Saturday, June 15, 2013

China Trip April 2013: Shanghai, China Day 1 (Shanghai Hongqiao & Soho People Youth Hostel)


Assalamualaikum!

Previous Post:

** Update perjalanan dari Hangzhou ke Shanghai. 

Bangun pagi pada 14 April. Breakfast dulu dan bersiap untuk ke Shanghai bebeh!

Lets say bye bye to Beautiful Hangzhou!

Kami menaiki Metro dari Ding'an Road ke Hangzhou Railway Station. Dari station metro Hangzhou Railway Station, perlu berjalan sedikit ke arah Stesen Keretapi yang menempatkan train jarak jauh. Misi mencari kaunter tiket. Ingatkan kat dalam stesen, tapi dok pusing-pusing tak jumpa. Sebenarnya kat luar. Dahla kemain jauh kaunter nya. Dengan orang yang sangatlah ramai. Beg kami lagi yang kena angkut. Fuhh,strong women betul! Untuk ke Shanghai, ada banyak train. Selang 15 minit lebih kurang. Sebab tu kitorang beli on the spot. Tiket bullet train berharga 77.50 Yuan ke Shanghai Hongqiao dan bertolak pada jam 9.17am.


 Look for this sign!

Sebelah kiri ni Self-Ticket Office. Bajet reti sangat ler tu.. Alih2 pergi kat kaunter je. 

Boleh cakap English tu dah cukup baik.


Lepas beli tiket, kami pun berjalan menuju ke pintu masuk stesen. Macam biasa bila kat China, semua orang wajib scan bag. Bila fikir bag kami yang saiz gabak2 ni, stok 45 ke 55L, lawak pulak. Orang yang dok scan bag kitorang tu dahla suruh cepat2. Tak reti sabar betul. Grrrrr.


 Mencari Waiting Room.

Dah sampai Platform 7!

Setel scan bag, mencari platform 7 pulak. First time naik bullet train kat China yang kelajuannya mencecah 303 km/h! Hangzhou ni bangunannya menarik. Ala-ala country style gitu. Sepanjang perjalanan 4 jam 1 jam ni, amik gambar, main game, menulis dan makan.

 Atas kanan: Coach 6. Seat 6D. Simpan tiket sebab masa sampai destinasi kena scan.



 Menulis agar tidak lupa memori.

Main game.


Masih di Hangzhou.

Ni dah tak tahu kat mana.

Marilah camwhore dan menulis poskad kepada diri sendiri.

Sampai sudah Shanghai Hongqiao! Bullet train membanjiri Railway Station. 

 Off we go! Bye bye G Train!

Sampai di Shanghai Hongqiao jam 1 petang 10 ++ pagi. Kagum aku dengan stesen keretapi kat Shanghai ni. Cantik dan besar betul! Macam KLIA. Baru stesen keretapi tuuu.. belum lagi airport nyerrr.. Sementara Khal dan Ain beli tiket train ke Beijing, Xian dan Chengdu, aku dan Tirah ambil gambar sekitar kawasan dan jaga bag. Hehe.

 Scan your ticket here!


Misi mencari Railway Ticket Office

 Besar tau sini. Ini baru sebahagian....... -___-


 Sementara menunggu......

Ain & Khal beratur beli tiket train. Dorang cerita, disebabkan kami beli 3 destinasi. Orang kat belakang dah bising2. Yela, nak bercakap satu hal. Susah nak faham. Karang salah beli naya tau tak!


Bila Khal dan Ain balik dari kaunter tiket, tiket ke Chengdu ni masalah sikit. Dan ada tiket yang terpaksa kami bayar mahal sebab sold out. Lari budget. Tapi takpe, tu semua dugaan di negara orang. Extra cash IS important! Boleh search kat Travel China Guide untuk mengetahui jadual train ye! Dah setel semua tiket, kami beli tiket Subway ke Xinzha Road untuk ke hostel yang dah kami booked awal2.

 Subway Ticket may buy here!




 Tunggu train sampai...

Masa tengah tunggu train, lelaki pakai Jaket hitam pegang tiang kat belakang ni tegur kami. Hensem kan dia? Dah kahwin, sorry! Aku tak berapa nak ingat sangat cerita dia. Tapi dia sedang buat research. Engineering background kalau tak silap. Isteri dan anak lelakinya tinggal jauh dengan dia. Well, he is a nice guy! Peramah sangat.  

