanesia
Baca kat link bawah ni pun bolehh :)
http://khayze.blogspot.com/2014/06/trip-nov-2013-yogyakarta-day-1-candi.html
@Chot Tasen
ReplyDeleteSearch FB dia: Namikulo Fajar Javanesia
Baca kat link bawah ni pun bolehh :)
http://khayze.blogspot.com/2014/06/trip-nov-2013-yogyakarta-day-1-candi.html
Hye I want to know how cost to spend for 5 days in mount bromo include hotel and transport for solo travel thank you
ReplyDeleteHi ! Sorry for the late reply.
DeleteWe only stayed in Bromo for 2 days & 1 night. We booked at Yoschi Guest House. May check the price range at http://www.yoschihotel.com/
For transportation, I guess you could contact the person here: http://www.bromoadventureland.com/
He may suggest where you'll be going for 5 days in Bromo.
Then you'll get the estimate cost.
Informasi lengkap mendaki ke gunung Bromo, thanks
ReplyDeletewelcome! :)
Delete