Assalamualaikum!
Trip kali ini ke Surabaya & Jogjakarta pada November 2013. Ye betul. Basi dah.
1 Nov 2013
Jumpa dengan Ain, Khal, Tirah, Uyu & Effa di LCCT jam 8.30 pagi. Uyu & Effa ni kawan kepada Ain. Kiranya kat LCCT ni la first time kami jumpa. Flight kami ke Surabaya depart jam 9.45 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.
Pukul 11.15 pagi kami tiba di Juanda International Airport. Dekat Indonesia ni waktu lewat 1 jam ye dari Malaysia.
Supir yang bertuah untuk trip kali ini ialah daripada Bromo Adventureland. Sila klik untuk maklumat lanjut. Booking supir masa kat Malaysia. Harga dah termasuk sewa mobil, driver, petrol, tol & parking. Bukan itu aje, siap complete dengan Jeep 4 Wheel Drive ke Bromo, Entrance Fee Bromo dan perjalanan kami dari Bromo ke Jogjakarta jugak! 750,000 Rupiah seorang sepanjang 2 Hari 1 Malam kat Surabaya. Sila tukar sendiri rate ye.
Pak Supir kami namanya Pak Nasyid. Baikkkkkkkk sangat-sangat!
Airport kat Surabaya ni tak ramai orang. Sunyi je. Bangunan airport ni pun klasik sangat.
Luar airport. Masa ni panas terik baq ang! Tengah tunggu Pak Nasyid.
Ini la van kami. Muat untuk 8 - 10 orang. Tengok Pak Nasyid tu senyum je dia.
Perjalanan kami diteruskan ke Probolinggo iaitu salah satu bandar di Jawa Timur, Indonesia. Tapi sebelum tu singgah makan dulu kat Sedarum Asri.
Order lah order! Makan bayar sendiri. Tak termasuk pakej. Tapi kami peruntukkan dalam RM25 la satu hari.
Aku pelik kedai makan ni kenapa la tak pasang kipas. Kedai agak berhabuk disebabkan lokasi sebelah jalan raya. Tengok Khal tu siap tutup mulut & hidung ok. Kat sini surau dan tandas pun disediakan.
Jalan sangatlah macet. Banyak bebeno lori lah kereta lah.. motor lagi lah. Semua orang pun dok hon-hon sepanjang jalan. Jangan lupa kalau pergi Probolinggo ni, singgah dulu kat Air Terjun Madakaripura.
Air terjun ni dikelilingi bukit-bukit yang menitiskan air pada seluruh tebing (skema pulak ayat), so nampak macam air terjun atau pun macam rembesan hujan gituu.
Madakaripura ni maksudnya 'tempat tinggal terakhir'. Ia dikatakan sebagai tempat Gajah Mada menghabiskan hari-hari terakhirnya. Ada sebuah gua di kawasan air terjun tersebut yang dipercayai tempat Gajah Mada bermeditasi.
Ni dah sampai ke kawasan masuk air terjun. Jalan kampung sangat. Sunyi. Tapi, rasa macam naik roller coaster tahu. Hehe.
Dalam jam 4 petang sampai la kat sini. 2 jam perjalanan dari airport tu. Bayaran masuk 3,000 Rupiah. Akan ada guide yang akan bawa kita masuk ke kawasan air terjun ni. Bayaran 50,000 seorang.
Sampai sudah! Ini adalah arca Gajah Mada
Ada lebih kurang 6 batang anak sungai yang kena redah.
Ini jalan biasa ke air terjun.
Hati-hati jalan kat sungai sebab batu licin berlumut. Bila jalan sampai kat satu pondok ni, guide minta kitorang pakai baju hujan. Kalau tak bawa takpe, dorang ada jual. Lepas tu jalan lagi sikit kat depan. Dah sampai!
Jalan kaki selama 1 jam untuk sampai ke tempat yang sangat indah ni!
Cantik sangat kan. Subhanallah...
Tirah, Khal, Uyu, Khay, Effa, Ain.
6 of us!
Kami kawan sejak sekolah menegah. :)
Cantiknya cantikkkk!
Air sungai kat atas ni namanya Cenderawasih.
Tiba-tiba teringat masa pergi Sungai Chiling kat KKB.
Ini pose apa aku pun tak tau
Walaupun gambar blur, tetap nak masukkan jugak! Tengokla semua paparazi tuuuu!
Yang guide pun sibuk amik gambar. Hahaha!
Kami kat sini dalam 30 minit je. Lepas tu kena patah balik. Kena cepat sebab hari dah nak gelap. Kalau hari hujan, tak boleh masuk sini tau.
Macam biasalah, dah namanya guide kan. Totaplah minta tips walaupun dah bayar 50,000 Rupiah. Bagila sikit sorang.
Jam 5.45 petang, kami pun gerak semula menuju ke Cemoro Lawang iaitu sebuah dusun atau desa di Probolinggo. Cemoro Lawang ni adalah salah satu laluan menuju ke Taman Nasional Gunung Bromo, Tengger (Batok) dan Semeru. Pukul 6 petang kat sini macam pukul 7 malam dah. Gelap.
Pak Nasyid bawa kami terus ke Yoschi Guest House di Cemoro Lawang. Owner adalah orang tempatan yang berkahwin dengan orang German. Awesome sangat. Hehe. Sampai around 8.30 malam. Kami pilih Family Cottage with 2 extra beds. Sila booking siap-siap ok!
Reception
Penat duduk lama dalam van. Ni tunggu receptionist buat ape entah.
Kemudian, terus check-in yay! Tanya kat receptionist tu, pagi nanti berapa degree sejuknya? 6 degree yer. Heh. Guest house ni unik sangat. Keliling banyak pokok, bilik dibuat daripada kayu pastu macam feeling2 romantik. Haha.
Gambar bilik tak sempat amik sebab penat sangat nak mandi. Guest house kami dua tingkat. Ada 1 bilik air yang water heater-nya sangat lah pelik. Dia macam air panas tu dia masak setiap 10 minit macam tu, lepastu dapatla rasa air panas sekejap pastu sejuk balik air. Pastu tunggu jap air tu masak balik la. Aku nak explain pun tak reti. Hahaha.
Lepastu makan kat Guest House punya restoran.
Letih dah masing-masing ni..
Dalam restoran
Ni nasi goreng dengan telur. Sedapla jugak. Kami lapar.
Dah makan, rehat dan kemas-kemas sikit untuk esok. Malam tu memang sejuk feeling Genting Highland. Kipas memang takde dalam bilik. Kunci jam pukul 3 pagi. Esok nak tengok sunrise kat Bromo!
Ok habis.
Sambungan lagi 2 minggu, insyaAllah.
:)
No comments:
Post a Comment