Soho People Youth Hostel. Jaraknya bagi aku hampir dengan Metro Station, which is convenient. Walaupun nak menapak ke hostel ni agak jauh, tapi gagahkan diri ok. Lagipun dekat dengan restoran halal. Sangat cosy hostel ni. Design kat lobby pun semua cute dan vintage. Pekerja yang friendly. Boleh cakap English. Wifi hostel ni pun pelik sikit. Tapi dapat la internet dalam bilik. Disebabkan kami sampai awal dari waktu check-in, kami letak bag dalam bag's room. So, jalan-jalan la dulu. Lepas balik jalan-jalan baru check-in.

 Sampai dah Xinzha Road Station

Soho Hostel ni kena lalu sebelah jambatan tu (jangan naik jambatan). Belakang butik pengantin tu, terus je la kau sampai jumpa hostel. 



Sampai sudah! Wooot!



Nice..... I loike this place!

Kitorang plan untuk naik sightseeing bus petang tu. Jadi bergerak ke Xinzha Road Station semula. Eh eh tiba-tiba ternampak restoran halal sebelah kanan kami sebelum nak turun tangga ke Subway. Ngapppp dulu la macam tuuuu... Menu kitorang haruslah semuanya daging kambing. Ingat senang nak dapat macam tu kat Malaysia kee. Aku pilih Nasi putih + daging kambing. Yurou dalam bahasa mandarin bermaksud kambing. A must try ok. Anywhere in China pun, ko jumpa restoran halal, amik kambing tauuuu!

Tirah melayan Aishah, anak tuan kedai.

Choose and pick menu! Juling mata aku nak pilih mana satu. Ada nasi & mee tarik.

 Nasi lauk ayam, cendawan & sayur

 Mee lauk kentang, sayur, cili


 Nasi putih lauk daging dan bawang



 Nasi Goreng Cina, China style!

Green Tea, Ain punya. Kitorang minum Ice Lemon Tea.

Harga 66 Yuan untuk 4 orang makan. 

Tirah yang suka bebeno dengan Aishah. Banyak cakap Aishah ni. Dok tunjuk Tab dia cerita Dora versi mandarin. Kui3.

Range harga makanan dalam 10 ke 15 Yuan sahaja. Sedap pulak tu. Berbaloi2.


Nak tau apebenda kitorang buat kat Shanghai selama 1 hari ni, tunggu next entry yer. Kbai!

Sunday, June 2, 2013

China Trip April 2013: Hangzhou, China Day 2 (West Lake)


Bangun pagi, buat sandwich, transfer gambar, mandi dan bersiap ke Xihu atau dikenali sebagai West Lake!




Pemandangan luar tingkap Hotel di pagi hari


Tapi sebelum ke West Lake, kami singgah Phoenix Mosque yang terletak bersebelahan dengan Green Tree Inn Hotel. Gambar jum!











Ruang solat



  
Ni aku tak tau pula apa. Tapi nampak ada macam batu nisan.



Signage masjid yang sedang di-renovate

Naik Metro dari Ding'an Road Station untuk ke Longxiangqiao Station. Exit C untuk ke West Lake. Keluar Metro, belok kanan, ada orang sewa basikal. Pilih basikal paling comel, bayar 50 Yuan untuk sebuah basikal per day dan deposit 300 Yuan. Penyewa tu takdela reti English sangat. Tanya West Lake kat mana, dia tunjuk arah, kami pun kayuh basikal ke sana. Aku ni tah kenapa tiba2 tak reti bawa basikal. Tirah risau tengok aku ni, dia pun follow belakang aku. Khal dan Ain dah jauh ke depan. Basikal dia memang comel. Ada bakul kat depan dan seat kat belakang. Masalahnya basikal tu ringan sangat. Ok, salahkan basikal. Hahaha. 




Sewa basikal kat sini lepas tu kayuh ke arah belakang tu.



Orang China ni memang suka bawa basikal agaknya. Tempat sewa basikal merata tempat. West Lake tu besar, jadi tak perlu la nak jalan kaki sangat. Panas plak tu kt sana. Sampai West Lake, parking basikal dan tengok fountain jap. Ramai gila orang. Kalau datang malam, kena bayar tengok fountain tu. 



