Previous post di Surabaya:-
Kami bangun awal pagi jam 2.45 dan bersiap sedia untuk ke Bromo. Pagi tu memang sangat sejuk lah. Kena sarung jaket dan pakai glove. Feeling oversea jap. Eh bukan memang kat oversea ka... Heh.
3.35 pagi dah mula naik jip ke Pananjakan. Pananjakan ni macam look-out point lah nak tengok matahari terbit disebalik gunung Bromo, Batok & Semeru ni. Bintang pun nampak tau. Ada 2 Pananjakan ye iaitu 1 & 2. Jalan memang betul-betul macam kat padang pasir. Berdebu, berpasir dan berbatu-batu. Kami pun dok injut-injut dalam jip tu. Senaman bontot katanya. Kalau sape2 tidur dalam jip tu macam ajaib plak kan. Suhu kat luar dalam 6 - 8 darjah Celsius. Bila tengok dari luar jip, ada lebih kurang 200 buah jip yang menuju ke arah yang sama. Serius banyak. Macam kelip2 versi besar tengah jalan-jalan pagi-pagi buta.
Red jeep! Muat untuk 6 orang.
Jam 4 lebih kami dah sampai di Pananjakan 1 (KATANYERRR... PADAHAL....) Ok kat sini kena amik gambar nombor plate jip kang tak pasal-pasal ternaik jip orang lain masa balik.
Kami pun panjatlah bukit sikit nak cari spot torbaik nak tengok sunrise. Gelap, jadi hati-hati ye. Kalau ada torchlight kecik pun dah ok. Boleh la suluh apa patut. View? Memang awesome. Cantik sangat. Subhanallah!
Wow wow wowww!
Pemandangan Gunung Batok (depan sekali), Gunung Bromo (kiri yang berasap) dan Gunung Semeru nun jauh di belah hujung kanan tu.
Enjoying the view. Ni la atas bukit yang kami panjat tu.
View dari atas bukit. Sunrise!
6 of us!
Lagi gambar!
Okay, jum turun!
Adakah ini Pananjakan 1? Bila tunjuk gambar kat supir lain, dia cakap ini Pananjakan 2. Sobss. Sebab ada baca yang tengok view kat Pananjakan 1 lebih cun. Takpalaaaa. Dah balik Malaysia pun.
Suhu masa tu dalam 4 darjah Celsius kot disebabkan angin yang terlalu kuat. Aku pakai long john, t-shirt dengan jaket kot. Sejuk juge.
#IniBukanAku #IniEffa
Aku ingat kat sini jual Fridge Magnet. Rupanya kopi! Hehehe.
Mereka yang seronok!
Bye view cantik!
Deretan jip
Dah puas amik gambar ape semua, jam 6 pagi tu kami ke Savannah. Ni kena nego dengan driver jip tu tau. Bayar lebih sikit la kat dia. Harga sila bawa bincang. Kami dapat 200,000 Rupiah untuk 1 jip. Tempat ni dikelilingi kawasan pergunungan. Hijau sangat macam kat New Zealand gitu!
Sampai sudah!
Nice!
Feeling hindustani
Photographer kami pada hari ini. Hehe
Loving this viewwww!
Posing bag sebenarnya
Ni la jip kami :)
Lepas tu ke Pasir Berbisik. Dipanggil macam tu sebab bila pasirnya ditiup angin, bunyi macam... Psstttt... Pssstttt... Tapi kami tak dengar pun. Takde angin kot. Takpun jip tu haa bunyi enjin kuat sangat. -___-". Pasir kat sini kan warna hitam dan glitter. Kalau pakai shawl boleh la tempek pasir tu pastu jadila Glitter Shawl. Hahahaha. Ok tak kelakar.
Amazing surroundings
Pasir yang berbukit-bukau
Papparazzi
Usfieeeeeeee! Becoz not one but six. Get it takkk????
Gunung Batok
Pasir glitter. Juga mengakibatkan kasut berdebu
Buat bunga tengah-tengah pasir ni...
Dekat sini kami beli T-Shirt Bromo.. 3 helai dapat 50,000 Rupiah. Gagah sungguh pakcik ni bawa berat-berat.
Ok aku dah penat menaip dan pilih gambar.
Lain kali cerita pasal naik Gunung Bromo ye.
:)
Bye!
No comments:
Post a Comment