Saturday, August 23, 2014

Krabi 2014: Haleeva Sunshine & Krabi Night Market


Assalamualaikum!

Maaf leeer, lama sangat tak update belog ni. Sibuk katanya (Itu je la alasan selalu aku bagi kannn). Hehe.

Tahun 2014 lagi 4 bulan nak habis. Aku baru nak cerita pasal trip aku ke Krabi bulan Januari 2014. Jadilah kan tu. Ikut turn ni. Mana boleh skip-skip. ;p

19 Januari 2014

Flight depart pada jam 1.30 petang. Naik Air Asia dari LCCT to Krabi. Harga tiket return dalam RM197 per person. Sampai kat Krabi around 2 petang masa Thailand. 

Lepas aje imigresen, turun eskalator, akan nampak deretan kaunter Taxi Service. Kami terjah je salah satu kaunter tu dan cakap, "Saya nak naik teksi pergi Hotel Haleeva boleh? 4 orang". Dah nampak kat display tu satu taxi sedan 600 Baht per taxi. Kalau naik minivan, 750 Baht. Harga bagi aku, dah okay. Sebab usha kat website Krabi Shuttle ini lebih mahal. Sebab dia kata hotel aku tu jauh sikit so kena bayar lebih. Eh Eh. Terus cancel booking masa tu.


 Sampai sudah!

Alhamdulillah abam taxi kita si tinggi lampai Mr Yusof. Muslim guy. Hensem gituh tapi dah kahwin so bye.


Inilah private taxi kami! Andaman la kot nama agensinya..

Biasalah scam dimana-mana bila kita travel. Mr Yusof ni pun berhenti kat tepi jalan, dan dia suruh kita masuk satu kedai travel agent ni. Aku memang dah agak ini akan terjadi. So aku dah pesan siap-siap kat member ni JANGAN TERPEDAYA ok. So takpe, kami turun juga since Mr Yusof ni siap stop enjin kereta lagi. Prung prang travel agent dok bercerita. "I got this package.... that one also... cheap cheap...". Gituh la bunyinya dalam bahasa omputih Thailand. Heheh.

Nak habiskan cerita, kitorang cakap, "Sorry, we already booked a package in Malaysia". Padahal belum pun. Terus dia diam. Namun begitu, kami booked juga taxi dari hotel ke airport masa pulang nanti. 600 Baht per taxi juga. Senang betul makan umpan kami nih. -____-"

Naik semula taxi Mr Yusof ni, sampailah kami kat Haleeva Sunshine Hotel! Yay, Alhamdulillah. 3,200 Baht for 1 night x 2 rooms. Saje nak amik hotel best sikit. Pastu kita tukar la hotel biasa2 ye dakkk?

Masjid Aonang ni tengah renovation. Dekat aje dengan Haleeva.

Inilah hotelnyeee...

Haleeva Sunshine. Bilik memang best. Spacious gilaaaa. Macam rugi lak order sampai 2 bilik. Haha. Siap toilet bilik aku ni ada sliding window. So orang kat katil boleh nampak kita mandiiii. AMBOI.


Cermin belah kiri tu, orang kat katil pun boleh buka tau. Sexayyy sangat. Haha.

Fisha nak try..

 View belakang bilik.

 Ni swimming pool area. Pelik aku pool warna hijau. Tapi sebab tiles dia la..

 Lobby area..

Antara servis yang disediakan kat Haleeva Sunshine

Rehat sekejap apa semua, then marilah kita keluarrr!

Aonang road

Plan kami untuk hari esok adalah Jungle Tour Package. Ingatkan boleh buat water rafting sekali dalam tour ni, tapi lain pula pakejnya since tempat jauh-jauh. Kitorang jalan punya jalan sepanjang jalan kat Aonang Street tu, jumpala satu pakej dekat dengan 7Eleven. Pakej Half Day berharga 750 Baht, consist of Hot Spring, Emerald Pool & Elephant Trekking. Most pakej kami usha harga around 800 - 1000 Baht depends on full day or half day package. Kami tak beli lagi yang Island Hopping sebab nak beli esoknya.

 Tengah nego harga..