Ramai tak orang????



Plan kami untuk ke Leifeng Pagoda. Bawa basikal menghala ke kiri dan terus jer. Sebelum sampai Leifeng Pagoda tu, banyak tempat kami singgah untuk ambil gambar. Ok, tengok gambar je ye.



West Lake uolls!


 Pemandangan sekitar kawasan West Lake

  It's spring! Harusla banyak bunga!!


 Pelajar kolej serbu kami ambil gambar. Eh bukan dorang yang serbu sebenarnya, kitorang yang nak minta tolong dorang ambil gambar. Kebetulan, dorang ni amik jurusan English kat kolej, dorang ambil kesempatan nak cakap dengan kami ni ha. 



Cantik kan kami dan view belakang. Hahaha.

 Cantiknya. Ni kalau budak-budak nakal mau dia terjun kat tasik tu ha. Risau aku sebab takde penghadang.


 Bamboo! Sampai sini, hidung kitorang dah tak boleh nak menerima oksigen. Sebab debunga sangat banyak. Menusuk hidung. Pakai mask. Aku tutup dengan selendang jer.



 Ni tak tau la namanya apa.



 Ni pun tak tau apa tem



Okay, dah nampak dah Pagoda belakang tu!


Bila dah sampai Leifeng Pagoda tu,punya la ramai orang. Dengan tour bus, tourist, local tourist. Fuhhhh, ramai! Kitorang parking basikal dan beli tiket kat kaunter.  Yuan per person. On the way nak naik ke Leifeng tu, ada la beberapa orang nak amik gambar dengan kami. Retis jap noks! Haha. Sebaik la nak naik tu ada escalator. Kalau naik tangga, insaf sekejap. Lift pun ada nak naik ke tingkat atas sekali Pagoda tu. Kitorang naik tingkat 5 dan plan nak turun tangga je nanti. Ok, gambar!


 Kaunter tiket. 


 40 Yuan per adult


Retis.


 View di atas Leifeng Pagoda

 Kami akan kesana lepas ni!


Sejuk atas ni. Rasa taknak turun.



Lepas tu,kayuh basikal lagi ke Taiziwan Park. Free je masuk sini. Korang penah pergi Pesta Bunga kat Putrajaya tak? Haa, macam tu jugak je bunga nye. Cuma kat Taiziwan ni besar lagi. Sangat besar. Letih dibuatnya. Ok gambar.

 Pintu masuk ke Taiziwan Park!


 Tasik cun!


 Bunga-bungaan.

 Nampak tak ada wedding photoshoot tu?





Feeling kat Holland gitu.




Dah habis pusing kat park, kayuh basikal lagi. Ingat nak pusing satu West Lake. Tapi, jalan yang kami nak lalu tu, tak dibenarkan bawa basikal pulak. So, terpaksa la patah balik ikut jalan yang sama. Kayuh laju2 sampai tempat orang sewa basikal tu semula. Nak tau tak berapa jauh kitorang kayuh? 4.3km sehala. Dua hala = 8.6km! Serius sakit bontot balik tu. Dan bye bye lah semua lemak. Haha. 







Setelah dapatkan balik duit deposit, kami pun naik Metro ke hostel. Singgah jap kat kedai makan halal. Konon nak tapau, harapan ler. Makan kat situ jugak. Hahah. Sate kambing the best! Hanya 2 Yuan secucuk. Kitorang beli 10 cucuk kot sorang. Tak payah kuah, makan begitu sahaja. Serius sedap! 


Pakcik comel dok bakar kambing!

 Dalam restoran

 Makan tanpa kuah! Combination isi-lemak-isi-lemak, memang umphhhhh!


 Ni macam donut berinti.

Haaa, dah siap pun signage masjid ni.



Balik hostel, mandi apa semua, siap2 pergi Wushan Night Market lagi. Ingat malam tu nak dinner kat restoran halal, tapi tutup jugak. Takde rezeki kami. So, balik makan kat bilik jer. Aku makan maggi. Budak2 ni semua dah x larat nak makan. 







Ni kedai poskad. Vintage gilaaaaaa! I loike it so much!


Habis makan tu, kami packing bag pulak untuk ke Shanghai keesokkan hari!



Okay, trip esoknya akan diceritakan kemudian. 



Bye!!



[++ So Good ++]