Zoom out sikit. Nampak tak logo 7Eleven belah kiri tu? Travel agent kat sini yer.

Resit ni simpan tau esok pagi kena tunjuk kat orang yang akan amik kita.

Jalan lagi sikit, terjumpa Anna Travel Agency. ada pakej untuk pergi Night Market Krabi 200 Baht per person return. Naik minivan pulak tu. 1 van 10 orang dan boleh pusing kat Night Market dari jam 6 petang sampai 9 malam. Murah kann? Kami bajet nak sewa motor. Tapi misi gagal. Hehe.

Siap ada Fish Spa lagi


Ni kitorang dok tunggu minivan sampai depan Anna Universal Travel

Resit ke Night Market!

Minivan ni akan ambik orang lain juga tau. Tapi area situ juga la.. Sempatla nak jalan-jalan pun kat Night Market tu. Minivan ni akan berhenti kat depan Vogue Department Store. So kat situlah driver akan tunggu kita sampai jam 9 malam.

Itu driver dengan minivan yang kami naik.


Ko tengok kerusi dia mewahhh kan!

Ini Vogue Department Store. Logo biru kecik tu ada tulis 'Vogue'. So anyone naik motor boleh jadikan ini landmark.

Deretan motor depan Vogue Department Store

Sampai kat Krabi Night Market  ni, kitorang cari makanan dulu. Perut dah lapar gila. Beli macam-macam. Pad Thai, bihun sup, benda goreng-goreng, aiskrim kelapa, aiskrim goreng, semuaaaa makan. Ada makanan halal, jangan risau. Yang penting yakin ok!

Lautan manusia yang kelaparan. Haha

Goreng-goreng

Ni kami cuba Pad Thai.

 Pad Thai wajib cuba bila datang Krabi!

Kedai ni wajib cuba tahuuu! Sup dia superb gila. Patut ramai orang beratur.

Ini la Pad Thai tu. Terlebih garam, so masin sangatttttt. Bukan selera ak sangat la Pad Thai ni.

Ni sup yang aku cakap korang kena try! Serius sedap!

Ini tak tahu apa. Lempeng hotdog kot.

Amik je gambar. Bukan makan pun.

Ni apa namanya tah. Comel sangat. So terpaksa beli. 

Ni pun wajib cuba walaupun panjang gila beratur. OK?

Terlliuqqqq!

Ni boleh la nak cuba-cuba jugak. Sedap juga ni.

Dia goreng aiskrim camni.

Pastu masukla Oreo ke apa ke. Then siap! Gambar makanan nan ado.

Kalau nak beli souvenir pun murah la kat sini banding kat Aonang sana. Aku beli T-Shirt I Love Krabi 100 Baht 1 helai. Seluar batik 200 Baht 1 helai x 3 pcs, Fridge Magnet 100 Baht 3 pcs & Keychain 100 Baht 5 pcs.

Fridge magnet & Keychain

Ni T-shirt macam-macam

Seluar comel.

Dalam jam 8.45pm gituh, aku & Rina gerak ke minivan. Fisha & Tika nak beli something then baru jumpa kat minivan kemudian. Aku tengok minivan tu dah penuh orang. Kami je yang tak naik lagi. Tapi belum jam 9 malam. Aku sempat la amik gambar lampu isyarat unik kat situ sementara tunggu member lain sampai.

Ha tengok tu ada sesuatu atas traffic light. Ini pun landmark tau kalau nak ke Night Market.

Dah setel semua, kami pun balik hotel. Mandi ape semua kita jalan-jalan lagi. Misi mencari Thai Massage. Jumpa satu kedai ni kecik je, nama dia Siam Thai Massage. Request untuk urut kaki sahaja. 200 Baht, 1 jam. Best gilaaaa. Recommended! 

Habis massage, balik bilik la tidurrrr....

Ok byeee!

Saturday, July 12, 2014

Trip Nov 2013: Yogyakarta Day 3 (Keraton, Taman Sari & Ole-ole Yogya)

Assalamualaikum!

Previous post:-


Ok ini entry terakhir di Surabaya & Yogyakarta. Lepas ni kita buat new entry kat tempat lain pula ok!

5hb Nov 2013

Kami bangun pagi dan sarapan dulu kat cafe Edu Hostel. Check-out, letak bag kat store room hostel dan moh ler ke Keraton. Keraton ni adalah sebuah istana rasmi Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat. Ada juga muzium yang display koleksi-koleksi kesultanan kat sini. Kitorang datang sini untuk ambil-ambil gambar aje..

Siapa yang bawa kamera kena bayar 1000 Rupiah. Huuu..

Disebabkan panas ting ting, belila kipas tangan tu 10,000 Rupiah ajo. 

Gambar kitorang wajib ado.

Ni Bangsal. Tempat pertunjukan tari & gamelan.

Miniature ones

Gamelan

Selfie beramai2 hahah

Berdekatan dengan Keraton ni ada Alun-alun Selatan tau. Historic sangat tempat ni. Sila Google kalau rajin. Tapi kami tak sempat pergi situ.

Kemudian ke Taman Sari. Ni dulu tempat pemerintahan atau tepat tinggal Sultan Yogyakarta. Cantik tau dalam ni.





Bathing Complex where the concubines would bathe before the Sultan choose one.
Source from Wiki.

Biru sebab lantai biru kot.

Tower belah kiri tu tempat dimana Sultan observed the bathing women.
Source from Wiki.

Gadis Malaysia. Wahahah.

Tangga ni unik sangat! Kat bawah tangga ni kalau tak silap ada air untuk orang ambil wudhu'.

Yang uniknya, kat bawah tanah area tangga tu ada ruang solat. Bentuk bulat.

Mihrab.

Laluan bawah tanah kat Taman Sari.

Besar dan luas kawasan ni. Boleh sesat tau. Haritu ada tengok pasal Taman Sari ni kat NTV7. Destinasi Bajet. Mengimbau sungguh! Heheh. 

Ada orang dok buat wayang kulit. Ke?

Ahkak buat batik. Handmade gituh je dok kat kerusi kayu.

Ni kat dalam satu kedai unik luar Taman Sari.

Kedai kain batik. Ada orang beli batik. Kami didalam gambar kepenatan. 

Some of the arts along the small alley.

Sunyi. Tapi sini dipenuhi kedai-kedai  unik.

Water Castle. Taman Sari la tu.

Dah habis pusing sini, kitorang gi cari Pisang Keju & Bakpia. Fajar bawa kitorang beli Bakpia kat kedai pakcik dia. So mari!

Area kawasan perumahan jugak..

Ok dah sampai Bakpia Pathok Erma.

Uli-uli

Yang ni dah siap. Tunggu packaging.

Pisang Salai pun berlambakkkk. 20,000 Rupiah each. Bakia pun sekotak harga sama. Boleh la bagi budak opis. Kek lapis pun ade jual jugak. 22,000 Rupiah sekotak.

Kalau nak tau, kami sempat jumpa Duta Sheila On 7. Kau ado? Hahahah. Walaupun aku ni tak fanatik atau minat sangat, tapi layankan aje kawan-kawan aku ni. Memasing nak amik gambar sorang-sorang dengan Duta tau. Siap selfie. Heheh.

Kami berdua yang takde perasaan jumpa Duta. Lol.

Yang lain-lain tu semangatttt! 

Tapi Duta ni humble sangat. Tengok cara dia pun macam seorang yang simple.

Sebelum pulang KL, kita makan Ayam Penyet wajib makan bila kat Indonesia. Ayam Penyet Suroboyo. Wajib cubaaaaaaaaaaaaaaaa! Sedap gila. Eh puasa ni.

Air ni pun marvelous.

Sedapppp!

Laptop tu buat transfer gambar dari kamera. Heheh. Aku makan sorang RM 8 je sekali air.

Dah setel makan, kami pun terus ke Adi Sucipto Airport. Ayah Fajar tolong amikkan bag kat EDU Hostel, pastu amikkan Bakpia sekali kat kedai tu. Huu baiknya hati.

Lepas check-in bag, bayar Airport Tax 100,000 Rupiah seorang.

Finally... habis jugak! Yay!

Bye semua selamat berpuasa!